Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #391  
Old 03-09-2017, 02:32 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,295
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8140
Active Level
My Mood:
Default

Jentera gergasi korek terowong tiba November



KUALA LUMPUR: Seiring lonjakan skala projek, empat Mesin Pengorek Terowong Ketumpatan Berubah (VDTBM) yang diberi nafas baharu dibeli dan dijangka tiba secara berperingkat mulai November ini.


Menerusi naik taraf beberapa sistem pengoperasian mencakupi kadar kemampuan bilah pemotong dan kelancaran aliran bahan buangan, mesin yang diberi jolokan VDTBM 2.0 itu dilihat pemangkin operasi pembangunan Transit Aliran Massa (MRT) jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) atau MRT2.

Tambahan mesin pengorek dengan ukuran rentas 6.7 meter dan panjang 140 meter itu disifatkan pelaburan strategik kerana laluan bawah tanah bagi jajaran SSP menjangkau 13.5 kilometer (km), merangkumi 11 stesen, berbanding 9.5 km serta tujuh stesen untuk jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Pengurus Besar Terowong MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, Ng Hau Wei, berkata langkah menaik taraf kemampuan VDTBM dibuat hasil kajian semula terhadap operasi stesen bawah tanah bagi MRT jajaran SBK.

Sehubungan itu, katanya, beberapa masalah kecil daripada pengoperasian mesin VDTBM itu diketengahkan kepada pengeluar untuk diatasi secara menyeluruh sebelum mereka menghasilkan edisi mesin VDTBM 2.0 yang lebih berkuasa tanpa sebarang peningkatan kos pembelian.

"Mesin yang lebih berkuasa bukan bermaksud kita sasarkan operasi mengorek terowong berupaya dilakukan lebih cepat, sebaliknya dijalankan tanpa sebarang masalah berbangkit.

"Kita rekodkan setiap masalah ketika kerja pengorekan laluan bawah tanah untuk MRT jajaran SBK supaya proses naik taraf dapat dilakukan menerusi penghasilan empat mesin baharu VDTBM 2.0.

"Secara keseluruhan, kita mempunyai enam jentera VDTBM 1.0, dua Mesin Pengorek Terowong Keseimbangan Tekanan Bumi (EPBTBM) dan empat VDTBM 2.0," katanya.

Beliau berkata demikian kepada kumpulan media Malaysia yang mengikuti lawatan ke Guangzhou, China, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Terowong MRT Corp, Blaise Mark Pearce dan Pengarah Terowong MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, Gusztav Klados.

Terdahulu, media Malaysia dibawa meninjau operasi Ujian Penerimaan Kilang (FAT) mesin VDTBM 2.0 di Herrenknecht Tunelling Machinery (HTM) Co Ltd, di sini.

FAT adalah proses pengesahan yang diberikan pengeluar selepas menjalankan pemeriksaan terhadap lebih 400 komponen VDTBM 2.0, sekali gus membuktikan setiap reka bentuk mesin menepati spesifikasi kontrak ditetapkan pelanggan.

Pasca ujian FAT, Hau Wei berkata, tempoh dua bulan diperlukan untuk memasang mesin VDTBM 2.0 sebelum ia boleh digunakan untuk kerja mengorek terowong.

Beliau berkata, 10 mesin VDTBM akan digunakan untuk kerja mengorek terowong bagi laluan yang mempunyai jenis tanah batu kapur karstik, manakala dua lagi iaitu EPBTBM bagi mendapan batuan dan berpasir atau formasi Kenny Hill.

"Sebarang penangguhan dalam rangkaian pelaksanaan kerja boleh menyebabkan kelewatan terhadap tarikh penyerahan projek infrarakyat ini," katanya.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah, berkata 12 mesin masing-masing empat dari HTM China dan lapan jentera yang dibaik pulih akan dilancarkan di tapak berbeza, dengan pelancaran pertama dijangka suku pertama 2018.

Katanya, pelancaran kerja mengorek akan bermula di Jalan Ipoh dan berakhir di Bandar Malaysia Selatan di Kuala Lumpur sebaik dua mesin VDTBM 2.0 tiba pada November dan Disember ini, manakala dua lagi dijangka sampai di Malaysia pada awal tahun depan.

"Projek berskala mega dengan kos pembangunan kasar (GDV) RM32 bilion ini dijangka siap 19 peratus menjelang hujung tahun ini.

"Fasa pertama jajaran SSP dijangka siap pada Julai 2021, manakala fasa kedua pula adalah Julai 2022," katanya.

INFO

* MRT2

- Laluan, 52.2 kilometer

- 37 stesen

- 11 stesen bawah tanah

- GDV, RM32 bilion

- Dijangka siap, Julai 2022.

* VDTBM 2.0

- Harga, RM40 juta hingga RM60 juta seunit

- Bergantung kepada spesifikasi


https://www.bharian.com.my/berita/na...-tiba-november
Reply With Quote
Likes cek mek molek, myroadtax.com liked this post
Paid Advertisement
  #392  
Old 05-09-2017, 09:16 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,295
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8140
Active Level
My Mood:
Default




..
Reply With Quote
Likes cek mek molek, myroadtax.com liked this post
  #393  
Old 05-09-2017, 10:25 PM
ekptd ekptd is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2016
Posts: 2,538
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 199
Active Level
Default

Ada lg spesis yg suka minum dan makan dlm mrt.
Pelik tul.
Dah lapar sgt ke.
Diorg ni tahu tak takleh mkn dlm tu.
Reply With Quote
  #394  
Old 05-09-2017, 11:09 PM
crossfire crossfire is online now
Regular

crossfire's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2014
Posts: 126
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 1
Active Level
Default

[quote=TT;24073299]Dah jumpa Angeline, tapi amoi enggan dedahkan diri



PETALING JAYA: Tiada putera raja mahu pun sepatu kaca sebagai petunjuk, tapi pencarian gadis ini tetap menjadi perhatian netizen.


Hanya berpandukan sekeping gambar seorang gadis berambut panjang, berkaca mata dengan wajahnya terselindung kerana memandang ke lantai, masing-masing menunggu siapakah gerangan bernama Angeline ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
ni kes apa plak ni?
Reply With Quote
  #395  
Old 23-09-2017, 06:53 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,295
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8140
Active Level
My Mood:
Default

Penumpang bercumbu dalam MRT


Gambar yang dihantar kepada RapidKL menunjukkan pasangan bercumbu tanpa mempedulikan orang lain di dalam MRT.

KUALA LUMPUR – Selepas reda dengan gejala vandalisme, timbul pula masalah lain membabitkan penumpang Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Terbaharu, sebahagian penumpang dengan selamba mempamerkan sikap tidak beradab apabila dikesan berpelukan dengan pasangan, bergayut pada tiang, makan minum sesuka hati, duduk tanpa adab dan menyelitkan sampah di celah tempat duduk.

Lebih menjelikkan, pasangan yang berpeluk itu tidak menghiraukan penumpang lain sekali gus memberikan imej negatif kepada pelancong asing.

Kesemua itu berlaku tidak sampai tiga bulan selepas MRT dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai lepas.


http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4tS1cKljY
Reply With Quote
  #396  
Old 23-09-2017, 07:35 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,295
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8140
Active Level
My Mood:
Default

Loya tekak nak ke MRT


HENG (empat dari kiri) bersama penduduk menunjukkan kerosakan di laluan pejalan kaki berdekatan Stesen MRT Taman Mutiara.

Cheras: Baru tiga bulan beroperasi, laluan pejalan kaki menghubungkan tempat letak kereta bertingkat Taman Segar ke stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara sudah menimbulkan masalah kepada kira-kira 2,000 penduduk sekitar apabila saluran kumbahan bocor.

Wakil penduduk, Chua Ah Hock, 72, berkata, limpahan kumbahan dari kawasan komersial di sekitar pusat beli-belah Leisure Mall menyebabkan berbau busuk dan penduduk tidak selesa apabila mahu ke stesen MRT.

“Saya sangat seronok menggunakan MRT untuk ke pusat bandar serta melawat kawan dan tidak dinafikan tempat letak kereta bertingkat itu adalah kemudahan terbaik bagi penduduk terutama mengatasi masalah kesesakan.

“Namun, kebocoran saluran kumbahan mengundang bau meloyakan dan air yang mengalir menyebabkan laluan pejalan kaki lecak sehingga menyukarkan pergerakan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pertemuan itu, Pengerusi Wanita MCA Bahagian Cheras, Datin Heng Sinn Yee turut hadir meninjau kawasan itu berdasarkan aduan diutarakan penduduk dan beliau berkata, akan berusaha mendapatkan pihak bertanggungjawab.

Menurut Ah Hock, dia bimbang sekiranya masalah itu dibiarkan berlarutan menyebabkan penduduk tidak mahu menggunakan laluan pejalan kaki berkenaan yang mempunyai tahap kebersihan, keselamatan dan keselesaan mengecewakan.

“Saya harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah ini dan mengubah kelemahan yang ada untuk keselesaan penduduk.

“Taman Segar adalah kawasan tumpuan umum terutama pada hujung minggu serta cuti persekolahan kerana terdapat banyak kedai makan selain pusat beli-belah dan kini ada stesen MRT,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohamad Kamal, 57, berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak projek siap dibina sehingga mengakibatkan bau jijik dan boleh dihidu sebaik melalui kawasan berkenaan.

“Keadaan bertambah teruk apabila hari hujan, ditambah laluan pejalan kaki tidak mesra pengguna kerana tiang besar diletakkan di tengah jalan dengan bumbung terlalu kecil.

“Bagi kebocoran itu, saya minta pihak berkenaan membaiki dengan segera sementara ia masih baru,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/setempat/2...kak-nak-ke-mrt
Reply With Quote
  #397  
Old 23-09-2017, 10:28 AM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 25,452
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 238
Active Level
My Mood:
Default

Pengguna kad TnG Maybank yang dipanggil kad Zing semua harap maklum.

Semua mesin di MRT tidak dapat buat tambah nilai automatik.

Lepas baki bawah RM50, sila ke plaza tol untuk tambah nilai cara biasa.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold