Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1471  
Old 22-09-2017, 09:09 PM
asx23 asx23 is online now
Active Member

asx23's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2016
Posts: 2,334
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 161
Active Level
Default

Quote:
Betul bro...

Undang2 civil ni byk protect penjenayah...kanak2 lar hak asasi kemanusiaan lar...taik kucing lar

Tak pe kita tgu keputusan...aku harap penjara smpi mampus dgn sebat bila dh umur 20
mcm kat US la... sampai ibubapa pun tak boleh pukul anak2.. nak pukul pn sebab nak ajar.

tp bila da akta sana menyebelahi kanak2.. kanak2 pula yg berkuasa...
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #1472  
Old 22-09-2017, 09:17 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 117,471
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9760
Active Level
My Mood:
Default

Premis baru Darul Quran beroperasi awal 2018



KUALA LUMPUR - Premis baharu pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini yang sebelum ini dijadual beroperasi Oktober ini ditangguhkan dan hanya akan digunakan awal tahun depan.


Pengetuanya, Mohd Zahid Mahmood berkata, penangguhan itu berikutan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan yang perlu mematuhi beberapa ciri keselamatan seperti ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Semalam ketika bomba melakukan pemeriksaan, mereka menyuruh kami membuat beberapa ubah suai dan penambahbaikan antaranya memasang penyedut asap dan loceng kecemasan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya proses berkenaan akan mengambil masa beberapa bulan, sebelum kesemua pelajar meneruskan aktiviti pembelajaran di bangunan baharu.

Beliau berkata pihaknya akan mencari tempat baharu di lokasi berhampiran pusat tahfiz yang terbakar sebagai pusat pengajian sementara supaya para pelajar yang bercuti dapat meneruskan pembelajaran secepat mungkin.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan berjumpa dengan kesemua ibu bapa pelajar dalam masa terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar.

"Kami akan bersemuka dengan mereka (ibu bapa) kerana tidak mahu ada pihak ketiga yang mengeruhkan keadaan. Sumbangan yang kami peroleh akan dipulangkan kepada keluarga mangsa dan hanya sebilangan kecil sahaja akan digunakan untuk membaiki kerosakan pusat tahfiz yang terbakar ini," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati orang ramai masih lagi mengunjungi lokasi kejadian untuk merakamkan gambar dan menghulurkan sumbangan.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi, Khamis lepas. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/nasion...-2018-1.734138
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #1473  
Old 22-09-2017, 09:30 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 117,471
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9760
Active Level
My Mood:
Default


..
Reply With Quote
Likes cek mek molek, tomie liked this post
  #1474  
Old 22-09-2017, 10:28 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 117,471
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9760
Active Level
My Mood:
Default

Senyum dalam tangisan


SETIAP kali menerima kehadiran tetamu tidak kira siang atau malam, senyumannya sentiasa terpancar di wajah, namun Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod, mengakui di sebalik senyuman itu ada tangisan yang hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Sebelum tragedi kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa itu, setiap hari masa Mohd Zahid banyak dihabiskan bersama anak tahfiz dengan melihat anak-anak syurga berkenaan mengaji, makan dan bermain bersama namun kini suasana itu tidak mungkin sama seperti dahulu lagi.

Mohd Zahid berkata, sepanjang sembilan hari sejak kejadian kebakaran berlaku, masanya untuk berehat hanya sekitar empat hingga lima jam sahaja sehari dan selebihnya adalah menguruskan hal berkaitan kejadian kebakaran pusat tahfiz itu.

Katanya, timbalan pengetua dan petugas lain juga mempunyai masa yang terhad sehingga ada yang tidur dua jam sehari pada hari pertama hingga hari ketiga sejak kejadian yang berlaku 14 September lalu.

"Selepas kejadian itu, makan pun sudah tidak terjaga. Dari pagi kami sibuk menguruskan hal berhubung kejadian ini, banyak pihak yang mahu berjumpa, tetamu pula tidak henti-henti berkunjung untuk bergambar dan sebagainya.

"Tetapi pihak kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan orang ramai yang mahu melawat dan memberi sumbangan secara terbuka," katanya ketika ditemui di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, hari ini.

Menurutnya, meskipun dia sentiasa mengukir senyuman apabila bertemu dengan pelawat yang datang untuk menyumbang, namun disebalik senyuman itu tersimpan rasa sedih dan perit dengan ujian yang dihadapi.

"Semuanya sudah berubah. Apabila melihat saja ke kawasan bangunan pusat ini, terus terang saya akan terus terkenangkan saat anak-anak syurga itu masih ada berkeliaran di bangunan ini.

"Sehingga hari ini (hari kesembilan) saya cuba untuk kuat walaupun lemah dan senyum walaupun pilu. Saya sangat rindukan mereka (mangsa yang terkorban)," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Mohd Zahid juga menyatakan operasi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang selesai menjalani proses renovasi di Jalan Keramat Hujung terpaksa ditangguhkan ke awal tahun depan.

"Bangunan yang sudah siap dibaik pulih itu sebelum ini dijangkakan memulakan operasi awal Oktober depan, bagaimanapun ditangguhkan ekoran pemeriksaan memerlukan beberapa aspek perlu ditambah baik.

"Selepas pihak bomba melakukan pemeriksaan keselamatan di pusat tahfiz semalam, pihaknya mengarahkan agar beberapa penambaikan daripada aspek keselamatan perlu dipatuhi sebelum diberi kelulusan sijil layak menduduki,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...engkam-metrotv
Reply With Quote
Likes cek mek molek, Skuter liked this post
  #1475  
Old 22-09-2017, 10:38 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 117,471
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9760
Active Level
My Mood:
Default

Pengetua lega bomba sahkan unsur khianat



PENGETUA Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah lega selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengumumkan siasatan mendapati kebakaran pusat tahfiz itu disebabkan unsur khianat, sekali gus membersihkan nama baik pusat tahfiz berkenaan.


Mohd Zahid Mahmood, berkata: “Sebelum ini kami dikecam, dilemparkan pelbagai tuduhan.

“Malah pusat tahfiz lain juga menjadi sasaran kononnya tidak mengutamakan aspek keselamatan.

“Saya tidak marah dan menerima kecaman itu kerana tahu Allah SWT akan memberikan pertolongan kepada kami.

"Mustahil kami mengabaikan keselamatan anak-anak ini. Kami bertanggungjawab menjaga mereka kerana ia amanah ibu bapa mereka kepada kami," katanya hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim semalam, kebakaran pusat itu disebabkan sengaja dibakar.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat itu terkorban akibat terperangkap dalam asrama pusat itu dalam kebakaran 5.15 pagi, Khamis lalu.

Tujuh remaja ditahan bagi membantu siasatan.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...-unsur-khianat
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #1476  
Old 22-09-2017, 10:53 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 117,471
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9760
Active Level
My Mood:
Default

Darah jenazah pelajar tahfiz maut terbakar masih mengalir ketika dimandikan

Reply With Quote
Likes cek mek molek, Skuter liked this post
  #1477  
Old 22-09-2017, 11:23 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 117,471
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9760
Active Level
My Mood:
Default

22 September genap 28 tahun tragedi di Yan, Kedah

Quote:

"BIARPUN hari ini (22 September) genap 28 tahun kejadian itu berlalu, namun jeritan dan lambaian rakan-rakan saya meminta tolong masih segar dalam ingatan,"

Demikian luahan Siti Hajar Abu Bakar, 42, individu yang melihat sendiri kejadian kebakaran Madrasah Taufiqiah Khairiah Al Halimiah (MTKH), Yan, Kedah, yang mengorbankan 27 nyawa pada 22 September 1989.

Siti Hajar berkata, kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, yang berlaku 14 September lalu, ternyata menggamit kembali peristiwa menyayat hati yang pernah dilaluinya.

Katanya, dia menerima berita kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah melalui rakannya yang juga anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran di bangunan berkenaan.

"Ketika itu 15 mayat sudah dijumpai, rakan saya turut mengirim gambar keadaan di tempat kejadian. Saya cakap cukup! cukup! Jangan bagi lagi. Sesaat sahaja, air mata saya berjurai jatuh.

"Kejadian itu mengingatkan saya kepada rakan-rakan saya yang berada di Syurga sana. Walaupun 28 tahun, wajah mereka segar dalam ingatan saya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Siti Hajar yang juga anggota polis, dia tidak boleh meneruskan kerjanya pada hari kejadian 14 September lalu kerana tidak boleh berhenti menangis lalu meminta izin kepada ketua balai untuk pulang ke rumah.

Katanya, sejak kejadian kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah, dia tidak boleh menonton atau mendengar berita mengenai peristiwa tragis yang mengorbankan 23 nyawa.

"Saya akan terbayangkan rakan-rakan saya. Saya ada terlihat gambar jasad mereka (pelajar tahfiz) yang terkorban.

"Biarpun saya seorang anggota polis, tetapi saya tidak kuat untuk pergi ke tempat kejadian kebakaran, saya pasti akan teringat jeritan dan lambaian tangan rakan-rakan meminta tolong," kata ibu kepada tiga anak itu.

Menceritakan semula peristiwa menyayat hati yang berlaku 28 tahun lalu, Siti Hajar berkata, beberapa jam sebelum kejadian, dia dan semua rakan-rakannya di MTKH sempat mengadakan majlis makan malam bersama.

"Pada malam kejadian, ketika saya berada di sebuah lagi di asrama yang lain, saya ternampak cahaya yang begitu terang di Asrama E. Saya orang pertama yang nampak ada kebakaran lalu pergi ke rumah ustaz untuk mengejutkannya.

"Apabila datang semula ke Asrama E, api sudah marak. Ramai rakan-rakan yang sudah terbakar, menjerit dan meminta tolong. Ramai yang terjun dari bangunan papan itu, berlari menyelamatkan diri. Tetapi saya tahu, ramai lagi rakan berada di dalam.

"Sebaik melangkah untuk memasuki bangunan terbakar itu, ada rakan lain yang memeluk saya, menampar saya dan diminta mengucap. Ketika itu saya menangis sekuat hati, saya tidak sanggup melihat ramai rakan saya tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.

Menurut Siti Hajar, selepas kejadian itu dia sering bermimpi rakan-rakannya yang terkorban datang kepadanya sambil tersenyum dan berkata mereka bahagia di Syurga.

Katanya, dia tidak pernah lupa wajah rakan-rakannya biarpun sudah 28 tahun berlalu dan sentiasa menziarah pusara 27 rakannya yang dikebumikan pada satu kubur khas berdekatan lokasi kejadian.

Siti Hajar berkata, salah seorang rakan baiknya sempat menghadiahkan senaskah Al-Quran dan berpesan supaya jadikan kalam suci itu sebagai kenangan serta tanda persahabatan mereka.

Menurutnya, sehingga kini dia masih menyimpan Al-Quran itu dengan penjagaan yang rapi dan sentiasa dibawa ke tempat kerja untuk dibaca apabila kelapangan.

Pada 22 September 1989, seramai 27 pelajar Madrasah Taufiqiah Kahiriah Al Halimiah (MTKH) atau dikenali Pondok Pak Ya terkorban selepas asrama menempatkan pelajar terbabit terbakar.

Pada 14 September lalu, tragedi menyayat hati itu seakan berulang apabila 23 pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran kira-kira jam 5.15 pagi.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...u-masih-terasa
Reply With Quote
Likes cek mek molek, Skuter liked this post
  #1478  
Old 22-09-2017, 11:53 PM
ucop05 ucop05 is offline
Active Member

ucop05's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2008
Posts: 2,251
Thanks (Received): 80
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

confuse sekejap. tong gas tu warna kuning ke warna hijau? dr gambar dan saksi mcm warna kuning, dr pihak bomba punya report warna hijau pulak. pening kepala den.
__________________
"Ya Allah, diakhirat kelak kau hadiahkanlah ibuku dan semua ibu ibu sebuah Mahkota yang sinarnya lebih terang dari pancaran matahari, Kau hiaskanlah mereka dengan perhiasan syurga yang cahayanya menyinari sanubari, Kau serikanlah ibuku dan semua ibu ibu dengan wangian kasturi bidadari syurga, agar mereka menjadi wanita tercantik yang pernah disentuh mata, agar mereka menjadi wanita paling bahagia di Firdausi sana."
Reply With Quote
  #1479  
Old 22-09-2017, 11:56 PM
zanuar zanuar is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2009
Posts: 4,913
Thanks (Received): 63
Likes (Received): 23
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by ucop05 View Post
confuse sekejap. tong gas tu warna kuning ke warna hijau? dr gambar dan saksi mcm warna kuning, dr pihak bomba punya report warna hijau pulak. pening kepala den.
Sebelum terbakar,warna hijau
Selepas terbakar,warna kuning
Reply With Quote
  #1480  
Old 23-09-2017, 03:07 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 117,471
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9760
Active Level
My Mood:
Default

Sanggup 23 orang dibakar, apa dosa mereka? tanya Najib



KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah diarahkan supaya memeriksa semua pusat tahfiz di seluruh negara selepas ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri berkata, keputusan arahan itu telah dibuat pada mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu.

Beliau berkata, sehingga kini beliau masih berasa sedih dengan apa yang terjadi di Pusat Tahfiz Ittifaqiyyah di Keramat pada Khamis minggu lalu.

“Saya masih tidak percaya ada remaja belasan tahun boleh rancang dengan teliti untuk bakar pusat tahfiz.

“Sanggup 23 orang seakidah dibakar dan apa dosa mereka? Tak kan kerana berebut gelanggang futsal?

“Apa hendak jadi ini? Masyarakat kena sama-sama fikir apa yang perlu dilakukan.

“Jabatan Bomba mesti siasat semua tahfiz seluruh negara, tidak patuh syarat kita bagi tempoh untuk laku penambahbaikan, tak patuh juga tutup.

“Semua ini demi kebajikan anak-anak kita. Keputusan periksa itu telah dibuat pada mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2017M di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...-mereka-najib/
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump