Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 19-05-2017, 09:06 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,029
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9150
Active Level
My Mood:
Default Budak main kejar-kejar maut jatuh tingkat 10 di Gombak


Muhammad Nazirul meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak pada 1 tengah hari hari ini.

GOMBAK - Budak lelaki berusia 9 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak pada 1 tengah hari hari ini.

Mangsa, Muhammad Nazirul Nasyat Mat Isa dikatakan main kejar-kejar bersama rakannya dari tingkat sembilan ke tingkat 10 pangsapuri berkenaan.

Bagaimanapun ketika sampai di tingkat 10, rakan mangsa berusia 6 tahun dikatakan masuk ke dalam rumah manakala mangsa terus mencari rakannya sebelum dia ditemui terjatuh di tingkat bawah perumahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada 1.40 tengah hari dan mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan setakat ini tiada individu yang mendakwa melihat insiden berkenaan.

"Pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...in-kejar-kejar

Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ibu terkilan anak tidak sempat jamah sup ayam


Noh (kiri) menenangkan Mat Isa, 41 (kanan) yang kehilangan anaknya Muhammad Nazirul Nasyat, 9, selepas terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak semalam ketika melawat keluarga mangsa hari ini.

KUALA LUMPUR - "Luluh hati saya melihat mayat anak, Nazirul Nasyat apabila tiba di tempat kejadian. Pemergiannya dalam sekelip mata sehinggakan tak sempat makan sup ayam yang diminta arwah sebelum kejadian," keluh ibunya Norazian Md Zain.

Dalam kejadian kira-kira 1.10 tengah hari, Muhammad Nazirul Nasyat Mat Isa yang berusia sembilan tahun maut Jumaat lepas selepas jatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak.

Norazian, 37, tidak menyangka hasrat menjamah sup ayam merupakan permintaan terakhir anak ketiga daripada empat adik beradik itu.

"Masa kejadian, saya baru sahaja pulang dari sekolah selepas ambil kakaknya dalam pukul 1 tengah hari. Kira-kira dua ke tiga minit masuk rumah, saya terkejut apabila jiran datang memberitahu perkara itu dan saya terus bergegas ke tempat kejadian.

"Pada sebelah pagi, selepas bangun arwah terus tenung saya dan ayahnya... saya pun tanya kepadanya kenapa, tapi dia diam sahaja. Dia juga tidak berkelakuan pelik selain tiada selera makan dan minum disebabkan demam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Sementara itu, bapanya Mat Isa Mohd Wadi, 41, seorang jurujual berkata beliau tidak menyangka kejadian itu akan berlaku kerana anak tunggal lelakinya sering diingatkan tentang perihal bahaya memanjat tembok. "Masa kejadian, saya ada di rumah sebab ketika itu saya pun demam. Saya memang tak perasan waktu mana dia keluar dari rumah.

"Jarang dia pergi main di kawasan itu (dari tempat arwah jatuh), bagi saya tak mustahil dia dengan sendirinya panjat tembok itu sebab ia lebih tinggi daripada arwah," katanya.

Meskipun masih bersedih, beliau reda dengan pemergian anaknya. Keluarganya turut diziarahi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar di kediaman mereka hari ini. - Bernama


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4hizWMtjA
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bapa nafi lalai, tak perasan bila anak keluar rumah

"SAYA nafikan tuduhan orang ramai yang saya lalai sehingga anak saya maut. Itu tidak betul kerana pada hari itu (Jumaat), kami bersama-sama berada di dalam rumah dan kejadian itu sungguh pantas.


"Kami sama-sama demam dan selepas makan ubat, saya berehat dan dia juga berehat di dalam rumah. Bila dia keluar saya pun tak perasan," kata Mat Isa Mohd Wadi.

Anaknya, Muhammad Nazirul Nasyat, 9, maut akibat terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak, Jumaat lalu, ketika bermain bersama rakannya di rumah mereka.

Katanya, dia kesal apabila ada pihak yang menuduhnya lalai dan tidak memantau pergerakan anak menyebabkan tragedi itu berlaku.

"Anak saya sudah tiada. Sebagai ayah, saya reda walaupun sukar terima hakikat ini. Dia anak syurga. Jadi saya minta masyarakat yang tak tahu apa-apa, jangan buat tuduhan macam-macam," katanya yang menerima kunjungan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar, hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Muhammad Nazirul Nasyat dikatakan main kejar-kejar bersama rakannya dari tingkat sembilan ke tingkat 10 pangsapuri berkenaan.

