Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 11-12-2016, 01:41 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,118
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9171
Active Level
My Mood:
Default Pemegang polisi merana ditipu ejen insurans


KECACATAN di bahagian mulut yang dialami Mohd. Saheful Rizuan Shahar selepas terlibat dalam kemalangan.


Foto sebelum kemalangan.

KUALA LUMPUR - MOHD. Saheful Rizuan Shahar, 29, membeli polisi insurans perubatan dan kesihatan daripada seorang ejen yang diperkenalkan oleh ahli keluarganya kira-kira lapan tahun lalu dengan kadar bayaran RM200 setiap bulan.

Meskipun ketika itu pendapatannya melalui pekerjaan menjual ayam mentah di sebuah pasar hanya cukup-cukup makan sahaja, namun, dia memutuskan untuk memiliki insurans selepas menyedari kepentingannya sebagai jaminan masa hadapan sekiranya ditimpa musibah.

Disebabkan sibuk, bayaran dilakukan melalui ejen terbabit yang akan datang ke tempat kerjanya untuk mengutip wang setiap bulan. Sepanjang tempoh berkenaan, dia tidak pernah mengalami masalah pembayaran.

Ditakdirkan dia ditimpa kesusahan menyebabkan bayaran tertunggak selama sebulan. Sebelum sempat melangsaikan tunggakan berkenaan, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu menaiki motosikal bersama isterinya dari Pelabuhan Klang ke Bangi.

Kemalangan yang diklasifikasikan sebagai kes langgar lari itu menyebabkannya cedera parah dan koma selama 12 hari, sementara isterinya cedera di tangan dan kaki.

Semasa dirawat di Hospital Serdang, dia membuat tuntutan insurans, tetapi disebabkan ketidakjujuran ejen terbabit, dia gagal memperoleh tuntutan dan terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi. Lebih menyedihkan apabila dia terpaksa membiarkan kecacatan pada mulutnya, meskipun doktor memaklumkan ia boleh dipulihkan melalui pembedahan.

Dia membuat keputusan itu kerana tidak lagi mampu menanggung kos perubatan yang mahal selepas membelanjakan kira-kira RM20,000 termasuk kos rawatan isterinya.

Kos perubatannya (tidak termasuk isteri) sepatutnya ditanggung syarikat insurans yang dilanggannya namun, disebabkan pembayaran tidak dilakukan hampir dua tahun, syarikat berkenaan menolak tuntutan berkenaan.

“Ejen berkenaan ada sekali sewaktu kami menjalani rawatan. Namun, dia hanya datang sekadar menangkap gambar dan memaklumkan akan menguruskan tuntutan berkenaan.

“Saya ada menghubunginya semula untuk mengetahui perkembangan tuntutan tersebut namun, dia hanya memberi jawapan ‘nanti saya uruskan’. Selepas kira-kira lima bulan tiada khabar berita daripada ejen berkenaan, saya dan isteri pergi ke syarikat insurans berkenaan bagi membuat tuntutan.

“Syarikat itu menolak permohonan saya disebabkan pembayaran hanya dilakukan selama enam bulan, meskipun saya sudah hampir tiga tahun membayar insurans kepada ejen berkenaan,” katanya yang kini bekerja sebagai petugas di Masjid Al-Syakirin, Gombak.

Dalam pada itu, isterinya, Norhayu Jaffar, 27, terkilan dengan sikap ejen yang tidak amanah dalam menguruskan pembayaran insurans.

“Rakan saya juga mengalami nasib yang sama. Pembayaran dilakukan setiap bulan, tetapi apabila kemalangan, barulah 
dia dapat tahu, ejen berkenaan tidak pernah membuat pembayaran. Akibatnya, tuntutan tidak dapat dilakukan,” tambahnya.


https://www.utusan.com.my/berita/nas...-ejen-1.418379
___________
___________

Elak guna ejen sambilan



CARI ejen insurans yang benar-benar berkualiti. Lebih penting cari ejen sepenuh masa.


Itu apa yang ditegaskan Pengarah Eksekutif Stable Vision Corporation Sdn. Bhd., Richard Low yang sudah kira-kira 20 tahun berkecimpung dalam industri insurans di negara ini.

Ujarnya, masalah sering timbul apabila pelanggan membeli polisi insurans daripada ejen sambilan yang kemudian tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya apabila pelanggan memerlukan bantuan mereka.

“Ini yang sering terjadi apabila seorang ejen itu menjual insurans secara sambilan. Dia hanya dapat memberi 50 peratus komitmen kepada pelanggan. Namun, bukan semua keadaan itu memberi impak negatif. Ada buruk dan baiknya. Bagaimanapun,pengguna juga perlu memastikan hak mereka terjamin.

“Sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri ini, saya nasihatkan agar pengguna berhati-hati ketika membeli polisi insurans terutama dalam memilih ejen yang benar-benar berkualiti sahaja,” katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Katanya, menjadi ejen insurans dapat menjana pendapatan yang lumayan iaitu seorang ejen sambilan mampu mendapat sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan, bergantung kepada jumlah pelanggan.

Sementara, pendapatan ejen sepenuh masa pula boleh mencecah sehingga RM4,000 bagi tiga pelanggan yang diperolehi setiap bulan.

“Justeru, tidak hairanlah, ramai yang mahu melakukan kerja ini secara sambilan. Namun, ia boleh mencetuskan masalah yang lain di pihak pelanggan kerana perbezaan komitmen yang mampu ditawarkan antara ejen sepenuh masa dan sambilan,” katanya.

Menurut Richard, pengguna juga seharusnya membaca secara teliti setiap perenggan dan klausa di dalam 
polisi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di masa depan.

“Sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang tidak mengendahkan kandungan polisi insurans yang dibeli. Bukan insurans, malah apa juga hal. Mereka terus menandatangani polisi dengan alasan meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada ejen yang menguruskan pembelian polisi insurans mereka.

“Di sini juga akan menyebabkan masalah besar timbul apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini dan mereka akhirnya gagal mendapat pampasan kerana kesalahan diri sendiri kerana tidak membaca polisi dengan teliti,” katanya.

Katanya, ejen juga bertanggungjawab memberi penerangan sepenuhnya tanpa menyembunyikan apa-apa fakta dan perkara kepada pelanggan.

Beliau berkata, menjual polisi insurans bukan semata-mata untuk menjana pendapatan lumayan, sebaliknya apa yang lebih utama adalah nilai yang dapat ditawarkan kepada masyarakat.


https://www.utusan.com.my/berita/nas...bilan-1.418381

Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Trend penipuan insurans meningkat


A. Jayapragash

KUALA LUMPUR 18 Julai - Penipuan insurans mengalami trend peningkatan di negara ini dan di peringkat global berikutan pertumbuhan ekonomi yang sederhana.

Menurut Ketua Bahagian Tuntutan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd. (Allianz), A. Jayapragash, penipuan insurans adalah kebimbangan yang semakin meningkat di Malaysia dan Allianz General memberi lebih perhatian terhadap tuntutan palsu dalam tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata, bagi tempoh antara tahun 2014 hingga 2016, Allianz berjaya menghalang tuntutan insurans palsu bernilai RM5.6 juta bagi tempoh antara tahun 2014 dan 2016.

Malah katanya, pada tahun lepas, Allianz General telah menubuhkan unit khas penyiasat terlatih dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam penguatkuasaan undang-undang dan sistem perundangan untuk mengesan serta menyiasat kes-kes penipuan insurans.

“Berikutan pertumbuhan ekonomi sederhana tahun lepas, Allianz General turut merekodkan kenaikan tuntutan Kerosakan Sendiri (OD) dan Kecederaan Badan Ketiga (TPBI).

“Di antara tahun 2014 dan 2016, tuntutan OD Allianz General yang mengecualikan tuntutan cermin depan dan tuntutan kecurian mening**kat sebanyak 16 peratus, sementara tuntutan TPBI meningkat sebanyak 36 peratus dengan purata sekurang-kurangnya enam kes penipuan yang dilaporkan dalam sebulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Jayapragash, usaha da*lam menentang penipuan amat penting untuk liberalisasi insu*rans motor dan kebakaran secara berperingkat.

Jelasnya, tindakan tegas Allianz General terhadap tuntutan penipuan membantu syarikat dalam persekitaran yang menggalakkan penanggung insurans untuk bersaing dengan harga produk dan perkhidmatan mereka.

“Satu kes yang dilaporkan dalam tempoh sebulan mungkin tidak kelihatan seperti masalah besar kepada sesetengah pihak, tetapi ia menunjukkan bahawa penipuan insurans adalah sangat nyata di Malaysia.

