Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Santai, Others

Santai, Others Santai, perngkongsian info, minta pertolongan ahli lain dan semua perbincangan yang tidak bersangkutan dengan forum lain. NO OFFTOPIC.

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 1,636
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 10,341
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 19,533
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-05-2017, 11:22 AM
silasroon silasroon is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2016
Posts: 560
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 28
Dislikes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default Kisah Benar: Aku, Rokok & Suatu Pencarian.

##Proses suntingan sedang dijalankan.

Saya silasroon, saya berusia 33 tahun. Berbangsa melayu dan berjantina lelaki. Tahun ini adalah tahun ketiga
saya tidak merokok. Insyaallah, semoga saya tidak lagi merokok.

Saya mula merokok pada usia 15 tahun. Tahun tersebut adalah tahun dimana saya perlu menghadapi peperiksaan PMR. Saya berhenti merokok pula pada tahun 2014 ketika usia genap 30 tahun.

'Langkau cerita berkenaan cara merokok, jenis rokok yang dihisap dan sebagainya.'

Bagaimana saya berhenti merokok.

Segala-galanya bermula disini.

Pada suatu pagi yang hening, selepas bangun dari tidur, seperti kebiasaannya saya akan menggulung rokok terlebih dahulu.

"Rokok terakhir saya adalah rokok daun kerana faktor kebejatan ekonomi di Malaysia ."

Selepas solat subuh dan selesai bersiap-siap untuk ke pejabat, sudah menjadi lumrah bahawa saya adalah orang terakhir yang akan mengunci kesemua pintu rumah setelah isteri saya pergi bekerja.

"Tempat kerja isteri jauh sikit, so, dia kena keluar awal ."

Apabila saya memastikan kenderaan isteri telah melewati hujung jalan serta hilang dari pandangan, bermulalah rutin harian iaitu membuang sampah dan mengunci pintu pagar.

"Dirumah sewa kami ketika itu, terdapat tiga jenis pintu yang harus dikunci sekiranya ingin meninggalkan rumah. Pintu pertama adalah pintu depan rumah, pintu kedua adalah pintu grill dilengkapi solex dan pintu terakhir adalah pintu pagar juga berserta solex".

"Bayangkanlah berapa banyak pergerakan yang harus saya lakukan demi memastikan rumah itu selamat. "

Kembali semula cerita selepas buang sampah dan kunci rumah tadi.

Selepas membuang sampah dan selesai mengunci pintu hadapan termasuk pintu grill tadi, saya pun berjalanlah ke arah motosikal dan memakai topi keledar. Saya juga tidak melupakan untuk menyarung sweater.

"Sweater kena alih depan, biasalah, mat motor katakan. Selain itu, untuk mengelakkan debu-debu atau asap kenderaan terkena uniform pejabat ."

Dengan sekali tendangan, motosikal saya berjaya dihidupkan.

Setelah mengalihkan tongkat motosikal dan bersedia untuk memasukkan gear yang pertama, hati saya terdetik, "Ehh, macam ada barang tertinggal je nih".

Saya pun meraba-rabalah di kocek seluar saya."Hah, memang betul, tertinggal lighter".

"Tanpa lighter, macam mana saya nak hisap rokok". bisik hati kecil saya.

Pada ketika itu, rokok daun yang digulung telah tersedia di bibir.

"Biasa lah, nak tunggang moto, kena lah perasap rokok dulu, nanti moto dah jalan, susah pulak."

Dengan perasaan sedikit kesal, dengan serta-merta saya pun turun daripada motosikal dan membuka semula pintu-pintu tersebut.

"Leceh betullah"....

Setelah kasut ditanggalkan, saya pun mula tercari-cari lighter itu dalam rumah.

"Nak cari satu perkara, hal paling utama adalah saya lupa letak dimana".

Masa mencari itu pun dah ambik banyak masa

Dan akhirnya saya jumpa jugak lighter tu.

"Ahha...disini rupanya engkau ye lighter"..

Setelah itu, saya menyeluk kocek untuk mengambil telefon bimbit sambil tengok Jam.

"Alamak, dah lewat ni nak masuk pejabat, lari tune dah ni".

Cepat-cepat saya bergegas keluar, kunci rumah, hidupkan motosikal.

Apabila kedua-dua pintu depan sudah dikunci, saya sorongkan motosikal itu sedikit ke luar pagar sebelum kunci pulak pintu pagar.

Semasa sedang menyelak pintu pagar untul di'solex'kan, hati saya terdetik semula,"Ehh...ada barang lagi ke yang tertinggal nih".

Saya meraba-raba lagi dalam kocek seluar saya. "ok...lighter dah ada"

tiba-tiba "alamak.....daun rokok dan tembakau pulak takdeeee...hishhh".

Saya tertinggal pulak daun rokok dan tembakau atas meja ketika kelam-kabut mencari lighter tadi.

Dalam hati "cehhh....apa punya musibat lah hari ni aku nak dapat".

"Saya perlu bukak semula pagar, bukak semula kunci-kunci rumah tadi. dah 2 kali kerja."

"Memang leceh....dah la makan masa, memang lewatlah hari ni masuk pejabat. Bentak hati saya.

Setelah saya mengambil semula gulungan daun rokok berserta tembakau tadi, saya pun cepat-cepat kunci pintu dan berlari-lari anak ke luar pintu pagar.

"Dah settle semua tu, saya pun naik motor, hidupkan enjin, dan tunggang ke pejabat.

Dalam perjalanan ke pejabat, semuanya ok, cuma saya tunggang sedikit laju.

"Dah lewat katakann"

Ketika hampir ke pejabat sekitar 2 atau 3 kilometer,hati saya mula rasa tidak sedap.

"Semasa itu saya masih menunggang motosikal."

"Ehh...kenapa pulak ni....rasa semacam je"

Saya pun meraba-raba lah dalam kocek depan baju, "Ok, pen dah ada" kemudian raba kocek belakang seluar "Ok, dompet pun dah ada" akhirnya saya raba kocek tepi seluar "ALAMAK.....DAUN ROKOK, TEMBAKAU DAN LIGHTER DAH TAKDE"

"Ni mesti dah jatuh tengah jalan ni".

Sakitnya hati saya bukan kepalang....

"Semua barang-barang tu, saya ikat dengan getah"

Apa yang berlaku selepas itu.

BERMULALAH ADEGAN PENCARIAN.

Saya tekad, walau apapun yang akan terjadi, persetankan segala undang-undang syarikat kerana masuk lewat, asalkan rokok daun saya ditemui semula.

Saya mengambil tindakan dengan berpatah balik dan menyusuri jalan raya dengan perlahan-lahan untuk mencari rokok yang terjatuh itu.

Perlahan demi perlahan motosikal saya tunggang sambil mata meliar tetapi fokus tercari-cari rokok daun atas jalan raya.

Setelah hampir 3/4 perjalanan, akhirnya, "YAHOOOO....saya dah jumpa rokok tu, tetapi, malangnya rokok itu berada di laluan yang bertentangan.

Terdapat 4 lane laluan jalanraya. dua lane di sebelah kanan dan dua lane di sebelah kiri.

"Saya berada di sebelah lane kiri, dan perlu melintas ke lane kanan. Jalan utama nih.."

Saya pun memberhentikan motosikal di tepi bahu jalan dan memulakan operasi menyelamatkan rokok daun.

Keadaan jalan raya ketika itu amat sibuk.

"Jalan raya utama katakan....lagipun pepagi pulak tu, ramai orang sibuk nak ke tempat kerja".

Risiko dilanggar kenderaan ketika melintas adalah amat tinggi melihat kepada situasi kenderaa yang sesak lalu lalang.

Dalam hati berdoa "Janganlah rokok aku tu di lenyek dengan kereta ke, moto ke, lori ke".

Selepas membuat anggaran dan yakin bahawa situasi jalan telah selamat untuk dilintas, saya pun berlari-lari anak melintas lane kiri tersebut dan berhenti di pembahagi jalan.

"Sekarang saya berada di tengah-tengah divider".

Mata saya meliar memerhatikan kenderaan lalu lalang sambil fokus pada gulungan daun rokok.

Kedudukan gulungan rokok berada di tengah-tengah jalan.

"Bahaya wooo....nak lintas ambil rokok tu....kenderaan banyak"..."gilos lah aku ni"..

Tunggu-punya-tunggu-punya-tunggu, akhirnya, sampailah suatu masa yang saya amati dan menganggarkan, jarak antara kenderaan dengan kenderaan berikutnya adalah sedikit jauh.

Dalam hati "ini peluang baik ni"...

Dengan suatu tekad yang besar, saya cepat-cepat berlari, ambil semula rokok tu dengan serta-merta dan kembali ke divider.

"Nampak tak, pengorbanan saya menyelamatkan rokok saya tu"

Yessss....saya berjaya. Operasi menyelamatkan rokok daun berjaya.

Kemudian, saya lintas semula lane kiri dan kembali semula ke motosikal saya.

Dalam perjalanan semula ke pejabat, fikiran saya kosong....kosong-sekosong-kosongnya. Mungkin disebabkan otak saya letih bekerja ketika misi menyelamatkan rokok daun tadi.

Sampailah ke pejabat...dan bermulalah episod bagaimana saya berjaya BERHENTI MEROKOK.


Bersambung....


PERMULAAN BERHENTI MEROKOK.
Langkah pertama: MENANAM KEBENCIAN KEPADA ROKOK.

Apabila sampai di pejabat, saya turun daripada motosikal seterusnya parking motor tersebut di bawah garage yang disediakan di hadapan bangunan.

Dengan perasaan cemas, saya seluk kocek seluar dan ambil handfon untuk melihat waktu ketika itu. “Alamak, dah pukul 8.45 pagi".

Pada ketika itu, saya menggunakan handfon berjenama NOKIA.

"Alahhh...Nokia yang ada lampu suluh tu.."

“Alamak...dah lebih 45 minit ni, mampus aku kalau aku thumb print jari nih”.

Di pejabat saya, syarikat kami mengunakan Sistem Cetakan Jari Bersepadu untuk merekodkan kehadiran anggota pekerja.

“Bagaimana cara nak cilok beb, sistem thumb print tu”

Apa yang saya fikir ketika itu adalah untuk tidak thumb print. Dalam hati saya berbisik “Kalau management tanya, aku cakaplah aku terlupa...kah kah kah”..

”Jahat tak saya, jahat kan” .

“Nampak tak... dengan sebab rokok je, saya berniat melakukan dosa kecil dengan menipu”. Dan sememangnya saya TIDAK THUMB PRINT pagi tu..hahahahaha. (jahat lah saya ni).

Selepas motosikal diparking, berjalanlah saya ke arah satu pokok yang besar berhampiran bangunan pejabat. Kemudian, saya seluk kocek ambil daun rokok.

“Di tepi pejabat saya tu, ada satu jenis pokok. Akasia namanya. Pokok tu memang rendang sangat.”

Dibawah pokok itulah saya menggulung rokok daun untuk kali KEDUA TERAKHIR.

Sambil saya menggulung, sambil mulut saya menyumpah-nyumpah rokok tu. “CELAKALAH ENGKAU WAHAI ROKOK, SEKIRANYA AKU TIDAK MATI KERANA ASAP KO NIH, AKU MATI KERANA EXCIDENT DILANGGAR KERETA TADI, BO.DOHNYA KO”.

“Sebetulnya, sayalah yang bo.doh kan.” .

Saya menyumpah-nyumpah rokok tu kerana mengenangkan peristiwa yang baru je berlaku tadi.

Pada ketika ini, otak saya seolah-olah berdenyut-denyut. Sel-sel otak terasa berhubung. Tahap kewarasan akal saya seakan-akan kembali. Dan tahap kesabaran saya terhadap rokok semakin memuncak.

“Masa ketagih rokok, mana datang waras ni....janji berasap sudahhh”...haha.

Kemudian, dengan sepantas kilat saya hamburkan kata-kata nista menyifati kata-kata cacian. Saya maki hamun rokok itu dan pelbagai sumpah seranah yang sebelum ini jauh terpendam di lubuk hati.

Sambil mulut asyik menyumpah, saya kepilkan jugak rokok itu dihujung jari saya.

“Dalam dok marah pun, sempat lagi perasap. Nampak tak tuan-tuan kekuatan pengaruh rokok tu pada kita”

Kali ini, walaupun saya hisap rokok itu, tetapi dengan hisapan yang berbeza. Saya sedut asapnya dalam-dalam, saya gigit dia sampai lunyai.

“Geram punya hal lah ni” .

Saya ambil tindakan dengan tidak hisap rokok tu sampai habis.

Saya biarkan separuh, kemudian saya buang dan ‘hempas’ rokok tu bawah pangkal pokok Akasia dengan sekuat hati.

Dalam hati, saya berkata-kata sendirian “Padan muka ko rokok, aku dah tak nak hisap ko”.

Cercaan ikhlas saya kepada sebatang rokok yang tidak memahami bicara hati seorang lelaki.

STRESS MULA MENGUASAI DIRI DAN PERMULAAN BERHENTI MEROKOK.

Rentetan daripada saat pagi dibawah pokok Akasia, ianya membawa kepada berakhirnya waktu pejabat.

Hari itu, saya langsung tidak membuat apa-apa kerja. Apa jua jenis dokumen saya tidak sentuh. Semua fikiran saya, saya layangkan kepada peristiwa pagi tadi.

Apabila jarum jam di dinding pejabat menunjukkan jam 5.00 petang, serta-merta saya tersedar daripada lamunan dan bergegas pulang.

“lamunanku terhenti” .

"Pada tahun 2014, waktu pejabat kami bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang je."

Saya menunggang motosikal dan balik ke rumah sewa seperti biasa.

Setelah sampai di rumah, kelihatan isteri saya sedang menyapu sampah.

“Kalau tak silap saya la, ingat-ingat lupa dah ni”

"Isteri saya selalu balik awal sikit dari saya."

Saya tidak terus masuk ke dalam rumah, tetapi berlegar-legar di ruang letak kereta. Sesekali saya merenung ke arah tong sampah kepunyaan Majlis Bandaraya. Saya seluk kocek seluar DAN saya keluarkan semula rokok itu.

“hahaha...sempat lagi”

Keinginan dan ketagihan rokok kembali menyerang.

“Maklumlah, dari pagi tadi tidak merokok sampai balik kerja, bila je rumah jadi sangap lah”

Saya tekad.

Saya ambil daun rokok tu dan tembakau, kemudian, saya gulung jugak sebatang.

hahaha. “kuat betul hasutan jin kafir dekat saya ni ye”.

Sambil-sambil tu, saya gigit-gigit sikit hujung daun rokok itu.

“Daun rokok ni, rasanya kelat-kelat sikit“ "yelah, asal diperbuat pun daripada daun nipah kann."

Kemudian, dengan sekali cucuhan, rokok itu berkepul-kepul asapnya.

Kali ini jugak berbeza seperti pagi tadi. Rokok itu adalah ROKOK YANG TERAKHIR saya sejak bermula pada 15 tahun yang lalu.

“Bawah pokok tadi tu, rokok KEDUA TERAKHIR”

Pada kali ini, saya tekad untuk sedut asapnya dalam-dalam. Kemudian, saya hembus semula asap rokok itu sekuat-kuat hembusan supaya keluar balik dari paru-paru saya.

Saya ulang buat begitu sebanyak 3 kali.

“Alahh....macam kita tarik nafas dan keluarkan selepas habis senaman tuu”

Buat kali yang ketiga ni, “Ini ialah kali yang TERAKHIR saya sedut asap rokok tu”, rokok itu saya sedut sedalam-dalamnya.

“Sedalam-dalamnya sehingga merasakan seakan-akan asap daun rokok tersebut telah memenuhi segenap ruang dalam paru-paru saya”.

Kemudian, saya hembus BERSERTA ludah dengan rokok-rokok itu sekali.

Dalam hati, “Habis tak habis, separuh tak separuh, lantaklah.....AKU BUANG HANG DARI HIDUP AKU”.

Itulah cacian terakhir saya kepada rokok daun setelah sekian lama beliau berkhidmat kepada saya apabila saya tekad mengambil keputusan untuk memilih perkhidmatannya disebabkan oleh tindakan proaktif kerajaan yang membuat beberapa kali ‘penyelarasan harga rokok’ tanpa berunding dengan kami golongan perokok... "fuhhh....panjangnya ayat, habis senafas"

Bersambung.....


Langkah Kedua: MENGHAPUSKAN SEGALA SIFAT ROKOK DAN MELUPUSKANNYA SECARA MUTLAK.

Tuan-tuan baca tajuk tu faham ke idok? Hehe. “Rasa macam berat je nak hadam kan. Takpe baca pelan-pelan.”

Untuk pengetahuan semua forumer, itulah langkah seterusnya selepas saya meludah rokok yang terakhir tadi.

Ketika saya ludah, saya meludah dengan perasaan yang AMAT MARAH.

“Marah saya ketika itu seolah-olah saya telah menjadi orang super saiya”.

"Kepada sesiapa yang tidak pernah baca komik Dragon Ball, sila abaikan ye". hehe.

Dengan sumber kemarahan tadi, saya masuk ke dalam rumah dan saya cari segala sumber-sumber SIFAT & ELEMEN rokok.

Saya ambil plastik sampah, saya kumpulkan ashtray (tempat abu rokok), sisa-sisa rokok, lighter, tembakau, plastik balut tembakau, habuk, getah pembalut daun rokok dan segala-galanya.


Semua tempat barang yang saya ambil untuk kumpulkan itu, saya pastikan ianya dilap dan dibersih sepenuhnya dengan kain basah sehingga hilang kesan dan sifatnya.

"Contohnya, ashtray atas meja, saya ambil ashtray tu, masukkan dalam plastik sampah, kemudian saya lap bekas tempat ashtray tadi supaya takde langsung habuk-habuk atau sisa-sisa habuk yang tertinggal."

Termasuklah bekas simpan rokok. Saya buang semuanya berserta tupperwarenya sekali dan lap tempat dimana bekas tupperware tadi berada samaada ada habuk atau tidak.

“Nampak macam bo.doh je kan, tetapi, perbuatan saya mengelap tadi merujuk kepada keazaman saya untuk berhenti merokok”.

Hendak dipendekkan cerita, buang segala benda yang ada kaitan dengan rokok. “Kalau bahasa kedah dorang cakap begini, HANG PI BUANG SEGALA MAK NENEK MENATANG TU”.hehe

"Jangan lupa jugak ye, sisa-sisa rokok dalam toilet. Biasanya perokok ni, toiletnya ada kesan-kesan aktiviti merokok ketika membuang air besar. (ketika melabur). Tolong cuci sebersih-bersihnya kesan-kesan aktiviti merokok dalam bilik air atau jamban. "

Itulah yang telah saya lakukan. hehe

Selepas barang-barang tadi berjaya dikumpulkan, saya ikat kemas-kemas dan buang dalam tong sampah.

Terdapat dua kaedah disini samaada untuk buang dalam tong sampah atau bakar.

Dua kaedah tadi merujuk kepada tahap kekentalan mental masing-masing.

Saya memilih untuk buang dalam tong sampah.

"Untuk pengetahuan semua forumer, jam ketika itu lebih kurang pukul 5:45petang. Bererti waktu ASAR. So, saya simpulkan bahawa SAYA TELAH BERHENTI MEROKOK PADA WAKTU ASAR. Pada masa tu, saya belum lagi solat asar, so, apa yang saya buat adalah......mandi lama-lama.....berus gigi (tonyoh betul-betul).....basuh muka banyak-banyak...dan tepuk muka berkali-kali".

"Nampak tak, bukan senang ooooo....nak letak keazaman nak berhenti merokok."

"So, kepada mana-mana forumer yang baru berNIAT untuk belajar merokok, sila fikir 18 kali. Hehe. “saya nasihatkan, tak perlulah merokok”...Membazir.

Kemudian, selesai je mandi, saya ambik wuduk dan solat asar.

Selepas selesai solat, pada ketika inilah saya BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH kepada Allah untuk menguatkan KEAZAMAN saya untuk berhenti merokok.

"Selepas je mintak doa, saya keluar bilik dan bagi tahu isteri, SAYA DAH BERHENTI MEROKOK".

“Nampak terrer tak, Stop terus beb”

"Ye SAYA STOP TERUS. Dah takde nak kurang-kurangkan dulu ke, nak hisap VAPE dulu ke atau apa-apalah". Hehe.

Kemudian, saya mintak isteri saya supaya jangan ganggu saya. Saya hendak bersendirian.

Dalam tempoh bertenang itu.....saya pesan kepada dia supaya ‘jangan ajak makan’, ‘jangan ajak minum’ dan 'jangan bercakap dengan saya'.....pendek kata. Jangan kacau saya.


Langkah Ketiga: MENJEJAKI MEMORI DAN MENG’KUARANTIN’KAN INGATAN.

Selepas memberitahu isteri supaya tidak diganggu, saya ambil selimut dan berbaring di sofa berseorangan.

Saya pejamkan mata, rehatkan fikiran, perlahankan nafas, bertenang, sehinggalah saya cuma perasan akan hembusan nafas dan bunyi jantung sahaja.

“Saya tumpukan betul-betul”

Ketika ini, saat proses MENJEJAKI MEMORI pun bermula.

Pada saya, kita tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah selagi kita tidak menemui AKAR atau PUNCA penyebab masalah itu berlaku.

Menjejaki memori seolah-olah kita ‘flash back’ balik apa jua perkara telah kita lakukan.’

"Alahhh...macam kita putarkan video ke belakang tu"

Dalam konteks tadi, saya flash back atau imbau ketika ‘Saat terakhir saya ludah rokok itu sehinggalah balik semula kepada punca saya merokok’.

"Bukan senang beb.....Gambaran dan visual harus muncul dalam otak dan jelas satu per satu".

Tempoh imbasan yang dilakukan bermula pada petang itu sehingga melepasi waktu mahgrib.

Dalam setiap imbasan, muncul pelbagai watak-watak, kenangan saya, dengan siapa saya merokok, kawan-kawan perokok saya, merokok di asrama, suka-duka saya ketika merokok, pendek kata, segala jenis aktiviti yang melibatkan merokok. Semua aktiviti itu, saya PERLU IMBAS DAN JEJAK. Dan saya pastikan ianya muncul dengan jelas.

Sebabnya, ia terkait antara satu dengan yang lain.

“Memang jelas beb, saya dah buat....satu-satu ingat”. Imbasan memori sampai kepada waktu MULA-MULA saya hisap rokok."

Dan pada penghujung drama visual yang tertayang dalam otak berakhir, secara serta-merta ianya terpadam dengan sendirinya. "seolah-olah mesin pengesan nadi yang terdapat di hospital tu" "tittt..titt...tiittt...tiit...tiitt...tiiiiiiiiii iiiiittttttt."

Ketika itulah saya sedar dan buka mata.

Untuk makluman, visual terakhir itu adalah PUNCA atau AKAR kepada permulaan tabiat merokok saya.

Berikut adalah penceritaan visual terakhir itu.

"Rokok itu milik kawan saya, kami hisap rokok tu atas pokok. Bukan kawan yang suruh saya hisap, tetapi diri saya sendiri yang nak cuba-cuba hisap".

Rokok pertama yang saya hisap adalah ROKOK GUDANG GARAM. Rokok itu, rasanya manis dan tidak keras. Itu adalah AKAR kepada rokok-rokok yang lain.

Dalam proses mengimbas memori itu juga saya telah mengenalpasti PUNCA saya hisap rokok. Puncanya adalah disebabkan SAYA TIDAK ADA KAWAN.....Ye...memang benar, saya tidak ada kawan ketika itu. Dan untuk membolehkan saya berkawan, saya terpaksa belajar hisap rokok untuk menampakkan bahawa diri saya seorang yang sudah dewasa. Dengan itu, saya boleh bercampur dengan orang dewasa.

Itulah PUNCA nya.

"Astagfirullahala’zim......asal punca segala masalah cuma itu aje......TAKDE KAWAN, SO, NAK BERKAWAN DENGAN ORANG YANG LEBIH BESAR, THEN, HISAP ROKOK."

Amat mudah saya buat keputusan yang merugikan hidup saya sehingga 15 tahun lamanya.

Kemudian, selepas saya mengenal pasti AKAR atau PUNCA segala masalah itu, bermulalah proses untuk MENG’KUARANTIN’KAN segala memori yang telah saya imbas tadi berkenaan aktiviti merokok.

Bersambung.


BAB NI ADA SIKIT CERITA SEDIH.

Apabila saya tersedar selepas selesai mengimbas dan menjejak memori tadi, saya ambil sedikit masa untuk bertenang. Dalam pada itu, saya tarik nafas dalam-dalam.

Kemudian, saya pejamkan mata semula, pusatkan pemikiran kepada semua memori yang terimbas tadi, dan memulakan proses memadamkan segala memori berkaitan dengan aktiviti merokok termasuk kenangan nya satu per satu.

“Macam kita nak delete file komputer tu”.

“Pada saya, sekiranya kita tekad untuk BERHENTI MEROKOK, kita jangan lagi simpan atau teringat-ingat pasal rokok. Selagi kita masih teringat-ingat, sampai bila pun kita tidak boleh berhenti merokok”.

Semasa awal proses pemadaman dilakukan, ketika ini, perasaan sebak melanda diri saya.

Masakan tidak, segala kenangan suka-duka dengan kawan-kawan TERPAKSA saya padamkan.

Jelas kelihatan wajah kawan-kawan nakal saya masa di sekolah dahulu, masa di asrama, masa di rumah sewa, masa bekerja dan masa-masa yang saya lalui bersama-sama mereka beraktiviti merokok telah hilang satu per satu.

“Masa ni, memang pilu sangat. Hati jadi sayu teramat, rindu pada semua kawan-kawan tu membuak-buak”. Tetapi saya kuatkan semangat UNTUK PADAMKAN jugak kenangan tu.

Untuk pengetahuan semua forumer, ketika proses memadamkam memori dan kenangan tadi berlaku, SEMEMANGNYA, MENGALIR AIR MATA JANTAN saya. Saya ‘ter’menangis secara automatik.

PART NI MACAM ADA CERITA MISTIK. TETAPI BUKAN MISTIK OK.

Pada penghujung proses pemadaman memori, saat ini, WUJUD BAYANGAN suatu susuk makhluk seolah-olah berada amat-amat hampir dengan saya.

“Wujud bayangan makhluk tadi dalam otak ye. Bukan macam cerita hantu dan nampak tepi katil”.

Rupa-rupanyanya, setelah sekian lama saya merokok, perbuatan tadi telah menyebabkan wujudnya suatu SAHABAT KARIB yang sebati dengan jiwa saya. TETAPI, sahabat itu tidak pula saya perasan sebelum ini.

“Nampak tak tuan-tuan yang masih merokok, pada sisi tuan-tuan tu ada sahabat tau”.

Merokok Telah Mewujudkan Sahabat. “Ye benar, merokok mewujudkan sahabat yang langsung saya tak perasan, padahal dekat je dalam diri saya”

Kalau boleh saya umpamakan sahabat saya itu seperti ni.

“Forumer semua pernah tak tengok cerita Spiderman 3? Semasa sut Peter Parker bertukar warna menjadi hitam kerana dilitupi dan dikawal oleh mahkluk asing tu.... Peter Parker tak perasan pun wujudnya makhluk asing tu, tetapi, apabila Peter Parker pakai je sut tu, secara tiba-tiba dia bertukar watak menjadi orang jahat dan nakal disebabkan telah dipengaruhi dan dikawal oleh makhluk asing tersebut.

Begitulah huraian yang dapat saya dapat gambarkan mengenai kewujudan 'sahabat' saya itu.

Seperti saya jelaskan diatas, bayangan makhluk itu wujud ketika saya hampir selesai memadamkan memori.

Berbalik kepada proses akhir pemadaman memori.

Selepas berjaya memadamkan memori dan kenangan tadi, saya ‘KUARANTINKAN’ supaya ingatan tadi tidak lagi terkeluar dari fikiran saya.

Ok, selesai bab padam memori.

“Kena kuarantin la tuan-tuan, kita dah tak nak ingat-ingat lagi”

Kemudian.

“Bahagian terakhir proses sebelum solat maghrib.”

Bahagian terakhir ini adalah proses dimana saya BERUSAHA untuk MENYINGKIRKAN sahabat saya tadi selama-lamanya.

Pada ketika ini juga, perasaan saya amat sedih.....'sahabat' tu tak nak pergi. Meronta-ronta untuk dia mendampingi saya seumur hidup.

“Tuan-tuan cubalah bayangkan ye, macammana terseksanya jiwa seorang perokok”

“Sebab itulah perokok-perokok ini sukar untuk berhenti merokok kerana disisi mereka ada 'sahabat'”.

Berbalik kepada cerita Peter Parker tadi, ketika mana Peter Parker berusaha untuk menyingkirkan makhluk tu, macam tu jugak lah yang saya alami. “Dia taknak pergi”

“macam cerita jin,hantu dan saka pulak ye”

Tapi benar, inilah realiti yang berlaku.

Saya tekad.

Selepas mengelap air mata yang mengalir, (Ketika ini mata saya masih lagi terpejam rapat), saya tarik nafas dalam-dalam dan tekad singkirkan dia.

"Macammana saya singkirkan dia?"

Cara saya singkirkan dia adalah dengan mengumpul segala tenaga dalaman dan hembus sekuat hati. Semasa hembus itu, terasa seolah-olah tenaga hembusan telah keluar melalui liang-liang bulu roma saya.

Maka, hilanglah bayangan makhluk tadi dalam ingatan saya dan saya kembali membuka mata.

Selesai.

Bersambung.

Langkah ke-empat: MELAWAN KETAGIHAN.


Setelah saya kembali membuka mata, saya selak kain selimut perlahan-lahan, duduk bersandar dengan kepala masih tertunduk ke bawah. Fikiran saya ketika itu sedikit tenang DAN bersedia maju ke hadapan. “cewahhh.....macam orang nak pergi berperang pulak ye”...

Pada waktu itu, telah masuk waktu maghrib dan saya lihat isteri saya telah selesai solat serta masih bertelekung berlegar-legar di dalam bilik.

“Oh ye....lupa nak bagitahu, sofa itu terletak di ruang tamu rumah sewa kami”.

Setelah beberapa minit, saya bangun dari sofa dan berjalan perlahan-lahan dengan lemah longlai masuk ke dalam bilik dan mencapai tuala seterusnya ke bilik air.

“Nampak tak tuan-tuan, sebelum solat asar tadi saya dah mandi, kali ni mandi sekali lagi. 2 kali mandi dalam tempoh tak sampai 2 jam”

“Pukul 6.00 petang tadi saya dah mandi, kemudian mandi lagi. Saya agak-agak ketika itu kira-kira pukul 7.40 malam.”
Pada kali kedua ini, saya mandi sedikit lama daripada kebiasaannya. “Mandi Penyesalan katakan....” ..“Hah.....mandi apa pulak tu”. Mandi la, sebab nak mula hidup baru nih. “Hidup Tanpa Rokok”.

Ketika mandi tu, saya tunduk sekhusyuk-khusyuknya bawah shower sambil menyesal kerana telah membinasakan hidup saya selama 15 tahun dengan merokok. “Tapi kali ni dah tak keluar air mata ok”.

“Mahunya tak menyesal, dah berapa ribu duit saya membazir beli rokok.” “Sanggup jadi HAMBA ROKOK, tak makan pun takpe, janji rokok. Rokok takde, sanggup keluar malam-malam buta semata-mata cari rokok. Sanggup tipu ibu dan ayah saya kerana rokok. Sanggup tolak motosikal dan biarkan motosikal tak isi minyak kerana rokok. Sanggup mengetepikan maruah saya kerana adakalanya saya ‘PANGKAH’ rokok member. Sanggup lompat pagar asrama kerana rokok. Sanggup bergaduh dengan adik-beradik kerana rokok. Dan macam-macam lagilah perkara negatif yang telah saya lakukan SEMATA-MATA JADI HAMBA ROKOK.”

“Kalau ada forumer yang lain yang merokok nak tambah, silakan”. “rasanya, dorang pun sama”.

Selepas Mandi Penyesalan tadi dan berwuduk, saya bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib. Selesai saya solat maghrib, saya wirid sikit, kemudian doa lagi kepada Allah supaya saya terus berhenti merokok.

UJIAN PERTAMA.

Selepas habis wirid, sudah menjadi kelaziman hidup saya menikmati makan malam bersama ‘isteri tercinta’. Kahkahkah” Cewahhhh..”...”kalau isteri saya tahu saya tulis yang saya cinta dia macam ni, tak tahu lah apa respon dia. Saya tak pernah pun cakap yang saya cintakan dia, Cuma pendam dalam hati je”

Sambung cerita balik.

Ujian pertama ketagihan rokok bermula selepas saya selesai makan malam pada malam itu jugak.
Kebiasaannya, selepas makan, saya akan gulung daun rokok dan merokok sepuas-puas nafsu. Tetapi pada malam ini berbeza. Malam ini saya tidak merokok.

Apa yang berlaku.

“Ketagihan merokok mula menyerang la apa lagi”

Mulut terasa loya, air liur terasa bertakung dalam mulut, perasaan jadi gelisah, tangan sedikit ketar dan kaki seolah-olah sedikit ringan.

“Alamak.....dia dah mai dah” Bentak saya keseorangan.

Saya berusaha untuk melawan ketagihan yang menyerang kala itu. Saya keluar dari rumah dan hirup udara segar di luar rumah sedalam-dalamnya. Sesekali pandangan mata saya terhenti pada tong sampah kepunyaan Majlis tadi.

“Hah....punggah..”

Walaupun saya sudah singkirkan ‘sahabat’ saya tadi, tetapi masih ada hasutan yang lemah mendayu-dayu berkehendakkan saya menyelongkar semula tong sampah untuk ambil balik rokok-rokok yang saya telah buang petang tadi.

“haha, nampak tak forumer-forumer sekalian, betapa deritanya saya dengan hasutan syaitan ni”

Sebab itu, saya katakan dari awal tadi, setakat ini, terdapat dua kaedah untuk melupuskan segala sifat rokok tersebut samaada BAKAR TERUS atau BUANG DALAM TONG SAMPAH.

Dua kaedah tadi merujuk kepada tahap kekentalan mental masing-masing.

“Kalau perokok yang berjiwa kurang kental, saya sarankan supaya perokok itu bakar je terus. TETAPI sekiranya perokok itu ingin ‘cuba-cuba’ ujian kekentalan mental, bolehlah guna kaedah melupuskan rokok-rokok tersebut dalam TONG SAMPAH”.

Tanda arasnya adalah, sekiranya bekas perokok itu menyelongkar semula mencari rokok-rokok yang dibuang tadi, maka, keputusannya adalah GAGAL.

“Status saya pada malam itu adalah BEKAS PEROKOK, walaupun baru sejam lebih berhenti”..

Pada ketika saya dihasut untuk menyelongkarkan semula tong sampah tadi, saya TEPIS HASUTAN itu dengan cara gentleman. Saya buat derkkk...je, relaks....be cool man....

“Nampak macho tak”..Releks je tak layan pun.

Kemudian, saya masuk semula ke dalam rumah, tengok TV sekejap, apabila masuk waktu isyak, saya solat isyak dan tido awal.

Malam tu saya tido awal.

Settle Ujian Pertama saya.

Bersambung.

UJIAN KEDUA.


Malam itu, saya tidur dengan nyenyak tanpa sebarang gangguan. Sedar-sedar je dah subuh. Maklumlah, bunyi alarm handfon kuat sangat telah mengejutkan kami berdua yang masih dibuai mimpi. “Saya tak mimpi apa-apa pun”. “masa tu, saya dan isteri je, sekarang ni dah berempat”

“Kekadang tension jugak dengan bunyi alarm hanfon ni ye. Rasa nak hempuk je. Kita dah la tido tak puas, dia pulak sibukkk je bunyi”.

Saya pun bangunla jugak dengan mata yang kelat. Kali ini, bangun dengan semangat baru. Bangun sebagai SEORANG BEKAS PEROKOK.

Sebelum ni, saya tidak amalkan menghisap rokok selepas bangun daripada tido, so, takde masalah disitu. Ada orang yang saya jumpa, celik je mata, terus sambar kotak rokok dan perasap dulu sebatang. Yang ini kategori RARE.

Ok. sambung semula.

Selepas bangun tadi, saya capai tuala, mandi macam biasa, wuduk, solat subuh dan bersiap-siap untuk ke pejabat seperti kelazimannya.

Tetapi

Pagi ini adalah berbeza dengan pagi-pagi sebelum ini.


Suatu pagi yang ceria.


Suatu pagi yang memberikan harapan baru.


Suatu pagi yang akan menoktahkan perjuangan saya semalam.

“forumer semua tahu tak apa yang berbezanya???”

Pagi ini saya tidak lagi kelam-kabut cari lighter, tidak lagi sibuk memikirkan barang yang tertinggal, dan tidak lagi teraba-raba – teraba-raba dalam kocek seluar.

Segalanya lancar.....yeeyyeyy


Inilah hasil pertama dan kesan yang positif selepas saya berhenti hisap rokok semalam.

Ok, macam biasa, buang sampah, kunci rumah, kunci pagar, hidupkan motor dan tunggang ke pejabat.

Hari ini, saya sampai awal dan tidak seperti semalam. Hari ini, saya thumb print semula. Tidak seperti pagi semalam. Hehe

Selepas thumb print, tindakan pertama yang saya lakukan pada pagi itu adalah ‘MENELEFON IBU SAYA DAN MEMAKLUMKAN BAHAWA SAYA SUDAH BERHENTI MEROKOK’.

Perbualan saya lebih kurang begini, “Makk..cheq dah berenti isap rokok. Mak suruh la adik-adik berhenti isap rokok jugak”.

Nampak tak apa yang berlaku.

Forumer semua nampak tak apa yang berlaku.

KERANA DAHULU SAYA MEMILIH UNTUK HISAP ROKOK, ADIK-ADIK SAYA PUN TURUT SAMA HISAP ROKOK TAHU.

Saya sebagai abang, sepatutnya, saya tunjuk teladan yang baik pada adik-adik. Ini tidak, bila adik saya mula belajar hisap rokok, no point lah saya untuk larang dia. Bukan tak pernah larang, bila ja saya larang dorang hisap rokok, dorang sound la saya balik. “Hang pun isap rokok, ada hati nak larang kami berhenti”.

Nampak tak.

Pengaruh abang adalah amat besar kepada adik-adiknya.

NOTA: Untuk makluman semua, sehingga sekarang saya masih berusaha menasihati adik-adik saya supaya berhenti daripada merokok tanpa saya rasa jemu.

“Menyesal beb....menyesal”....memanglah adik-adik dah besar dan bekerjaya. Tetapi, antara asbab dorang merokok adalah mereka melihat saya merokok di hadapan ibu dan ayah saya tanpa bersalah.

So, dorang ikutlah. “Abang pun buat, takkan kami adik-adik tak boleh buat”.

Next.

Selepas berbual dengan ibu saya, saya terus ke kantin untuk bersarapan.

Untuk makluman semua forumer, di kantin pejabat kami, memang telah tersedia ashtray (tempat abu rokok) di atas meja makan untuk kemudahan perokok-perokok tegar.

Apa yang saya lakukan adalah, mengalihkan ashtray tersebut ke tempat lain dan memaklumkan kepada kawan semeja yang bersarapan bersama bahawa saya sudah BERHENTI MEROKOK.

Saya juga memberitahu seramai mungkin kenalan pada pagi itu di kantin bahawa saya TELAH BERHENTI MEROKOK.

BERSAMBUNG


Melawan ketagihan pada minggu pertama dan kedua.

Ok, setelah saya selesai sahaja bersarapan, TANDA-TANDA KETAGIHAN merokok kembali hadir.

Kelazimannya, selepas saya sarapan dan sebelum saya bangun meninggalkan meja makan, adalah menjadi tabiat saya sebelum ini untuk merokok sepuas-puas nafsu.

Tanda-tanda ketagihan.

Tanda-tanda ketagihan yang kembali juga adalah sama seperti semalam. Dengan dimulai tekak terasa loya, air liur mula bertakung dalam mulut, tangan terketar-ketar dan lutut terasa lembut.

Tetapi kali ini, saya merasakan terdapat sedikit kelainan dalam corak ketagihan berbanding semalam.

Permukaan lidah saya telah mengesan air liur kali ini sedikit masam. “ehhh...pelikk..”

Paling menyampah dan paling memeranjatkan adalah, hidung saya mengesan bau busuk mulut saya sendiri.

“Yaaa ampunnnn......mulut aku jadi busuk lah pulak”

Saya kaget dengan perubahan mendadak ini. Masakan tidak. Ulang sekali lagi. “Hidung saya mengesan bau busuk mulut saya tuan-tuan”.

Uwekkkkk.....

Sebelum ni, ok je. Pagi ini bau busuk pulak. Macam manalah saya nak hidup dengan bau mulut yang busuk. “Memang kacau hidup aku macam ni.....tekanan....tekanan...” celoteh saya bersendirian.

Nota: Selepas saya berjaya berhenti merokok, saya berpendapat bahawa bau busuk mulut dapat dihidu pada pagi itu adalah disebabkan oleh deria hidung saya yang mulai aktif untuk kembali normal. Kesan daripada ketiadaan aktiviti merokok semalaman.

So, kemungkinan sebelum ini, apabila saya merokok, asap-asap rokok tersebut telah mengakibatkan reseptor-reseptor dalam hidung saya tidak peka bau dan gagal berfungsi dengan baik.


“Sebab itu lah, kebanyakan perokok-perokok akan berkawan dengan perokok jugak, sebab, masing-masing gagal hidu bau busuk mulut masing-masing”.

“tuan-tuan, forumer-forumer yang masih merokok saat ini nampak tak, mulut kita berbau busuk pun kita tak perasan,”

Memalukan betul.

Seperkara lagi, terdapat sudut pandang yang sememangnya salah ketika saya masih lagi bergelar perokok.

Saya berpandangan bahawa ‘mulut orang yang tidak merokok berbau busuk, tetapi kami yang merokok telah cover bau busuk mulut kami dengan asap rokok, so, mulut kami tidak busuk’.

Salah tu..”memang salah pun”..

Itulah, pandangan saya sebelum ini.

Kalau nak dibuat peribahasa, bolehlah diibaratkan begini.

“Busuk mulut sendiri tak perasan, busuk mulut orang boleh pulak kesan”

Maksud peribahasa yang baru ini mungkin bersamaan dengan peribahasa, “Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut boleh pulak nampak” hahaha” Mungkinlah kottt”.

Kesimpulannya, MULUT SEORANG PEROKOK MEMANG BERBAU BUSUK. Saya akui sejujur-jujurnya.

“Mana ada perokok yang nak mengaku mulut dorang busuk.” “Boleh aci betting la” hahahaha

Sambung semula.

Selepas saya merasa kelainan dalam perubahan tanda-tanda ketagihan saya tadi, emosi saya semakin tidak stabil.

Berperang dengan ketagihan.

Jiwa saya digoncangkan dengan ketagihan rokok yang hebat. Ianya ibarat ombak yang menghempas dada ketika berbaring dipantai yang berbatu kerikil.

Apabila merasakan emosi saya tidak stabil, saya bergegas bangun dari meja makan dan terus pulang ke pejabat.

Semasa berjalan ke pejabat, hayunan langkah saya tidak terus ke arah pintu pejabat, tetapi ke bawah pokok Akasia.

“hahaha....pokok tu lagi”..

Ketika ini, serangan ketagihan semakin bertalu-talu. Jiwa saya dihimpit. Dan tekanan perasaan mula melanda diri.

“Tuan-tuan tahu tak macam mana perasaan saya masa tu?” “Masa tu, saya rasa seolah-olah hendak gigit-gigit je akar pokok tu. (Bahasa orang kedah pulak, macam nak tokak-tokak akaq pokok tu).

“Rasa macam nak tendang-tendang je pangkal pokok tu, rasa macam nak keluarkan semua ‘BUAH’ ONG BAK kat pokok tu.” Hehe

Lagi.

“rasa macam nak cakar-cakar je dinding pejabat” “rasa macam nak garu-garu je jalan tar dengan tangan”

“Tekanan beb...tekanan.”


Sebab tu ada bidalan, “Dalam hati, siapa yang tahu”.

Begitulah hebatnya GONCANGAN KETAGIHAN yang saya hadapi daripada minggu pertama berhenti merokok sehingga minggu kedua.

Suatu tempoh yang mengerikan.

“Forumer-forumer sekalian bolehlah bayangkannya ye, betapa terseksanya derita batin saya”

Kemuncak kepada ketagihan saya adalah pada penghujung minggu yang kedua.

"Dalam sedar tak sedar, dah hampir 2 minggu saya berhenti merokok".

Akhir minggu kedua.

Pada peringkat ini, KETAGIHAN MEROKOK SAMPAI KEPADA KEMUNCAK. Tandanya ialah, bau asap rokok kawan dari jauh pun saya boleh hidu.

Pada ketika ini, jiwa saya masih melawan ketagihan. “Kalau, tak lawan ketagihan tu, memang saya pergi pangkah lagilah rokok member tu”.


“Tuan-tuan perasan tak, kenapa saya boleh hidu bau rokok member dari jauh? Jawapannya adalah, setelah hampir dua minggu saya tidak merokok, deria bau pada hidung saya semakin baik”

Berbalik kepada kemuncak ketagihan tadi.

Emosi dan perasaan saya pada saat itu semakin tidak terkawal. Cepat marah, cepat naik angin dan cepat panas baran.

“Kalau ada sesiapa sahabat tuan-tuan yang sedang dalam proses berhenti merokok, TOLONG JANGAN HAMPIRINYA”.

Takut-takut kena 'flying kick'

“Macammana ye nak cerita gambaran tu?”

“Ok, saya gambarkan begini.”

Pada kemuncak ini, saya seolah-olah watak Bezita yang berusaha keras untuk menjadi orang super saiya selepas dengki dengan kebolehan Son Goku.

Bezita berusaha keras dengan membuat pelbagai latihan yang berat untuk meningkatkan kuasa, tetapi masih gagal bertukar kepada orang super saiya.

“Hah....dah masuk balik cerita dragon ball lah pulak”.

“Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, kepada mana-mana forumer yang tidak pernah baca komik dragon ball, sila abaikan ye.” hehe.


“Tuan-tuan tahu tak bagaimana perasaan Bezita pada waktu itu?”

Setelah gagal menjadi orang super saiya, Bezita melutut seterusnya rebah ke tanah sambil tunduk ke bumi.

“Ya.....begitulah yang saya alami.”

Ok.

Untuk meredakan tekanan perasaan yang bergejolak di dalam dada,

untuk meredakan tekanan emosi yang meruntun kalbu,

dan meredakan tekanan nafsu yang mendayu-dayu,

saya pun ciptalah teknik pertahanan diri dengan serta-merta.


“Teknik apa pulak tu.,,?

Yelah.....bukankah situasi sekarang saya telah diserang....diserang dengan ketagihan ye, so, untuk menyelamatkan diri, saya mestilah mencipta suatu teknik pertahanan pulak”


“macam drama perang pulak ye, ada serangan, ada pertahanan”

Ye...memang benar, situasi saya ketika melawan ketagihan rokok adalah seolah-olah pergi berperang. Berperang dengan hawa nafsu dan bujukan syaitan. “Syaitannirrajim”

“Apa jenis bentuk pertahanan yang saya cipta tu?”

“Teknik itu adalahhhhh.......jeng...jeng...jeng”

Langkah ke-lima: MEWUJUDKAN PANDANG TEMBUS ‘THE MATRIX'.

Bersambung.


“Tudiaaaa.....menatang apa pulak tu baq hang...Pandang Tembus ‘The Matrix’ pulak dahhhh’....

Ok....”Forumer-forumer sekalian pernah tak tengok filem The Matrix? Hero dalam movie tu dilakonkan oleh Keanu Reeves. Dalam filem itu, Keanu Reeves memegang watak sebagai Neo.”

“Dia masuk cerita The Matrix pulak dahhhh”...bentak hati seorang pembaca CG.

“Saja je saya nak tuan-tuan faham, bagaimana Teknik Pandang Tembus itu diaplikasikan ketika saya merangka strategi pertahanan.”

“Ok, sambung sikit cerita berkenaan Si Neo tu tadi.”

Setelah si Neo berjaya menguasai pembelajaran daripada Morpheus di alam Matrix, si Neo mampu untuk melihat sebarang objek dengan satu pandangan yang luarbiasa dikenali sebagai PANDANG TEMBUS.

Ciri-ciri Pandang Tembus itu adalah, si pemandang haruslah yakin dan percaya penglihatannya telah ‘menembusi’ objek si sebalik singkap tabir yang menghalang penglihatan manusia biasa.

“Wow......ini dah hebat”....hahaha....”Kau jangan main-main silasroon”..kata-kata kepada diri saya sendiri.

“Kalau ada mana-mana forumer yang tak pernah tengok filem tu....takpe....sekali lagi, sila abaikan ye”.

Kembali kepada saat kemuncak ketagihan tadi.

Pada penghujung minggu kedua dan bermulanya awal minggu ketiga, sememangnya saya telah mempraktikkan TEKNIK PANDANG TEMBUS tersebut sebagai instrument melawan ketagihan merokok.

Ringkasnya, saya perlu pusatkan pemikiran sepusat-pusatnya, cari subjek dan TENUNG SAMPAI TEMBUS.

“Tenung-setenung-tenungnya”.

“Apa benda yang dia tenung tu ye? Apa pulak subjek yang dia tenung tu? Haishhhh....pelik-peliklah Si Silasroon ni.”

Ok. Subjek yang saya maksudkan adalah kawan-kawan perokok saya di pejabat atau mana-mana orang yang sedang merokok.

“Siapa je sedang hisap rokok....memang siaplah”...hehe “Ku tenung dia sampai tembus”.

Cara-cara mempraktiskan teknik tersebut adalah seperti berikut.

Langkah pertama:
Pusatkan pemikiran yang negatif berkenaan aktiviti merokok.

Langkah Kedua:
PAKSA otak supaya ingat dan kumpul jenis-jenis racun yang terkandung dalam rokok.

Langkah ketiga:
Kumpul segala penyakit yang terhasil daripada tabiat merokok.

Langkah terakhir:
Setelah kesemua data itu dikumpulkan, ‘kerjakan’ dan perah otak supaya menaakul dengan bersungguh-sungguh data-data tadi sehinggalah tercetusnya Pandang Tembus.

“Macammana nak kumpul? Kumpul melalui pembacaan, melalui penglihatan sehari-hari, melalui pergaulan, tonton tv dan sebagainya”.

“Faham ke tidak forumer-forumer sekalian.”

Untuk mengenalpasti bahawa simptom-simpton teknik itu telah menjadi, kesannya adalah begini.

Pada waktu Pandang Tembus ini berlaku, setiap pandangan bagi apa jua pergerakan subjek seolah-olah menjadi perlahan.

“Jadi Slow motion”.

“Macam mana ye nak cerita pasal slow motion ni?”.

“Alahhhhh....macam adegan si Neo tadi tu mengelak tembakan daripada si Smith itu lahhh.”

“ Masa tu kan waktu hujan, setiap titisan-titisan hujan nampak perlahan-lahan jatuh ke permukaan tanah”.

“Ok....dah dapat ke? Harap-harap dapatlah ye”.

“Untuk pengetahuan forumer, inilah pandangan yang terhasil selepas saya berjaya menguasai teknik Pandang Tembus tu tadi.”

Saya dapat melihat setiap zarah-zarah racun daripada asap rokok yang disedut masuk kedalam mulut, kemudian zarah-zarah itu turun perlahan-lahan ke tekak.

Setelah melepasi anak tekak, zarah-zarah racun tersebut masuk ke saluran kerongkong seterusnya memenuhi paru-paru subjek. Akhirnya racun-racun tersebut terkumpul didalam badan subjek.

Kemudian, apabila subjek membuka mulut, organ-organ dalaman subjek berkoordinasi antara satu sama lain dengan mengecutkan paru-paru, memampatkan udara seterusnya menolak sisa-sisa asap tersebut keluar dari tubuh badan subjek sambil kelihatan degupan jantung subjek terus bekerja. Duppp...dappp....dupp....dappp.

Asap yang ditolak tersebut perlahan-lahan keluar melalui mulut dan hidung subjek melalui hembusan sambil kelihatan subjek tersenyum puas. hehe

Semasa subjek membuka mulut untuk mengeluarkan asap, kelihatan kotoran tar tembakau hasil daripada aktiviti merokok melekat pada gigi dan juga terdapat gigi yang sudah berkarat.

“Tuan-tuan dah boleh bayangkan ke? Cubalah bayangkan ye.”

Kalau dah berjaya bayangkan tu, baguslah..

“Nampak beb....nampak racun tu masuk ke dalam badan orang yang hisap rokok tu”

“Nampak paru-paru dia kembang- kempis”

“Nampak jantung dia berdegup-degup dalam tubuh badan.”

“Nampak racun tu berjalan-jalan keseluruh tubuh badan subjek”

Dalam hati saya, “Yaa Allah, inilah yang aku lakukan 15 tahun yang dulu”.

Suatu perbuatan khianat dengan membinasakan jasad sendiri setelah dikurniakan oleh Allah Taala.

Terlintas di hati, “Apakah jawapan yang harus kuberikan di hadapan Allah sekiranya aku disoal di akhirat kelak”.

“Allah telah kurniakan tubuh badan elok-elok, saya pulak dok sibuk turut hasutan syaitan menjahanamkannya dengan merokok”.

“Tak patuttt.....tak patutttt”.

Untuk pengetahuan forumer-forumer sekalian, teknik Pandang Tembus itu berlaku setiap hari bermula dari awal minggu ke-tiga sehinggalah kepada minggu yang keempat.

Setelah saya berjaya mewujudkan teknik Pandang Tembus itu, keghairahan ketagihan saya beransur-ansur kurang.

Semakin hari semakin kurang.

Rasional mempraktiskan teknik Pandang Tembus itu adalah, tertanamnya KEBENCIAN YANG TERAMAT SANGAT kepada rokok itu yang sememangnya bersifat membinasakan tubuh badan.

Sementelahan pula, wujud semangat positif yang berkobar-kobar dari dalam untuk MENYELAMATKAN jasad sendiri dari terus binasa.

“Nampak tak forumer-forumer sekalian, inilah yang dipanggil KESEDARAN”.

“Selagi tak nampak depan mata, selagi tak tengok benda buruk berlaku depan kita, manalah kita nak percaya kan.”

“Bila kita tahu je benda tu benar-benar mengundang bahaya, barulah nak gelabah, barulah ada usaha untuk elak”

Contoh perilaku seperti diatas adalah seperti berikut.

Apabila kita terserempak dengan ular tedung di hadapan kita, kita telah sedia maklum bahawa terdapat racun yang sangat berbisa dalam mulut ular tersebut. Racun tersebut akan masuk ke tubuh kita sekiranya dipatuk. Dengan serta-merta, otak akan mendorong supaya kita mengelak dan menjauhi ular tersebut.


Begitulah yang boleh saya gambarkan kesan daripada TEKNIK PANDANG TEMBUS itu tadi.

Nota: Untuk pengetahuan semua forumer, ketika saya sedang menaip ini, saya tidak mampu lagi menguasai teknik itu. Pandang Tembus saya telah hilang dengan sendirinya selepas berakhir minggu yang ke-empat.

Untuk makluman semua forumer, saya cuma mengambil ‘satu purnama’ untuk kembali kepada fitrah asal.

“Sebulan ler tu.....”

“Maksudnya, lepas sebulan saya berhenti merokok, saya telah kembali normal.”

“Takde lagi ketagihan.”

Fitrah yang saya maksudkan adalah, asas kepada kehidupan manusia hanyalah memerlukan air, memerlukan makanan dan udara yang bersih untuk bernafas.

“Takdenya perlu asap-asap rokok ni ok”.


“Ok, berbalik semula cerita kemuncak ketagihan pada penghujung minggu kedua dan awal minggu ketiga tu.”

Setelah ketagihan demi ketagihan menyelinap ke dalam diri dan semakin menjadi-jadi, tahap ketagihan merokok itupun sampailah ke kemuncaknya.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, saya pun bertahanlah dengan mengaktifkan teknik Pandang Tembus.

Mulai saat itu, serangan demi serangan oleh pihak lawan saya berjaya patahkan. Setiap serangan yang datang, saya pelbagaikan jenis Jurus Kerlingan Mata kepada sesiapa sahaja yang merokok.

Dengan tidak menghiraukan sesiapa, dengan tidak mempedulikan status perokok itu, semuanya menjadi bahan santapan mata saya. Mereka tidak sedar, mereka telah menjadi subjek saya.

“Pantang ada orang hisap rokok, mesti saya akan tenung sampai tembus badan dia”

“Orang Kedah kata, PANTANG LEPA”

So, akibat daripada perbuatan itu, semakin hari, semakin hilanglah ketagihan merokok itu.

Cuma dalam pada masa yang sama, wujud pula LOMPONG KEGELISAHAN setelah ketagihan tadi beransur hilang.

“Apakah itu Lompong Kegelisahan?”

Nantikan, Episod Terakhir: Aku, Rokok dan Suatu Pencarian.

Langkah ke-enam: MELENYAPKAN LOMPONG KEGELISAHAN.

Bersambung.


Ok....Ini ialah bahagian terakhir dalam rentas hidup saya ketika perjalanan keluar daripada ketagihan merokok.

Untuk makluman forumer sekalian, selain daripada kandungan rokok dan faktor ‘sahabat’, terdapat satu lagi ramuan dahsyat yang membentuk ketagihan itu.

Ramuan itu adalah ‘Lompong Kegelisahan’.

Seperti soalan sebelum ini, apakah itu ‘Lompong Kegelisahan’?

Lompong Kegelisahan adalah ruang-ruang masa yang terbentuk dalam jam biologi seseorang perokok hasil daripada aktiviti tegar merokok.

