BTC USD 63,695.2 Gold USD 2,383.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

15 pengusaha mahu saman Caltex arah tutup stesen minyak tanpa sebab

Sponsored Post

a'ah betul tu tuan, wakil PPIM tak dijemput langsung.

ada statement dari pihak KPDNKK kata, PPIM ingatkan diorangla yg membantu pengusaha Caltex ni, walhal juara yg sebenar adalah KPDNKK yg buat perbincangan dengan pengusaha pengusaha Caltex ni..

ingatkan ada la hasil dari perbincangan tu, rupanya tak ye..

dalam sejarah malaysia.. belum ada lagi kementerian kacau company corporate .. lagi pon dalam law memang caltex memang.. so klu caltex kata x nak mengalah. kementerian nak ckp ape ..


isu hotel haramkan tudung pon kementerian x kasi lagi surah arahan penarikan lesen atau ape2 denda .. semua sembang tin kosong jer
 
Kronologi kes penindasan pengusaha Caltex

image.jpg

Fadzilah bertindak melekatkan tangannya di lantai menggunakan ‘super Glue’ sebagai tanda mogok.

HAJI Fadzilah Abdul Hamid merupakan seorang bekas pengusaha stesen minyak yang telah berkhidmat selama 17 tahun sebagai pengusaha stesen minyak Caltex.

Pada Mei 2017 beliau dan beberapa pengusaha lain menerima notis mengosongkan premis dalam masa 30 hari (tarikh) gara-gara keengganan mereka membayar caj yang tidak sepatutnya dibayar dalam Perlaksanaan Perkhidmatan Layan Diri Di Stesen-Stesen Minyak.

Setelah membuat pembayaran tuntutan yang diputuskan mahkamah persekutuan sebanyak RM300,000.00 kepada pihak Caltex, perkhidmatan beliau pula ditamatkan secara tidak adil dan mengejut.

Perlu diingatkan bahawa, Surat bertajuk Perlaksanaan Perkhidmatan Layan Diri Di Stesen-Stesen Minyak bertarikh 11 April 2000 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia telah menyebut dengan jelas bahawa:-

‘segala kos bagi melaksanakan perkhidmatan layan diri termasuk pemasangan alat-alat otomasi dan senggaraan pembiayaan alat-alat tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat minyak dan tidak dikenakan sebarang caj sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak’

Beliau yang merasa tertindas dengan tindakan Caltex telah hadir ke PPIM bagi membuat aduan dan memohon bantuan bagi menegakkan kebenaran serta menuntut semula bayaran deposit yang telah dibayar kepada Caltex.

Sekitar bulan Julai lalu, PPIM melalui Unit Tindakan Khas PPIM yang diketuai oleh Pengarah UTK, Yusuf Azmi telah mengadakan satu perjumpaan bersama Pengarah Chevron di Menara Mellinium bagi memohon tarikh perjumpaan secara rasmi untuk berbincang mengenai isu ini.

Pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) masih lagi mengambil sikap untuk berdiam diri walaupun setelah pertemuan diadakan di antara pengusaha minyak yang tertindas dengan pihak tersebut.

Setelah berkali-kali permohonan untuk bertemu dengan pihak Caltex tiada maklum balas, hari ini Haji Fadzilah mengambil keputusan untuk melekatkan tangan beliau dilantai pejabat syarikat menggunakan Gam Gajah tetapi malangnya beliau tidak diendahkan sama sekali oleh syarikat tersebut sehingga kini.

Justeru itu, pihak KSU digesa untuk campur tangan berhubung isu terbabit memandangkan isu ini dibawah pengurusan KSU. Malahan, kami juga berharap supaya kes ini dapat membuka mata pihak berkaitan agar perkara ini tidak terjadi lagi terutamanya apabila ia melibatkan pengusaha Bumiputera yang berpengalaman.

Haruskah bekas pengusaha Caltex dilayan seperti ini meskipun beliau telah berkhidmat dengan Caltex selama 17 tahun?.

***Kenyataan Unit Media Semboyan1Malaysia ini dipetik dari Facebook Yusuf Azmi PPIM


http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/kronologi-kes-isu-penindasan-pengusaha-caltex-1.761064
 
Lepas gam tangan, bekas pengusaha stesen Caltex rantai kaki pula

xMGF24112017_BoikotCaltex001-681x454.jpg.pagespeed.ic.jMQv3EE1rI.webp

Reaksi Bekas Pengusaha Stesen Minyak Caltex, Fadzilah Abdul Hamid yang merantai kaki serta menutup mulutnya tanda protes isu penganiayaan pengusaha stesen minyak caltex di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK), Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 24 NOVEMBER 2017

xMGF24112017_BoikotCaltex005-640x427.jpg.pagespeed.ic.FZxDg2xbRW.webp


PUTRAJAYA – Selepas gam tangan di lantai, seorang bekas pengusaha stesen minyak Caltex, Fadzilah Abdul Hamid hari ini mengikat kakinya dengan rantai besi sepanjang 40 meter di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Beliau juga menutup mulutnya dengan pita pelekat sebagai protes.

Fadzilah yang berjubah dan memakai serban dilihat membawa beg baju sebagai tanda protes malah enggan berganjak dari bangunan KPDNKK sehingga dia dibenarkan bertemu dengan menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Fadzilah atau lebih dikenali Haji Boikot Caltex berkhidmat lebih 17 tahun dengan Chevron Malaysia Limited (Caltex) itu didakwa hanya menuntut jawapan daripada KPDNKK disebalik penamatan perkhidmatannya yang didakwa dilakukan secara mengejut dan tidak adil.

Menurut Pengerusi Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim, beliau bersama beberapa NGO Islam lain hari ini ke kementerian terbabit mewakili Fadzilah untuk mengadakan perbincangan.

Katanya, dalam pertemuan empat mata bersama Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Cawangan Operasi Khas) KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman, pihaknya hanya dimaklumkan yang perkara itu akan disampaikan kepada pengetahuan ketua setiausaha kementerian.

“Beliau hanya akan menyampaikan kehendak kita kepada Ketua Setiausaha KPDNKK. Kehendak kita adalah satu perjumpaan tertutup di antara KPDNKK dengan kami.

“Kami anggap KPDNKK sebagai badan penyelesai atau pun mediator kerana timbul pertikaian di antara satu syarikat operator dengan Chevron Malaysia Limited (Caltex),” katanya kepada pemberita di lobi KPDNKK di sini hari ini.

Hadir sama pada pertemuan dengan pihak KPDNKK ialah Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM, Muhamad Yusof Azmi dan Ketua Operasi unit itu, Ali Salimin.

Pada Mei 2017, Fadzilah dan beberapa pengusaha lain menerima notis mengosongkan premis dalam masa 30 hari gara-gara keengganan mereka membayar caj yang tidak sepatutnya dibayar dalam Perlaksanaan Perkhidmatan Layan Diri Di Stesen-Stesen Minyak.

Setelah membuat pembayaran tuntutan yang diputuskan Mahkamah Persekutuan sebanyak RM300,000.00 kepada pihak Caltex, perkhidmatan beliau pula ditamatkan secara tidak adil dan mengejut.

Hishamuddin juga berkata, pihaknya tidak terlibat dengan apa juga tindakan terbaru yang dilakukan oleh Fadzilah dengan mengunci pergelangan kakinya dengan rantai setebal seinci di kaki besi tangga di bangunan kementerian itu.

“Kita PPIM tidak mempunyai kuasa untuk melarang atau kami tidak terlibat dengan ikat kaki ini kerana kami mempunyai keterbatasan.

“Tapi kami akan bersama-sama beliau sebagai solidariti, sokongan dan pemerhati kerana kami tak sanggup nak balik,” katanya lagi.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/...ex-fadzilah-rantai-kaki-ppim-belum-puas-hati/
 
dgr dari sumber mengatakan, sebelum pengusaha minyak caltex ni nak start biz kena sign agreement bahawa caltex ada kuasa penuh utk menutup stesen jika caltex rasa perlu tutup.

tah betul ke tidak....mmg susah nak menang, hatta x ramai lawyer nak ambil kes mcm ni, sebab peluang nak memang mmg amat kecil.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register