BTC USD 61,724.4 Gold USD 2,382.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad - bankpstn.com.my

Sponsored Post

Mesyuarat Agung Kawasan Shah Alam Tahun 2011

Oleh kerana mesyuarat yang terdahulu pada 17 April 2011 tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup kourum, adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kawasan tersebut di atas akan diadakan semula pada : -

Tarikh 07/05/2011 (SABTU)
Masa 10.00 PAGI
Tempat Dewan Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Persiaran Damai, Seksyen 10 , Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Selanjutnya adalah dimaklumkan bahawa menurut Perkara 25(6) Undang-undang Kecil Bank Persatuan

"Kourum bagi mengadakan mesyuarat agung kawasan hendaklah satu persepuluh daripada jumlah anggota yang layak menerima notis mesyuarat dalam kawasan yang berkenaan itu. Sekiranya dalam masa tiga puluh minit selepas wktu yang ditetapkan bagi mesyuarat itu bilangan anggota yang hadir masih belum cukup, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan. Lembaga kemudiannya hendaklah mengadakan satu mesyuarat lain dengan meberi notis seperti yang diperuntukan dalam fasal (3) undang-undang kecil ini. Sekiranya dalam masa tiga puluh minit selepas masa yang ditetapkan bagi mesyuarat ini, tidak ada kourum yang dikehendaki di bawah fasal ini, maka perwakilan tidaklah boleh dipilih dan hilanglah hak perwakilan kawasan itu".

2bz4money: Kempen pilih no.38,39&40..:)cgrock
 
Hari tu saya p bank persatuan kat nibong Tebal. Ingatkan nak melabur.. tapi tgk keadaan lengang dan profit tahunan makin menurun. Rasa nak hold dulu laa..
labur jer bro....
at least...dividen dia dah siap tolak zakat...
then...kuota tahun ni rm2k....mana tahu tahun depan buka rm 10k balik...
 
baek kita hold dulu..tgk apakah perancangan BP untuk masa akan datang..kalau terus sepi..kita kuar la beramai2

eloklah sdr baca balik sejarah BP ni dan mengkaji prestasi sebenarnya sebelum membuat ulasan semberono sebegini..bila saya hadir mesy Shah Alam tempoh hari, dapat lihat kebanyakkan ahli2 yg agak veteran tapi setia utk hadir..yg menjadi ahli dari status Datuk, Dr dan golongan profesional/biz pun ada.

biz perbankan syariah ala BR terbukti berkesan adaptasi oleh BP, namun diperakui pemasaran agak kurang disebabkan peruntukkan kos dan jugak dominasi BR yg agak ketara. penstrukturan semula core biz amatlah tepat dimana biz property ditutup dan kepakaran/kemahiran perbankan syariah dipertingkatkan. walaupun ahli lembaga kebanyakkan veteran dan agak konservatif, namun pemikiran merekalah yg membawa BP ke tahap ini. sustainable tu penting krn ini bukan biz goreng pisang..:)
 
gua sokong lu bro!
we need to rebranding our services
cari kembali kekutan dan kelmahan
pilih yg terbaik...
kalau nak ajak kuar BP aku tentang habis habisan sebab performancenya labih baik dari ASB.
kami tak nak kuar!!!!!!
kami cuma nak dividen yang lebih daripada BR!
tu je yg kami nak! heheheeeee.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Back
Top
Log in Register