Kiraannya amat mudah, sekiranya perokok itu perlu merokok 20 batang sehari, maka dalam tempoh 24 jam sehari, terdapat 20‘Lompong Kegelisahan’ telah terbentuk.

Sekiranya seseorang perokok itu mengambil masa selama 4 minit untuk merokok, maka, 20 darab 4 bersamaan dengan 80 minit ‘Lompong Kegelisahan’ telah terbentuk dalam tempoh 24 jam.

4 minit itu merujuk kepada,’ sengga masa antara ruang-ruang’ lompong itu.

Contohnya pukul 1.00 petang sehingga pukul 2 petang. Dalam tempoh 1 jam itu, kemungkinan terdapat sengga masa 4 minit (lompong) diantara masa 1 jam tersebut. Kemungkinan 4 minit itu terdapat pada minit ke 35 hingga minit ke 39.

So, sekiranya detik jam biologi perokok tadi sampai kepada pukul 1.35 petang, secara automatik perokok tersebut akan menjadi gelisah dan ianya mencetuskan Kegelisahan Emosi. Kegelisahan ini menyebabkan ketagihan dan akhirnya akan diterjemah dengan perlakuan merokok.

Lompong-lompong itu tidaklah bersifat statik tetapi hampir konsisten berpandukan kepada jam biologi individu masing-masing.

“Pendek kata, tidaklah sama ketagihan seseorang perokok dengan perokok yang lain.”

Apa yang terdapat pada lompong tersebut? Jawapannya adalah emosi. Emosi yang bersifat gelisah. Perasaan gelisah mencetuskan ketagihan. Ketagihan diisi dengan perlakuan merokok.

Sekiranya tidak diisi dengan aktiviti merokok, apa yang akan berlaku? Jawapannya adalah, individu tersebut akan menjadi amat-amat gelisah.

Inilah yang berlaku kepada saya.

Disebabkan ‘kegelisahan’ ini, kebanyakkan perokok GAGAL untuk berhenti merokok.

Kerana, didalam lompong tersebut telah diisi dengan ketetapan merokok. (individual setting)

So, ketetapan merokok itu menjurus kepada KETAGIHAN.

“Nampak tak semua forumer-forumer yang merokok sekalian”.

Pada peringkat awal, amatlah sukar untuk saya mengesannya. Setelah saya membuat analisa pada awal minggu ketiga, barulah saya perasan mengenai kewujudan lompong-lompong ini dalam hidup saya.

Simptom-simpton yang dikesan sememangnya adalah perasaan gelisah.

Kenapa gelisah? Kerana terdapat lompong.

Kenapa terdapat lompong? Kerana saya merokok.

“Kalau tidak merokok, takdelah lompong-lompong tu.”

“Ok, dah dapat ke forumer-forumer.”

Berbalik kepada persoalan awal tadi.

Bagaimanakah untuk melenyapkan lompong tersebut?

“Ok......tuan-tuan pernah tak buat ‘DEFRAGMENT’ hard disk komputer?”

“Kalau tuan-tuan pernah buat ‘DEFRAGMENT’ hard disk komputer era 90an atau awal 2000, tuan-tuan mesti dapat bayangkan macammana proses ‘Defragment’ itu berlaku kan.”

Pada peringkat awal ‘DEFRAGMENT’ iaitu setelah imbasan ‘scanning’, terdapat 2 warna iaitu warna merah dan warna biru.

Warna merah mewakili file yang sudah disusun dan warna biru mewakili file yang perlu disusun. “Saya agak-agak je ye, kalau salah, saya mintak maaf ye”

“Just nak bagi analogi je”

“Ok, Kebiasaaanya, warna merah adalah lebih banyak berbanding warna biru.”

“Pada peringkat awal setelah imbasan ‘scanning’ dilakukan, adakalanya terdapat warna biru di antara warna-warna merah tersebut betul tak?”

“Dah dapat ke?”

“Ok, warna biru itu, bolehlah diibaratkan sebagai ‘LOMPONG KEGELISAHAN’ tadi.”

Soalan.

Apa yang perlu saya buat setelah saya mengenalpasti lompong-lompong tersebut terbentuk pada jam biologi saya?

Jawapannya adalah, saya perlu berusaha membuat ‘DEFRAGMENT’ secara individu.

Ketika melakukan proses ini, ruang-ruang lompong yang terbentuk haruslah di‘compress'kan atau dirapatkannya secepat mungkin setiap lompong.

Untuk meng’compress’kan lompong itu, ianya memerlukan ketetapan minda.

“Ye, ketetapan dan kawalan minda. Mind setting & mind control”.

Untuk pengetahuan semua forumer, saya mengambil masa selama 2 minggu untuk melenyapkan kesemua LOMPONG-LOMPONG KEGELISAHAN dalam diri saya.

Selepas itu, saya berjaya dan saya kembali normal.

Kembali kepada fitrah.

Alhamdulillah....

Sekian.
__________________
"Terletak di antara dua perbezaan adalah KENIKMATAN"

"Bukan salah orang yang mengajak, tetapi salah diri yang berkehendak"

Last edited by silasroon; 21-05-2017 at 04:57 PM..
Reply With Quote
Likes 5 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-05-2017, 11:28 AM
stillFX stillFX is offline
Active Member

stillFX's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2016
Posts: 1,029
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 29
Dislikes (Received): 2
Active Level
Default

terbaik tt... apa nama pena TT... leh gak cari kat kedai buku.. kot kot ada novel tt Keep it up TT.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #3  
Old 16-05-2017, 11:29 AM
oldskoolrocka oldskoolrocka is offline
Legendary Member

oldskoolrocka's Avatar
 
Trader Rating: (23)
Join Date: Apr 2008
Posts: 17,694
Thanks (Received): 425
Likes (Received): 9
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to oldskoolrocka Send a message via Skype™ to oldskoolrocka
Default

Panjang sgt..awat xlukis je bro.kekeke
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 16-05-2017, 11:30 AM
noOb noOb is online now
Active Plus

noOb's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Aug 2007
Location: Bt.Pahat~Maluri~Jln.Ipoh
Posts: 2,921
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 1
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Menarik kisah ni..cepat2 sambung tt..hehehe
__________________
~YNWA~
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 16-05-2017, 11:38 AM
mdfahmi69 mdfahmi69 is offline
Regular

mdfahmi69's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2013
Posts: 444
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

brdasarkn cerita, brmakna rokok yg diBALUT tu agak istimewa aroma dia.campuran tembakau cap kapal terbang + =
p/s-tahniah tt da brnti,byk kebaikan dr kburukn
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #6  
Old 16-05-2017, 11:41 AM
onewafer onewafer is online now
Super Active

onewafer's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2014
Posts: 8,983
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 64
Dislikes (Received): 6
Active Level
My Mood:
Default

Bagus thread ni...
(baca tajuk jer dulu).



.
__________________
Biar kecil asalkan berhasil,
Biar sedikit, lama-lama berbukit...
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #7  
Old 16-05-2017, 11:46 AM
ammar11 ammar11 is offline
Regular

ammar11's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2013
Posts: 323
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 1
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

drama pukul berape plak ni hahahah
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8  
Old 16-05-2017, 11:49 AM
MFF82 MFF82 is offline
Regular

MFF82's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2009
Posts: 642
Thanks (Received): 9
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

hahahha...siyes2 aku bca...bersmbung pulak....
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #9  
Old 16-05-2017, 11:55 AM
kiddd2 kiddd2 is offline
Legendary Member

kiddd2's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jun 2011
Posts: 13,684
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 612
Dislikes (Received): 19
Active Level
My Mood:
Default

Alhamdulillah..

terimakasih tt atas merealisasikan tt buka thread nih..

harap thread ni jadi panduan pada semua perokok agar nekad berenti rokok..

thanks sekali lagi..
__________________
NAK TAHU HARGA HANDPHONE TERKINI??? MASUK SINI

: KEDAI HANDPHONE ONLINE :
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #10  
Old 16-05-2017, 11:55 AM
dausbiz dausbiz is online now
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 26,845
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 207
Dislikes (Received): 5
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

sempoi la leh jadi penulis la

best part musibat tue
__________________
Dapatkan Info PERCUMA RAHSIA Kenikmatan SEKS Sebenar Lelaki Wanita Terbaik Malaysia
dan Dapatkan RAHSIA Komisyen Lebih RM1,000 ke Akaun Bank Anda
di
www.rahsiafirdaus.com

Sebarang Pertanyaan Hubungi Firdaus 016-4650338
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 06:32 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you