BTC USD 63,481.3 Gold USD 2,378.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Najib lawat Bahrain, Sri Lanka, Maldives

Rosmah menghadap Permaisuri Bahrain

image.jpg

Permaisuri Bahrain, Sabeeka Ibrahim Al-Khalifa menerima menghadap Datin Seri Rosmah Mansor. - Foto Bernama

MANAMA – BAHRAIN. Permaisuri Bahrain, Sabeeka Ibrahim Al-Khalifa menerima menghadap Datin Seri Rosmah Mansor di sini, pada Sabtu.

Isteri Perdana Menteri menghadap baginda semasa lawatan beliau ke Kompleks Majlis Tertinggi Wanita.

Rosmah, yang mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasmi ke Bahrain, kemudian diberi taklimat tentang kemajuan wanita di negara Teluk ini.

Permaisuri Sabeeka yang menyambut ketibaan Rosmah ke kompleks itu, kemudian mengiringi isteri Perdana Menteri melawat kompleks berkenaan yang ditubuhkan bagi memperkasakan pencapaian wanita.

Semasa menerima menghadap, Permaisuri Sabeeka bertitah baginda amat kagum dengan dasar mesra wanita yang dilaksanakan Malaysia.

Dalam taklimatnya, seorang pegawai majlis itu berkata 37 peratus wanita di Bahrain terlibat dalam proses penggubalan dasar negara, dan 61 peratus wanita Bahrain berpendidikan tinggi. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/nasional/rosmah-menghadap-permaisuri-bahrain-1.771252
 
Sponsored Post

Rosmah menghadap Permaisuri Bahrain

image.jpg

Permaisuri Bahrain, Sabeeka Ibrahim Al-Khalifa menerima menghadap Datin Seri Rosmah Mansor. - Foto Bernama

MANAMA – BAHRAIN. Permaisuri Bahrain, Sabeeka Ibrahim Al-Khalifa menerima menghadap Datin Seri Rosmah Mansor di sini, pada Sabtu.

Isteri Perdana Menteri menghadap baginda semasa lawatan beliau ke Kompleks Majlis Tertinggi Wanita.

Rosmah, yang mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasmi ke Bahrain, kemudian diberi taklimat tentang kemajuan wanita di negara Teluk ini.

Permaisuri Sabeeka yang menyambut ketibaan Rosmah ke kompleks itu, kemudian mengiringi isteri Perdana Menteri melawat kompleks berkenaan yang ditubuhkan bagi memperkasakan pencapaian wanita.

Semasa menerima menghadap, Permaisuri Sabeeka bertitah baginda amat kagum dengan dasar mesra wanita yang dilaksanakan Malaysia.

Dalam taklimatnya, seorang pegawai majlis itu berkata 37 peratus wanita di Bahrain terlibat dalam proses penggubalan dasar negara, dan 61 peratus wanita Bahrain berpendidikan tinggi. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/nasional/rosmah-menghadap-permaisuri-bahrain-1.771252

arab pun dah tak pakai tudung loni.
 
Sultan johor yg pertama dpt dulu

https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/11/26/johor-sultan-receives-bahrain-highest-award/


Najib terima anugerah tertinggi Bahrain
Pemimpin asing yang pertama terima


image.jpg

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Anugerah Tertinggi Bahrain 'King Hamad Order for Development' oleh Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad pada Jumaat.--fotoBERNAMA

image.jpg

image.jpg

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika bersama Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad pada Jumaat. Turut sama Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri).- BERNAMA

MANAMA, 16 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikurniakan anugerah tertinggi Bahrain.

Najib menerima anugerah "King Hamad Order for Development" yang disampaikan oleh Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad di sini semalam.

Perdana Menteri diberi penghormatan sebagai pemimpin asing pertama dikurnia anugerah tertinggi Bahrain yang diwujudkan dua tahun lalu.

Najib memulakan lawatan rasmi tiga hari dengan menghadap Raja Bahrain di istana sebelum itu.

Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa majlis menghadap.

Raja Hamad juga mengurniakan anugerah "Medal of First Degree" kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis pengurniaan anugerah.

Baginda kemudian menghoskan majlis santapan negara bagi meraikan perdana menteri, isterinya dan delegasi Malaysia di istana.

Raja Hamad yang menaiki takhta pada 6 Mei, 1999 melakukan lawatan negara sulung ke Malaysia lewat April tahun ini.

Kuala Lumpur dan Manama menjalin hubungan diplomatik sejak 1974. - BERNAMA


http://www.utusan.com.my/berita/nas...erah-tertinggi-bahrain-1.573898#ixzz51OpdWMaX
 
Najib hadiri sambutan Hari Kebangsaan Bahrain

18FOTO.transformed.jpg

DATUK Seri Najib Razak (empat, kiri) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) bersama Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa (dua, kanan) ketika hadir menyambut Hari Kebangsaan Bahrain di Istana Sakhir hari ini.
Turut sama Menteri Pertahanan yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan).- Foto BERNAMA

MANAMA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa pada sambutan Hari Kebangsaan negara Teluk ini, di sini, semalam.

Sambutan yang berlangsung di Istana Sakhir itu menyaksikan Najib diberi penghormatan untuk duduk bersebelahan dengan Raja Hamad.

Dengan mengenakan sut berwarna gelap dan memakai 'King Hamad (Al Nahda) First Medal', Najib adalah satu-satunya pemimpin asing yang diundang ke majlis berkenaan.

Pada Jumaat, Raja Hamad menganugerahkan 'King Hamad (Al Nahda) First Medal', anugerah tertinggi negara ini, kepada Najib yang melakukan lawatan rasmi ke Bahrain.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga duduk bersebelahan Raja Hamad pada majlis itu.

Pada majlis berkenaan, Raja Hamad berkenan menyampaikan pingat kebesaran negara kepada 73 rakyat Bahrain.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga mengenakan sut gelap dan memakai 'Medal of First Degree', yang beliau terima daripada Raja Hamad, semalam.

Hishammuddin juga adalah Menteri Tugas-tugas Khas.

Bahrain mengisytiharkan kemerdekaannya dari Britain pada 15 Ogos, 1971, namun menyambut Hari Kebangsaannya pada 16 Disember. - BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berita/n...najib-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan-bahrain
 
Aku tak paham...kerajaan semua suruh berjimat....tapi yg pelik dan ajaib..lawatan kerja bawa wife follow sekali lawatan,duit sapa pakai utk belanja tu?...kalau kerja kerajaan..pengarah2 apa semua tu depa bawa wife ka time lawatan?...konfius2...jimat laaaa....jimattttt

bawa wife senang.. mlm x gi jln2 sgt..
wife tolong jaga.. :">
perempuan2 lain pun x kaco sgt..

skrng kan bnyk kes..
keluar dgn janda lah,isteri org,dll..

so najib play safe..
apa2 ja.. isteri disisi menamani suami tercinta..

#ilovepm..
#hidupsederhana
#isterisolehah
#xcarilain

hehe :">

*iklan berbayar..
 
Najib, Rosmah tiba di Sri Lanka

tiba17dd1.transformed.jpg

TIBA... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut Menteri Luar Sri Lanka, Tilak Marapana sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike hari ini. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. - Foto BERNAMA

tiba17dd2.transformed.jpg

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike hari ini. - Foto BERNAMA

COLOMBO: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di sini bagi lawatan kerja rasmi selama tiga hari.

Pesawat khas membawa pemimpin negara itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike di sini pada jam 8.40 pagi di sini (11.10 pagi waktu Malaysia).

Ketibaan Najib dan isteri yang melakukan lawatan kerja rasmi pertama ke negara ini dan juga bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara, disambut oleh Menteri Luar dan Menteri Tugas-Tugas Pembangunan Sri Lanka, Tilak Marapana.

Turut menyambut ketibaan ialah Kuasa Usaha Sementara di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka, Zainal Izran Zahari.

Sementara itu, Najib dan Rosmah tiba di hotel penginapan di sini pada jam 9.25 pagi.

Antara yang menyambut ketibaan beliau ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Tun S Samy Vellu.

Esok, Perdana Menteri dan isteri akan diberikan upacara sambutan rasmi diikuti pertemuan empat mata dengan Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena di Istana Presiden.

Najib juga akan mengetuai Malaysia pada mesyuarat delegasi kedua-dua negara bagi meneroka pelbagai bidang kerjasama termasuk rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Sri Lanka serta menyaksikan beberapa majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan, agensi dan syarikat swasta kedua-dua negara.

Perdana Menteri yang akan berada di sini hingga Selasa ini juga akan menghadiri mesyuarat meja bulat dengan ahli perniagaan Sri Lanka serta pertemuan dengan wakil syarikat dan masyarakat Malaysia di sini.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/364400/najib-tiba-di-sri-lanka
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register