“Oleh itu, komitmen kami terhadap pengawalan penipuan bermaksud menjadi proaktif dan bersedia untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan selain meletakkan kawalan yang lebih baik untuk mengatasi masalah tersebut.

“Menghalang penipuan bermakna kami mendapat kebebas*an dan kelonggaran kewangan untuk menawarkan produk de*ngan harga yang lebih baik kepada para pelanggan kami dan mengukuhkan reputasi kami sebagai penanggung insurans yang boleh dipercayai dalam melakukan perkara yang betul,” tambah Jayapragash

Allianz General merupakan satu daripada syarikat insurans am di Malaysia dan mempu*nyai spektrum yang meluas bagi perkhidmatan dalam talian periba*di, perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan industri yang berisiko besar. Premium bertulis kasar (GWP) bagi perniagaan insurans am bagi tahun kewangan 2016 syarikat mencecah RM2.08 bilion.


http://www.utusan.com.my/bisnes/ekon...ngkat-1.504479
Update #4

Quote:
Originally Posted by sekam padi View Post



INSURANS adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda atau sebuah organisasi seperti syarikat kepada syarikat insurans.

Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi.

Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip syariah.

Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan.

Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda.

Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku.

Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful.

Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan diletakkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian

Bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.

Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak.

Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan.

Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.


http://www.sinarharian.com.my/rencan...kaful-1.637997
Update #3

Quote:
Originally Posted by sekam padi View Post



MENJADI ejen insurans menuntut individu itu bersedia menjawab pelbagai persoalan yang diajukan oleh pelanggan mereka.

Mereka perlu mempunyai pengetahuan luas dalam bidang tersebut bagi memberi kefahaman kepada pemegang polisi insurans itu sendiri agar tidak berlaku kekeliruan kelak.

Bagi ejen insurans yang hanya mahu dikenali sebagai Nazirul, dia akui wujud ejen yang hanya mengejar keuntungan semata-mata tanpa memberi penerangan baik kepada

pelanggannya.

Katanya, pendapatan seorang ejen insurans bergantung pada komisen yang diterima daripada bayaran pemegang polisi setiap bulan.

“Ada ejen yang tidak muncul apabila pemegang polisi masuk wad dan ada yang malas untuk membantu membuat tuntutan pesakit.

“Ramai ejen insurans yang kejar kuantiti pelanggan daripada meningkatkan kemahiran berkaitan insurans. Sebab itu ramai mengadu tentang penerangan yang diberikan tidak jelas

dan apabila sampai masanya pemegang polisi mengalami masalah,” katanya.

Menurutnya, bukan sahaja ejen culas, malah wujud syarikat insurans mengambil kesempatan dengan hanya memikirkan keuntungan.

“Apabila pemegang polisi membuat tuntutan, pelbagai alasan diberikan. Ada yang sengaja menyukarkan kelulusan dan ada yang tidak meluluskan terus dengan alasan tidak masuk akal.

“Sebab itu, orang ramai khususnya mereka yang mempunyai kesedaran untuk mengambil polisi insurans memilih syarikat dan ejen yang betul,” katanya.

Menurut Nazirul, insurans atau takaful sebenarnya adalah tempat pengendalian risiko pemegang polisi.

“Antara masalah yang sering dihadapi adalah sewaktu mereka mendaftar untuk ambil polisi, mereka kata sihat tetapi selepas masuk hospital, pelanggan kata dulu ada penyakit. Ia sama sekali bertentangan dengan syarat dan peraturan yang ada dalam polisi,” katanya.

Dia turut menjelaskan, menyimpan dalam insurans atau takaful bukanlah cara terbaik kerana ia melibatkan caj dalam polisi berkenaan.


http://www.sinarharian.com.my/nasion...jelas-1.637953
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bayar bulan-bulan sampai masa tak dibayar



HARI ini, semua orang memerlukan insurans apabila tiba waktu kecemasan terutamanya melibatkan kesihatan dan kematian.


Pemegang polisi sanggup membayar ratusan ringgit sebulan selama bertahun-tahun dengan harapan boleh membuat tuntutan apabila tiba waktunya.

Malangnya, ada antara mereka gagal mendapatkan tuntutan seperti dijanjikan ejen atas pelbagai alasan. Kenapa perkara ini boleh terjadi?

Adakah pemegang polisi tidak menyemak dan memahami terma dan syarat dengan lebih mendalam?

Sebelum ini kita sering mendengar pelanggan membuat tuntutan insurans palsu, tetapi adakah sekarang berlaku sebaliknya?

Oleh itu satu garis panduan khas berkaitan tuntutan insurans perlu diwujudkan bagi melindungi pemohon daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

Ikuti laporan Sorot minggu ini mengenai dilema pemegang polisi insurans.

Gagal dapat pembiayaan insurans selepas empat kali masuk wad

PEMEGANG polisi insurans atau takaful pastinya mengharapkan manfaat daripadanya apabila menghadapi saat-saat kecemasan seperti kemalangan, sakit dan kematian.

Namun pelbagai dakwaan yang mengaitkan syarikat insurans dan takaful hanya mencari keuntungan daripada pemegang polisi sewaktu mereka sihat sahaja.

Terdapat juga syarikat insurans dan takaful membatalkan polisi pelanggan mereka hanya disebabkan oleh penyakit yang dialami.

Bagi pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Samsuddin, 35, dia kecewa dengan tindakan syarikat insurans dan takaful terkemuka bertindak menidakkan haknya sebagai pelanggan.

“Saya ambil polisi kesihatan dan perubatan sejak 2014 dengan harapan jika berlaku apa-apa kepada saya, ia bakal membantu saya kelak.

“Kisah bermula pada April 2016 apabila saya mempunyai masalah berkaitan hati. Saya kerap berulang alik ke hospital sehingga kali ke lima saya di masukkan ke wad, saya terpaksa membayar sendiri bil hospital,” katanya.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Samsuddin menghubungi ejen insurans.

“Malangnya, saya menerima alasan daripada ejen insurans. Dia kata syarikat tak dapat memberikan kelulusan terhadap surat jaminan disebabkan oleh perubahan peraturan yang dibuat.

“Apa yang menghairankan saya, dalam terma dan syarat polisi itu tidak ada menyatakan berapa kali boleh masuk wad. Saya turut dimaklumkan peraturan itu telah dimuktamadkan untuk semua pemegang. Apa yang menjadi persoalan sekarang ini bagaimana peraturan itu dengan mudah boleh diubah,” katanya.

Samsuddin jelas kecewa dengan keadaan tersebut kerana kurang berkemampuan untuk menampung kos rawatan.

“Apa yang terjadi kepada saya adalah satu bentuk penindasan. Kita bayar setiap bulan untuk dapat manfaat sekiranya berada dalam keadaan tidak sihat.

“Bila sampai masa diperlukan, saya diperlakukan sebegini. Saya berharap orang ramai berhati-hati dengan taktik yang digunakan syarikat insurans dan takaful ini,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/rencan...rjadi-1.637940
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Semak status ejen sebelum beli insurans hayat


KERATAN laporan khas Utusan Malaysia 10 Disember 2016

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Pengguna yang berhasrat membeli insurans hayat dinasihatkan menyemak status keahlian ejen insurans dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) sebelum meneruskan urusan pembelian polisi.

Presiden LIAM, Toi See Jong berkata, mereka boleh menyemak kesahihan ejen di laman web www.liam.org.my atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pada nombor 63633.

“Perkhidmatan ini bagi memastikan pengguna hanya berurusan dengan ejen-ejen yang berdaftar dengan LIAM. Ia juga bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan tenaga agensi di samping melindungi hak pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas laporan khas yang disiarkan Utusan Malaysia pada 10 Disember 2016 mengenai pengalaman beberapa pengguna berhadapan dengan ejen insurans yang didapati menipu pelanggannya.

Menurut See Jong, hanya individu yang berdaftar dengan LIAM diberi kuasa untuk mempromosi, memasar dan mengedarkan produk insurans hayat di negara ini.

Beliau berkata, pengguna dinasihat supaya menghubungi LIAM sekiranya mereka berhadapan dengan ejen tidak bertauliah yang tidak dibenarkan melakukan aktiviti berkaitan penjualan produk insurans.

Katanya, pengguna boleh menghubungi LIAM secara terus di talian 03-26916168/6628/8068 atau email pertanyaan di [email protected] untuk berbuat demikian.

Tambah beliau, Bank Negara Malaysia juga sebelum ini telah menguatkuasakan Rangka Kerja Industri Insurans dan Takaful dan ekoran itu persatuan tersebut telah memperkenalkan Panduan Perkhidmatan Pelanggan untuk memberi bimbingan kepada pengguna mengenai perkhidmatan nilai tambah yang bakal mereka terima daripada ejen insurans hayat.

Ia termasuk bimbingan memilih pelan yang bersesuaian, menerangkan ciri-ciri produk, membantu dalam memohon polisi, menjelaskan terma-terma dan syarat polisi serta perkhidmatan polisi secara berterusan termasuk ketika membuat tuntutan.


https://www.utusan.com.my/berita/wil...hayat-1.434869
Reply With Quote
Likes zerkz, xantiang liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 11-12-2016, 01:53 PM
sayasuka sayasuka is offline
Legendary Member

sayasuka's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2011
Posts: 11,451
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 41
Active Level
Default

kesian...

Patutnya dia / syarikat dedahkan ejen yg tak jujurtu.

Satu lagi yg penting, pastikan ada terima resit pembayaran
Reply With Quote
  #3  
Old 11-12-2016, 02:04 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 24,439
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 954
Active Level
My Mood:
Default

kesian, semoga Allah permudah segala urusan suami isteri ini...

ejen tu seronok ye makan rezeki haram gitu. mmg tak guna ejen ni...
Reply With Quote
  #4  
Old 11-12-2016, 02:05 PM
MusafirJalanan MusafirJalanan is offline
Regular

MusafirJalanan's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Aug 2007
Posts: 410
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Moga dpt pengajaran
__________________
Gym Utk Tinggikan Badan Pertama di Malaysia?
Email: frontline.mentor (at) gmail (d0t) com
Reply With Quote
  #5  
Old 11-12-2016, 02:10 PM
monohaihyip monohaihyip is offline
Active Member

monohaihyip's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2007
Location: Klntn,K.L
Posts: 1,287
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 3
Active Level
Default

3 Bulan berturut2 x bayar pun Insuran bole buat alasan ... sila baca bebetul dia punya Polisi.. Aku cuma beli Insuran Kereta Motor sahaja .. x masuk akal bole buat tuntutan, sebab pengbayaran dah tertungak terlalu lama dah hanpi 2 tahun
Reply With Quote
  #6  
Old 11-12-2016, 02:20 PM
mohdfauzi5599 mohdfauzi5599 is offline
Regular

mohdfauzi5599's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2012
Posts: 290
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

Semoga dipermudahkan, sudah banyak kes ini saya hadapi. Untuk memudahkan, buat larh bayaran secara online atau penolakkan dari akaun bank.

*jika ada simpan resit boleh dijadikan bukti pembayaran.
** Saya pernah handle case begini, walaupun bukan pelanggan saya. Alhamdulillah, tuntutan berjaya kerana customer membuat bayaran online. Tetapi ejen tidak amanah, untuk membuat bayaran kepada PruBSN.
__________________
Mohd Fauzi Bin Zaini| Prudential BSN Takaful Berhad
013.457 8910 | web: www.fauzizaini.com | | E: [email protected]
Reply With Quote
Likes cek mek molek, xantiang liked this post
  #7  
Old 11-12-2016, 02:24 PM
zerkz zerkz is offline
Super Active

zerkz's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jul 2009
Posts: 5,904
Thanks (Received): 32
Likes (Received): 6
Active Level
My Mood:
Default

adui.. lemah la kalau gini..
__________________
-signature untuk di sewa-
Reply With Quote
  #8  
Old 11-12-2016, 02:41 PM
momoque momoque is offline
Super Active

momoque's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2011
Posts: 7,897
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 41
Active Level
My Mood:
Default

Nasib ejen aku x mcm ni..

Anak aku warded tp plan x matang lg

Atas usaha dia...boleh claim
Reply With Quote
  #9  
Old 11-12-2016, 02:42 PM
pokler pokler is offline
Active Member

pokler's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Jan 2008
Location: E:\DnT-GembokMan
Posts: 2,348
Thanks (Received): 8
Likes (Received): 5
Active Level
My Mood:
Default

itu sebabnya bank negara mahu pembeli insurans beli terus dari syarikat polisi, bukan melalui ejen atau org tengah. disebabkan kes macamni laa
__________________
Anda Buasir? Janganlah Malu, Ada Ubatnya KLIK SINI
Reply With Quote
  #10  
Old 11-12-2016, 02:43 PM
d_conan d_conan is offline
CG Top Poster Club

d_conan's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Aug 2011
Posts: 21,257
Thanks (Received): 110
Likes (Received): 140
Active Level
My Mood:
Default

Pulak dh.. huhu.. tapi betul jugak seelok2nya cari ejen full time
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump