BTC USD 63,532.7 Gold USD 2,383.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak ada rakyat, tiadalah raja, titah Sultan Johor

nubiefx

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
5,447
Joined
Jan 11, 2012
Messages
5,447
Reaction score
6
Points
65
Tidak ada rakyat, tiadalah raja, titah Sultan Johor
Bernama
9:47AM Jun 11 2012

Sultan Iskandar menitiskan air mata di hadapan kira-kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di perkarangan Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada baginda.

Suasana di perkarangan istana semalam yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda yang berangkat hadir pada 'Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor' itu tiba-tiba menjadi sebak ketika bertitah ringkas kepada hadirin.

"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," titah baginda sambil mengesat air mata, diiringi gema laungan 'Daulat Tuanku' oleh rakyat yang menghadiri perhimpunan anjuran Majlis Penyelaras Gabungan NGO (badan bukan kerajaan) Melayu Negeri Johor (Gabung) itu.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor, pada 2 petang.

Sultan Ibrahim, yang berterima kasih kepada mereka yang hadir, bertitah adalah menjadi amanah baginda sebagai Sultan Johor untuk menyayangi rakyat.

"Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja dan rakyat berpisah tiada," titah baginda sambil mengingatkan seluruh rakyat negeri Johor, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu padu.

"Jika bersatu, kita akan kuat," titah baginda yang ditemani isteri, Raja Zarith Sofia dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris serta kerabat diraja Johor lain.

Perhimpunan itu berlangsung sebagai reaksi terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Terdahulu, baginda menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabung, Ahmad Tarmizi Yusof serta kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor yang menghadiri perhimpunan itu.

Sementara itu, Bendahari Agung Gabung, Zaini Atan berkata mereka amat bangga kerana perhimpunan hari ini berjaya menarik 30,000 rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama, yang menganggotai pelbagai NGO.

"Kami hanya mengambil masa tujuh hari untuk menganjurkan perhimpunan ini sebagai usaha kami untuk menunjukkan semangat taat setia dan sayang kami kepada Sultan kami. Jangan cabar Sultan kami," kata Zaini.

Beliau berkata 312 NGO Melayu Johor, 62 NGO kaum Cina dan 30 NGO kaum India menyertai perhimpunan itu.

Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, antara yang hadir pada perhimpunan itu, berkata beliau amat bangga dengan sokongan rakyat pelbagai agama dan kaum di negeri ini terhadap Sultan Johor.

"Perhimpunan hari ini membuktikan bahawa rakyat negeri Johor menyokong penuh institusi kesultanan kerana ia merupakan tulang belakang kepada Perlembagaan negara," katanya.

Di KUALA LUMPUR: Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia melahirkan sokongan penuh terhadap penganjuran perhimpunan di Johor Baharu itu.

Presidennya, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh berkata pihaknya tidak akan sekali-kali bersetuju dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan kedudukan raja-raja Melayu.

"Persatuan ini akan menentang mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan kedudukan raja-raja Melayu dan sekali gus cuba memecahkan perpaduan orang Melayu dengan cara tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi Bernama.

- Bernama
 
Sponsored Post

bagus juga tindakan nizar ni..baru dia tahu rakyat johor menyokong raja mereka..lebih-lebih lagi raja yang baik dan pemurah macam sultan johor ni..sehingga sanggup beri 500 ribu kepada kerajaan demi rakyat dan negara..

den sebagai rakyat negeri johor pun amat berbangga dengan sultan den ni..

tapi den rasa..nizar ni bukan apa..dia kan ahli pas..oleh kerana pas belum dapat pegang kerajaan pusat..maka duit bida ni akan masuk ke kerajaa yang dipimpin oleh umno..tu yang dia sakit hati..

nanti kalau pas berpeluang pegang kerajaan pusat..barulah dia tahu..betapa berharganya tindakan seperti yang dilakukan sultan johor ni..dengan duit 500 ribu tu berbagai perkara boleh dilakukan oleh kerajaan yang berkuasa untuk rakyat dan negara..
 
hehe.. aku sokong 200% :):)
 
Yg pernah menghina sultan, khasnya almahrum ayahanda sultan dulu sape?
Yg pernah menyamakan ayahanda sultan dgn haiwan sape?
Yg mencabut kekebalan raja/sultan melayu pun sape punya keje..
Dan grombolan itu juga ler yg kononnya kini membela sultan...
Mujur ler semasa berlakunya sejarah hitam dlm institusi raja melayu, aku dh boleh membaca...
 
tu la pasal..pelik tul amngo nih..

xde kes melawan raja..menghina raja ke apa...

kes no plat je pon...poyo tul la :eek:

#30k tu betul ke kira..tgk dlm tv smlm cam 30billion jer :">
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register