BTC USD 63,434.4 Gold USD 2,380.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE: Kedua kaki dipotong lepas disebat warden, punca kematian kencing tikus

Sponsored Post

Pasukan khas ditubuh perinci punca kematian Thaqif

JABATAN Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru menubuhkan jawatankuasa perundingan bagi memperincikan laporan awal bedah siasat kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang dilaporkan dipukul seorang pembantu warden.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, jawatankuasa itu yang disertai beberapa ahli dan pakar patologi forensik dari seluruh negara, akan berbincang dan memperhalusi keputusan awal yang dikeluarkan sebelum membuat kesimpulan akhir punca sebenar kematian kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

"Perkara itu telah dimaklumkan kepada kementerian dengan jawatankuasa itu mencari kesepakatan tentang punca kes itu sebelum keluar dengan satu keputusan muktamad.

"Sehingga itu, kita perlulah menunggu sebelum perkembangan atau keputusan akhir mengenainya dapat disebarkan kepada pengetahuan umum," katanya pada sidang media mengenai Kempen ''Mega Mydaftar'' di Putrajaya, hari ini.

Dr Subramaniam bagaimanapun tidak mendedahkan kandungan laporan awal yang menjadi rujukan perbincangan jawatankuasa itu.

Kisah Mohamad Thaqif yang dimasukkan ke HSI Johor Bahru pada 19 April lalu, menjadi tular di media sosial selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kakinya dipercayai akibat dipukul pembantu warden di madrasahnya.

Selepas kedua-dua kakinya dipotong, tangan kanan Mohamad Thaqif pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

Namun, pembedahan itu ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.

Pelajar itu bagaimanapun meninggal dunia pada 26 April lalu.

Kisahnya turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta siasatan kes kematiannya dipercepatkan.


thaqif_cropped_1494844502.jpg


http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/229563/pasukan-khas-perinci-punca-kematian-mohamad-thaqif
 
Kementerian tiada kuasa pantau sekolah agama

image.jpg

Mahdzir (empat,kanan) semasa menyempurnakan Festival Hari Guru dan Penyampaian Anugerah 1BNTA di Angsana Mall.

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kuasa memantau dan mengambil tindakan ke atas sekolah agama kerana ada sesetengah institusi itu tidak berdaftar dengan kementerian.

Menteri pondan agaknya. Segala segi tiada kuasa. Habis tu sekolah agama tu berdaftar dengan kementerian kewanganlah ya?
 
Kementerian tiada kuasa pantau sekolah agama

image.jpg

Mahdzir (empat,kanan) semasa menyempurnakan Festival Hari Guru dan Penyampaian Anugerah 1BNTA di Angsana Mall.

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kuasa memantau dan mengambil tindakan ke atas sekolah agama kerana ada sesetengah institusi itu tidak berdaftar dengan kementerian.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebaliknya, pihaknya hanya boleh memberi nasihat kepada sekolah berkenaan sekiranya terdapat isu berbangkit.

Menurutnya, kementerian hanya memantau sepenuhnya ke atas sekolah awam yang berdaftar termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsan Cina dan Tamil serta Sekolah Menengah Kebangsaan dan sebagainya.

"Namun, ada sesetengah sekolah agama berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan mereka di bawah kerajaan negeri termasuk gaji mereka bukan dibayar oleh kementerian.

"Ada juga yang langsung tidak berdaftar sama ada dengan kementerian mahupun kerajaan negeri dan bergerak secara sendirian. Kita tidak ada kuasa untuk campur tangan operasi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai seorang murid berumur 11 tahun yang didakwa oleh datuknya di rotan di tapak kaki di sebuah sekolah agama di Batang Kali Selangor, baru-baru ini.


http://www.sinarharian.com.my/nasio...-kuasa-pantau-terhadap-sekolah-agama-1.674098

Hanya ada kuasa kalau satu2 badan tu memberi faedah kepada kerajaan sahaja...
 
Menteri pondan agaknya. Segala segi tiada kuasa. Habis tu sekolah agama tu berdaftar dengan kementerian kewanganlah ya?

Bukan camtu tuan.. bila kes jadi viral, semua orang akan cuba cari salah sapa.. 1st yang kena tala menteri pendidikan la.. tu yang dia kuar statement camtu.. menteri kena kuar ayat selamat diri dulu :D

Hakikatnya memang tahfiz xperlu campur tangan kerajaan pusat.. sebab hal ehwal agam adalah bidang kuasa sultan.. tahfiz ni pon ada kuar statement

4. Premis MTAJ ini telah pun diberi pengesahan keselamatan oleh Jabatan Bomba dan Jabatan kesihatan. Kami berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Johor sesuai dengan peraturan Pengawalan Sekolah Agama Islam Johor 1991.

MTAJ telah melalui proses pendaftaran yang melayakkan madrasah ini mendapat kelulusan beroperasi selama 5 Tahun yang akan berkahir pada Disember 2021 dan Madrasah ini mendapat pengiktirafan sebagai madrasah tahfiz cemerlang peringkat Daerah Kota Tinggi serta dicalonkan untuk Anugerah Madrasah Tahfiz Cemerlang Negeri Johor. ( Boleh rujuk, Bahagian Pendidikan Islam, JAIJ)

Madrasah ini tidak didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan berikutan ia tidak disyaratkan. MTAJ sangat gembira untuk mendaftar dibawah kementerian apapun selagi ia boleh menambah baik sistem di MTAJ.

Sekali pon tahfiz kena daftar ngan kementerian pendidikan, adakah depa akan monitor 24 jam? cer tengok kes2 cikgu pukul anak murid yang kuar bnyak2 berita tu.. sekolah tu bawah kementerian apa ye? :-?
 
Mana laporan kematian Thaqif? soal gabungan sekolah tahfiz

tahfiz.jpg


KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan mewakili sekolah tahfiz di Malaysia melahirkan rasa terkilan dengan kelewatan pihak berkuasa mendedahkan laporan perubatan kematian pelajar tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi, bulan lalu.


Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta), Mohd Zahid Mahmood, mengesyaki ada sesuatu yang cuba disembunyikan dan tidak dapat didedahkan kepada umum.

Beliau berkata pihaknya dan Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) di Kota Tinggi, Johor yang menjadi fokus media susulan kecederaan dialami Thaqif selepas didakwa dipukul oleh seorang pembantu warden, masih belum mendapat sebarang jawapan mengenai punca kematian Thaqif.

“Mungkin ada sebab tertentu yang kerajaan dan pihak perubatan (Kementerian Kesihatan) tidak cerita apa sebenarnya kes Thaqif.

“Dari segi polis, mereka sudah tahu sebab kata 2 minggu sahaja laporan perubatan (siap). Tetapi kita dapati pembantu warden yang ditahan reman sebelum ini dibebaskan atas jaminan bon mahkamah.

“Yang menjadi musykil, apa sebenarnya punca Thaqif meninggal, tidak ada laporan daripada pihak perubatan. Kami tidak mendapat maklum sehingga hari ini,” katanya kepada FMT ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Thaqif, 11, meninggal dunia pada 27 April di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru kerana mengalami pembekuan darah.

Sebelum kematiannya, doktor terpaksa menjalankan pembedahan memotong kakinya kerana jangkitan bakteria, dan menunggu pembedahan untuk memotong lengannya.

Ibu Thaqif membuat laporan polis mendakwa anaknya dirotan di tapak kaki dengan paip getah.

Susulan itu, polis menahan seorang pembantu warden asrama MTAJ, untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.

Selepas kematian Thaqif, siasatan diubah kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.

Bagaimanapun, pembantu warden berusia 29 tahun itu dibebaskan pada 3 Mei dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000, selepas polis mengesahkan kekurangan bukti untuk mendakwanya.

Bersihkan nama

Zahid meminta kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan mengumumkan laporan kematian Thaqif kepada umum, dengan harapan ia dapat membersihkan nama sekolah tahfiz seluruh negara.

“Ini penting agar masyarakat tidak cepat menunding jari dan membuat keputusan apabila berlaku sesuatu kes seperti Thaqif pada masa akan datang.

“Bersihkan nama sekolah tahfiz khususnya MTAJ, bersihkan nama pembantu warden itu sendiri dan seluruh sekolah tahfiz yang beroperasi d Malaysia,” katanya.

Zahid berkata pihaknya merancang sidang media khas di Johor mengenai perkara itu.

CCTV

Zahid mendakwa ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan melalui kes Thaqif untuk menggambarkan sekolah tahfiz sebagai sarang pengganas.

Katanya, ini termasuk media yang melaporkan pembantu warden itu menggunakan kekerasan dan mendera menggunakan batang paip getah.

“Di sekolah itu ada 22 rakaman video kamera litar tertutup (CCTV). Dan polis juga sudah lihat kesemua CCTV di sekolah itu dan tidak ada bukti nak dakwa pembantu warden itu.

“Dalam CCTV juga menunjukkan pembantu warden itu memukul di tapak kaki dan tidak kuat sehingga mencederakan. Pandangan yang tidak betul terhadap sekolah tahfiz perlu dibetulkan,” katanya.

Zahid bagaimanapun berkata insiden melibatkan Thaqif tidak menjejaskan populariti sekolah tahfiz, malah ia makin dikenali dan semakin berkembang.

“Bila ada orang cakap macam ini, masyarakat lebih tahu mengenai sekolah tahfiz,” katanya.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...kematian-thaqif-soal-gabungan-sekolah-tahfiz/
 
Pasukan khas ditubuh perinci punca kematian Thaqif

JABATAN Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru menubuhkan jawatankuasa perundingan bagi memperincikan laporan awal bedah siasat kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang dilaporkan dipukul seorang pembantu warden.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, jawatankuasa itu yang disertai beberapa ahli dan pakar patologi forensik dari seluruh negara, akan berbincang dan memperhalusi keputusan awal yang dikeluarkan sebelum membuat kesimpulan akhir punca sebenar kematian kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

"Perkara itu telah dimaklumkan kepada kementerian dengan jawatankuasa itu mencari kesepakatan tentang punca kes itu sebelum keluar dengan satu keputusan muktamad.

"Sehingga itu, kita perlulah menunggu sebelum perkembangan atau keputusan akhir mengenainya dapat disebarkan kepada pengetahuan umum," katanya pada sidang media mengenai Kempen ''Mega Mydaftar'' di Putrajaya, hari ini.

Dr Subramaniam bagaimanapun tidak mendedahkan kandungan laporan awal yang menjadi rujukan perbincangan jawatankuasa itu.

JABATAN Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru tubuhkan jawatankuasa perundingan
-bagi memperincikan laporan awal bedah siasat kematian mangsa

-jawatankuasa itu yang disertai beberapa ahli dan pakar patologi forensik dari seluruh negara

-berbincang dan memperhalusi keputusan awal yang dikeluarkan sebelum membuat kesimpulan akhir punca sebenar kematian mangsa

-mencari kesepakatan tentang punca kes itu sebelum keluar dengan satu keputusan muktamad
 
Kubur Thaqif digali semula, jenazah masih utuh

image.jpg


Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia 26 April lalu digali semula pagi ini oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.


Sample yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

Ternyata, sekali lagi Allah SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu. Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!.

Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Ternyata terbukti kepada mereka yang mengutamakan al-Quran dalam kehidupannya, dipelihara jenazahnya dari seksaan azab kubur. Menurut bapa saudara arwah, Mas Arip dia bersama bapa mentuanya, Ahmad bin Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.

"Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sample dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana Allah menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

"Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. Masya-Allah. Allah maha berkuasa,"kongsinya lagi.

Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz berkenaan. Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti.

Semoga Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam tidak sampai 10 hari ini benar-benar menjadikan kita umat Islam yang beramal soleh dan memperoleh rahmat dan hidayah dari Allah SWT.

http://www.mingguanwanita.my/perist...haqif-masih-utuh-tidak-hancur-berbau-1.676650
 
Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia 26 April lalu digali semula pagi ini oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.

Sample yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

semoga hasil keputusan ni dibuat secara telus dan teliti
semoga Allah permudah segala urusan berkenaan proses ni



semoga Allah merahmati arwah adik Thaqif
 
Kubur digali semula untuk dapatkan sampel

JOHOR BAHRU: Kubur jenazah pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia pada 26 April lalu digali semula tengah hari tadi.


Ia dilakukan pihak hospital bagi mengambil sampel daripada kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah.

Bapa saudara dan datuk kepada Allahyarham, Mas Ariff dan Ahmad Motai menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan yang terletak di Felda Bukit Aping Timur Kota Tinggi, Johor kira-kira pukul dua petang tadi.

Mas Ariff ketika dihubungi memberitahu, pihak polis ada membuat panggilan kepada bapa Allahyarham, Mohd Ghaddafi Mat Karim untuk berjumpa dengan waris.

Keluarga dimaklumkan bahawa kubur Allahyarham perlu digali semula untuk meneruskan siasatan mengenai punca kematian Mohamad Thaqif Amin.

"Ketika itu, saya hanya menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan sambil disaksikan pelbagai pihak termasuk dari Mahkamah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelasnya, pihak hospital hanya mengambil sampel daripada bahagian kaki yang dipotong.

Kisah Mohamad Thaqif Amin tular selepas dia didakwa dipukul pembantu warden di Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Kota Tinggi.

Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 26 April selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat jangkitan kuman.


http://www.astroawani.com/berita-ma...in-digali-semula-untuk-dapatkan-sampel-143189
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register