Bagaimanapun ketika sampai di tingkat 10, rakan mangsa berusia enam tahun dikatakan masuk ke dalam rumah manakala mangsa terus mencari rakannya sebelum dia ditemui terjatuh di tingkat bawah perumahan berkenaan.


http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...un-tak-perasan
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 19-05-2017, 09:08 PM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 35,305
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 175
Active Level
My Mood:
Default

innalillah....
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #3  
Old 19-05-2017, 09:08 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 24,426
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 954
Active Level
My Mood:
Default

innalillah
aduhai sayangnya, kesian anak ni..
Reply With Quote
  #4  
Old 19-05-2017, 09:19 PM
lobangbesar lobangbesar is offline
Newbie

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2017
Posts: 46
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 6
Active Level
Default

sedihnye
Reply With Quote
  #5  
Old 19-05-2017, 10:05 PM
zahidin80 zahidin80 is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Sep 2011
Posts: 2,551
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 28
Active Level
Default

Innalillah... Siapa yg mengasuh waktu tu x tgk ke...
Apapun anak syurga dah....
Reply With Quote
  #6  
Old 20-05-2017, 12:22 AM
terompah terompah is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2009
Posts: 826
Thanks (Received): 29
Likes (Received): 15
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by zahidin80 View Post
Innalillah... Siapa yg mengasuh waktu tu x tgk ke...
Apapun anak syurga dah....
Keluarganya semua tgh demam.Dorang tidur.
Reply With Quote
  #7  
Old 21-05-2017, 06:23 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,029
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9150
Active Level
My Mood:
Default

Bapa nafi lalai, tak perasan bila anak keluar rumah

"SAYA nafikan tuduhan orang ramai yang saya lalai sehingga anak saya maut. Itu tidak betul kerana pada hari itu (Jumaat), kami bersama-sama berada di dalam rumah dan kejadian itu sungguh pantas.


"Kami sama-sama demam dan selepas makan ubat, saya berehat dan dia juga berehat di dalam rumah. Bila dia keluar saya pun tak perasan," kata Mat Isa Mohd Wadi.

Anaknya, Muhammad Nazirul Nasyat, 9, maut akibat terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak, Jumaat lalu, ketika bermain bersama rakannya di rumah mereka.

Katanya, dia kesal apabila ada pihak yang menuduhnya lalai dan tidak memantau pergerakan anak menyebabkan tragedi itu berlaku.

"Anak saya sudah tiada. Sebagai ayah, saya reda walaupun sukar terima hakikat ini. Dia anak syurga. Jadi saya minta masyarakat yang tak tahu apa-apa, jangan buat tuduhan macam-macam," katanya yang menerima kunjungan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar, hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Muhammad Nazirul Nasyat dikatakan main kejar-kejar bersama rakannya dari tingkat sembilan ke tingkat 10 pangsapuri berkenaan.

Bagaimanapun ketika sampai di tingkat 10, rakan mangsa berusia enam tahun dikatakan masuk ke dalam rumah manakala mangsa terus mencari rakannya sebelum dia ditemui terjatuh di tingkat bawah perumahan berkenaan.


http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...un-tak-perasan
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #8  
Old 21-05-2017, 06:38 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 24,426
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 954
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Bapa nafi lalai, tak perasan bila anak keluar rumah

"SAYA nafikan tuduhan orang ramai yang saya lalai sehingga anak saya maut. Itu tidak betul kerana pada hari itu (Jumaat), kami bersama-sama berada di dalam rumah dan kejadian itu sungguh pantas.


"Kami sama-sama demam dan selepas makan ubat, saya berehat dan dia juga berehat di dalam rumah. Bila dia keluar saya pun tak perasan," kata Mat Isa Mohd Wadi.

Anaknya, Muhammad Nazirul Nasyat, 9, maut akibat terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak, Jumaat lalu, ketika bermain bersama rakannya di rumah mereka.
tak boleh nak kata ayah mak lalai, sebab anak tu dah bermain kat dalam pangsapuri tu sendiri..

biasa la budak budak main kejar-kejaran ni, lagi la arwah dah berusia 9-10 tahun...
Reply With Quote
  #9  
Old 21-05-2017, 07:54 PM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 25,477
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 245
Active Level
My Mood:
Default

Itu bahaya kalau anak2 main dalam bangunan tinggi.

Mungkin kawasan situ tiada taman permainan kot kat bawah.

Bersangka baik ni.
Reply With Quote
  #10  
Old 21-05-2017, 08:07 PM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 33,696
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 513
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post
innalillah
aduhai sayangnya, kesian anak ni..
Inalilah

Moga kuat tabah keluarga terima ujian nie
__________________


Komisyen Lebih RM1,000 untuk Projek Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di www.rahsiafirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump