BTC USD 63,300.3 Gold USD 2,380.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua domain mynic DOWN di seluruh dunia..

⛱����⛱����⛱����⛱����⛱����⛱

*_SKMM, MYNIC Bhd. sedang ambil tindakan atasi gangguan laman sesawang tempatan '.my'_*

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan MYNIC Bhd. sedang mengambil tindakan untuk mengatasi gangguan di laman sesawang tempatan berakhir dengan domain '.my', yang mengalami masalah sejak semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, beliau maklum tentang perkara itu pagi tadi dan berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan segera.

"Maklumat lanjut selepas menerima laporan terperinci kemudian," katanya di laman Twitter hari ini.

MYNIC Bhd.*adalah satu-satunya penyelaras bagi semua laman sesawang tempatan di Malaysia*yang berakhir dengan '.my'.

Gobind berkata demikian selepas membalas kiriman dihantar seorang pengguna akaun Twitter dikenali sebagai '@saradalina'. - Bernama
 
Sponsored Post

Isu Teknikal - Ada laman web tempatan .my tidak dapat diakses

gobind_cropped_1529131769.jpg

Foto- Ihsan Twitter Gobind singh Deo







PIHAK berkuasa masih berusaha mencari penyelesaian untuk membetulkan isu alamat web .my yang menyaksikan laman-laman tempatan tidak dapat diakses pagi ini, kerana masalah teknikal.

Dalam satu tweet, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, beliau dimaklumkan mengenai masalah pemecahan alamat .my itu dan MYNIC, pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .my tempatan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah diarahkan untuk menyelesaikan masalah itu, tambah Gobind dalam laman Twitternya dan berharap masalah itu dapat diperbaiki dengan segera serta beliau akan memberi maklumat selepas menerima laporan terperinci.

Berkenaan masalah dan status terkini gangguan itu, MYNIC hanya membalas mesej di Facebook, pada 12.56 pagi tadi.

Mereka mengeluarkan kenyataan di Twitter serta laman web yang menyatakan, mereka sedang mengalami beberapa isu teknikal berkaitan dengan rangkaian Sambungan Keselamatan DNS (DNSSEC) dengan Pihak Berkuasa Nombor Ditugaskan Internet (IANA).

“Kami sedang menyelesaikan masalah itu secepat mungkin, terima kasih atas kesabaran anda ketika kami berusaha untuk menyelesaikannya dan kami akan memaklumkan anda dari semasa ke semasa, kami sangat menghargai pemahaman anda,” kata kenyataan itu.

MYNIC adalah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia mentadbir lapan kategori nama domain, .my, .com.my, .net.my, .org.my, .edu.my, .gov.my dan .mil.my











sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/349300/ada-laman-web-tempatan-my-tidak-dapat-diakses








.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register