Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #461  
Old 22-09-2017, 11:33 AM
oldtbone oldtbone is offline
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 7,504
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 425
Active Level
My Mood:
Default PM Bangladesh cadang zon selamat untuk Rohingya


SHEIKH Hasina.- Foto EPA


NEW YORK: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, semalam mencadangkan pembentukan zon selamat yang dipantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar untuk melindungi etnik Rohingya.

"Mereka ini mesti dibenarkan kembali ke negara mereka dengan selamat dan bermaruah," katanya pada Sesi ke-72 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

PBB berkata, lebih 420,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh untuk mencari perlindungan daripada keganasan tentera Myanmar di Rakhine.

Operasi tentera dikatakan susulan serangan militan Rohingya ke atas pos polis pada 25 Ogos lalu.

Hasina menuduh pihak berkuasa Myanmar menanam periuk api di sempadan untuk mengelakkan Rohingya kembali ke negara itu dan berkata PBB perlu mengambil langkah segera mencari penyelesaian krisis itu.

Beliau membentangkan pelan lima cara untuk melindungi Rohingya dalam 'zon selamat yang akan diwujudkan di Myanmar di bawah pemantauan PBB'.

PBB menggambarkan operasi tentera sebagai 'pembersihan etnik' dan Presiden Perancis, Emmanuel Marcon, pula menyifatkan ia sebagai genosid (penghapusan bangsa).

Myanmar perlu menghentikan keganasan dan amalan pembersihan etnik, bersetuju membenarkan misi PBB, memastikan kepulangan pelarian dan mematuhi laporan yang mencadangkan kerakyatan kepada Rohingya, kata Hasina. - AFP




sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/ame...untuk-rohingya



.
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #462  
Old 22-09-2017, 02:16 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,003
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9135
Active Level
My Mood:
Default

Usaha Malaysia perjuang nasib Rohingya dapat reaksi dunia - Najib



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah Malaysia membangkitkan isu kemanusiaan membabitkan masyarakat etnik Rohingya di Myanmar kini mendapat reaksi dunia.


Malah, Perdana Menteri berkata, ketika pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, beliau sudah menjelaskan bahawa apa yang berlaku terhadap etnik Rohingya adalah isu kemanusiaan.

"Hasilnya kerajaan AS mengumumkan sumbangan AS$32 juta (RM134 juta) untuk membantu masyarakat Rohingya di Myanmar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Maal Hijrah 1439 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Najib turut mengakui terguris hati kerana ada pemimpin pembangkang berbohong dan menuduh beliau tidak membangkitkan isu Rohingya ketika bertemu Trump.

"Lihat saja kenyataan rasmi dikeluarkan Rumah Putih mengenai isu itu, malah kita ada banyak saksi yang boleh mengesahkan saya memang membawa isu berkenaan," katanya.

Katanya, Malaysia juga akan terus prihatin dan berperanan aktif dalam isu kemanusiaan di seluruh dunia, khususnya dalam membantu saudara seagama di Palestin dan Rakhine, Myanmar.

"Malaysia akan terus memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya selain membawa isu ini hingga ke podium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Ia supaya kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini dapat dihentikan segera," katanya.

AS baru-baru ini bersetuju mengeluarkan kenyataan keras berhubung keganasan terhadap etnik Rohingya selepas diberi gambaran sebenar situasi krisis itu oleh Malaysia.

Trump dilaporkan mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas dan segera menamatkan keganasan ke atas Muslim Rohingya di Myanmar.

Naib Presiden AS, Mike Pence, menyampaikan pendirian Trump itu pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB dan mengisytiharkan krisis itu sebagai ancaman kepada dunia.

Pada pertemuan di Rumah Putih minggu lalu, Najib dilaporkan berkata, beliau berjaya membangkitkan kesedaran Trump berhubung krisis itu apabila mengarahkan pegawai AS mengkaji bentuk bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan.

Pada pertemuan Najib dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May selepas itu, kedua-dua negara turut mencapai kata sepakat bahawa masyarakat antarabangsa harus mencari penyelesaian untuk mengakhiri krisis yang semakin meruncing itu.

Serentak itu, Perdana Menteri Britain turut mengesahkan negaranya akan menghantar bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Rohingya.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron pula menyifatkan serangan Kerajaan Myanmar terhadap etnik minoriti Rohingya adalah genosid (pembunuhan beramai-ramai).


https://www.bharian.com.my/berita/na...si-dunia-najib
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #463  
Old 22-09-2017, 09:14 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,003
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9135
Active Level
My Mood:
Default

Tribunal antarabangsa akui berlaku pembunuhan beramai-ramai di Myanmar


Barisan panel juri, (dari kiri) Nursyahbani Katjasungkana, Shadi Sadr, Gill H.Boehringer, Daniel Feierstein, Helen Jarvis, Nello Rossi dan Zulaiha Ismal bersidang ketika sesi Tribunal Antarabangsa Rohingya di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE/AMIR KHALID

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Tribunal antarabangsa mengenai Rohingya, Kachin dan minoriti lain di Myanmar hari ini memutuskan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Myanmar terhadap etnik Kachin dan Rohingnya sebagai genosid atau pembunuhan beramai-ramai.

Panel tribunal yang dianggotai tujuh pakar antarabangsa sebulat suara membuat keputusan itu selepas mengambil kira dan meneliti bukti-bukti yang dikemukakan sepanjang prosiding tersebut.

Tribunal antarabangsa me*ngenai Rohingya, Kachin dan minoriti lain di Myanmar memulakan persidangan di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, di sini sejak 18 September lalu.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4tPfqccPm
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #464  
Old 22-09-2017, 11:25 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 10,428
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1072
Active Level
Default

India guna bom cili sekat Rohingya


Seorang kanak-kanak pelarian Rohingya membawa kayu api ke kem di Cox's Bazar, Bangladesh. - Foto REUTERS

NEW DELHI: India mempertingkat kawalan keselamatan di sepanjang sempadan timur poros dengan Bangladesh menggunakan 'bom cili' untuk menyekat kemasukan Muslim Rohingya, kata pihak berkuasa hari ini.

Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) India mahu mengusir kira-kira 40,000 etnik Rohingya yang tinggal di negara majoriti beragama Hindu itu.


Ia memetik risiko keselamatan dan diberi kuasa menggunakan kaedah kasar bagi menghentikan cubaan penyusupan.

"Kami tidak mahu menyebabkan kecederaan serius atau menahan mereka, namun kami enggan bertolak-ansur dengan kehadiran etnik Rohingya di bumi India.

"Kami menggunakan bom tangan mengandungi penyembur cili bagi menyekat ratusan Rohingya yang cuba masuk ke India, situasi semakin tegang," kata seorang pegawai kanan BSF di sini.

Lebih 420,000 etnik Rohingya lari ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu, apabila serangan terancang pemberontak Rohingya ke atas pasukan keselamatan Myanmar mencetuskan serangan balas, mengorbankan 400 orang dengan majoritinya pemberontak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan tindakan itu contoh jelas pembersihan etnik. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asi...sekat-rohingya
__________________
[ GET 1.3 PIPS AUTOREBATE FOREX HERE ]
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT SETIAP HARI
|AFF ID IBASIA/REBATRM
AUTOREBATE DAILY PAYMENT
| 86.67% REBATE BANK IN|PERCUMA 1500 TANPA DEPO
Reply With Quote
  #465  
Old 22-09-2017, 11:56 PM
asx23 asx23 is offline
Active Member

asx23's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2016
Posts: 2,098
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 117
Active Level
Default

bilalah dunia nak aman ni???
Reply With Quote
  #466  
Old 23-09-2017, 11:31 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 10,428
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1072
Active Level
Default

Suu Kyi tiada kuasa terhadap junta tentera?


DUA lelaki membawa seorang wanita tua ke sebuah kem pelarian di Balukhali di Bangladesh, baru-baru ini. AFP

Quote:
NEW YORK 22 Sept. – Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi te*rus menerima kritikan dan kecaman hebat daripada suara dunia ekoran keganasan yang menimpa etnik Rohingya di Rakhine.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menyifatkan penindasan dan keganasan yang berlaku terhadap Rohingya sebagai contoh ‘penghapusan etnik’.

Namun, pakar analisis berpendapat, Suu Kyi yang juga pe*nerima Hadiah Nobel Keamanan sebenarnya tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap junta tentera yang rakus menindas Rohingya.

Aaron Connely dari Institut Lowy di Sydney menyatakan, kerajaan junta yang pernah mentadbir Myanmar sejak 1962 hingga 2011 dilihat masih mengawal pasukan tentera, polis dan pelbagai jawatan penting dalam kerajaan negara itu sehingga hari ini.

“Suu Kyi tidak mampu berbuat apa-apa mengenai perkara itu (kawalan junta) dan di bawah Perlembagaan Myanmar, Ke*tua Komander Tentera Myanmar adalah individu paling berkuasa di negara tersebut dan sebarang keputusan yang dibuat tidak perlu mendapat kelulusan Suu Kyi.

“Beliau juga tidak boleh dipecat. Jika tentera perlu memilih sama ada kuasa atau penghormatan antarabangsa, mereka akan pilih kuasa,” katanya kepada CNN.

Dalam Perlembagaan Myanmar, kedudukan Ketua Komander sering mengatasi Pre*siden, selain diberi kuasa untuk mengambil alih pentadbiran jika berlaku situasi darurat.

Perlembagaan negara itu juga mengharamkan undang-undang retrospektif yang bertujuan menghalang anggota tentera daripada didakwa atas jenayah lampau termasuk mereka yang terlibat dalam penahanan Suu Kyi dan penggulingan kerajaan junta.

Dalam perkembangan lain, Amerika Syarikat (AS) akan me*nyalurkan bantuan kemanusiaan berjumlah hampir AS$32 juta (RM134 juta) kepada Rohingya yang melarikan diri daripada ke*ganasan di Rakhine.

Menurut Pemangku Penolong Setiausaha Jabatan Negara, Simon Henshaw, bantuan tersebut adalah komitmen AS untuk meringankan penderitaan yang ditanggung oleh Rohingya.

Bantuan itu diumumkan sehari selepas Setiausaha Negara, Rex Tillerson berdialog dengan Suu Kyi untuk mengakhiri keganasan di Rakhine dan membenarkan Rohingya pulang ke tempat asal mereka.

Sementara itu, Bangladesh menyatakan pasukan perubatan negara itu sudah merawat lebih 2,350 daripada 14,000 pelarian Rohingya atas pelbagai kecede*raan serius termasuk luka terkena peluru, ditetak dengan parang dan letupan periuk api.

Pegawai perubatan, Enayet Hussain memberitahu, hampir 200 wanita Rohingya turut melahirkan anak di kem-kem pelarian sejak tiba ke negara itu pada 25 Ogos lalu dan dianggarkan seba*nyak 20,000 orang lagi hamil.

Kira-kira 34,200 kanak-kanak Rohingya turut diberi suntikan vaksin rubela, manakala 18,410 yang lain menerima vaksin polio.

Lebih 420,000 Rohingya me*larikan diri dari Myanmar sejak Ogos lalu dan keadaan kem-kem pelarian di sempadan Myanmar-Bangladesh semakin sesak selain berdepan dengan penularan wabak penyakit serta masalah kebersihan. – AGENSI/AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz4tW4pkLbO
Utusan Melayu (M) Bhd
__________________
[ GET 1.3 PIPS AUTOREBATE FOREX HERE ]
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT SETIAP HARI
|AFF ID IBASIA/REBATRM
AUTOREBATE DAILY PAYMENT
| 86.67% REBATE BANK IN|PERCUMA 1500 TANPA DEPO
Reply With Quote
  #467  
Old 23-09-2017, 11:35 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 10,428
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1072
Active Level
Default

20 rumah terbakar, bom meletup di wilayah Rakhine


Pelarian Rohingya, Mohammad Suhail yang cedera pada tangan akibat ditembak oleh tentera Myanmar menunggu di tepi jalan selepas menerima bantuan di kem pelarian Taiy Khali, Bangladesh, kelmarin. - AP

Quote:

SITTWE, MYANMAR 22 Sept. - Sebanyak 20 rumah terbakar manakala sebutir bom meletup dekat sebuah masjid dalam kejadian keganasan terbaharu di wilayah Rakhine.

Keganasan tersebut tercetus selepas beberapa hari pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mengisytiharkan bahawa pasukan tentera kerajaan telah menamatkan `operasi pembersihan’ di kawasan sempadan.

Menurut Jawatankuasa Maklumat kerajaan, kebakaran berlaku malam tadi di kampung Kyain Chaung, Maungdaw yang pernah mengalami kejadian yang sama sebelum ini.

Pagi ini pula sebutir bom meletup di luar masjid kampung Mi Chaugn Zay dekat bandar Buthidaung.

Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kedua-dua insiden tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan pihak kerajaan menuduh kejadian letupan itu angkara `kumpulan pengganas’ tanpa memberi maklumat terperinci sama ada mempunyai kaitan dengan Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (ARSA). - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz4tW5dl1C7
Utusan Melayu (M) Bhd
__________________
[ GET 1.3 PIPS AUTOREBATE FOREX HERE ]
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT SETIAP HARI
|AFF ID IBASIA/REBATRM
AUTOREBATE DAILY PAYMENT
| 86.67% REBATE BANK IN|PERCUMA 1500 TANPA DEPO
Reply With Quote
  #468  
Old 23-09-2017, 11:38 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 10,428
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1072
Active Level
Default

Bangladesh mahu gesa Myanmar


Pelarian Rohingya yang baru tiba beratur untuk pendaftaran di pejabat kerajaan di bandar Ukhiya, kelmarin.

Quote:
DHAKA - BANGLADESH. Bangladesh mahu tingkatkan tekanan ke atas Myanmar untuk mengambil semula 700,000 pelarian Rohingya yang berlindung di negara itu sejak lebih sedekad lalu.

"Selain beri tekanan kepada Yangon, kami juga beri perhatian bantuan kemanusiaan," kata Menteri Hal Ehwal Luar, Mohammed Shahriar Alam.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons deklarasi dibuat Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi bahawa kerajaan sedia memanggil pulang pelarian Rohingya mengikut kandungan perjanjian dua hala dicapai pada 1990-an.


"Mereka tidak hormati perjanjian itu. Kami sukar berkomunikasi dengan Myanmar kerana tidak dapat maklum balas," ujarnya.

Difahamkan, Dhaka menunggu beberapa tahun untuk Myanmar mengambil semula 2,415 pelarian Rohingya selepas ia menghantar pulang kira-kira 230,000 orang ke Yangon pada 1990-an.

Jelasnya, kebanjiran pelarian yang melebihi kapasiti memerlukan Bangladesh menggunakan prosedur baharu ketika proses mengenal pasti identiti.

"Negara Asean perlu tampil untuk menangani krisis ini. Mereka perlu mengubah dasar untuk tidak masuk campur dalam hal ehwal dalaman negara lain kerana isu ini tidak wajar ditanggung sendiri oleh Myanmar," menurutnya lagi. - Straits Times

http://www.sinarharian.com.my/global...anmar-1.734198
__________________
[ GET 1.3 PIPS AUTOREBATE FOREX HERE ]
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT SETIAP HARI
|AFF ID IBASIA/REBATRM
AUTOREBATE DAILY PAYMENT
| 86.67% REBATE BANK IN|PERCUMA 1500 TANPA DEPO
Reply With Quote
  #469  
Old 24-09-2017, 05:17 AM
oldtbone oldtbone is offline
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 7,504
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 425
Active Level
My Mood:
Default Malaysia desak anggota OIC bantu Rohingya


MENTERI Luar, Datuk Seri Anifah Aman, menyampaikan ucapan di Mesyuarat Koordinasi Tahunan OIC di PBB New York. - Foto Reuters


KUALA LUMPUR: Malaysia mahu negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersatu menghulurkan bantuan terhadap etnik Rohingya yang ditindas di Myanmar.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata tindakan keganasan yang dilakukan terhadap etnik Rohingya di wilayah Rakhine, sejak 25 Ogos lalu semakin mencetuskan kebimbangan.

Katanya, pelakuan di luar sempadan pemikiran yang mengorbankan ribuan nyawa tidak berdosa itu mencetuskan krisis kemanusiaan sehingga menyaksikan lebih 400,000 etnik Rohingya melarikan diri untuk mencari perlindungan di Bangladesh.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini memuji usaha mulia Bangladesh kerana membantu masyarakat Rohingya susulan nasib yang menimpa etnik berkenaan," katanya ketika menyampaikan ucaptama Mesyuarat Koordinasi Tahunan OIC di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Teks ucapan beliau juga dikeluarkan di Kuala Lumpur.

Anifah berkata, pelarian Rohingya yang ketika ini berada dalam keadaan terdesak dijangka menjadi sasaran mudah untuk direkrut dan radikalisasi oleh puak pelampau jika kemelut di Myanmar tidak ditangani secara tuntas.

Sehubungan itu, Malaysia mendesak Myanmar untuk menghentikan siri keganasan yang meruncing di republik berkenaan, selain memberi laluan kepada misi kemanusiaan menghantar bantuan di wilayah berkaitan.

"Punca sebenar konflik ini wajar dikenal pasti jika kita ingin memperoleh penyelesaian yang akan kekal selamanya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Anifah berkata, OIC tersohor di pentas antarabangsa kerana mewakili suara 1.6 bilion masyarakat Islam di seluruh negara, namun adalah menyedihkan apabila segelintir daripadanya kini berada dalam kancah konflik.

Beliau berkata, situasi sedemikian dikhuatiri membuka ruang untuk Daesh menyelinap dan menyebarkan ideologinya dengan menyuntik 'benih' keganasan serta ketenteraan dalam minda generasi muda.

"Oleh itu, kita kena berdiri teguh secara bersama untuk mengutuk tindakan keganasan yang mungkin terbit dalam sebarang bentuk dan manifestasi, selain mengekang usaha mereka berlindung serta memanipulasi sumber untuk menghidupkan perjuangan serong ini," katanya.

Menyentuh konflik antara selatan Thailand dan selatan Filipina, Anifah menyuarakan janji bahawa Malaysia yang berpegang kepada konsep wasatiyah atau kesederhanaan akan terus bertindak sebagai 'orang tengah' dalam isu berkenaan.

Mengulas kekejaman Israel untuk menguasai Palestin, Anifah berkata, Malaysia mahu komuniti antarabangsa mematuhi dan berpegang kepada prinsip PBB supaya Israel serta pihak lain yang mendalangi jenayah kemanusiaan diadili secara saksama.

"Komuniti antarabangsa tidak sewajarnya berpeluk tubuh mengenai pelakuan Israel, tetapi pada masa sama mengambil pendekatan berunsur diskriminasi terhadap regim lain," katanya.




sumber: https://www.bharian.com.my/berita/na...bantu-rohingya




.
Reply With Quote
  #470  
Old 24-09-2017, 05:23 AM
oldtbone oldtbone is offline
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 7,504
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 425
Active Level
My Mood:
Default Serangan samseng Buddha sukarkan akses


Foto hiasan


SITTWE: Agensi bantuan bergelut untuk membantu ratusan ribu Muslim Rohingya yang kehilangan tempat tinggal akibat keganasan di barat laut Myanmar berikutan berdepan permusuhan meningkat daripada etnik Buddha Rakhine.

Mereka menuduh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan bantuan asing hanya membantu penduduk Islam.

Setakat ini, kerajaan Myanmar hanya membenarkan akses kepada pertubuhan Palang Merah ke kawasan itu.

PBB menggantung kegiatan dan memindahkan kakitangan bukan kritikal selepas kerajaan menuduh ia menyokong pemberontak Rohingya.

Selain berdepan cuaca buruk, laluan sukar dan halangan birokrasi, Palang Merah juga bertembung samseng berang, yang percaya agensi bantuan asing tidak mengendahkan penderitaan golongan Buddha Rakhine di negeri paling miskin Myanmar itu.

Rabu lalu, samseng di sini, ibu kota Rakhine cuba menghalang bot membawa bantuan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ke utara, tempat serangan pemberontak Rohingya 25 Ogos lalu menyebabkan jeneral Myanmar mengarahkan pembersihan tentangan.

Samseng bersenjatakan kayu, pisau dan bom petrol hanya disuraikan selepas polis melepaskan peluru getah.

Empat hari sebelumnya, sebuah trak Palang Merah Myanmar ditahan dan digeledah penduduk Rakhine di sini.

"Dengan ketegangan meningkat di Rakhine, kakitangan kemanusiaan dan kontraktor persendirian berdepan cabaran serius dalam menyelamat nyawa," kata Jurucakap Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB di Myanmar, Pierre Peron. -REUTERS




sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/ase...akses#cxrecs_s



.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump