Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #241  
Old 24-05-2018, 04:09 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 16,145
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1495
Active Level
Default

Kedah gantung sementara JKKK: Mukhriz


Quote:
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah memutuskan untuk menggantung sementara tugas 1,900 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sementara menunggu arahan terperinci daripada Putrajaya.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata pihaknya membuat keputusan itu pada mesyuarat EXCO yang pertama yang turut membincangkan beberapa perkara mengenai pertukaran termasuk JKKK.

Beliau berkata, Kedah akan melaksanakan apa juga keputusan daripada Kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa campur tangan politik.

Katanya, keputusan itu bagi mengelak masalah jika ahli JKKK terlampau berpolitik sehingga ada pihak terabai di kampung kerana tidak menyokong kerajaan ketika itu.

"Seperti direkodkan, Kedah mempunyai paling ramai ahli JKKK iaitu 1,900 orang dan dulunya dikaitkan dengan ketua UMNO cawangan.

"Bagi prinsip kita sebagai kerajaan baharu, siapa saja yang layak, wajib dibantu tanpa mengira latar belakang politik. Kita akan aturkan pertemuan dengan JKKK, penghulu dan Pegawai Daerah bagi menyelesaikan masalah ini, jadi tugas JKKK digantung sementara," katanya pada sidang media selepas Amanat Menteri Besar dan Bicara Integriti di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dibubarkan, selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama di Putrajaya.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, MPN, JASA dan JKKP dibubarkan kerana wujud unsur politik, manakala SPAD akan diambil alih Kementerian Pengangkutan.

Pada November tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ketika itu menjadi Ketua Pembangkang, mempersoalkan mengapa Ketua Pengarah JASA menerima gaji dengan kod VU7 yang memiliki skala maksimum sehingga RM20,592, selain emolumen berjumlah RM12.8 juta kepada 272 kakitangan JASA.

https://www.bharian.com.my/berita/na...a-jkkk-mukhriz
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #242  
Old 24-05-2018, 05:02 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 16,145
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1495
Active Level
Default

Selesaikan segera kes tertunggak pekerja diberhentikan


M. Kulasegaran . - Foto Hafiz Sohaimi
Quote:
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia memberi tempoh 90 hari kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) untuk menyelesaikan kira-kira 1,970 kes tertunggak berkaitan pemecatan perkhidmatan pekerja.

Menterinya, M Kulasegaran, berkata ia harus diselesaikan dalam tempoh berkenaan dan jika perlu bekerja pada hujung minggu, cuti umum dan sebagainya, ia amat dialu-alukan kerana tidak adil kepada pekerja yang menantikan keputusan.

Katanya, penyelesaian segera harus dibuat kerana ia membabitkan isu pekerja yang perlu menanggung kehidupan keluarga dan urusan harian mereka.

"Mana-mana pekerja yang diberhentikan boleh merujuk kepada JPP dalam tempoh 60 hari supaya penyiasatan dapat dilakukan secepat mungkin.

"Majikan dan pekerja akan duduk bersama untuk menyelesaikan apa saja isu, bahkan mereka juga sudah bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan dengan segera tanpa menjejaskan kualiti.

"Ini bermaksud mereka mendengar kes anda, mendapatkan saksi dan kemudian keputusan akan dibuat. Jika tidak boleh, dengan asas yang tertentu, ia akan dirujuk kepada Ketua Pengarah JPP Malaysia," katanya pada sidang media di Wisma PERKESO, dekat sini, hari ini.

Sehingga 30 April lalu, Mahkamah Perusahaan sudah mengendalikan 3,687 kes dengan 912 kes daripadanya berjaya dilupuskan dan 2,775 pula masih tertunggak.

Selain itu, sebanyak 10 jawatankuasa bertindak Mahkamah Perusahaan ditubuhkan pada 14 Mac lalu untuk mendengar dan melupuskan kes pada tahun 2017 serta sebelumnya.

Kulasegaran berkata, buat masa ini, beliau turut mementingkan kes tertunggak yang dirujuk oleh menteri kepada Mahkamah Perusahaan sepanjang tahun ini.

"Penting untuk perkara ini diselesaikan secepat mungkin dan saya akan membantu untuk menyelesaikannya," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/na...-diberhentikan
Reply With Quote
  #243  
Old 24-05-2018, 05:13 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 16,145
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1495
Active Level
Default

Kira-kira 800 kakitangan tetap SPAD akan diserap ke JPJ


Quote:
Kira-kira 800 kakitangan bertaraf tetap di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan diserap ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan pengumuman pembubaran suruhanjaya itu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata JPJ ketika ini mempunyai kira-kira 1,000 kekosongan perjawatan dan ia akan diisi kakitangan tetap daripada SPAD.

“Semua kakitangan tetap tidak perlu risau atau bimbang. Mereka tidak akan disingkirkan atau diberhentikan.

“Peranan SPAD akan diambil alih oleh MOT terutamanya melalui JPJ. Mereka (kakitangan SPAD) ini boleh mengisi kekosongan perjawatan di JPJ ini terutama di bahagian penguatkuasaan.

“Bagi mana-mana perjawatan yang ada pertindihan, kami akan buat keputusan kemudian," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi JPJ di sini, hari ini.

Loke berkata operasi SPAD akan diteruskan seperti biasa sehingga Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim berjumpa dengan pengurusan tertinggi SPAD dan menstruktur semula kerja-kerja mereka.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran empat badan dan agensi kerajaan iaitu Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negara.

- Bernama
Reply With Quote
  #244  
Old 24-05-2018, 05:15 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 16,145
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1495
Active Level
Default

Kakitangan JASA Kelantan tidak tahu hala tuju


Quote:
KOTA BHARU: Kira-kira 80 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kelantan masih bekerja seperti biasa hari ini berikutan belum menerima surat rasmi mengenai pembubaran agensi terbabit.

Tinjauan NSTP di Tingkat 10 Wisma Persekutuan, di sini mendapati operasi di pejabat JASA berjalan seperti biasa dengan kakitangannya melakukan tugas masing-masing.

Menurut sumber, walaupun kakitangan bekerja seperti biasa, masing-masing tetap meluahkan kebimbangan mengenai hala tuju sebaik JASA ditutup.

Cubaan NSTP untuk menemu bual kakitangan JASA gagal apabila mereka enggan mengeluarkan sebarang kenyataan dengan alasan isu terbabit masih `panas'.

"Kami belum terima apa-apa surat, jadi masih kerja macam biasa. Kami tidak mahu keluarkan sebarang kenyataan kerana isu ini masih panas.

"Sekarang pun kami tidak dapat berfikir apa-apa lagi (hala tuju)," kata seorang kakitangan yang enggan dikenali.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran JASA, Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP), selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama di Putrajaya.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, MPN, JASA dan JKKP dibubarkan kerana wujud unsur politik, manakala SPAD akan diambil alih oleh Kementerian Pengangkutan.

Menurut pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai, daripada keputusan itu, kerajaan mampu menjimatkan sekitar RM200 juta setahun bagi pembayaran gaji serta kira-kira RM300 juta setahun bagi penjimatan pentadbiran melalui pembubaran yang diumumkan itu.
Reply With Quote
  #245  
Old 24-05-2018, 06:46 PM
mikeaelectricals mikeaelectricals is offline
Regular

mikeaelectricals's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2018
Posts: 308
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 19
Active Level
Default

Please terminate all JKKK, SPAD, MAVCOM
Reply With Quote
  #246  
Old 24-05-2018, 06:47 PM
mikeaelectricals mikeaelectricals is offline
Regular

mikeaelectricals's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2018
Posts: 308
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 19
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by mazri_2008 View Post
Kakitangan JASA Kelantan tidak tahu hala tuju

Learn from the hard way you spoiled brats
Reply With Quote
  #247  
Old 24-05-2018, 07:17 PM
a2zextra a2zextra is offline
Legendary Member

a2zextra's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Sep 2013
Posts: 15,601
Thanks (Received): 78
Likes (Received): 149
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by mrd View Post
xjuga...bn xkan bungkus kalau najib step down pada 2015 dan beri post presiden umno kepqda muhyidin dan shafie afdal jadi timbalan presiden...time tu mahathir masih dgn umno...

tp najib degil...dia sorang je yg betul...buang habis muhyidin dan shafie afdal...

so jadilah apa yg berlaku skrg...

kalau najib x degil...xde nye bn dan umno kalah pru14...malah boleh menang dgn majoriti 2/3 jika najib dh tiada...

skrg pun najib masih x akui yg bn kalah sbb faktor dia...
Quote:
Originally Posted by SOUL86F View Post
mengekalkan Najib juga satu strategi yg tepat untuk menumbangkan bn..ada la org tu kata gini dulu...malas sebut...
Kemenangan terbesar BN adalah pada PRU-11 iaitu pada 2004. Pada zaman Pak Lah setahun selepas Tun M bersara dari menjadi PM. Kemenangan BN terbesar bukan pada zaman Tun M ataupun Najib.
__________________
Doa - Usaha - Istiqamah - Tawakkal
BIMB 080590 2004 8153 MBB 55818 100 2814 :MAAHAD TAHFIZ QIAM
MBB 55829 360 6057 :KOMPLEKS AT-TAALIM
Reply With Quote
  #248  
Old 27-05-2018, 09:13 AM
none none is offline
Super Active

none's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2007
Posts: 7,846
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 106
Active Level
My Mood:
Default

KOTA BHARU: Kira-kira 80 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kelantan masih bekerja seperti biasa hari ini berikutan belum menerima surat rasmi mengenai pembubaran agensi terbabit.

Ni keje mcm biasa,
tkut nt hujung bulan nak cucuk gaji..
xada apa-apa...mcm mana ?
__________________

Masalah kita bukan di sini, tapi di SANA...dihadapan NYA.
Reply With Quote
  #249  
Old 27-05-2018, 09:42 AM
BenVentures BenVentures is online now
Regular

BenVentures's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2018
Posts: 938
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 156
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by none View Post
KOTA BHARU: Kira-kira 80 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kelantan masih bekerja seperti biasa hari ini berikutan belum menerima surat rasmi mengenai pembubaran agensi terbabit.

Ni keje mcm biasa,
tkut nt hujung bulan nak cucuk gaji..
xada apa-apa...mcm mana ?
Diorg dpt gaji tak bulan ni
Reply With Quote
  #250  
Old 27-05-2018, 10:07 AM
akukuli akukuli is offline
Active Member

akukuli's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2013
Posts: 1,894
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 18
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

mengapa Ketua Pengarah JASA menerima gaji dengan kod VU7 yang memiliki skala maksimum sehingga RM20,592, selain emolumen berjumlah RM12.8 juta kepada 272 kakitangan JASA.

wow..ape keje diorg ni gaji bukan main lebat
Reply With Quote
Likes piko1 liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump