Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 22-04-2017, 03:15 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,339
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9263
Active Level
My Mood:
Default UPDATE: Kedua kaki dipotong lepas disebat warden, punca kematian kencing tikus

Quote:

Mohd Thaqif Mohd Ghadaffi.

Batu Pahat: Keadaan seorang murid tahfiz berusia 11 tahun yang didakwa disebat pada tapak kaki oleh warden asrama sebuah madrasah di Kota Tinggi, dilaporkan kritikal dan pasukan perubatan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada pesakit itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata, sedang membuat siasatan lanjut mengenai punca penyakit.

"Siasatan lanjut sama ada pesakit juga kebetulan mempunyai penyakit lain kerana keadaan penyakitnya tidak hanya terhad kepada tempat yang dikatakan dipukul itu sahaja.

"Murid terbabit mempunyai darah beku dan terkena jangkitan hingga melarat ke bahagian buah pinggang hingga merosakkan fungsi buah pinggang murid tersebut.

"Masalah pembekuan darah bukan sahaja di kaki, tempat yang di katakan dipukul, tetapi juga tangan. Dimaklumkan juga kaki pesakit dipotong dan dialisis sedang dilakukan. Laporan polis juga dibuat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, tular di media sosial mengenai kes berkenaan apabila ibu Mohd Thaqif Mohd Ghadaffi, 11, yang, dikenali sebagai Dayang Thaqifah, meluahkan kekecewaanya mengenai keadaan anaknya itu yang melarat kira kira tiga minggu lalu.






http://www.hmetro.com.my/node/223623

Update #53

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Selepas bantah, ibu Thaqif kini redha laporan KKM



PETALING JAYA: Ibu kepada pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi akhirnya redha dan menerima laporan bedah siasat yang mengesahkan anaknya meninggal dunia akibat jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.


Felda Wani Ahmad berkata, tiada gunanya mencabar keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu kerana anaknya sudah meninggal dunia.

“Saya tidak ada maksud untuk mencabar atau tidak keputusan laporan bedah siasat yang telah dikeluarkan itu.

“Saya sebenarnya terima kasih juga kepada KKM yang bertungkus lumus dalam lakukan siasatan mengenal pasti penyakit anak saya itu. Nak cabar apa lagi, anak saya pun sudah tiada,” katanya kepada FMT hari ini.

Thaqif dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 19 April lalu selepas pembantu warden asrama Madrasah Tahfiz Al-Jauhar di Kampung Lukut, Kota Tinggi didakwa memukulnya dengan paip getah.

Kedua-dua kakinya terpaksa dipotong selepas mengalami jangkitan, sementara tangan kirinya dijadualkan dipotong sebelum kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir pada 26 April.

Isnin lalu, Felda Wani menolak hasil bedah siasat itu sambil mempersoalkan mengapa kaki anaknya dipotong jika betul Thaqif dijangkiti kencing tikus yang boleh dikesan dengan awal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, laporan bedah siasat merumuskan leptospirosis menjadi punca kematian Thaqif, yang dirumitkan keadaan kulit nekrosis (purpura fulminans) dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di saluran darah, bukannya akibat cedera dipukul pembantu warden.

Katanya, sampel tisu dan darah Thaqif diambil pada hari sama pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...a-laporan-kkm/
Update #52

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kementerian Kesihatan pertahan hasil bedah siasat Thaqif



SUNGAI BULOH: Kementerian Kesihatan mempertahankan laporan bedah siasat yang merumuskan leptospirosis atau jangkitan kencing tikus sebagai punca Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi meninggal dunia April lalu, walaupun dipertikaikan keluarga pelajar tahfiz itu.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, bedah siasat itu dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian Thaqif.

“Kalau kita tidak siasat kes sebenar, ustaz (pembantu warden) akan dikenakan tuduhan membunuh. Kita kena adil dan cari punca,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Pengajar 2017 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan, hari ini.

Thaqif dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 19 April lalu selepas pembantu warden asrama Madrasah Tahfiz Al-Jauhar di Kampung Lukut, Kota Tinggi didakwa memukulnya dengan paip getah.

Kedua-dua kakinya terpaksa dipotong selepas mengalami jangkitan, sementara tangan kirinya dijadualkan dipotong sebelum kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir pada 26 April.

Kelmarin, ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad menolak hasil bedah siasat itu, sambil mempersoalkan mengapa kaki anaknya dipotong jika betul Thaqif dijangkiti kencing tikus yang boleh dikesan dengan awal.

“Secara logik, kalau kencing tikus, kenapa nak potong kaki? Saya nak tanya kenapa nak potong kaki anak saya kalau kencing tikus. Kencing tikus mesti kesan awal.

"Paling lewat 1 atau 2 minggu, macam kes di Kelantan baru-baru ini,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, laporan bedah siasat merumuskan leptospirosis menjadi punca kematian Thaqif, yang dirumitkan keadaan kulit nekrosis (purpura fulminans) dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di saluran darah, bukannya akibat cedera dipukul pembantu warden.

Katanya, sampel tisu dan darah Thaqif diambil pada hari sama pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.

Dalam pada itu, Dr Hilmi berkata, Kementerian Kesihatan akan melakukan pemeriksaan di rumah Thaqif dan Madrasah Tahfiz Al-Jauhar bagi mencari punca mangsa dijangkiti leptospirosis.

“Pegawai kita di lapangan akan menjalankan siasatan di rumah, sekolah mangsa,” katanya.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...siasat-thaqif/
Update #51

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Simptom kencing tikus arwah Thaqif 'unik'
Tak pernah dilaporkan di negara ini

KEPUTUSAN bedah siasat kematian murid tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, ditunggu rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri dan keluarga diraja, menyebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpendapat adalah wajar mengumumkannya kepada awam sebelum memberitahu keluarga.


Ibu saudara arwah, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata, jawapan itu diberikan pakar bedah Hospital Sultanah Aminah (HSA) ketika mereka bertemu apabila wakil KKM itu memberi penerangan kepada keluarga buat kali pertama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, hari ini.

Menurutnya, dalam sesi penerangan itu, dia dan suami, Masariff Masduki, 43, mewakili keluarga arwah namun perbualan turut disertai ibu arwah, Felda Wani Ahmad, menerusi pembesar suara.

“Hasil penerangan, doktor memberitahu proses bedah siasat dilakukan sembilan pakar dan mereka berdepan masalah kerana arwah menghidap penyakit kencing tikus yang ‘unik’ dan tidak pernah dilaporkan di negara ini.

“Kami diberitahu, kes seumpama ini hanya pernah berlaku di Eropah pada 1968 menyebabkan pakar tidak dapat mengesannya daripada awal berbanding penyakit akibat kencing tikus lain.

“Biasanya, penyakit kencing tikus boleh dikesan dalam tempoh seminggu, namun disebabkan keunikan simptom ini dan kenyataan arwah yang mengatakan dia dipukul, pemeriksaan sebelum itu terarah kepada kecederaannya,” katanya ketika ditemui di IPD Kota Tinggi.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...ah-thaqif-unik
Update #50

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Keluarga puas hati penjelasan doktor pakar


IBU saudara kepada Mohamad Thaqif, Dzuraidah Ahmad bersama suami, Masariff Masduki ditemuramah wartawan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, hari ini. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

KOTA TINGGI: Wakil keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi berpuas hati dengan penjelasan doktor pakar mengenai punca kematian bekas pelajar tahfiz itu yang berpunca jangkitan kencing tikus berbeza, yang pertama kali ditemui di negara ini.

Ibu saudara kepada Mohamad Thaqif, Dzuraidah Ahmad, 38, yang mewakili keluarga pada pertemuan bersama pakar bedah hari ini, berkata berdasarkan penerangan doktor, penyakit kencing tikus yang dihidapi Allahyarham Thaqif tidak pernah dilaporkan di negara ini.

Katanya, doktor memberitahu kebiasaannya kencing tikus akan dapat dikenal pasti dalam tempoh seminggu, namun berbeza bagi kes Allahyarham Thaqif yang mengambil masa lama dan menyerang kakinya terlebih dulu.

"Menurut doktor, kebiasaan kencing tikus akan dapat dikenal pasti dalam tempoh seminggu, namun berbeza bagi kes Allahyarham, ia menyerang bahagian kaki dan akhirnya virus itu ditemui di buah pinggang selepas pembedahan bedah siasat kali kedua dijalankan.

"Mungkin ini ada hikmahnya, penemuan terbaru itu akan dapat membantu pasukan perubatan memahami penyakit kencing tikus seumpama itu pada masa depan," katanya.

Beliau yang hadir bersama suami, Masariff Masduki, ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini, hari ini.

Dzuraidah berkata, beliau setakat ini berpuas hati dengan penjelasan terperinci daripada pakar bedah Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas pertemuan hampir sejam bersama pegawai penyiasat kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

"Ibu Mohamad Thaqif, Felda Wani Ahmad, turut bersama mendengar penerangan dan penjelasan terperinci Pakar Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) menerusi panggilan telefon (pembesar suara).

"Bagaimanapun saya dan keluarga akan berbincang dan meneliti semula laporan perubatan dan bedah siasat berhubung punca kematian Thaqif sebelum menentukan sama ada akan meneruskan tindakan undang-undang atau sebaliknya.

"Saya akan berjumpa dengan ibu bapa Thaqif selepas ini untuk berbincang dan sebarang tindakan selanjutnya hanya akan diputuskan oleh ibu bapa Allahyarham dan peguam yang dilantik keluarga sebelum ini," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/301183
Update #49

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Polis kemuka permohonan pendakwaan semula pembantu warden



KUALA LUMPUR - Permohonan untuk melakukan pendakwaan semula akan dikemukan polis untuk melakukan pendakwaan semula terhadap pembantu warden sekolah tahfiz yang sebelum ini didakwa membunuh Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghadafi, April lalu.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, berdasarkan maklumat bedah siasat dapati punca kematian adalah Leptospirosis (kencing tikus).

Menurutnya, maka sudah semestinya kita tidak dapat mendakwanya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kertas siasatan baru itu akan disiapkan dalam minggu ini sebelum merujuknya kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan menukar pendakwaan daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh kepada Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Sebelum ini, kes dikelaskan kerana membunuh tetapi, laporan bedah siasat mendapati sebab kematian Mohamad Thaqif adalah jangkitan kencing tikus, jadi sudah semestinya kita tidak dapat melakukan pendakwaan di bawah kes bunuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Jamuan Aidilfitri Cawangan Khas di Bukit Aman, hari ini.

Tambahnya, pihaknya akan pastikan kes ini dibawa ke mahkamah majistret.

"Kita turut mencadangkan inkues dijalankan bagi membolehkan semua orang mendengar kes ini," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...haqif-1.700681
Update #48

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kes Thaqif diklasifikasikan semula



POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya bagi mengklasifikasikan semula siasatan kematian pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi.


Ini susulan laporan bedah siasat dikeluarkan mendapati punca kematian kanak-kanak 11 tahun itu disebabkan jangkitan air kencing tikus atau leptospirosis.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, ekoran punca kematian disebabkan jangkitan berkenaan, siasatan tidak diteruskan mengikut Seksyen 302.

"Kita mengklasifikasikan semula siasatan kes ini. Polis akan merujuk Timbalan Pendakwaraya dengan cadangan seksyen disiasat mendatangkan kecederaan.

"Yang pastinya kita akan memastikan kes ini pergi kes majistret untuk dibicarakan," katanya.

Keputusan bedah siasat yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu mendapati kematian Mohamad Thaqif berpunca akibat penyakit kencing tikus atau leptospirosis dan bukannya trauma atau kecederaan.

Sebelum ini seorang pembantu warden madrasah tahfiz yang disyaki mendera murid itu dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah RM20,000 pada 3 Mei lalu.

Lelaki berkenaan ditahan pada 22 April berhubung siasatan kematian Mohamad Thaqif.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...kasikan-semula
Update #48

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pembantu warden masih digantung tugas



KOTA TINGGI - Pembantu warden Madrasah Tahfiz Al Jauhar, tempat Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi belajar, masih digantung tugas dan statusnya hanya akan ditentukan selepas selesai siasatan polis.


Pengetua madrasah itu, Mohammad Afdhaluddin Ismail berkata pembantu warden berkenaan telah digantung tugas sejak 21 April hingga kini.

Beliau berkata, pihaknya tidak tahu mengenai rekod jenayah lampau pembantu warden itu, yang pada mulanya diambil sebagai penyelia kebersihan di madrasah berkenaan.

"Bagaimanapun sepanjang sembilan bulan dia bekerja, kita dapati tiada kesalahan yang dilakukan. Malah, kita juga lantik dia sebagai pembantu warden untuk membantu warden pada waktu malam," kata beliau kepada pemberita di madrasah itu, di sini hari ini.

Buat masa ini katanya, tiada keperluan mendesak untuk mengganti tempat pembantu warden.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan kematian pelajar tahfiz berusia 11 tahun itu pada 26 April lepas berpunca daripada penyakit kencing tikus atau leptospirosis dan bukannya kerana trauma atau kecederaan dialami.

Sebelum ini, kematian pelajar berkenaan yang dipotong kedua kakinya itu dikaitkan dengan kecederaan akibat dipukul dengan getah paip oleh seorang pembantu warden madrasah.

Sementara itu, Mohammad Afdhaluddin berkata sekumpulan petugas Kementerian Kesihatan telah membuat pemeriksaan fizikal dan emosi pelajar tahfiz dan semua kakitangan serta pemeriksaan persekitaran madrasah tersebut.

"Ada pelajar yang diarahkan membuat pemeriksaan kesihatan dan namun tiada sebarang masalah kesihatan dikesan," kata beliau serta menambah pihaknya juga telah menambah baik prosedur pengambilan pelajar dengan mewajibkan pelajar baru membuat pemeriksaan kesihatan sebelum mendaftar.

Selain itu, sebanyak 16 kamera litar tertutup (CCTV) ditambah menjadikan keseluruhan CCTV di madrasah itu 40 kesemuanya, bagi menjadikan pemantauan terhadap pelajar dan kakitangan boleh diperbaiki.

Madrasah itu dibuka pada 6 Jun 2011, kini mempunyai 105 pelajar dan 13 kakitangan. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/semasa...tugas-1.700654
Update #47

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Laporan bedah siasat Thaqif belakangkan keluarga


Posting di laman sosial milik ibu dan ibu saudara Mohamad Thaqif yang dikongsi sebaik sahaja mengenai keputusan laporan bedah siasat kanak-kanak itu dikeluarkan Kementerian Kesihatan, semalam.

JOHOR BAHRU - Laporan penuh hasil bedah siasat pelajar madrasah tahfiz Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohamad Gaddafi akan diambil hari ini.

Mewakili keluarga murid 11 tahun itu, ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad bagi mengambil dan mendengar hasil keputusan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, semalam.

“Saya akan mewakili keluarga arwah dan kakak, Felda Wani Ahmad untuk mengambil laporan ini atas nasihat peguam.

“Ini kerana kami di pihak keluarga telah berbincang dan melantik peguam bagi mendapatkan pembelaan ke atas kematian Mohamad Thaqif yang mana sama sekali kami berasa berita (laporan bedah siasat) yang dikeluarkan semalam membelakangi keluarga dan hasil keputusan itu tidak diterima sama sekali,” katanya.

Dzuraidah berkata keputusan bedah siasat itu hanya diketauhi menerusi media semalam dan keputusannya sangat mengejutkan.

“Kami binggung apabila Mohamad Thaqif meninggal dunia akibat kencing tikus meskipun kami tidak arif dalam bidang perubatan namun keputusan ini sangat tidak dapat diterima.

“Apapun biar peguam yang telah dilantik uruskan dan kami dipihak keluarga sememangnya akan mendapatkan pembelaaan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang ibu saudara Nurul Nabila Ahmad turut menzahirkan perasaan terkilan dan sedih mengenai keputusan tersebut.

“Memang terkilan dan geram kerana berita ini hanya diketahui menerusi media, apa perasaan keluarga terutama kedua ibu bapa arwah.

“Kami telah berbincang dan tindakan (berita laporan bedah siasat yang dikeluarkan) itu seakan mencabar keluarga dan kami sama sekali tidak boleh terima,”katanya.


http://www.sinarharian.com.my/nasion...uarga-1.700530
Update #46

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kes Mohamad Thaqif selesai, tiada penderaan: MTAJ


PENGETUA Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Mohammad Afdhaluddin Ismail (kanan) pada sidang media di Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kampung Lukut, Kota Tinggi. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU: Madrasah Tahfiz al-Jauhar (MTAJ) hari ini, menganggap kes kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi selesai susulan laporan perubatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan semalam.

Pengetuanya, Mohammad Afdhaluddin Ismail, berkata berasaskan laporan itu ia mengesahkan tiada kes penderaan yang berlaku di MTAJ.

Katanya, pengurusan MTAJ juga menegaskan pihaknya berpuas hati dengan kenyataan semua yang terbabit atas kerjasama yang diberikan selama siasatan kes berkenaan dijalankan.

"Kami di MTAJ bersyukur kerana kes ini boleh dianggap selesai selepas kenyataan perubatan ini dikeluarkan dan menunjukkan kebenarannya. Pada masa sama kami menzahirkan kesedihan atas penyakit yang menimpa Allahyarham Mohamad Thaqif.

"Ingin kami tegaskan bahawa semua jabatan yang terbabit dalam siasatan ini menjalankan tugas mereka dengan komited sekali," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di bilik mesyuarat MTAJ dekat Kampung Lukut di sini, hari ini.

Mohammad Afdhaluddin berkata, berasaskan laporan perubatan itu, ia mengesahkan tiada sama sekali kes penderaan yang berlaku di MTAJ.

"Sebagaimana yang kami yakin dan jelaskan sebelum ini berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seluruh kawasan madrasah berada dalam pemantauan yang baik," katanya.

Katanya, pihak MTAJ sentiasa terbuka dan akan memberi kerjasama jika ada sebarang siasatan lanjut berhubung dengan kes berkenaan.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penyebab kematian Mohamad Thaqif adalah Leptospirosis (kencing tikus) dan dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya membabitkan kegagalan organ berfungsi.

Katanya, ia berdasarkan proses bedah siasat yang dijalankan pada hari yang sama pelajar itu meninggal dunia dengan beberapa sampel tisu dan darah diambil sebelum dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.

Mohamad Thaqif Amin dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 19 April lalu selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan dikatakan akibat dipukul pembantu warden madrasah tahfiz.

Selepas kedua-dua kakinya dipotong pada 22 April lalu, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

Bagaimanapun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil sebelum pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.

Susulan kejadian itu pembantu warden pusat tahfiz terbabit ditahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.


http://www.bharian.com.my/node/301074
Update #45

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Keluarga Thaqif lantik peguam


GAMBAR fail, Felda Wani Ahmad menunjukkan gambar Allahyarham Mohd Thaqif di sidang media gesaaan mempercepatkan proses laporan perubatan Allahyarham pada 9 Jun lalu. - Foto NSTP/Mohd Yusni Ariffin

JOHOR BAHRU: Keluarga pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi melantik peguam bagi menguruskan kes berkenaan.

Ibunya, Felda Wani Ahmad, 40, berkata beliau juga ada menghubungi peguam berkenaan petang tadi, selepas laporan media hari ini mengenai punca kematian anaknya disebabkan penyakit kencing tikus dan bukannya akibat kecederaan lain.

"Kami sekeluarga langsung tidak dimaklumkan mengenai perkara (laporan bedah siasat), sebaliknya hanya tahu menerusi laporan media, malah ramai wartawan juga mula menghubungi saya sejak petang tadi.

"Ramai saudara-mara dan rakan juga menghubungi suami (Mohd Gadaffi Mat Karim) bertanyakan apakah benar laporan bedah siasatan berkenaan.

"Saya terkilan kerana keluarga tidak dimaklumkan apa-apa mengenainya dan saya juga sudah menghubungi peguam petang tadi bagi mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Kesihatan mengenai laporan bedah siasat berkenaan.

"Proses untuk mendapatkan laporan penuh perubatan juga diserahkan kepada peguam," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Bukit Tiram di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mengumumkan punca kematian Thaqif adalah Leptospirosis (kencing tikus) yang dirumitkan lagi dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit, seterusnya membabitkan kegagalan organ untuk berfungsi.

Thaqif dimasukkan ke HSI pada 19 April lalu selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai akibat dipukul pembantu warden madrasah tahfiz.

Selepas kedua-dua kakinya dipotong pada 22 April lalu, tangan kanan Thaqif pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

Bagaimanapun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil sebelum pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.

Felda Wani berkata, beliau sedar anaknya tidak akan kembali, namun keluarga mahukan keadilan.

"Adakah untuk mengetahui terkena jangkitan kencing tikus akan mengambil tempoh masa panjang, timbul pelbagai persoalan. Biar peguam dapatkan penjelasan," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/300818
Update #44

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ibu Thaqif tolak hasil bedah siasat, tak masuk akal akibat kencing tikus



PETALING JAYA: Ibu kepada pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menolak laporan bedah siasat diumumkan hari ini yang merumuskan anaknya meninggal dunia akibat jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.


Ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad yang kecewa dengan keputusan bedah siasat itu, mempersoalkan pihak hospital kenapa perlu memotong kaki anaknya jika betul Thaqif dijangkiti kencing tikus yang boleh dikesan dengan awal.

“Secara logik, kalau kencing tikus, kenapa nak potong kaki? Saya nak tanya kenapa nak potong kaki anak saya kalau kencing tikus. Kencing tikus mesti kesan awal.

"Paling lewat 1 atau 2 minggu, macam kes di Kelantan baru-baru ini.

“Saya ni cikgu, tidak payah manipulasi yang bukan-bukan. Saya memang terkilan. Daripada arwah (Thaqif) masuk hospital, doktor kata tak tahu kuman apa. Ini tiba-tiba beritahu kencing tikus, tak masuk akal. Saya tidak boleh terima,” katanya kepada FMT.

Thaqif dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 19 April lalu selepas pembantu warden asrama Madrasah Tahfiz Al-Jauhar di Kampung Lukut, Kota Tinggi didakwa memukulnya dengan paip getah.

Kedua-dua kaki pelajar berusia 11 tahun itu dipotong selepas mengalami pembekuan darah, sementara tangan kirinya dijadualkan dipotong sebelum kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir.

Kubur pelajar itu digali semula pada 18 Mei lalu sambil disaksikan ahli keluarga, polis dan perwakilan mahkamah, bagi membolehkan sampel kaki Thaqif diambil untuk tujuan siasatan.

Hari ini, laporan bedah siasat merumuskan leptospirosis atau kencing tikus, bukannya trauma akibat pukulan sebagai punca Thaqif mendapat jangkitan pada kulit dan darah sebelum meninggal dunia pada 26 April lalu.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...-bedah-siasat/
Update #43

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Sekolah tak pasti dari mana Thaqif kena kencing tikus



PETALING JAYA: Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) “tidak dapat menjawab” laporan Kementerian Kesihatan hari ini yang mendapati kematian bekas pelajarnya Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi pada April lalu berpunca daripada leptospirosis atau jangkitan kencing tikus.


Pengetua MTAJ, Mohammad Afdhaluddin Ismail memberitahu FMT ia kerana Thaqif dimasukkan hospital 21 hari selepas berhenti daripada madrasah itu.

Afdhaluddin berkata beliau tidak pasti bila Thaqif dijangkiti, dan boleh jadi “hari ini kena, 2 hari kemudian dia bermasalah dan pergi hospital”.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Thaqif dijangkiti dari kawasan madrasah.

“Wallahu a’lam (Tuhan Maha Mengetahui),” katanya dihubungi FMT hari ini.

Thaqif, dimasukkan di wad rawatan rapi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 19 April selepas dakwaan dipukul dengan paip getah oleh seorang pembantu warden asrama MTAJ di Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor.

Kedua-dua belah kaki Thaqif dipotong selepas mengalami pembekuan darah, sementara tangan kirinya dijadualkan dipotong sebelum kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir.

Laporan bedah siasat hari ini merumuskan leptospirosis atau kencing tikus dan bukannya trauma daripada pukulan, sebagai punca Thaqif mendapat jangkitan pada kulit dan darah sebelum meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sampel tisu dan darah Thaqif diambil pada hari sama pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.

Afdhaluddin berkata pihaknya belum mendapat laporan KKM, tetapi berkata pegawai KKM ada mengunjungi madrasah itu selepas kejadian tersebut.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...kencing-tikus/
Update #42

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kencing tikus punca kematian Mohamad Thaqif



PUTRAJAYA 10 Julai - Hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap murid madrasah tahfiz Al-Jauhar, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia pada 26 April lalu di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru didapati berpunca daripada penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penyebab kematian kanak-kanak itu adalah berpunca daripada kencing tikus (Leptospirosis).

"Keadaan ini dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis (purpura fulminans) dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya melibatkan kegagalan organ untuk berfungsi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Thaqif meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital pada 19 April untuk dirawat selepas kakinya cedera setelah dipercayai dipukul oleh pembantu warden di sekolah tahfiz di mana Allahyarham belajar.

Selepas kedua-dua belah kakinya dipotong, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadualkan dipotong dari jari hingga bawah siku pada hari sama dia meninggal dunia, namun pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilapor tidak stabil.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian Allahyarham telah dilakukan pada pukul 6 petang hari yang sama.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4mQfttHnw
Update #41

Quote:
Originally Posted by asamboy View Post

KEPUTUSAN bedah siasat terhadap murid madrasah tahfiz Al-Jauhar, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia pada 26 April lalu di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru didapati berpunca daripada penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penyebab kematian kanak-kanak itu adalah kencing tikus (Leptospirosis).

" Ia dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya membabitkan kegagalan organ untuk berfungsi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan merujuk laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.

Katanya, proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian dilakukan pada 6 petang hari yang sama kanak-kanak itu meninggal dunia.

"Beberapa sampel tisu dan darah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.

"Susulan daripada kejadian itu juga, satu Jawatankuasa Khas Siasatan ditubuhkan bagi menyiasat kes ini," katanya.

Menurutnya, jawatankuasa itu membabitkan Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes rumit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata berdasarkan laporan perubatan itu, pihaknya akan mengemaskini kertas siasatan.

"Polis juga akan mendapat arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Sebelum ini, pembantu warden madrasah tahfiz yang didakwa mendera murid itu dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 pada 3 Mei lalu.

Dia ditahan pada 22 April lalu berhubung siasatan terhadap dakwaan mendera Mohamad Thaqif mengikut Seksyen 31(1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun, polis kemudian mengklasifikasikan kes kematian itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/utama/2017...ematian-thaqif
Update #40

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Laporan bedah siasat dalam 2 minggu lagi - Menteri


Felda Wani Ahmad, 40 tahun menunjukkan gambar anaknya, Mohd Thaqif Amin, pelajar tahfiz yang meninggal dipercayai akibat didera sehingga terpaksa dipotong kedua-dua belah kakinya.

KUALA SELANGOR - Laporan bedah siasat kedua-dua belah kaki pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia April lepas akan diketahui dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata tempoh itu diperlukan kerana pihak Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru sedang melakukan siasatan kedua selepas meneliti laporan bedah siasat kedua-dua belah kaki pelajar berkenaan.

Dr Subramaniam berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pusat khidmat bagi Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) cawangan Ijok, di sini hari ini.

Mohamad Thaqif Amin, 11 yang kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan dipukul pembantu warden asrama sekolah tahfiz berkenaan meninggal dunia pada 26 April lepas.

Allahyarham dimasukkan ke hospital selepas kesihatannya merosot setelah dibawa keluar dari sekolah tahfiz di Kota Tinggi tersebut pada 31 Mac.

Susulan kes itu polis menahan pembantu warden lelaki berusia 29 tahun tersebut untuk membantu siasatan, bagaimanapun dia dibebaskan pada 3 Mei lalu dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000.

Pada Jumaat lepas, media melaporkan keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin mempersoalkan tindakan pihak yang berkenaan apabila tiada bedah siasat dilakukan terhadap kedua-dua belah kaki kanak-kanak itu pada peringkat awal siasatan kematian.

Keluarga Allahyarham turut mendakwa belum menerima sebarang laporan bertulis berhubung prosedur rawatan dan pembedahan sepanjang kanak-kanak tersebut ditempatkan di HSI bermula19 April lepas. - Bernama


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4jhshcAW9
Update #39

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Update #38

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Keluarga Thaqif desak KKM dedah hasil laporan bedah siasat ke-2


Felda Wani berkata selepas anaknya meninggal dunia pada 26 April sehingga kini tiada laporan penuh punca kematian dimaklumkan kepadanya.

KUALA LUMPUR: Keluarga Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak hospital mendedahkan keputusan hasil bedah siasat ke-2 ke atas jenazah pelajar tahfiz itu yang dilakukan pada 18 Mei lalu.

Ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad berkata selepas anaknya meninggal dunia pada 26 April sehingga kini tiada laporan penuh punca kematian dimaklumkan kepadanya.

“Sampai sekarang kami belum terima sebarang laporan keputusan bedah siasat, sebenarnya kami masih lagi menunggu laporan perubatan itu. Kita nak tahu kalau betul anak saya sakit, kita nak tahu sebab kematian tapi sampai sekarang tiada apa-apa.

“Masa hari kematian, pihak hospital kata laporan akan dikeluarkan dalam masa sebulan dari tarikh arwah meninggal. Kini sudah lebih 40 hari sehingga kubur digali semula dan dijanjikan 2 minggu untuk tahu keputusan (bedah siasat ke-2), namun tidak ada apa-apa lagi,” katanya semasa sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini.

Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM Hishamuddin Hashim turut mendesak KKM mengeluarkan laporan perubatan dengan kadar segera sekaligus mengelak berlakunya pelbagai spekulasi yang boleh memburukkan nama pihak terlibat.

“Kita minta laporan perubatan dikeluarkan dengan kadar segera bagi mengelak timbul pelbagai spekulasi. Jika spekulasi berterusan kita bimbang ada pihak atau kementerian tertentu akan tergugat.

“Kita juga minta laporan yang dikeluarkan itu telus dan tidak menyembunyikan kesalahan mana-mana pihak,” katanya kepada media sambil menegaskan akan menyediakan khidmat peguam pemerhati sehingga keluarga Thaqif mendapat keadilan sepenuhnya.

Mengulas lanjut, Felda Wani turut mempersoalkan tindakan mahkamah yang tidak memaklumkan kepada keluarganya terlebih dahulu berhubung proses menggali semula kubur Thaqif.

“Dah sebulan arwah meninggal, kami hanya tahu bila orang kampung dah tunggu di kubur untuk proses menggali.

“Walaupun mahkamah yang arahkan, kenapa mereka tak maklum lebih awal. Kata dah ambil sampel tetapi kenapa kena ambil sekali lagi (gali semula),” kata Felda Wani dalam keadaan sebak.

Pada 19 Mei lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Subramaniam berkata laporan bedah siasat ke-2 Thaqif akan diketahui dalam tempoh 2 minggu.

Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu sudah dijalankan namun punca kematiannya masih belum diketahui.

Thaqif yang dipotong kedua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail.

Dia dilaporkan mengalami masalah kesihatan, susulan dipukul pembantu warden asrama sekolah tahfiz swastanya.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...-bedah-siasat/
Update #37

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ibu mimpi Thaqif, tak mahu terus bersedih



KOTA TINGGI: "Arwah tidak mahu saya terus bersedih...," kata ibu Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, Felda Wani Ahmad, 40 ketika menceritakan mimpi bertemu Allahyarham anaknya itu minggu lalu.


Menurutnya, dalam mimpi itu dia dapat melihat kelibat anaknya duduk di kerusi sambil memegang Yasin yang dihadiahkan Permaisuri Johor.

Felda Wani berkata, jika sebelum ini saban hari dia akan menangisi pemergian anaknya terutamanya di hari-hari awal Allahyarham yang merupakan anak sulung lelaki dalam keluarga itu meninggal dunia.

Bagaimanapun selepas mengalami mimpi itu dia lebih tenang dan lega kerana menganggap ia sebagai petanda bahawa Allahyarham memintanya agar jangan terus bersedih.

"Saya dapat lihat dalam mimpi itu arwah duduk di kerusi dalam keadaan sempurna kedua belah kakinya juga ada. Sebaik mendapat mimpi tersebut perasaan saya agak lega sedikit berbanding sebelumnya.

"Mungkin melalui mimpi itu arwah tidak mahu saya terus bersedih," katanya ketika ditemui di rumah bapanya dekat Felda Bukit Aping Timur di sini.

Tambahnya, sejak pemergian Allahyarham dia tidak boleh menjamah nasi lemak ayam berikutan makanan tersebut merupakan kegemaran Mohamad Thaqif Amin.

Katanya, selain meminati nasi arab buatan air tangannya, Allahyarham juga sangat menggemari nasi lemak ayam malah ketika hayatnya Allahyarham akan menikmatinya tidak kira masa.

"Saya memang tidak boleh makan nasi lemak ayam sejak pemergian arwah. Malah seminggu sebelum arwah meninggal saya juga ralat kerana arwah ada minta saya untuk masak nasi arab. Masa tu saya ingat mahu masakkan selepas dia keluar hospital namun tak sempat,"katanya lagi.

Ketika ditanya tentang perasaan selepas dimaklumkan penggalian semula kubur anaknya itu, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Tiram berkata, sebagai seorang ibu sudah pasti perasaannya bercampur baur.

Katanya, apatah lagi jenazah arwah sudah hampir sebulan dikebumikan dan pelbagai andaian bermain di fikiran apabila memikirkan kubur anaknya itu akan digali semula.

"Fikir la sendiri macam mana perasaan saya sebagai seorang ibu. Dalam fikiran saya sudah pastilah fikir kaki arwah mesti sudah berbau dan sebagainya.

"Namun apabila doktor menunjukkan kaki arwah kepada saya sebelum dibawa ke hospital, alhamdulillah tiada bau apa-apa dan masih keadaan baik," katanya. - Sinar Harian


Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit...e1slrud6zY0.99
Update #36

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kaki 'dipulang' semula dalam masa 3 hari


Tali garisan polis yang masih kelihatan terpasang mengelilingi sekitar kawasan kubur Allahyarham Mohamad Thaqif Amin.

KOTA TINGGI - Kedua-dua belah kaki murid Madrasah Tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang diambil selepas kuburnya di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur disini digali semula petang semalam dijangka akan ditanam semula dalam tempoh tiga hari.

Perkara itu dimaklumkan datuknya, Ahmad Motai, 67, yang turut memberitahu proses menggali kubur Allahyarham itu melibatkan lebih 100 orang terdiri daripada anggota polis, unit forensik, jabatan agama islam, doktor, majistret tanpa kehadiran orang awam.

Menurutnya, dia difahamkan kedua belah kaki Allahyarham dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk urusan forensik bagi membantu siasatan lanjut kes melibatkan cucunya itu.

Katanya, dia dimaklumkan tentang kerja menggali kubur arwah kira-kira jam 11 pagi semalam dan proses menggali hanya melibatkan pengambilan kedua belah kaki arwah kira-kira setengah jam manakala tubuh badannya tidak diusik.

"Sebagai ahli keluarga kami sudah redha dengan pemergian arwah, kami juga tidak ada masalah apabila dimaklumkan tentang hal ini. Semasa doktor mengambil kaki arwah seperti mana ia ditanam empat hari sebelum arwah meninggal dunia begitu jugalah keadaan kakinya masih elok.

"Kami dimaklumkan kakinya akan ditanam semula dalam tempoh tiga hari dan sekali lagi akan melibatkan penggalian semula kubur arwah.

"Kami sebenarnya sudah agak perkara ini akan berlaku kerana ketika kaki arwah dipotong kami difahamkan tidak ada bedah siasat dijalankan,"katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya dekat Felda Bukit Aping Timur, hari ini.

Tambahnya, tidak dinafikan berita penggalian semula kubur itu mengejutkan ahli keluarganya sehinggakan isterinya Masnah Sidik, 64 jatuh demam.

Katanya, lebih-lebih lagi ia melibatkan cucu sendiri, bagaimanapun mereka menerima ujian itu dengan baik dan yakin Allahyarham cucunya kini tenang di alam sana.

"Kami juga tidak mahu memanjangkan hal tersebut dan tidak mahu ada dakwa dakwi lagi. Malah sebolehnya mahu meringankan hukuman pembantu warden berkenaan sekiranya dia disabitkan kesalahan," katanya lagi.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/...-hari-1.677402
Update #35

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kubur digali semula untuk lengkapkan bedah siasat


AHMAD Motai menziarahi kubur Allahyarham Mohamad Thaqif yang telah digali semula oleh pihak hospital di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping, Kota Tinggi. Zulkarnain Ahmad Tajuddin

KOTA TINGGI: Polis menerima permohonan pihak hospital untuk menggali semula kubur pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang meninggal dunia pada 26 April lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata polis mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum kerja menggali semula dilakukan semalam dengan lancar dan teratur.

Katanya, permohonan dibuat pihak hospital susulan punca sebenar kematian Allahyarham Mohamad Thaqif belum dikenal pasti.

"Berdasarkan laporan bedah siasat yang dibuat sebelum jenazah dikebumikan, pihak hospital tidak menemui punca kematian dan laporan bedah siasat sudah dirujuk dengan pihak atasan Kementerian Kesihatan.

"Justeru, mereka membuat keputusan menggali semula bagi mendapatkan lebih maklumat bagi menyiapkan laporan siasatan itu dan mahkamah membenarkan (kubur digali semula)," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, pihak keluarga bersetuju dan memberi kebenaran manakala kerja menggali semula yang dilakukan semalam lancar tanpa masalah.

"Saya minta semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara ini," katanya.

Sementara itu, ibu Mohamad Thaqif, Felda Wani Ahmad, berkata proses menggali semula bermula kira-kira jam 3 petang semalam di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping, Kota Tinggi dekat sini.

"Saya sempat ke kubur dan ketika tiba kerja menggali sudah bermula.

"Doktor forensik yang mengendalikan kes sempat menunjukkan kaki arwah yang ingin dibawa ke pihak hospital bagi tujuan siasatan.

"Memang ia dalam keadaan baik dan tidak berbau. Mulanya saya berfikir macam-macam maklumlah sudah hampir sebulan, mungkin jenazah sudah reput dan berbau," katanya ketika ditemui di kediaman bapanya di FELDA Bukit Aping Timur di sini, hari ini.


http://www.bharian.com.my/node/284171
Update #34

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Quote:
Kubur Thaqif digali semula, jenazah masih utuh



Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia 26 April lalu digali semula pagi ini oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.


Sample yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

Ternyata, sekali lagi Allah SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu. Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!.

Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Ternyata terbukti kepada mereka yang mengutamakan al-Quran dalam kehidupannya, dipelihara jenazahnya dari seksaan azab kubur. Menurut bapa saudara arwah, Mas Arip dia bersama bapa mentuanya, Ahmad bin Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.

"Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sample dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana Allah menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

"Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. Masya-Allah. Allah maha berkuasa,"kongsinya lagi.

Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz berkenaan. Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti.

Semoga Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam tidak sampai 10 hari ini benar-benar menjadikan kita umat Islam yang beramal soleh dan memperoleh rahmat dan hidayah dari Allah SWT.
http://www.mingguanwanita.my/peristi...erbau-1.676650
Update #33

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Mana laporan kematian Thaqif? soal gabungan sekolah tahfiz



KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan mewakili sekolah tahfiz di Malaysia melahirkan rasa terkilan dengan kelewatan pihak berkuasa mendedahkan laporan perubatan kematian pelajar tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi, bulan lalu.


Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta), Mohd Zahid Mahmood, mengesyaki ada sesuatu yang cuba disembunyikan dan tidak dapat didedahkan kepada umum.

Beliau berkata pihaknya dan Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) di Kota Tinggi, Johor yang menjadi fokus media susulan kecederaan dialami Thaqif selepas didakwa dipukul oleh seorang pembantu warden, masih belum mendapat sebarang jawapan mengenai punca kematian Thaqif.

“Mungkin ada sebab tertentu yang kerajaan dan pihak perubatan (Kementerian Kesihatan) tidak cerita apa sebenarnya kes Thaqif.

“Dari segi polis, mereka sudah tahu sebab kata 2 minggu sahaja laporan perubatan (siap). Tetapi kita dapati pembantu warden yang ditahan reman sebelum ini dibebaskan atas jaminan bon mahkamah.

“Yang menjadi musykil, apa sebenarnya punca Thaqif meninggal, tidak ada laporan daripada pihak perubatan. Kami tidak mendapat maklum sehingga hari ini,” katanya kepada FMT ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Thaqif, 11, meninggal dunia pada 27 April di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru kerana mengalami pembekuan darah.

Sebelum kematiannya, doktor terpaksa menjalankan pembedahan memotong kakinya kerana jangkitan bakteria, dan menunggu pembedahan untuk memotong lengannya.

Ibu Thaqif membuat laporan polis mendakwa anaknya dirotan di tapak kaki dengan paip getah.

Susulan itu, polis menahan seorang pembantu warden asrama MTAJ, untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.

Selepas kematian Thaqif, siasatan diubah kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.

Bagaimanapun, pembantu warden berusia 29 tahun itu dibebaskan pada 3 Mei dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000, selepas polis mengesahkan kekurangan bukti untuk mendakwanya.

Bersihkan nama

Zahid meminta kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan mengumumkan laporan kematian Thaqif kepada umum, dengan harapan ia dapat membersihkan nama sekolah tahfiz seluruh negara.

“Ini penting agar masyarakat tidak cepat menunding jari dan membuat keputusan apabila berlaku sesuatu kes seperti Thaqif pada masa akan datang.

“Bersihkan nama sekolah tahfiz khususnya MTAJ, bersihkan nama pembantu warden itu sendiri dan seluruh sekolah tahfiz yang beroperasi d Malaysia,” katanya.

Zahid berkata pihaknya merancang sidang media khas di Johor mengenai perkara itu.

CCTV

Zahid mendakwa ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan melalui kes Thaqif untuk menggambarkan sekolah tahfiz sebagai sarang pengganas.

Katanya, ini termasuk media yang melaporkan pembantu warden itu menggunakan kekerasan dan mendera menggunakan batang paip getah.

“Di sekolah itu ada 22 rakaman video kamera litar tertutup (CCTV). Dan polis juga sudah lihat kesemua CCTV di sekolah itu dan tidak ada bukti nak dakwa pembantu warden itu.

“Dalam CCTV juga menunjukkan pembantu warden itu memukul di tapak kaki dan tidak kuat sehingga mencederakan. Pandangan yang tidak betul terhadap sekolah tahfiz perlu dibetulkan,” katanya.

Zahid bagaimanapun berkata insiden melibatkan Thaqif tidak menjejaskan populariti sekolah tahfiz, malah ia makin dikenali dan semakin berkembang.

“Bila ada orang cakap macam ini, masyarakat lebih tahu mengenai sekolah tahfiz,” katanya.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...ekolah-tahfiz/
Update #32

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pasukan khas ditubuh perinci punca kematian Thaqif

JABATAN Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru menubuhkan jawatankuasa perundingan bagi memperincikan laporan awal bedah siasat kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang dilaporkan dipukul seorang pembantu warden.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, jawatankuasa itu yang disertai beberapa ahli dan pakar patologi forensik dari seluruh negara, akan berbincang dan memperhalusi keputusan awal yang dikeluarkan sebelum membuat kesimpulan akhir punca sebenar kematian kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

"Perkara itu telah dimaklumkan kepada kementerian dengan jawatankuasa itu mencari kesepakatan tentang punca kes itu sebelum keluar dengan satu keputusan muktamad.

"Sehingga itu, kita perlulah menunggu sebelum perkembangan atau keputusan akhir mengenainya dapat disebarkan kepada pengetahuan umum," katanya pada sidang media mengenai Kempen ''Mega Mydaftar'' di Putrajaya, hari ini.

Dr Subramaniam bagaimanapun tidak mendedahkan kandungan laporan awal yang menjadi rujukan perbincangan jawatankuasa itu.

Kisah Mohamad Thaqif yang dimasukkan ke HSI Johor Bahru pada 19 April lalu, menjadi tular di media sosial selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kakinya dipercayai akibat dipukul pembantu warden di madrasahnya.

Selepas kedua-dua kakinya dipotong, tangan kanan Mohamad Thaqif pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

Namun, pembedahan itu ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.

Pelajar itu bagaimanapun meninggal dunia pada 26 April lalu.

Kisahnya turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta siasatan kes kematiannya dipercepatkan.




http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...mohamad-thaqif
Update #31

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Polis tak cukup keterangan untuk dakwa pembantu warden



KUALA LUMPUR - Pembantu warden madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang direman bagi siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan bon mahkamah semalam kerana tiada keterangan yang mencukupi untuk mendakwanya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan Jabatan Peguam Negara.

"Perkara ini bila kita bawa berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mendapati tidak cukup keterangan untuk kita teruskan (dakwaan) di bawah Seksyen 302, sebab itu mahkmah membenarkan dia (suspek) dijamin bon mahkamah.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302, tetapi sama ada pertuduhan boleh dibuat atau tidak itu perkara kedua," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Persidangan Pegawai-pegawai Aset Polis Diraja Malaysia (PRDM), di sini hari ini.

Di Kota Tinggi, semalam, Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan suspek lelaki berusia 29 tahun itu dengan jaminan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebanyak RM20,000.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...arden-1.669853
Update #30

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pembantu warden sujud syukur


Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian Mohamad Thaqif sujud syukur selepas dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 di Mahkamah Majistret, Kota Tinggi. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Kota Tinggi: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, berhenti seketika di pekarangan mahkamah dan sujud syukur selepas dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 di sini, hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Salawati Djambari selepas membenarkan permohonan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Tinggi, Asisten Superintendan Mohd Fairos Ithnin mengikut Seksyen 118 Kanun Acara Jenayah.


Bagaimanapun, siasatan lanjut terhadap suspek masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan pihak polis masih menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Terdahulu, suspek lelaki berusia 29 tahun yang berpakaian lokap berwarna jingga itu dibawa ke mahkamah di sini, pada 12.15 tengah hari sebelum dibawa masuk ke Bilik Pendaftar pada 12.45 tengah hari.

Suspek yang dijamin oleh abang kandungnya kemudian dibawa keluar dari Bilik Pendaftar kira-kira 1 petang tanpa bergari dan dilihat sempat berdoa dan sujud syukur.

Suspek pada mulanya ditahan reman empat hari pada 23 April lalu sebelum disambung tiga hari sehingga 29 April bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Bagaimanapun, selepas siasatan berhubung kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh susulan kematian mangsa pada 26 April lalu, tempoh reman terhadap suspek dilanjutkan tujuh hari bermula 27 April hingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 KK.

Suspek ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat di sini, jam 4 petang, 22 April lalu selepas ibu Mohamad Thaqif Amin membuat laporan polis yang mendakwa anak ketiga daripada lima beradik itu dikatakan dipukul dengan paip getah pada tapak kakinya sehingga menyebabkan kecederaan.

Kedua-dua belah kaki mangsa dipotong pada 21 April, dipercayai akibat jangkitan kuman, manakala tangan kanannya yang turut dipercayai dijangkiti kuman sepatutnya dipotong bagi menyelamatkan nyawanya pada pagi 26 April, bagaimanapun pembedahan itu ditangguhkan kerana keadaan jantungnya tidak stabil sebelum kanak-kanak berusia 11 tahun itu meninggal dunia jam 2.05 petang di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.


http://www.hmetro.com.my/node/226373
Update #29

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pembantu warden dibebas dengan jaminan RM20,000


PEMBANTU warden madrasah tahfiz yang direman sejak 23 April lalu bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 hari ini. - Foto Zulakranain Ahmad Tajuddin

KOTA TINGGI: Seorang pembantu warden madrasah tahfiz yang direman sejak 23 April lalu bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 hari ini.

Perintah jaminan itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Salawati Djambari, selepas membenarkan permohonan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Tinggi, Asisten Superintendan Mohd Fairos Ithnin mengikut Seksyen 118 Kanun Acara Jenayah.

Siasatan lanjut terhadap suspek berusia 29 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek berusia 29 tahun yang memakai baju lokap jingga, tiba di mahkamah pada jam 12.17 tengah hari dengan diiringi anggota polis.

Kira-kira jam 12.45 tengah hari, suspek dibawa masuk ke Bilik Pendaftar sebelum diiringi keluar beberapa minit kemudian oleh seorang lelaki dipercayai abangnya.

Sebaik keluar dari bilik berkenaan, suspek dilihat berdoa dan bersujud.

Pembantu warden itu ditahan di rumahnya di FELDA Lok Heng Barat, Kota Tinggi dekat sini jam 4 petang, pada 22 April lalu selepas ibu kepada pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, membuat laporan polis.

Mangsa yang terpaksa dipotong kaki pada 21 April lalu, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru, kira-kira jam 2 petang pada 26 April lalu.

Berikutan kematian mangsa, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata tempoh reman itu dilanjutkan sehingga hari ini bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


http://www.bharian.com.my/node/278532
Update #28

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Quote:


PENCERAHAN ISU : MOHD THAQIF AMIN.

Subhanallah. Walhamdulillah. Wallahuakbar.

Dengan lafaz Basmalah, semoga Allah beri faham.

Buat pertama kalinya tulisan ini dikeluarkan. Buat tatapan anda yang ingin mendengar atau mengetahui terlebih dahulu dari kami sebelum berkata atau mengulas mengenai isu Thaqif.

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar ( MTAJ ) mengesahkan bahawa Madrasah ini adalah Madrasah yang diviralkan tentang Allahyarham Mohd Thaqif Amin.

Tulisan ini samasekali tidak bertujuan untuk mengganggu siasatan atau mengulas perkara2 yang mungkin memberi kesan kepada siasatan pihak berkuasa.

Tulisan ini dibuat kerana setelah hampir 2 minggu MTAJ menerima kecaman, tohmahan dan ugutan, serta begitu banyak tekanan diberi tanpa sebarang jawapan. Atas rasa kebimbangan kami sekiranya tiada sebarang jawapan dari MTAJ, ia akan terus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dan memungkinkan fitnah berleluasa. Nauzubillah...

Berikut adalah sedikit ringkasan penjelasan. Semoga hati baik tuan-tuan, dapat menimbang seterusnya membuatkan kita lebih berhati-hati dalam percakapan ataupun tulisan.

Tulisan ini tidak dapat memberi fokus yg banyak ttg sikap Allahyarham Thaqif, dakwaan penderaan, dan hal2 yg mungkin mengganggu emosi keluarga arwah. Kerana kami sedari awal telah menjaga adab untuk samasekali tidak mahu mengguris perasaan keluarga arwah.

1. Apa yang anda bayang ttg penderaan? Ia berlaku setiap hari, disiksa, disebat dgn getah paip tanpa pertimbangan dengan libasan sekuat hati mengikut kudrat seorang lelaki dewasa kepada seorang kanak-kanak?

Jika itu yang anda bayangkan, ia meleset samasekali. Alhamdulillah, MTAJ dilengkapi 24 CCTV dan " program sebatan" itu masih tersimpan dan telahpun diserahkan kepada PDRM untuk siasatan. Semoga PDRM dengan profesional dapat menilai kadar sebatan tersebut samada ia boleh ditakrifkan sebagai penderaan.

2. MTAJ adalah sebuah madrasah tahfiz yang didirikan dengan bantuan ramai umat islam. Ia samasekali tidak berteraskan keuntungan. Kerana itu, apa jua bentuk sumbangan kewangan digunakan untuk melengkapkan fasiliti agar anak-anak MTAJ dapat belajar dengan serba serbi cukup. Tidak lah mewah, tetapi terurus. MTAJ dilengkapi dengan kemudahan asas seperti asrama, ruang kelas, surau, dewan makan, gelanggang badminton, gelanggang futsal, gymnasium dan lain2 serta sistem pentadbiran yang kemas.

Tidaklah mencapai ISO seperti jabatan kerajaan, tetapi kami sangat komited untuk membawa MTAJ kearah itu. MTAJ memberi penekanan pada aspek kebersihan yang maksimum, dan kawalan keselamatan serta kebajikan pelajar.
Tuan-tuan dgn niat yang baik, boleh hadir sendiri melawat keadaan MTAJ harini.

3. MTAJ mempunyai 17 kakitangan terdiri daripada guru-guru, warden, staf pentadbiran, pegawai multimedia, tukang masak, cleaner, dan pengurusan am, untuk mengurus 109 pelajar dari semua sudut mulai pembelajaran, kesihatan, keraian, makan minum, dan sebagainya. Ia tidak dijalankan secara sambil lewa apatah lagi untuk membiarkan penderaan berlaku.

4. Premis MTAJ ini telah pun diberi pengesahan keselamatan oleh Jabatan Bomba dan Jabatan kesihatan. Kami berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Johor sesuai dengan peraturan Pengawalan Sekolah Agama Islam Johor 1991.

MTAJ telah melalui proses pendaftaran yang melayakkan madrasah ini mendapat kelulusan beroperasi selama 5 Tahun yang akan berkahir pada Disember 2021 dan Madrasah ini mendapat pengiktirafan sebagai madrasah tahfiz cemerlang peringkat Daerah Kota Tinggi serta dicalonkan untuk Anugerah Madrasah Tahfiz Cemerlang Negeri Johor. ( Boleh rujuk, Bahagian Pendidikan Islam, JAIJ)
Madrasah ini tidak didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan berikutan ia tidak disyaratkan. MTAJ sangat gembira untuk mendaftar dibawah kementerian apapun selagi ia boleh menambah baik sistem di MTAJ.

5. Seperti yang ditularkan dan ada didalam dada akhbar tentang luahan Arwah menggambarkan beliau sedang merasa perit semasa proses pembelajaran di MTAJ, ia agak sukar dijelaskan buat masa ini. Walaubagaimanapun, terdapat 6 keping lagi surat dari arwah yang mungkin boleh menjelaskan watak sebenar arwah yang telahpun diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Istilah yang digunakan mungkin tidak boleh menggambarkan hakikat sebenar kejadian. Sebagai contoh, bila sesorang pelajar menggambarkan dia dibuli, kita harus mendalami hakikat nya. Apakah buli yang kita faham? Untuk hal ini, kita beri ruang utk polis jalankan siasatan.

MTAJ tidak mahu mendabik dada mengatakan tiada pelajar yg mungkin mengambil kesempatan terhadap pelajar lain, kerana ia berpotensi untuk berlaku dimana2 sahaja pusat pengajian. Namun, dalam konteks MTAJ, ia adalah terkawal. InsyaAllah.

6. Suatu yang ramai orang persoalkan tentang pembantu Warden yang mempunyai rekod jenayah lampau.

Syafiq mengaku sendiri ttg sejarah beliau setelah diterima berkerja. Dan ia membuatkan kami memahami beliau cuba jujur untuk membaiki kehidupan.

Kerana kami maklum, syafiq telah diberi parol dan dibebaskan awal kerana berkelakuan baik. Rentetan daripada itu, kami berpendapat, andainya Pengarah Penjara mengakui beliau sedang berubah dan layak diberi kebebasan awal, apakah kami sebagai ahli masyarakat tidak boleh memberi peluang kedua untuknya.

Apakah pendirian anda semua tentang memberi peluang kepada seseorang untuk menjadi lebih baik?

Semoga kita semua terus diberi peluang untuk menjadi lebih baik dan berubah kearah yang lebih baik. Amin

7. Syafiq menjalankan tugas dgn baik dan beliau bukan seorang ustaz. Kami berani menyatakan komitmen beliau melebihi para ustaz di MTAJ kearah berubah menjadi insan yang lebih baik. Kekurangan seorang manusia tidak sepatutnya memberhentikan dia terus menjadi manusia.

Penyataan ini sama sekali tidak membela syafiq ketika beliau memilih untuk mengambil tindakan terhadap pelajar dgn menggunakan getah paip. Tetapi percayalah, ia bukan seperti yang anda gambarkan. Kami mempunyai bukti kejadian dalam rakaman CCTV. ( Telah diserah pada PDRM )

8. Terdapat banyak lagi perkara yang mungkin tidak terjawab dalam tulisan ini. Namun, anda boleh mendapatkan hasil siasatan daripada pihak yg berwajib. MTAJ telah pun memberi kerjasama penuh dalam siasatan yg dijalankan terdiri daripada JAINJ, PDRM, PPID, MAIJ, JKM, Jabatan Kesihatan dan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan ( PINTA ).

MTAJ bersama seluruh karyawan, para pelajar dan muafakat ibu bapa yang sangat mendokong kami, walaupun berasa amat sedih dengan tohmahan yang tersebar namun atas dasar kasih sesama manusia yang tidak lepas dari salah silap membuatkan kami sedar dan sentiasa memberi kemaafan. Namun begitu, secara hukumnya, perkara tidak benar yang telah tersebar oleh sesiapapun maka wajiblah ia bertaubat kepada Allah dan berusaha membaikinya.

Kami sangat mesra masyarakat. Anda dialu-alukan untuk hadir ke MTAJ untuk membuat lawatan. Doakan kami. Semoga kami dapat terus memberi manfaat.

Sekian terima kasih.

Jemaah Pengurusan MTAJ.
30 / 04 / 2017
https://www.facebook.com/permalink.p...14515918720605
Update #27

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Madrasah akhirnya tampil buka mulut



KOTA TINGGI - Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) tempat belajar Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi hari ini pertama kalinya tampil dalam satu kenyataan sekali gus merungkai segala pertanyaan orang ramai ekoran kejadian yang berlaku.


Menerusi kenyataan dikeluarkan jemaah pengurusan di Facebook rasmi madrasah berkenaan dipetik berkata, seperti mana yang dipersoalkan orang ramai, pihak madrasah mengakui maklum tentang rekod jenayah lampau dimiliki pembantu warden berkenaan.

Menurutnya, pembantu warden tersebut telah mengaku sendiri tentang sejarah lamanya setelah diterima berkerja di madrasah sekali gus membuatkan pihak madrasah memahaminya yang cuba bersikap jujur untuk membaiki kehidupan.

"Kerana kami maklum, dia telah diberi parol dan dibebaskan awal kerana berkelakuan baik.

"Rentetan daripada itu, kami berpendapat, andainya pengarah penjara mengakui beliau sedang berubah dan layak diberi kebebasan awal, apakah kami sebagai ahli masyarakat tidak boleh memberi peluang kedua untuknya.

"Apakah pendirian anda semua tentang memberi peluang kepada seseorang untuk menjadi lebih baik?

"Semoga kita semua terus diberi peluang untuk menjadi lebih baik dan berubah kearah yang lebih baik. Beliau telah menjalankan tugas dengan baik dan beliau bukan seorang ustaz.

"Kami berani menyatakan komitmen beliau melebihi para ustaz di madrasah kearah berubah menjadi insan yang lebih baik. Kekurangan seorang manusia tidak sepatutnya memberhentikan dia terus menjadi manusia," kenyataan itu dipetik.

Katanya, kenyataan itu bagaimanapun tidak sama sekali membela pembantu warden tersebut ketika dia memilih untuk mengambil tindakan terhadap pelajar dengan menggunakan getah paip.

Jelasnya, kejadian yang berlaku (sebat) ia bukan seperti yang orang ramai gambarkan dan pihaknya mempunyai bukti kejadian dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang telah diserah pada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam tulisan tersebut turut memaklumkan, kenyataan dikeluarkan itu sama sekali tidak bertujuan untuk mengganggu siasatan atau mengulas perkara-perkara yang mungkin memberi kesan kepada siasatan pihak berkuasa.

Sebaliknya, tulisan itu dibuat kerana setelah hampir dua minggu madrasah menerima kecaman, tohmahan dan ugutan, serta begitu banyak tekanan diberi tanpa sebarang jawapan.

Ekoran itu, atas rasa kebimbangan sekiranya tiada sebarang jawapan dari madrasah, ia akan terus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dan memungkinkan fitnah berleluasa.

Kenyataan itu turut memaklumkan tulisan berkenaan tidak dapat memberi fokus yang banyak tentang sikap Allahyarham Thaqif, dakwaan penderaan, dan hal-hal yang mungkin mengganggu emosi keluarga Allahyarham.

Ia berikutan kerana sedari awal pihak madrasah telah menjaga adab untuk sama sekali tidak mahu mengguris perasaan keluarga Allahyarham.

Selain itu, tulisan berkenaan turut mengakui madrasah tersebut tidak didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan berikutan ia tidak disyaratkan namun madrasah sangat gembira untuk mendaftar dibawah kementerian apapun selagi ia boleh menambah baik sistem di madrasah tersebut.

"Seperti yang ditularkan dan ada didalam dada akhbar tentang luahan arwah menggambarkan beliau sedang merasa perit semasa proses pembelajaran di MTAJ, ia agak sukar dijelaskan buat masa ini.

"Bagaimanapun, terdapat enam keping lagi surat dari arwah yang mungkin boleh menjelaskan watak sebenar arwah yang telahpun diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Istilah yang digunakan mungkin tidak boleh menggambarkan hakikat sebenar kejadian. Sebagai contoh, bila sesorang pelajar menggambarkan dia dibuli, kita harus mendalami hakikatnya. Apakah buli yang kita faham?

"Untuk hal ini, kita beri ruang untuk polis jalankan siasatan," katanya yang turut mengalu-alukan lawatan masyarakat ke madrasah tersebut.

Jelasnya, MTAJ tidak mahu mendabik dada mengatakan tiada pelajar yang mungkin mengambil kesempatan terhadap pelajar lain, kerana ia berpotensi untuk berlaku dimana-mana sahaja pusat pengajian, namun, dalam konteks MTAJ, ia adalah terkawal.

Tegasnya, MTAJ juga adalah sebuah madrasah tahfiz yang didirikan dengan bantuan ramai umat islam dan sama sekali tidak berteraskan keuntungan.

Oleh yang demikian, apa jua bentuk sumbangan kewangan digunakan untuk melengkapkan fasiliti agar anak-anak MTAJ dapat belajar dengan serba serbi dan cukup.

Sebelum ini kisah Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada 19 April menjadi tular di media sosial selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden madrasahnya.

Selepas kedua-dua belah kakinya dipotong, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadualkan dipotong dari jari hingga bawah siku, namun pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.

Bagaimanapun, selepas lapan hari bertarung nyawa, akhirnya Allahyarham Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang pada 26 April lalu ketika sedang dalam rawatan di HSI.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...mulut-1.667504
Update #26

Quote:
Originally Posted by TT View Post

302: Reman pembantu warden disambung hingga Rabu


TEMPOH reman pembantu warden madrasah tahfiz dilanjutkan tujuh hari bermula semalam. - Foto Hairul Anuar Rahim

JOHOR BAHRU: Tempoh reman pembantu warden madrasah tahfiz dilanjutkan tujuh hari bermula semalam hingga Rabu depan bagi membantu siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata tempoh reman itu dilanjutkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Suspek direman semula selama tujuh hari mulai semalam hingga 3 Mei ini (Rabu) bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada 23 April lalu, Mahkamah Majistret Kota Tinggi membenarkan permohonan reman selama empat hari terhadap suspek berusia 29 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Mahkamah Seksyen Kota Tinggi kemudian membenarkan tempoh reman dilanjutkan selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan di rumahnya di FELDA Lok Heng Barat, Kota Tinggi dekat sini jam 4 petang, Sabtu lalu, selepas ibu kepada pelajar madrasah tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, membuat laporan polis.

Mangsa dikatakan dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.

Jangkitan kuman berpunca daripada kecederaan terbabit dikatakan menyebabkan kecederaan mangsa semakin teruk sehingga kedua-dua kakinya terpaksa dipotong, Jumaat lalu.

Mangsa meninggal dunia pada jam 2.05 petang kelmarin, ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).


http://www.bharian.com.my/node/277033
Update #25

Quote:
Originally Posted by TT View Post

107 pelajar MTAJ, 14 kakitangan jalani pemeriksaan



KOTA TINGGI: Pengetua madrasah tahfiz, tempat Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi belajar sebelum ini, mengesahkan Jabatan Kesihatan sudah membuat pemeriksaan kesihatan ke atas semua 107 pelajar dan 14 kakitangan madrasah itu.


Afdhaluddin Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemeriksaan dilakukan Rabu lepas.

“Laporan pemeriksaan tersebut akan dikeluarkan Jabatan Kesihatan. Buat masa ini, tiada pelajar yang dirujuk ke hospital,” katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat memberitahu Jabatan Kesihatan sudah memeriksa sejumlah pelajar di madrasah berkenaan bagi memastikan tiada di antara mereka yang mengalami simptom sama seperti Thaqif.

Pemeriksaan itu diadakan susulan titah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang mahu pelajar lain menjalani pemeriksaan kesihatan.

Thaqif yang dipotong kedua-dua kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dipercayai didera pembantu warden madrasah itu meninggal dunia petang Rabu lalu di Hospital Sultan Ismail.

Jenazah Thaqif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur kira-kira 12.30 pagi Khamis lalu.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...aan-kesihatan/
Update #24

Quote:
Originally Posted by TT View Post

'Wajah Allahyarham Thaqif bercahaya'


NOOH Gadut (gambar kecil) melawat jenazah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin.

Johor Bahru: Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut melihat wajah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal semalam sebagai bercahaya, tersenyum, berseri serta luar biasa.

Beliau yang melawat jenazah murid tahfiz bersama beberapa pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hospital Sultan Ismail semalam, memuji kebesaran Allah serta fadhilat membaca al-Quran sebagai amalan oleh pelajar berkenaan.

"Saya lihat wajah Allahyarham memang luar biasa. Betullah seperti yang diperkatakan bahawa al-Quran adalah cahaya. Cahaya bukan sahaja dalam tetapi terserlah di wajah Allahyarham.

"Saya melihat dengan sahabat-sahabat yang lain wajahnya tersenyum, berseri dan macam orang hidup lagi. Itulah kelebihan (orang yang membaca al-Quran)," kata Penasihat MAINJ itu kepada pemberita.

Beliau menghadiri majlis perasmian Multaqa Ulama' Darul Takzim Ke-5 sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor 2017, di Persada Johor di sini, hari ini.

Beliau turut kagum apabila diberitahu mengenai hasrat Allahyarham yang mahu menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Nooh juga terharu melihat dengan kesabaran ibu bapa Allahyarham Mohamad Thaqif Amin yang reda menerima ujian tersebut sebagai qada' dan qadar daripada Allah.

Beliau turut menghargai keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap penderitaan murid tahfiz itu dan menghantar wakilnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menziarahi jenazah Allahyarham.

"Saya berharap kisah ini ada hikmah, ada rahsia yang akan dijadikan kesedaran semua pihak, pihak sekolah dan lain-lainnya," kata beliau.

Sehubungan itu, pihak JAIJ dijangka akan memanggil pengetua-pengetua tahfiz untuk satu pertemuan serta taklimat penyelarasan dalam jangka masa terdekat itu bagi melihat penambahbaikan pengurusan dan pendidikan tahfiz termasuk prosedur pengambilan pekerja di institusi tersebut.

"Semua pekerja kena pastikan tiada kes polis, tiada kesalahan yang boleh membawa kepada perkara seumpama ini," kata beliau.


http://www.hmetro.com.my/node/224925
Update #23

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Laporan bedah siasat siap dalam 2 minggu

Johor Bahru: Laporan bedah siasat murid Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Mohamad Thaqif Amin Gaddafi, 11, dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, ia bakal merungkai punca kematian sebenar Allahyarham.

Menurutnya, proses bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) bermula 6.30 petang semalam hingga 10 malam.

Katanya, pihaknya difahamkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menggesa supaya laporan dipercepatkan namun ia bergantung kepada kesediaan pengurusan hospital, polis dan pihak berkaitan.

"Bedah siasat dijalankan untuk mencari kebenaran dan akan menentukan punca kematian arwah, apa masalah kesihatan dialami sama ada ia penyakit atau sebaliknya serta kesan-kesan terdapat pada tubuh jenazah.

"Saya berharap netizen menghentikan sebarang spekulasi, tidak membuat keputusan sendiri selain tidak menghukum segenap pihak kerana siasatan masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media di Program Promosi Kesihatan Pergigian dan Pelancaran Carta Flip Bahasa Isyarat Kesihatan Pergigian bagi Golongan Berkeperluan Khas (Pendengaran) Negeri Johor di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Johor Bahru, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Johor juga sudah menjalankan saringan kesihatan terhadap murid dan pelajar lain di tahfiz madrasah berkenaan dan mendapati mereka dalam keadaan sihat, kata Ayub.


http://www.hmetro.com.my/node/224833
Update #23

Quote:
Originally Posted by TT View Post

'Saya tak dendam' - bapa Thaqif



KOTA TINGGI: "Saya sudah memaafkan siapa yang terbabit, kami tidak berdendam dan biar kejadian ini jadi iktibar untuk semua," luah Mohd Gaddafi Mat Karim, bapa pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif, yang meninggal dunia, semalam.


Mohd Gaddafi, 43, berkata keluarganya reda dengan pemergian Mohamad Thaqif dan tidak pernah berdendam atau mahu menyaman mana-mana pihak sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.

Katanya, beliau juga berharap orang ramai tidak menyalahkan institusi tahfiz secara keseluruhan sehingga menyebabkan ada ibu bapa menjadi fobia atau takut mahu menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan.

"Kalau diikutkan perasaan marah itu memang ada, apa tidaknya nyawa anak saya sudah tiada tetapi saya reda dan memaafkan semua. Tidak ada pun mahu memfailkan saman pada sesiapa.

"Kami serahkan kepada polis untuk menyiasat dan siapa yang bersalah biarlah undang-undang menghukumnya. Apa yang penting punca kejadian ini dijadikan iktibar untuk kami sekeluarga dan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediaman keluarga di FELDA Bukit Aping Timur di sini, hari ini.

Mohd Gaddafi berkata, beliau juga akan tetap menghantar dua lagi anak lelakinya meneruskan pengajian dalam bidang keagamaan di sekolah tahfiz.

"Saya tidak mahu aibkan mana-mana pihak. Biarlah polis jalankan siasatan dan tidak perlu salahkan anak-anak tahfiz ini," katanya.

Tinjauan di FELDA Bukit Aping Timur, hari ini mendapati keluarga terdekat, jiran dan sahabat hadir sejak awal pagi bagi menziarah dan menyampaikan ucapan takziah kepada Mohd Gaddafi dan keluarganya.

Mohamad Thaqif meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada jam 2.05 petang iaitu beberapa jam selepas pembedahan bagi memotong tangan kanannya ditangguhkan susulan keadaan jantungnya yang tidak stabil.

Jumaat lalu, kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong susulan masalah kesihatan yang didakwa berlaku selepas disebat pembantu warden sebuah madrasah tahfiz.

Jenazah Mohamad Thaqif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping Timur di sini kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.


http://www.bharian.com.my/node/276467
Update #22

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Jenazah Mohamad Thaqif selamat dikebumikan


PENDUDUK menunaikan solat jenazah di kediaman Ahmad Motai di FELDA Bukit Aping Timur. - Foto Hairul Anuar Rahim


AHMAD Motai membaca doa selepas pengebumian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping Timur di Kota Tinggi, sebentar tadi. - Foto Hairul Anuar Rahim


JENAZAH pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping Timur di Kota Tinggi, sebentar tadi. - Foto Hairul Anuar Rahim

KOTA TINGGI: Jenazah pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal dunia petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping Timur di sini sebentar tadi.

Jenazah Mohamad Thaqif tiba di kediaman datuknya, Ahmad Motai, 66, di FELDA Bukit Aping Timur pada jam 11.40 sebelum disembahyangkan di rumah.

Selesai solat, jenazah terus dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 12 tengah malam tadi dan selamat dikebumikan pada jam 12.37 tengah malam tadi.

Ahmad berkata, beliau sedih dengan pemergian cucunya yang amat meminati bidang agama.

"Mohamad Thaqif minat dengan agama dan bercita-cita mahu menjadi tahfiz. "Arwah dulu memang bersekolah agama tetapi berpindah ke asrama ini (madrasah) supaya boleh belajar agama lebih mendalam dan fokus," katanya ketika ditemui di sini.

Terdahulu, jenazah dikafankan dan disembahyangkan di dalam bilik khas di Rumah Mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sebelum dibawa keluar dari perkarangan hospital pada jam 10.50 malam tadi.

Solat jenazah diimamkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang tiba pada jam 9 malam bagi mewakili Perdana Menteri melawat dan menziarahi jenazah Mohamad Thaqif.

Selesai solat yang turut disertai ahli keluarga terdekat, jenazah Mohamad Thaqif dibawa masuk ke van jenazah sebelum dibawa ke rumah keluarganya di FELDA Bukit Aping Timur di Kota Tinggi bagi tujuan pengebumian di sana.

Sebanyak dua kereta peronda polis turut mengiringi kenderaan jenazah sepanjang perjalanan itu sehingga ke Kota Tinggi.

Mohamad Thaqif meninggal dunia ketika mendapat rawatan di HSI pada jam 2.05 petang tadi.


http://www.bharian.com.my/node/276317
Update #21

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bedah siasat, urusan jenazah Mohamad Tahqif selesai


JENAZAH Mohd Thaqif Amin dibawa keluar dari perkarangan Hospital Sultan Ismail (HSI), malam tadi. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU: Proses bedah siasat jenazah pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal dunia petang tadi selesai kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Jenazah kemudian dikafankan dan disembahyangkan di dalam bilik khas di Rumah Mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sebelum dibawa keluar dari perkarangan hospital pada jam 10.50 malam tadi.

Solat jenazah diimamkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang tiba pada jam 9 malam bagi mewakili Perdana Menteri melawat dan menziarahi jenazah Mohamad Thaqif.

Selesai solat yang turut disertai ahli keluarga terdekat, jenazah Mohamad Thaqif dibawa masuk ke van jenazah sebelum dibawa ke rumah keluarganya di FELDA Bukit Aping Timur di Kota Tinggi bagi tujuan pengebumian di sana.

Sebanyak dua kereta peronda polis turut mengiringi kenderaan jenazah sepanjang perjalanan itu sehingga ke Kota Tinggi.

Mohamad Thaqif meninggal dunia ketika mendapat rawatan di HSI di sini pada jam 2.05 petang tadi.

Pagi tadi, pembedahan bagi memotong tangan kanan Mohamad Thaqif ditangguhkan susulan keadaan jantungnya yang tidak stabil.

Jumaat lalu, kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong sejak dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dua minggu lalu berikutan didakwa disebat oleh seorang pembantu warden madrasah tahfiz di Kota Tinggi itu.


http://www.bharian.com.my/node/276261
Update #20

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Polis klasifikasi semula kes bawah seksyen bunuh



PETALING JAYA: Tidak lama selepas perdana menteri mahu siasatan ke atas kematian Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, dipercepatkan, polis mengklasfikasikan semula siasatan kes pelajar tahfiz itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan membunuh.

“Polis ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 Bunuh,” kata Khalid di Twitter hari ini.

“Polis akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera.”

Thaqif yang terlantar di unit dependensi tinggi Hospital Sultan Ismail sejak Rabu lepas meninggal dunia 2.06 petang tadi. Kakinya gangren selepas didakwa dipukul pembantu warden asrama Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, dengan paip getah.

Doktor terpaksa memotong kedua kaki Thaqif bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak, namun kanak-kanak ini yang mahu menjadi seorang hufaz koma selepas itu.

Dia dijadualkan menjalani pembedahan memotong tangan kanannya hari ini.

Sementara itu, tahanan reman pembantu warden terbabit dilanjutkan 3 hari lagi sehingga Sabtu. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Saya mahu siasatan kes ini dipercepatkan agar kita tahu punca kematian dan diambil tindakan undang-undang jika ada kesalahan,” kata Najib di Facebook hari ini.

“Dr Asyraf Wajdi (timbalan menteri di jabatan perdana menteri) akan mewakili saya di majlis pengebumian arwah.”

Bernama melaporkan proses bedah siasat terhadap jenazah Thaqif sudah dimulakan 6.00 petang tadi dan dijangka mengambil masa antara 2 hingga 5 jam.

Jenazah kanak-kanak itu dijangka tiba di perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi 10.00 malam ini untuk dikebumikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Mohamed Saiz Mohamed Subri meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung kematian Thaqif kerana ia akan memberi impak negatif kepada siasatan.

“Hentikan spekulasi hingga siasatan selesai bagi tidak menganiaya mana-mana pihak,” katanya.

Semalam, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata laporan ujian darah dan kesihatan Thaqif bagi mengetahui punca sebenar masalah kesihatannya, akan diperolehi sekurang-kurangnya 1 atau 2 minggu lagi.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...seksyen-bunuh/
Update #19

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Asalnya cuma terseliuh, tapi kaki bertukar jadi bengkak dan hitam
Quote:


GANGREN / APABILA SEL-SEL MATI

Biar kita tersilap ampun dari kita tersalah hukum. Saya kongsikan cerita ini hampir 14 tahun saya simpan. Tidak ada siapa tahu suatu ketika dulu keluarga saya berada di bawah pemantauan kementerian kesihatan kerana penyakit yang dijangkiti oleh maid saya.

Ingin saya berkongsi cerita tentang gangren. Gangren ini berlaku apabila sel-sel telah mati menyebabkan daging busuk. Daging busuk tadi disebabkan oleh kuman. Kiranya kuman ini memang sudah lama ada di dalam tubuh seseorang tetapi duduk rehat/pasif.

Suatu hari maid saya terjatuh, terjelepok ke lantai menyebabkan kakinya sakit. Katanya terseliuh, salah urat. Cuma disapu minyak panas dan urut sikit sikit.

Dua hari selepas itu, maid saya demam dan saya bawa ke klinik. Doktor kata demam denggi. Kakinya bengkak dan kehitaman, seperti berlaku pendarahan. Sepatutnya nampak kemerah-merahan tetapi kulit maid saya gelap, warna merah jadi warna hitam. Bimbang keadaan akan lebih memudaratkan, doktor menasihati saya agar membawanya ke hospital. Oleh kerana maid warga asing, saya masukkan maid ke hospital swasta, Hospital Pakar Johor.

ASALNYA CUMA TERSELIUH, TETAPI KAKI BENGKAK & BERTUKAR WARNA HITAM

Empat hari berada di wad. Doktor pakar benar-benar melakukan siasatan kenapa kaki maid saya yang asalnya cuma terseliuh boleh bengkak dan bertukar warna hitam. Doktor memaklumkan bahawa sel-sel telah mati dan kaki maid jadi gangren. Doktor pakar menasihatikan agar maid dipindahkan ke hospital kerajaan. Kos rawatan sangat tinggi jika meneruskan rawatan di situ.

Setelah urusan discaj, bil rawatan selama 4 hari mencecah RM5,500. Doktor menyediakan surat rujukan untuk meneruskan rawatan di hospital kerajaan. Satu saja yang hospital pakar sembunyikan mereka tak mahu beritahu mengapa gangren boleh terjadi. Mereka suruh saya tanya pakar di hospital kerajaan. Doktor pakar menegaskan maid saya mesti dibawa menerima rawatan segera dan jangan sekali kali bawa pulang ke rumah.

Memandangkan maid memang sakit dan lemah, terus saya bawa dari Hospital Pakar Johor ke Hospital Sultanah Aminah. Saya sudah tidak kira lagi kos rawatan yang perlu saya tanggung demi membantu orang yang sakit. Memang kena bayar deposit sebab maid warga asing.

RUPA-RUPANYA MAID DIJANGKITI KUSTA

Baru dua hari duduk dalam wad, doktor pakar perubatan dan doktor pakar kulit HSA sudah memanggil saya datang untuk menerangkan kenapa kaki maid jadi gangren dan rawatan selanjutnya. Doktor menerangkan kaki maid jadi gangren, sel-sel mati disebabkan maid saya telah dijangkiti kusta. Kusta ini bukan baru tetapi telah ambik masa bertahun-tahun berada dalam tubuh maid cuma tidak aktif.

Maid terjatuh telah merangsang kuman aktif dan menyebabkan sel-sel di kaki mati. Pendek kata kuman ini serang kaki dulu. Sebenarnya kuman itu telah berada di seluruh tubuh tetapi yang lain masih tidur. Jelas kelihatan kulit di beberapa bahagian menebal dan hilang deria rasa. Itupun kami tahu setelah doktor pakar memeriksa secara terperinci di setiap bahagian tubuh maid saya. Banyak lagi simptom lain yang mengesahkan maid saya mengidap kusta.

Kusta bukan alang-alang penyakit. Penyakit kusta ada tercatat dalam kisah nabi Musa. WHO telah mengistiharkan mana-mana kawasan atau sesiapa yang terkena penyakit kusta perlu diasingkan/ dikuarantin, hidup dalam pengasingan.

Dulu di Sg Buluh, Selangor ada sebuah hospital untuk merawat orang-orang yang berpenyakit kusta. WHO juga telah mengistiharkan rawatan untuk orang sakit kusta adalah percuma.

Pelan rawatan awal yang doktor maklumkan kepada saya ialah menjalani pembedahan plastik ke atas kaki maid. Bermakna daging daging kaki semuanya dibuang termasuklah kulit kulit kaki. Asalnya jatuh terseliuh itu sebelah kaki saja, tetapi terjadi gangren di kedua-dua belah kaki. Pembedahan plastik dilakukan di kedua-dua belah kaki dari buku lali hingga ke lutut. Doktor kata kuman itu baru merosakkan sel-sel dalam daging saja belum masuk ke tulang, jadi tidak perlu potong kedua-dua kaki.

KKM PERINTAH HANTAR MAID PULANG KE NEGARA ASAL

Pelan seterusnya, doktor menasihati selepas pembedahan dijalankan, ubat diberikan maid mesti dihantar pulang ke negara asalnya. Saya akur kerana ini adalah perintah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila laporan diberikan terdapat seorang pesakit kusta warga asing berada di Malaysia.

Tahun 2002 Malaysia sudah diistiharkan negara bebas kusta. Jadi bila ada kes yang melibatkan warga asing, kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan warga asing itu mesti dihantar pulang setelah diberikan rawatan.

Selama 56 hari maid menerima rawatan di HSAJB, hari-hari saya melawat dan menjaga maid. Semua kos rawatan di hospital swasta saya tanggung. Baru saya tahu kenapa hospital swasta tidak mahu memaklumkan kepada saya tentang penyakit sebenar kerana saya boleh memohon pengecualian kos rawatan. Sebaliknya selepas saya bayar semua bil rawatan, saya dinasihatkan masukkan maid ke hospital kerajaan.

Ikut kiraan kos rawatan warga asing di hospital kerajaan selama 56 hari, dengan pembedahan plastik lagi jumlah boleh mencecah RM 10,000.00. Tetapi kerana kusta dibawah pemantauan WHO, maka kos rawatan dikecualikan. Sebaik keadaan maid stabil, berbekalkan ubat ubatan untuk sebulan surat dari KKM telah dikeluarkan agar dihantar pulang ke negara asal. Saya terpaksa menghantar maid pulang melalui jalan laut. Bantuan imegresen dan kastam maid ditemani saudara pulang. Bila sampai negaranya maid perlu dimasukkan semula ke hospital dinegaranya, bukan pulang ke rumah.

Jika ikutkan saya, saya tak mahu hantar maid pulang ke negara asalnya sebab nanti maid tentu tidak mampu biaya rawatan di sana dan tidak ada siapa yang akan ambil peduli kesihatan dan rawatannya.

Benar maid ini bukan orang kaya dan kos rawatan kesihatan di negaranya tinggi. Ubat-ubatan yang KKM bekal untuk sebulan telah habis. Untuk membeli ubat lagi, maid tidak mampu.

KELUARGA MAJIKAN PERLU JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN BERKALA SELAMA BEBERAPA TAHUN

Beberapa bulan selepas itu, saya mendapat khabar bekas maid telah meninggal dunia. Kuman-kuman telah menyerang seluruh anggota tubuhnya menyebabkn daging-daging busuk. Banyak sel-sel tubuh mati. Tanpa rawatan yang sepatutnya kaki dulu itu dipotong menyebabkan kuman aktif dan bermaharajalela.

Kesan ke atas keluarga saya ialah kami semua telah dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di bawah klinik pakar kulit HSA selama beberapa tahun. Oleh kerana ketika maid mula bekerja di rumah saya, saya sedang mengandung anak bongsu, anak bongsu lahir dia yang menjaga ketika saya keluar bekerja. Maka anak bongsu yang paling kerap bersama maid sepanjang setahun maid bersama saya. Anak bongsu diletakkan bawah pemantauan doktor pakar kulit selama 10 tahun. Siapa saja yang pernah tinggal bersama saya dalam tempoh maid tinggal dengan saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala. Sehingga kami diistiharkan bebas dari jangkitan kusta.

Saya hampir hilang kewarasan dalam bertindak kerana rasa tertekan. Seluruh ahli keluarga terdedah dengan kuman kusta. Kuman kusta ini bukan bertindak cepat sebalik pasif sehingga tiba saat diaktifkan dan apabila sudah aktif, tidak dapat dihentikan lagi. Walaupun doktor menerangkan keadaan keluarga saya terkawal kerana maid sempat diberikan ubat-ubatan. Tetapi sebelum maid menerima rawatan seluruh keluarga saya terdedah dengan penyakit itu. Anak-anak saya masih kecil ketika itu.


SEBATAN GETAH PAIP MUNGKIN ASBAB KUMAN DALAM TUBUH AKTIF

Sungguh Allah yang Maha Berkuasa menjaga keluarga saya dari terkena jangkitan kuman kusta. Keluarga saya sudah melepasi tahanan kawalan. 14 tahun telah berlalu. Keluarga saya tidak perlu lagi menjalani pemeriksaan pemantauan penyakit kusta.

Ini saya kongsikan agar kita tidak khilaf menuduh seseorang yang menyebabkan gangren dan kaki terpaksa dipotong. Sebatan getah paip mungkin asbab kuman dalam tubuh aktif dan menyerang sel-sel. Tapi bukan orang itu yang mencelakakan hingga kaki dipotong.

Takut-takut dosa membuat tuduhan membukit nanti dan payah kita mencari orang yang kita tuduh untuk memohon maaf. Biarlah kita tersilap ampun dari tersalah hukum. Saya tidak rela seseorang itu dituduh tanpa siasatan wajar. Kita perlu bersabar untuk mengetahui kebenaran.

Melihat sel-sel kaki mati, daging busuk boleh muntah. Saya pernah membawa anak melawat maid di hospital, anak saya terus muntah kerana tidak tahan bau dan ngeri. Kulit terkoyak dan daging itu jatuh sendiri sebelum pembedahan plastik dijalankan.

Ambillah pelajaran dan iktibar bahawa setiap berlaku ada asbabnya sedang itu memang sudah tertulis sejak azali.


http://www.suara.tv/2017/04/26/kakin...dan-kehitaman/
Update #18

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Keluarga akan tuntut bela jika betul didera


Ibu saudara Thaqif, Dzuraidah Ahmad

JOHOR BAHRU - Keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11 akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya kematian pelajar tahfiz berkenaan mempunyai kaitan dengan kes penderaan terhadapnya.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38 berkata, mereka akan membela kematian Allahyarham sekiranya wujud unsur penderaan ke atas anak ketiga dari lima beradik itu.

"Buat masa ini kami serahkan siasatan kepada pihak berkuasa, sekiranya benar didapati dia didera kami akan lawan untuk membela apa yang berlaku ke atas Allahyarham.

"Sebelum ini dia memang sihat serta tidak pernah dimasukkan ke hospital. Malah dia juga aktif bermain bola sepak," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.


Dzuraidah berkata, pembedahan tangan kanan Allahyarham yang dijadual pada 8 pagi, semalam terpaksa ditangguhkan selepas dia mengalami demam teruk serta tekanan jantung yang tinggi.

"Pada mulanya keadaan dia nampak baik dan akan jalani pembedahan tangan kanan, tetapi terpaksa dibatalkan mungkin disebabkan demamnya yang terlalu tinggi sehingga suhu melebihi 40 darjah dan tekanan jantung tidak stabil," katanya.

Dalam pada itu katanya, mereka sekeluarga amat rapat dengan Allahyarham kerana dia anak yang baik malah mereka sering berkumpul bersama-sama setiap kali musim cuti persekolahan.

"Semasa cuti persekolahan bulan lalu kami dapat melihat keseronokannya mengikuti pembelajaran di madrasah berkenaan kerana dia memang bercita-cita menjadi tahfiz malah dia turut memperdengarkan bacaan surah Al-Mulk yang dihafal olehnya.

"Kami amat bangga dengannya, sebelum dimasukkan ke hospital dia juga sempat menghafal surah Yasin bersama ibunya," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...idera-1.665801
Update #17

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Siasatan masih ikut Akta Kanak-Kanak 2010 : Polis



JOHOR BAHRU: Polis menunggu laporan bedah siasat dan perubatan bagi menentukan langkah lanjut berikutan kematian pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, petang ini.


Ketua Polis Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata sehingga ini siasatan masih dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu meninggal dunia jam 2.05 petang tadi ketika mendapatkan rawatan di HSI, dekat sini selepas doktor menangguhkan pembedahan memotong tangan kanannya yang sepatutnya dilakukan hari ini kerana jantungnya tidak stabil.

Rahmat berkata polis juga akan mendapatkan laporan perubatan dari doktor pakar yang merawat Mohamad Thaqif Amin.

"Tempoh reman seorang pembantu madrasah tahfiz yang ditahan bagi membantu siasatan kes pukul murid berkenaan menggunakan paip getah turut dilanjutkan tiga hari bermula hari ini.

"Kita perlu mendapatkan kedua-dua laporan (perubatan) terbabit bagi mengetahui punca sebenar kematian sebelum polis bertindak seterusnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jumaat lalu, kedua-dua kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong selepas dimasukkan ke HSI dua minggu lalu kerana ada darah beku selepas didakwa disebat oleh seorang pembantu warden madrasah tahfiz.


http://www.bharian.com.my/node/276063
Update #16

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia ketika dibacakan Yasin



JOHOR BAHRU - "Mohamad Thaqif Amin yang tenat meninggal dunia ketika kami sekeluarga sedang membacakan surah Yasin kepadanya.


"Saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik ke atas anak saya, mendoakannya menjadi anak yang soleh," kata bapanya Mohd. Gaddafi Mat Karim.

Bapanya yang merupakan bekas pemain bola sepak Selangor itu berkata, beliau sekeluarga reda dengan pemergian anak ketiganya daripada lima beradik itu.

Beliau berkata, jenazah anaknya akan dibawa pulang ke Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi untuk dikebumikan di tanah perkuburan Felda berkenaan selepas bedah siasat selesai.

Mohd. Gaddafi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan tidak putus-putus berdoa terhadap kejadian yang menimpa anaknya. - Bernama


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4fLRfilR1
Update #15

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Mohamad Thaqif meninggal dunia - AlFatihah



JOHOR BAHRU – Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,11, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.05 petang tadi.


Berita kematian itu disahkan bapa mangsa, Mohd Ghaddafi Mat Karim,43, yang berada bersama keluarga ketika menemani anak lelaki sulungnya itu dengan bacaan doa untuk kesembuhannya.

Allahyarham pelajar 11 tahun itu sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan akibat dipukul pembantu warden.

Kira-kira jam 8 pagi tadi, Mohamad Thaqif Amin dijadualkan melalui proses pembedahan memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman sebelum dilaporkan terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan jantung.

Dia mengalami kemerosotan kesihatan sejak dibawa keluar dari madrasah tahfiz itu, 31 Mac lalu bukan hanya kehilangan kedua-dua belah kakinya, malah dijangkiti kuman di tangan kanan, darah beku di tangan kiri selain sebelum ini kegagalan buah pinggang berfungsi berada dalam tahap kritikal yang ditempatkan di Wad Dependensi Tinggi, Hospital Sultan Ismail, di sini.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...dunia-1.665694
Update #14

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tangguh potong tangan lepas jantung tak stabil

JOHOR BAHRU - Pembedahan tangan kanan Mohamad Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, yang dijadual dilakukan pagi ini telah ditangguhkan.


Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad berkata, ia ditangguhkan berikutan keadaan jantung pelajar thafiz itu dilapor berada dalam keadaan tidak stabil.

"Mohamad Thaqif Amin sepatutnya dijadual menjalani pembedahan memotong tangannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi ini.

"Bagaimanapun pembedahan kini ditangguhkan sehingga jantungnya kembali stabil," katanya.

Mohamad Thaqif Amin pada mulanya dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di sini Rabu lepas susulan dia dilapor dipukul oleh pembantu warden asrama sekolahnya.

Kedua belah kakinya sebelum ini turut dipotong bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya. - Bernama


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4fKc5axwl
Update #13

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tangan kanan mungkin dipotong

JOHOR BAHRU 25 April: Murid lelaki berusia 11 tahun yang didakwa dipukul pembantu warden di sekolah tahfiz di Kota Tinggi tidak bertindak balas dengan baik kepada rawatan dan mungkin kehilangan tangan kanannya.


Terdahulu, dilaporkan mangsa menerima rawatan penipisan darah bagi mengubati jangkitan di tangan kanan dan bahu kirinya, dan keluarganya hanya boleh mengetahui pada pukul 8 malam Selasa sama ada tangan kanan mangsa perlu dipotong atau tidak.

Difahamkan darah beku pada bahu kiri hilang selepas rawatan dilakukan.

Ibu saudara mangsa, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata, keadaan Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi tidak bertambah baik dan tangan serta jari kanannya kembali bertukar kehitaman selepas menunjukkan tanda-tanda akan sembuh pada Ahad.

"Kita doakan agar dia sembuh dan bersedia sekiranya doktor memutuskan pemotongan diperlukan bagi menyelamatkan nyawanya," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah pada Selasa.

Tambahnya, doktor memberitahu mereka bahawa bahagian lengan di bawah siku akan dipotong sekiranya perlu.

Dilaporkan kedua kaki mangsa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak ke bahagian badan yang lain.

Doktor kemudiannya mendapati tangan kanannya bertukar kehitaman akibat jangkitan kuman dan darah beku mula kelihatan di bahu kiri.


Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit...MGqBuEEhUXR.99
Update #12

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Permaisuri Johor titah semua murid dihukum jalani pemeriksaan


RAJA Zarith Sofiah Sultan Idris Shah tiba di Hospital Sultan Ismail (HSI) diiringi Datuk Ayub Rahmat (tiga dari kiri) dan Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Perubatan), Dr Iezam Suleiman (kanan) serta Pengarah Hospital Sultan Ismail (HSI), Dr Azizah Riduan (kiri) untuk melawat Mohamad Thaqif Amin murid Madrasah Tafiz Al Jauhar, Kota Tinggi yang dirawat di Wad Dependensi Tinggi (HDW), Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. - Foto Zain Ahmed

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, bertitah semua murid di madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang turut menerima hukuman dipukul di tapak kaki supaya menjalani pemeriksaan kesihatan.

Titah itu disampaikan Raja Zarith Sofiah kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat selepas baginda melawat bekas pelajar pusat tahfiz itu, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.

Kedua-dua kaki Mohamad Thaqif Amin terpaksa dipotong umaat lalu akibat jangkitan kuman dan darah beku selepas didakwa dirotan oleh warden di pusat berkenaan.

Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat Mohamad Thaqif Amin yang kini ditempatkan di Wad Dependensi Tinggi (HDW) hospital berkenaan.

Ayub berkata, Permaisuri Johor bertitah sedemikian kerana baginda tidak mahu tindakan yang lambat diambil terutama apabila berkemungkinan berlaku kes seumpama itu.

"Baginda ada menitahkan kepada saya supaya mengenal pasti murid lain yang menerima hukuman sama untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Kita juga sudah berbincang dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk pantau keadaan madrasah berkenaan dari aspek kesihatan, kebersihan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di HSI di sini, hari ini.

Beliau berkata, Raja Zarith Sofiah turut bertitah supaya Jumaat ini, semua masjid dan surau di negeri ini turut mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesihatan Mohamad Thaqif Amin sebagai tanda sokongan moral kepada kanak-kanak itu.

"Baginda titah untuk saya bincang dengan EXCO Agama negeri bagi mengarahkan Jumaat ini, semua masjid dan surau adakan solat hajat untuk mendoakan kesihatan adik (Mohamad Thaqif Amin), semoga Allah memberi kesembuhan segera kepadanya," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/275646
Update #11

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Madrasah akan dapatkan khidmat peguam


MADRASAH Tahfiz Al Jauhar di Kota Tinggi. FOTO arkib NSTP

Putrajaya: Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) akan mendapatkan khidmat guaman buat Madrasah Tahfiz Al Jauhar (MTAJ), Kota Tinggi, Johor bagi membela pusat tahfiz itu susulan bekas murid yang kehilangan dua belah kaki selepas didakwa disebat pembantu warden sekolah berkenaan.

Presiden Gabungan PINTA Mohd Zahid Mahmood Al-Hafiz berkata, pihaknya ingin memaklumkan madrasah tahfiz berkenaan tidak keseorangan dalam isu berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya dengan apa cara sekali pun akan memperjuangkan nasib madrasah tahfiz itu hingga ke akhirnya.

"Kami juga mahu masyarakat memberi ruang seluasnya kepada pihak berwajib terutama polis dan hospital untuk melakukan siasatan rapi bagi mendapat jawapan yang telus mengenai isu berkenaan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Replika Cek Bantuan kepada Sekolah Pondok; Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Institusi Tahfiz Berdaftar di sini hari ini.

Katanya, masyarakat juga diminta tidak menuding jari berhubung isu itu seolah-olah menggambarkan madrasah tahfiz sebagai pengganas.

Mohd Zahid berkata, pihaknya difahamkan bahawa sistem rakaman litar tertutup (CCTV) di madrasah itu mendapati bekas murid itu hanya dipukul di sebelah tapak kaki sahaja.

Sebelum ini, bekas murid madrasah tahfiz berkenaan, Mohd Thaqif Amin Mohd Ghadaffi, 11, kehilangan dua belah kakinya apabila terpaksa dipotong hingga paras paha selepas didakwa disebat oleh pembantu warden sekolah itu.


http://www.hmetro.com.my/node/224272
Update #10

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Keadaan pelajar membimbangkan, darah beku di tangan kiri pula
Doktor saran potong tangan kanan namun keluarga tak setuju

JOHOR BAHRU - Keadaan pelajar madrasah tahfiz yang cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, selepas dipercayai dipukul seorang pembantu warden semakin membimbangkan selepas doktor mengesan darah beku di lengan kirinya semalam.


Ibu saudara pelajar berumur 11 tahun itu, Nurul Nabila Ahmad, 30, berkata, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie yang kini ditempatkan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) masih dalam keadaan kritikal, namun bengkak pada mukanya sudah surut selepas menjalani dialisis.

Nurul Nabila berkata, keluarga mereka turut dimaklumkan doktor bahawa pembedahan tangan kanan Mohamad Thaqif Amin yang dilakukan semalam bagi membuang darah beku menunjukkan hasil positif dan berkemungkinan besar tangan tersebut dapat diselamatkan.

"Kami dinasihati doktor sebelum ini untuk memotong tangan kanan tersebut tetapi kami tidak bersetuju. Buat masa ini tangan itu masih dipantau selama 48 jam mulai semalam sehingga pagi esok," katanya yang ditemui pemberita di lobi HSI di sini hari ini.

Menurut Nurul Nabila, Mohamad Thaqif Amin yang merupakan anak ketiga dari lima beradik kini belum sedarkan diri atau memberi sebarang respon sejak pembedahan terhadap lengan kanannya semalam.

Mengenai darah beku di lengan kiri pula, Nurul Nabila berkata doktor sudah memberikan ubat bagi mencairkan darah dan memantau keadaan lengan tersebut.

Nurul Nabila turut menafikan cakap-cakap bahawa anak saudaranya itu pernah diberikan ubat tahan sakit untuk kegunaan wanita bersalin serta menerima rawatan tradisional sebelum dirujuk ke hospital.

Kisah Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke HSI Rabu lepas, menjadi tular di media sosial selepas mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.

Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.

Semalam, pembantu warden tersebut direman empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/semasa...engan-1.664689
Update #9

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kenyataan pengetua MTAJ

Quote:
Assalamualaikum.

Saya tahu ramai sangat yg sedang argue. Tentunya.. Ramai yang minta penjelasan. Penjelasan yang macammana saya boleh buat? Kerana saya tak mahu dilihat sedang membela diri.

Demi Allah.. Sayalah org yg paling sayu hati dan terkilan semalam. Saya dapat tahu dari Pegawai Jabatan Agama Johor.

Thaqif masuk ke MTAJ batch kedua pd bulan feb2017. Dia lalui 40 hari pertama dgn kesukaran untuk serasikan diri. Tapi kami usahakan juga. Setiap hari didampingi... Sesekali kena marah, rasanya biasa. Rotan jauh sekali.

31 March 2017, jumaat, bonda thaqif datang nak berhentikan dia. Kerana thaqif kata disebat guna getah paip di tapak kaki.

Saya tak dapat beri sebarang penjelasan ketika itu kerana kena buat siasatan terlebih dahulu. Jadi petang jumaat tu thaqif dibawa balik. Masih boleh jalan sendiri. Sy memang ralat sgt tak peluk thaqif petang tu. Padahal beberapa kali saya pujuk dia dalam pelukan sebelum ni.

Siasatan kita dapati. Memang benar. Syafiq, pembantu warden ada sebat pelajar guna getah paip di tapak kaki. Saya sangat marah kerana mengapa getah paip... Saya buat teguran dan beri amaran.

Sebilangan pelajar dipanggil, diperiksa kaki. Alhamdulillah.. Tiada kecederaan. Dan pelajar terlibat terima keadaan tu bila syafiq minta maaf pd semua lepas syafiq ditegur. Guru2 kanan semua buat teguran. Tanda kami tak terima kaedah getah paip tu. Cuma masa itu kita terima permohonan maaf kerana puas hati bila tiada kecederaan pd fizikal pelajar.

Kejadian berlaku empat hari sebelum thaqif berhenti iaitu 28march. Hari2 selepas itu pun, kita dapati pelajar tiada yg mengalami kecederaan.

Saya panggil ke mesyuarat. Sy ulang dalam mesyuarat. Dasar MTAJ sangat berhati2 dgn menghukum pelajar. Petang thaqif berenti kami pemegang amanah terus mesyuarat utk tambah warden baru yg lebih dewasa dgn harapan pertimbangan akan lebih banyak.

Selepas itu masa berlalu... 20 hari thaqif dirumah.

Saya dapat makluman thaqif warded 19april 2017. Dan jadi lebih kritikal...

Kerana itu sy tak dapat jawab. Semua menuggu laporan perubatan. Polis pun menunggu laoran perubatan.

Syafiq digantung tugas serta merta.

Kami komited utk beri kerjasama. Saya dapat tahu jam 6.00ptg. Lepas maghrib sy gerak ke HSI. Satu malam sy tak lelap.. Memikirkan thaqif. Harini saya tak putus berhubung dgn ayah bonda thaqif.

Sy di madrasah solah hajat dgn pelajar. Kami doa panjang mtk Allah beri keajaiban. Mintak Allah beri yang terbaik.
Saya mohon maaf kerana tak dapat beri jawapan buat masa ini. Siasatan sedang dijalankan....

Syafiq salah kerana memilih getah paip.. Memang salah. Tak pasti apa yg dia fikir. Tapi sy terima kemudian bila kadar nya tidak sepatutnya mencederakan pelajar. Allahu mustaan.

Saya harap, tuan puan beri ruang pd Madrasah. Sikap individu tidak patut membusukkan madrasah secara keseluruhan. Apa lagi madrasah2 yg lain yg tak terlibat pun. Bila orang ramai turut memandang serong pd institusi madrasah. ������������

Mohammad Afdhaluddin Bin Ismail
Pengetua MTAJ
Update #8

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pembantu warden pernah dipenjara 30 bulan



Kota Tinggi: Pembantu warden madrasah tahfiz yang ditahan bagi membantu siasatan kes memukul bekas murid berusia 11 tahun didapati mempunyai rekod jenayah lampau.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, suspek pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri dalam bangunan dan pernah dipenjara 30 bulan.

"Suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan. Dia disabitkan atas kesalahan itu dan dipenjara 30 bulan," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek kini ditahan reman empat hari.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan suspek berusia 29 tahun itu direman empat hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Dalam kejadian berkenaan mangsa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.

Kaki mangsa dipercayai mengalami jangkitan kuman sehingga terpaksa dipotong.


http://www.hmetro.com.my/node/223811
Update #7

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Madrasah sedia bagi kerjasama


Madrasah Madrasah tahfiz yang dikaitkan dengan kes pukul pelajar lelaki sedia memberikan kerjasama sepenuhnya.

KOTA TINGGI - Pihak pengurusan madrasah tahfiz yang dikaitkan dengan kes pukul pelajar lelaki menggunakan getah paip disini tidak akan menyorokkan apa-apa maklumat dan sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Perkara itu dimaklumkan sendiri pengetuanya yang memberitahu kejadian yang berlaku itu merupakan atas tindakan individu dan bukan madrasah.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan bekas pembantu warden itu juga sudah melebihi batas dan melanggari dasar yang ditetapkan di madrasah tersebut.

"Madrasah ini tempat mendidik manusia, anak-anak yang datang sini diajar untuk menjadi baik. Selaras dengan dasar kami yang mahu mendidik mereka dengan kasih sayang.

"Apabila berlaku kejadian seperti ini ia merupakan hal individu dan dalam hal ini dasar kita tidak diikuti. Pihak madrasah tidak akan menyorokkan apa-apa maklumat kerana keutamaan madrasah ada pelajar kita," katanya ketika ditemui di madrasah berkenaan, hari ini.

Tambahnya, sebagai sebuah madrasah yang diiktiraf cemerlang di daerah ini dan akan mewakili peringkat negeri bagi pengiktirafan tersebut, pihaknya tidak sesekali bertolak ansur dan berlapang dada apabila berlakunya perkara seperti itu.

Katanya, kejadian yang berlaku juga dianggap sebagai satu ujian dan dugaan buat madrasah berkenaan.

Dalam pada itu beliau juga memaklumkan, pihak madrasah juga sudah dilawati oleh pegawai penyiasat, jabatan agama dan pelbagai pihak dan mereka sedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya.

Pihaknya juga sedia menyerahkan rakaman litar tertutup (CCTV) kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Beliau memaklumkan sebanyak 24 CCTV dipasang di sekitar kawasan asrama dan sekolah termasuklah dewan makan, gelanggang futsal sekali gus hampir tiada kawasan 'blind spot' yang tidak dapat dirakam di madrasah berkenaan.

Jelasnya, pembantu warden berkenaan yang baru bekerja setahun berperanan membantu seorang warden di madrasah berkenaan terutamanya apabila berlaku hal kecemasan pada waktu malam.

"Kami harap madrasah ini akan diberi ruang kerana di sini kita bukan sekadar menjaga anak-anak, ibu bapa penjaga malahan hati masyarakat disini juga.

"Kita tidak mahu persepsi negatif terkesan kepada nama baik kampung. Tambahan pula madrasah ini berdiri atas niat baik umat islam. Insha-ALLAH dalam masa terdekat ini kita akan adakan sidang media selepas laporan penuh dari pihak polis dan hospital diterima," katanya lagi.

Madrasah yang sudah tujuh tahun beroperasi mempunyai seramai 110 pelajar berusia 11 hingga 17 tahun dengan jumlah kakitangan seramai 15 orang termasuklah enam orang guru.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...asama-1.664269
Update #6

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pembantu warden direman 4 hari


SUSPEK (tengah) dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Kota Tinggi: Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini membenarkan pembantu warden madrasah direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memukul murid lelaki berusia 11 tahun.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin terhadap suspek berumur 29 tahun yang dibawa ke mahkamah, 9 pagi ini.

Suspek ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, 4 petang semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Dalam kejadian berkenaan mangsa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.

Dipercayai akibat mengalami jangkitan kuman berpunca daripada kecederaan terbabit, kedua-dua kakinya juga terpaksa dipotong.

Mangsa yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak dua minggu lalu mendakwa dipukul oleh pembantu warden sekolah berkenaan.


http://www.hmetro.com.my/node/223801
Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Polis tahan warden madrasah

JOHOR BAHRU - Polis telah menahan seorang warden sebuah madrasah tahfiz di Kota Tinggi bagi membantu siasatan berhubung laporan merotan pelajar menggunakan getah paip.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, warden berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi kira-kira jam 4 petang, tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Kertas siasatan telah dibuka selepas laporan polis dibuat ibu mangsa pada Selasa lalu dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010," katanya.

Rahmat berkata, siasatan awal mendapati warden berkenaan telah memukul mangsa bersama kira-kira 15 pelajar yang lain pada bahagian kaki kerana membuat bising di surau madrasah, tiga minggu lalu.

"Ketika itu, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan hinggalah pada 17 April mangsa memaklumkan dia mengalami sakit dan bengkak pada bahagian kaki.

"Setelah mendapatkan rawatan di klinik, ibu mangsa meletakkan ais pada kaki anaknya atas nasihat doktor klinik terbabit sebelum kaki mangsa bertukar menjadi biru dan dirujuk ke Hospital Sultan Ismail," katanya.

Rahmat berkata, pihaknya telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat tahfiz berkenaan selain menunggu laporan penuh daripada HSI berhubung punca sebenar penyakit yang dialami mangsa sebelum tindakan seterusnya diambil.

Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalib Abd. Rahim berkata, madrasah tahfiz berkenaan merupakan institusi persendirian dan pihaknya akan menyemak sama ada ia berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) atau sebaliknya.

"Saya sudah menerima maklumat mengenai perkara itu dan siasatan lanjut akan dijalankan. Tindakan wajar akan diambil sekiranya madrasah berkenaan berdaftar dengan JAJ kerana mengikut peraturan ditetapkan, memukul pelajar menggunakan rotan memang tidak dibenarkan," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa agar lebih berwaspada dan melakukan semakan terperinci sebelum menghantar anak-anak ke mana-mana pusat tahfiz bagi memastikan institusi berkenaan berdaftar dengan pihak berwajib.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...rasah-1.664074
Update #4

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Thaqif luah perasaan dalam buku latihan
Mahu pindah asrama kerana sering dipukul warden




Gambar coretan buku latihan Thaqif adalah ihsan saudaranya. FAIL HM Digital

Johor Bahru: Murid yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meluahkan perasaan dan doa dalam buku latihan supaya dipindahkan daripada asrama itu.

Saudara murid itu yang enggan dikenali, berkata perkara itu hanya diketahui keluarga selepas membelek buku latihan Thaqif yang dibawa pulang apabila berhenti dari sekolah tahfiz itu.

Menurutnya, dalam nota itu, Thaqif menulis seolah-olah dia dalam keadaan tertekan.

Selain itu, Thaqif juga bagaikan dibuli selain menceritakan ditumbuk tanpa sebab, dipaksa mencuci talam dan cawan walaupun bukan gilirannya.

Lebih menyedihkan, katanya, Thaqif berdoa supaya ibu dan bapanya memindahkan dia ke sekolah lain kerana berasakan tidak selesa lagi di madrasah itu.

Sementara itu, ibunya, Felda Wani Ahmad, 40, berkata anak ketiga daripada lima beradik itu mendaftar masuk ke madrasah itu pada 27 Januari lalu.

Katanya, memang pada mulanya Thaqif nampak gembira dapat belajar di sekolah itu.

Bagaimanapun, dia mula berubah dan meminta dipindahkan kerana mendakwa sering dipukul, sejak kebelakangan ini.

"Thaqif mendakwa sering dipukul di tapak kaki dan betis ketika sujud oleh pembantu warden asrama berkenaan.

"Melihat dia dalam keadaan sedih dan seolah-olah takut kembali ke sekolah, saya kemudian mengeluarkannya dari madrasah itu, pada 31 Mac," katanya.

Bagaimanapun, katanya, malangnya kesihatan Thaqif kian buruk dan membuatkan dia menghantar anaknya itu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan, Rabu lalu.

Katanya, kedua-dua kaki anaknya lebam dan bewarna merah sebelum doktor memberitahu terdapat darah beku dan jangkitan kuman merebak ke buah pinggangnya.

“Doktor memberitahu tidak dapat merawat kaki anak kecuali terpaksa melakukan pembedahan iaitu memotong kedua-dua kakinya supaya kuman itu tidak merebak.

"Kami membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram, pada 19 Mac lalu. Harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya yang juga guru di Kota Tinggi.


http://www.hmetro.com.my/node/223653
Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pelajar disahkan sedang koma

JOHOR BAHRU - Seorang pelajar lelaki, dari madrasah swasta yang kisah kedua kakinya hitam dipercayai akibat dipukul warden dan menjadi viral dalam media sosial sejak semalam, disahkan koma hari ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gadaffie, 11, dipotong kedua kakinya semalam kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman naik ke atas.

"Terkini, murid itu koma dan tangan kanannya telah hitam kerana proses jangkitan kuman pada tisu dan sel darah," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Thaqif Amin, yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Rabu lepas, menjadi viral dalam media sosial dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki sejak dua minggu lalu selepas dirotan oleh pembantu warden.

Ayub berkata, pihak HSI sedang sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada Mohamad Thaqif Amin. - Bernama


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4eywtAoBR
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

'Mama abang takut kena rotan'


Felda Wani tidak dapat menahan sebak menceritakan keadaan anaknya.

JOHOR BAHRU - "Mama abang nak pindah, abang takut kena rotan," Felda Wani Ahmad, 40, menceritakan semula rintihan anaknya yang merayu supaya dibawa pulang selepas mendakwa sering dirotan oleh pembantu warden sebuah madrasah di Kota Tinggi.

Felda Wani berkata, dia menghantar anak ketiganya, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, mendaftar ke madrasah berkenaan kerana cita-citanya untuk menjadi seorang hafiz sebelum membawa anaknya keluar dari madrasah itu pada 31 Mac.

"Pada mulanya dia sangat gembira kerana dapat belajar di pusat tahfiz berkenaan, namun sejak akhir-akhir ini dia berubah dan meminta saya mengeluarkannya dari situ setelah dia dan rakannnya sering dipukul oleh seorang pembantu warden di tapak kaki dan betis dalam keadaan sujud.

"Saya akhirnya membuat keputusan mengeluarkannya daripada tahfiz tersebut pada 31 Mac lalu setelah mendapati keadaan anak saya tidak lagi seperti dahulu dan seolah-olah ketakutan untuk kembali ke sana," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, kesihatan anaknya mula merosot selepas dibawa keluar dari madrasah itu dan sering mengadu mengalami sakit dan bisa pada bahagian kaki sebelum kedua-dua kakinya dipotong akibat darah beku dan jangkitan kuman.

"Kedua-dua kaki anak saya menjadi lebam kemerahan dan doktor yang merawat mengatakan terdapat darah beku dan jangkitan kuman yang telah merebak ke buah pinggang anak saya.

"Doktor terpaksa melakukan pembedahan semalam bagi memotong kedua-dua belah kaki anak saya untuk mengelakkan kuman itu dari terus merebak," katanya.

Katanya, dia sedang menunggu laporan perubatan bagi mengetahui sama ada kejadian yang berlaku ke atas anaknya merupakan kesan daripada hukuman rotan berkenaan dan turut mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, pihaknya akan memanggil pembantu warden tersebut bagi membantu siasatan berkenaan dan mendapatkan laporan hospital bagi membantu siasatan.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...rotan-1.664018
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Rakaman CCTV sahkan warden sebat kaki kerana bising di surau

Batu Pahat: Rakaman CCTV sekolah tahfiz di Kota Tinggi mengesahkan kejadian warden memukul tapak kaki Mohd Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11, dan rakannya menggunakan paip getah namun secara ringan.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisoner Rahmat Othman, berkata tindakan itu dilakukan kerana semua murid itu dikatakan bising di surau sekolah.

"Polis mendapati warden memukul mangsa dan kira-kira 15 rakannya di bahagian kaki, tiga minggu lalu.

“Mangsa kemudian memaklumkan bahawa dia sakit dan bengkak di kaki, pada 17 April lalu. Lanjutan itu, ibu mangsa meletakkan ais di kaki mangsa atas nasihat doktor.

“Selepas itu, kaki mangsa bertukar menjadi biru. Sehingga ini, doktor masih belum memberi pengesahan berhubung punca dan sebab penyakit dialami mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rahmat Othman berkata, mangsa ada mengadu sakit badan dan ibunya kemudian memberikan ubat tahan sakit miliknya yang baru lepas bersalin.


http://www.hmetro.com.my/node/223631
Update #0

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Last edited by TT; 10-07-2017 at 07:56 PM..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 22-04-2017, 03:19 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 24,500
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 964
Active Level
My Mood:
Default

semoga Allah permudah segala urusan adik ni. semoga adik ni cepat sembuh

Tunggu hasil siasatan lanjut Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri mengenai punca penyakit..
Reply With Quote
  #3  
Old 22-04-2017, 03:19 PM
Kaizen5555 Kaizen5555 is offline
Legendary Member

Kaizen5555's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2014
Location: __________J.O.H.O.R____________
Posts: 11,972
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 25
Active Level
My Mood:
Default

fuh..klu betul...mmg jahanam la warden tu...jilake ko.....mmg nk kne kutip ni..
Reply With Quote
  #4  
Old 22-04-2017, 03:21 PM
demise_u demise_u is offline
Super Active

demise_u's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Posts: 6,049
Thanks (Received): 95
Likes (Received): 6
Active Level
Default

Allahuakbar. Kenapa jadi camtu sekali?
Reply With Quote
  #5  
Old 22-04-2017, 03:24 PM
lambda123 lambda123 is online now
Super Active

 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2008
Posts: 5,957
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 91
Active Level
My Mood:
Default

Ni bukan sebat tapak kaki. Dia sebat kaki ni.
Reply With Quote
  #6  
Old 22-04-2017, 03:33 PM
niagafx niagafx is offline
Regular

niagafx's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2016
Location: thailand
Posts: 678
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 57
Active Level
Default

--- market close.....----
__________________

Last edited by niagafx; 12-05-2017 at 05:07 PM..
Reply With Quote
  #7  
Old 22-04-2017, 03:46 PM
Supreme Supreme is offline
Super Active

Supreme's Avatar
 
Trader Rating: (13)
Join Date: May 2012
Posts: 5,429
Thanks (Received): 9
Likes (Received): 81
Active Level
Default

Tag kt JDT page dgn Sultan Ibrahim Official please.. tgk mmg masak skolah tahfiz tu..
Adik ipar kwn personally yg assist operation ni..menangis dia.. skg ni tgn plak problem.. mgkin kena potong jgk.. skg tgh diagnose tgn.. tu berita yg kwn dpt dari adik ipar.. Allahurobbi..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #8  
Old 22-04-2017, 03:49 PM
renxu renxu is offline
Super Active

renxu's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2008
Posts: 6,630
Thanks (Received): 213
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

ape lagi..kutipla warden cilakak tu
Reply With Quote
  #9  
Old 22-04-2017, 03:50 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 24,500
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 964
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Supreme View Post
Tag kt JDT page dgn Sultan Ibrahim Official please.. tgk mmg masak skolah tahfiz tu..
Adik ipar kwn personally yg assist operation ni..menangis dia.. skg ni tgn plak problem.. mgkin kena potong jgk.. skg tgh diagnose tgn.. tu berita yg kwn dpt dari adik ipar.. Allahurobbi..
lahai tuan, kesiannya dia...
semoga semua yg terbaik utk mangsa ni..

tuan, kalau ada sebarang update, share la kat sini ye . kami mmg follow kes ni..
Reply With Quote
  #10  
Old 22-04-2017, 03:56 PM
Kaizen5555 Kaizen5555 is offline
Legendary Member

Kaizen5555's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2014
Location: __________J.O.H.O.R____________
Posts: 11,972
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 25
Active Level
My Mood:
Default

kaki potong...tgn potong...kesian Nye lahai...cmne lah masa depan budak ni...eh setan tol ustaz tu...agak2 le klu nk hkum...smpi jd gini...sape x bengang siak...
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump