BTC USD 63,090.0 Gold USD 2,383.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

🏆🚴 Terengganu Cycling Team (TSG) 24'

TSG jadi rakan sepelatih

SKUAD lebuh raya negara yang akan mengerah keringat pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London akan kembali menjalani latihan pusat secara intensif bermula esok.

Mereka dijadualkan berlatih bersama pasukan benua, Terengganu Cycling Team (TSG) di Kuala Terengganu menjelang Kejohanan Lumba Basikal Asia 2012 (ACC 2012) di Kuala Lumpur pada Februari tahun depan.

Paling menarik, skuad negara akan menerima sentuhan genius jurulatih, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan sambil beberapa bekas pelumba terkemuka, termasuk M. Kumaresan, Nor Effandy Rosli, Mohd Mahadzir Hamad dan Musairi Musa diminta berkongsi kepakaran, khususnya tentang taktikal perlumbaan.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab menjelaskan, skuad lebuh raya negara akan berlatih selama sebulan di Terengganu sebelum meneruskan latihan di Putrajaya bagi menyesuaikan diri dengan laluan acara lepas beramai-ramai ACC 2012.

"Beberapa tonggak TSG seperti Mohd. Harrif Salleh, Mohamad Saufi Mat Senan dan Mohd. Shahrul Mat Amin akan turut berlatih bersama pasukan kebangsaan.

"Setakat ini, saya dimaklumkan 16 pelumba telah dikenal pasti untuk berlatih secara intensif di Kuala Terengganu.

"Saya telah berbincang mengenai perkara ini dengan Syed Mohd. Hussaini dan beberapa bekas pelumba.

"Mungkin buat permulaan, kita akan minta M. Kumaresan bekerjasama menyalurkan kepakarannya bersama Syed Hussaini.

"Keputusan ini diputuskan dalam mesyuarat Exco PKBM semalam (kelmarin)," kata Abu Samah dalam satu kenyataan semalam.

Menyentuh tentang kegagalan skuad lebuh raya negara pada Sukan SEA 2011 di Indonesia bulan lalu, Abu Samah yang menyambut ulang tahun kelahirannya kelmarin menegaskan, perkara tersebut telah dibincang panjang lebar dalam mesyuarat Exco PKBM kelmarin.

"Barisan Exco mendengar semua rumusan, pandangan dan teguran. Kita akui bahawa kita gagal pada Sukan SEA 2011.

"Bagaimanapun, kita harus segera lupakan kegagalan itu. Justeru, saya arahkan mereka segera berlatih menjelang Kejohanan Lumba Basikal Asia 2012 (ACC 2012).

"Kejayaan pada ACC 2012 adalah sangat penting. Kami berharap menerusi ACC 2012 kami boleh mengenal pasti dua pelumba untuk dihantar menyertai Sukan Olimpik 2012.

"Di sini juga (ACC 2012) kami boleh tahu keupayaan sebenar pelumba Malaysia kerana mereka akan berlumba bersama pelumba Jepun, Uzbekisten, Kazakhstan, Korea Selatan, China dan Iran," katanya.

Enam pelumba iaitu Harrif, Anuar Manan, Ng Yong Li, Mohd. Zamri Salleh, Mohd. Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli sudah disenarai pendek untuk memburu dua slot pada Sukan Olimpik 2012.

Nama Mohd. Akmal Amrun pula diletakkan dalam senarai menunggu buat skuad lebuh raya negara.

Malaysia sudah mengesahkan tempat secara merit bagi acara lepas beramai-ramai lelaki pada Sukan Olimpik 2012.
 
Sponsored Post

TSG fokus hadapi Tout De East Java selepas Aidilfitri

KUALA TERENGGANU - Pasukan profesional Terengganu - Terengganu Cycling Team (TSG) kini fokus menghadapi kejohanan berbasikal Tour de East Java, Indonesia yang akan berlangsung selepas Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hadi Hassan berkata pihaknya memberi tumpuan terhadap kejohanan tersebut kerana ia merupakan antara kejohanan terunggul di peringkat Asia.

"Pelumba kita sedang membuat persediaan rapi bagi menghadapi kejohanan tersebut termasuk mengadakan latihan semasa bulan puasa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata TSG berkemungkinan menyenaraikan enam pelumba membawa cabaran Terengganu di kejohanan tersebut yang mana pemilihan pelumba akan dibuat tidak lama lagi.

Hadi berkata pada masa yang sama, TSG akan membuat persediaan menghadapi Jelajah China dan Jelajah Brunei yang dijangka berlangsung September ini.

Katanya pada setiap kejohanan, TSG akan menghantar enam pelumba berlainan mengikut laluan perlumbaan.

Beliau berkata bulan Ramadan bukan penghalang kepada pelumba menjalani latihan bagi mengekalkan prestasi mereka menghadapi kejohanan-kejohanan tersebut.

"Kita tetap berkayuh cuma sedikit terbatas...mereka juga akan berlatih selepas solat Tarawih," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata TSG bercadang mengambil beberapa pelumba remaja yang beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) Pahang untuk diserap sebagai pelumba pelapis pasukan itu pada masa depan.

Hadi berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa pelumba yang mempamerkan aksi terbaik pada temasya itu dan akan mengumumkannya tidak lama lagi
 
1690721_262144057288474_1836154978_n.jpg

Pagi2 lg team TSG kite duk training panah enjin....kemah keming.!!!
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register