BTC USD 63,434.4 Gold USD 2,380.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami ke penjara gara-gara pancitkan tayar kereta isteri

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,550
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,550
Reaction score
22,869
Points
1,831
Awards
1
P1010160.JPG

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didenda RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Penganggur itu melakukan khianat dengan memancitkan semua tayar dan memecahkan tingkap kenderaan isterinya yang menyebabkan jumlah kerosakan sebanyak RM1,000.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Melan Abdul Latiff, 44, selepas dia mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukannya pada 17 November tahun lepas di Taman Desa Petaling di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, Melan telah pergi ke rumah isterinya pada hari tersebut untuk mengambil anaknya berusia tujuh tahun, bagaimanapun isterinya tidak membenarkan menyebabkan tertuduh marah.

Dia ditahan polis pada 9 Jan lepas di rumahnya di Cheras.

Tertuduh yang tidak dapat membayar denda itu akan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/semasa/gara-gara-rosakkan-kenderaan-isteri-1.610681
 
Sponsored Post

disebabkan repot polis isteri, suami kena dakwa seterusnya dihukum...

mesti isteri dan suami ni selalu bertengkar dan fight besar dan duduk berpisahan.
jadi suami nak ambik anak pun isteri tak bagi.
suami pun buat benda yg mmg menyusahkan semua pihak...

hmm, hal rumah tangga membawa ke jenayah...
 
disebabkan repot polis isteri, suami kena dakwa seterusnya dihukum...

mesti isteri dan suami ni selalu bertengkar dan fight besar dan duduk berpisahan.
jadi suami nak ambik anak pun isteri tak bagi.
suami pun buat benda yg mmg menyusahkan semua pihak...

hmm, hal rumah tangga membawa ke jenayah...

Bini tak bg ambik anak, boleh je buat repot. Pastu filekan ke court utk custody.
Akal pendek laki ni
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register