"Begitu jugalah dgn ibadat. Apabila kita ingin bersolat misalnya, kita telah pun ada niat itu. Kita sudah tau solat apa, berapa rakaat etc. Mustahil seseorang yg ingin solat tidak tau apa solat yg ingin dilakukan. Tidak perlu menyusun perkataan ataupun melafazkan niat krn tiada contoh darpada Rasulullah saw."
Dalam mazhab syafie melafazkan niat tu adalah sunat.
Ia diqiyaskan dengan perbuatan Nabi Muhammad saw yang melakukan lafaz untuk haji dan umrah.
Jadi dalam mazhab syafie adalah sunat untuk melafazkan niat dalam ibadat.
Mudahnya, lafaz niat tak termasuk dalam rukun solat. Hanya niat
yang termasuk dalam rukun solat. Jadi untuk orang yang melakukan lafaz
niat atau yang tidak melakukan lafaz niat, sah solatnya.
Buat lafaz niat boleh, tak buat pun takpe takde masalah.
__________________
"Puji itu keji, keji itu puji"
Last edited by 02047haf; 17-05-2017 at 11:37 AM..
Reason: Tambah info
pernah dibincangkan sebelum ni..aku quote post lama..
Quote:
Originally Posted by gold_bakawali
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya :“Sah atau tidaknya solat seluruh perbuatan itu adalah bergantung kepada niat.Setiap orang akan meraih pahala atau dosa adalah berdasarkan kepada apa yang telah diniatkan.”
( Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi )
Tiada niat di dalam solat,maka tidak sah solat seseorang itu kerana ia adalah termasuk dalam rukun sah solat. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim,Bukhari,"setiap amalan itu bermula dengan niat".Tempat niat adalah di dalam hati. Maka Niat adalah perbuatan hati,bukannya dengan lidah dan sebagainya.Adapun mazhab mazhab yanng mempunyai pandangan tersendiri mengenai syarat niat di dalam solat:
Imam Hanafi: Mengatakan perlu ada 2 syarat iaitu menentukan jenis solat (ta'yin) dan yang keduanya ialah mesti benar benar azam melakukannya. Adapun pendapat yang mengatakan lafaz niat solat adalah bid'ah.
Imam Malik: Mengatakan tidak perlu melafazkan niat,kerana ini adalah perkara bid'ah.Ia tidak diriwayatkan oleh Nabi SAW atau mana mana Sahabat yang memerintahkan umatnya melafazkan niat, Jika ia dinayatakan oleh Nabi SAW, maka para sahabat pasti tidak akan mengecualikannya, dimana dengannya umat akan melakukan ibadat setiap hari dan malam.Jadi lafaz niat perlu dihindari.
Ibn Qayyum(ulama Imam Hanbali): Mengatakan dalam kitabnya Talbis Iblis: Semua ini(lafaz niat) adalah belitan/tipu daya Iblis yang akan menimbulkan perasaan was-was didalam diri manusia didalam menunaikan solat. Mahupun di dalam penulisannya : Nabi S.A.W ketika memulakan solat, nabi hanya menyebut kalimah “ ALLAHUAKBAR ” dan tiada perkataan lain didengari sebelum lafaz takbir sama ada solat fardhu mahupun solat sunat.
Lafaz niat:
''Sahaja aku solat kepada Allah, Solat(____),4 rakaat,mengikut Imam,kerana Allah Ta'ala."
Ibn Qayyum menyatakan lagi:
"Apabila Nabi saw berdiri menunaikan solat, beliau berkata : Allahu Akbar, dan tidak mengatakan apa-apa sebelumnya, Tidak ada lafaz Niat dan Dia tidak mengatakan :'Sahaja aku bersolat sekian-sekian, mengadap Kiblat, 4 rakaat, sebagai Imam atau Makmum'. dan tidak juga beliau berkata 'Tunai' atau 'Qadho', atau 'Fardu'. Ini semuanya adalah bid'ah yang tidak diriwayatkan dari mana-manae ulama' dengan mana-mana Isnaad, samada sahih, dhaif, musnad atau mursal. Tidak pula diriwayatkan dari para Sahabat Nabi, dan tidak dari Tabieen atau tidak dari Imam yang empat".
Imam Syafie: Lafaz niat hanya untuk membantu menghadirkan niat di dalam diri.Jadi,ia disunatkan.Namun akhir akhir pengikut mazhab ini mengatakan wajib meletakkan lafaz niat,dan mengatakan ia dikeluarkan oleh Mazhab Syafie! Walhal Imam Syafie mensyaratkan bahawa niat tempatnya adalah dalam hati.
Maka kesimpulannya mudah sahaja,membuat lintasan niat di dalam hati kemudian mengangkat Takbir tanpa perlu memanjangkan mad. Tidak ada satu nas pun menunjukkan Nabi melafazkan niat solatnya mahupun sebelum,semasa atau sesudahnya iqamah.
Walaupun kita nampak lafaz niat ini sekecil kecil perkara, tetapi kita harus ingat Islam memandang berat sesuatu perkara walau sebesar kuman sekalipun.Apalagi perkara yang diada adakan dalam agama? Jangan kata "alah dont worry la beb, benda kecik je pun''. Masya Allah, kalau bid'ah,dan amalan tertolak,nak menyesal kemudian pun tak guna beb.
ps; raikan perbezaan pendapat, jangan mengecam satu sama lain dengan kata2 yang tidak enak
Ustaz tu kata lafaz niat itu sunat sebut...
tapi niat yang sebenarnya adalah dalam hati...
sama seperti berpuasa di bulan Ramadhan...
'bangun sahur' itu sebenarnya dah menunjukkan kita berniat utk berpuasa..
Maksud saya niat nak solat tu dah niat.
Tak perlu usolli2 bagai.
Sebab tu banyak yang usollinya lebih 3 kali...nak angkat takbiratul ikhram lama...was was sebab takde ilmu..serius aku terganggu dengan orang yang takbirnya lama..Allahuakbar panjang betul...
pernah dibincangkan sebelum ni..aku quote post lama..
ps; raikan perbezaan pendapat, jangan mengecam satu sama lain dengan kata2 yang tidak enak
Imam Mazhab hanya ikutan. Yang penting ikut Rasullullah saw. Yang ikut mazhab itu jenis orang yang perlu bimbingan kerana kurangnya kefahaman dalam agama. Jadi fungsi Imam Mazhab ini memudahkan umat memahami hukum2 feqh dalam Islam.
Jawapannya boleh ikut dan tak ikut pun takpa.

ada yang kata kalau tak ikut mazhab ibarat kita buat mazhab sendiri seolah2 cuba lawan ilmu imam2 mazhab..huhu..
bagi saya,pegangan masing2..islam itu luas..dan beramal mestilah dengan dalil..
dan kalau terang2 imam2 mazhab SEPAKAT kata satu hukum feqah tu haram/bidaah..jangan pula kita mengharuskan dengan alasan 'ulama2 dulu cakap boleh' tanpa dalil

Bagi saya, mengikut imam mazhab sama seperti kita mengikut Rasulullah saw. Sebab imam-imam mazhab ini mengikut Rasulullah saw jua.
ada yang kata kalau tak ikut mazhab ibarat kita buat mazhab sendiri seolah2 cuba lawan ilmu imam2 mazhab..huhu..
bagi saya,pegangan masing2..islam itu luas..dan beramal mestilah dengan dalil..
dan kalau terang2 imam2 mazhab SEPAKAT kata satu hukum feqah tu haram/bidaah..jangan pula kita mengharuskan dengan alasan 'ulama2 dulu cakap boleh' tanpa dalil
Sapa yang nak buat mazhab sendiri kalau boleh ikut cara Rasullullah saw? Saya cakap imam mazhab hanya ikutan, yang penting ikut Rasullullah saw. Awak ni nampak je bijak.Pahamnya tidak.