BTC USD 63,557.3 Gold USD 2,386.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE:Pekerja wanita maut ditembak semasa rompakan bank(PEMBUNUH SUDAH DITANGKAP)

amuk293

Active+ Member
Messages
4,263
Joined
Jan 10, 2008
Messages
4,263
Reaction score
69
Points
30
Copy paste...Slmt mlm tuan.kejaduan romoakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa. kerja sebagai opration officer ambank nama Noazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza u/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa jetija sedang membuka peti jebal dan nelarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.senasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul.tel sasoek no. 01133070204.tk tuan

#gambar dibuang atas sebab menjaga maruah keluarga mangsa..

berita dari metro:

SUBANG JAYA: Seorang pekerja bank wanita berusia 37 tahun maut akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan pengawal keselamatan yang merompak bank berkenaan di USJ Sentral di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.18 petang itu, suspek berusia 37 tahun yang berkhidmat di bank sama dikatakan melepaskan tembakan yang terkena kepala mangsa ketika mereka bergelut sejurus selepas membuka pintu peti kebal di bank berkenaan.

Menurut sumber, mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian manakala pengawal keselamatan terbabit melarikan sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang yang masih belum dikenal pasti jumlahnya.

Suspek dikatakan berasal dari Sabah itu melarikan diri menggunakan motosikalnya dan polis sedang menjalankan operasi mencarinya termasuk mengesan di alamat kediaman pengawal keselamatan itu berdasarkan rekod kerjanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.


Hingga jam 9 malam ini, polis masih belum berhasil memberkas pengawal keselamatan terbabit dan gerakan mengesan suspek diteruskan.

sumber

IMG-20131023-WA00021_zps10d80511.jpg


NI IC PENJENAYAH TERSEBUT..

NI WASSAP PENJENAYAH TERSEBUT:

whatsapp penjenayah hehehe

Screenshot_2013-10-23-23-16-36.png


Screenshot_2013-10-23-23-18-59.png

UPDATE 25OKT 2013

SHAH ALAM 25 Okt. - Polis menahan dua pengawal keselamatan dan seorang wanita yang dipercayai bersubahat dan mempunyai kaitan dengan suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini kelmarin.

Dua pengawal keselamatan terbabit merupakan saudara suspek sementara wanita itu pula dipercayai isterinya berusia 20-an hingga 30-an.

Kesemua suspek yang merupakan rakyat negara jiran tetapi dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Kemuning, Klang pada malam kejadian.

Susulan penahanan ketiga-tiga mereka, polis turut menemukan wang tunai RM20,000 yang dipercayai sebahagian daripada RM450,000 hasil rompakan suspek dari peti besi bank berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan awal percaya selepas melarikan diri dari Ambank, suspek telah mengagih-agihkan sebahagian kecil hasil rompakan termasuk kepada tiga yang ditahan.

Beliau berkata, wang tunai RM20,000 itu disembunyikan mereka di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya yang merupakan tempat kerja dua pengawal keselamatan yang ditahan. - UTUSAN ONLINE


http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131025/je_14/Tembak-pegawai-AmBank-3-suspek-ditahan

akaun FB SUSPEK kt SINI


PEMBUNUH BERJAYA DITANGKAP

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.



Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut..



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pembunuh-norazita-berjaya-ditangkap-polis-25284?C
 
Last edited:
Sponsored Post

Copy paste...Slmt mlm tuan.kejaduan romoakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa. kerja sebagai opration officer ambank nama Noazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza u/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa jetija sedang membuka peti jebal dan nelarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.senasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul.tel sasoek no. 01133070204.tk tuan

melayu ke indon yg karang ni..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register