BTC USD 63,434.4 Gold USD 2,380.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

wanita dua faraj

Status
Not open for further replies.

loneleonine89

Active Member
Messages
2,416
Joined
Jan 15, 2010
Messages
2,416
Reaction score
7
Points
25
ke_01.1.jpg

PENYAKIT didelphys uterus menyebabkan Jones berasa kurang selesa ketika melakukan hubungan intim.


LAUREN WILLIAMS, 33, tertanya-tanya mengapa dia sering mengalami kekejangan teruk dan aliran haid berlebihan setiap kali datang bulan.

Malah, pendarahan haid yang dialami gadis itu berlarutan sehingga 21 hari berbeza dengan wanita normal yang lazimnya mengalami menstruasi selama seminggu.

Cerita Williams, semasa mula-mula didatangi haid yang banyak, dia menganggap hal itu hanya perkara biasa dan dilalui setiap gadis remaja saat pertama kali menempuh proses akil baligh. Bagaimanapun, perkara itu berlarutan sehingga dia mencecah usia 24 tahun.

Bimbang pendarahan itu akan menjejaskan kesihatannya dalam jangka masa panjang, Williams mendapatkan rawatan daripada pakar sakit puan dan menjalani ujian pap smear untuk mengetahui punca sebenar.

Wanita dari Chingford, London, England itu kemudian dimaklumkan dia mempunyai dua faraj, dua serviks dan dua rahim.

"Saya benar-benar terkejut kerana sebelum ini tidak pernah menyedari hal ini, malah, doktor yang merawat juga belum pernah bertemu pesakit dengan sindrom ganjil ini," katanya seperti dipetik portal Daily Mail.

Williams yang masih bujang memberitahu, ekoran pendarahan berlebihan itu, dia lebih selesa menggunakan tuala wanita yang tebal dan panjang berbanding tampon setiap kali didatangi haid.


Pembentukan uterus

Turut menerima nasib yang sama adalah seorang wanita di High Wycombe, Buckinghamshire, England.

Wanita itu, Hazel Jones, 29, memberitahu, dia turut mengalami senggugut teruk dan pendarahan yang sangat banyak setiap kali menstruasi.

"Pada awalnya, saya fikir saya mungkin terkena jangkitan pada pundi kencing atau menghidap sistisis, namun selepas dirujuk kepada doktor pakar, saya diberitahu mengenai penyakit ganjil ini," katanya.

Sistisis adalah keradangan pada pundi kencing yang teruk sehingga mengakibatkan pendarahan. Ia berpunca daripada jangkitan bakteria usus, E.coli.

Bertutur lanjut, Jones turut mengakui adakalanya dia berasa kurang selesa ketika melakukan hubungan intim.

"Saya hanya fikir ketidakselesaan itu mungkin kerana saya mempunyai saluran vagina yang pendek," ujarnya.

Williams dan Jones mengalami sindrom didelphys uterus iaitu keganjilan pada sistem reproduksi dengan pembentukan dua faraj, dua serviks dan dua uterus.

Menurut pakar sakit puan di sebuah klinik swasta di Gloucestershire, England, Dr. Dawn Harper, uterus terbentuk ketika proses embriogenesis menerusi pelakuran duktus paramesonefros.

Katanya, dua tiub itu akan melakur dan dinding atau membran septum yang memisahkan dua tisu tersebut berpecah lalu membentuk satu uterus.


Kelahiran pramatang

"Terdapat beberapa kes kecacatan rahim seperti sindrom arcuate uterus, septate uterus dan bicornuate uterus. Dianggarkan satu dalam 3,000 wanita menghidap penyakit ini.

"Bagaimanapun, dalam kes Williams dan Jones, sindrom yang dialami lebih merumitkan kerana mereka mempunyai dua uterus berasingan yang dipisahkan dengan dinding membran lain," jelasnya.



Mengulas lanjut, Harper berkata, buat masa ini, masih tiada rawatan dari segi ubat-ubatan untuk mengubati penyakit itu.

Bagaimanapun, pembedahan untuk membuang salah satu rahim boleh dijalankan atas permintaan pesakit.

Menyentuh soal kehamilan, Harper memberitahu, pesakit dengan dua rahim memerlukan perhatian khusus sepanjang tempoh mengandung memandangkan mereka cenderung untuk mengalami keguguran dan kelahiran pramatang.

Pun begitu, peluang untuk mendapatkan zuriat masih cerah dan mereka berpotensi untuk mengalami kehamilan secara serentak pada kedua-dua bahagian rahim atau salah satu daripadanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan uterus yang lebih kecil berbanding wanita normal memerlukan pesakit melakukan kelahiran secara songsang iaitu kaki bayi perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum kepalanya.

"Sekiranya prosedur itu gagal dijalankan, mereka perlu menjalani pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi daripada uterus," jelas Harper.

Tambahnya, pesakit juga perlu menjalankan dua ujian pap smear untuk kedua-dua faraj bagi mengesan kanser serviks.

ke_01.3.jpg

KEADAAN sistem peranakan normal (kiri) dan kecacatan akibat didelphys uterus (kanan).



artikel penuh
 
Sponsored Post

Status
Not open for further replies.
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register