BTC USD 63,300.3 Gold USD 2,380.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AJL 31 (22 Jan 2017, 9PM) - Lagu Lelaki Teragung juara, Tahniah Dayang

Cair taik telinga den :eek:

Yang best hazama, akim, black, hafiz laaa semua satu geng tu dapat p final

Hyperact, ezad lazim pun tak masuk. Hang p mana tu mengarut ja masuk. Akim pun ada silap nyanyi jugak. Dapat p final. Pelik aku

Aku pn igt Hyperact dgn ezad lazim blh p final,xtau Tok Ram judge mcm mn.rezki depa dpt p final.hrp2 Projector band jd juara nti :)cgrock
 
Sponsored Post

Akim tidak ralat Romeo gagal ke AJL 31

mimifly.transformed.jpg


kim1.transformed_0.jpg

KUALA LUMPUR: Walaupun lagu yang dicipta khas buat isterinya, Stacy, gagal mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL), Akim Ahmad selaku pencipta lagu Romeo tetap berpuas hati dengan mutu persembahan Mimi Fly di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 31, Jumaat lalu

Akim berkata, kelincahan penyanyi berkenaan antara faktor utama pihak pengurusan sepakat memilih Mimi sebagai pengganti untuk menyampaikan lagu itu memandangkan kandungan Stacy ketika ini sudah memasuki bulan ke enam

"Saya berpuas hati melihat persembahannya (Mimi Fly) kerana jujur saya katakan bukan mudah membawakan Romeo yang sememangnya dihasilkan khusus buat Stacy. Sudah pasti penyanyi lain mempunyai kesukaran menyampaikan lagu itu

"Awalnya agak pening mencari pengganti Stacy untuk beraksi di Separuh Akhir Muzik-Muzik, namun Mimi Fly adalah pilihan terbaik menerusi perbincangan bersama pihak pengurusan. Kelincahan beraksi di pentas langsung antara faktor pemilihannya," katanya kepada BH Online

Pada masa sama, vokalis kumpulan The Majistret itu memanjatkan rasa syukur dengan pemilihan lagu Obses ke peringkat akhir AJL namun Akim memohon maaf kerana gagal menyampaikan lagu terbabit sebaik mungkin disebabkan terlalu teruja

"Saya memohon maaf sebaik saja Obses diumumkan berjaya ke final AJL kerana berpendapat vokal serta mutu nyanyian saya kurang memuaskan. Keterujaan menyanyikan lagu itu membuatkan saya gagal mengawal pernafasan dengan baik. Saya berjanji perkara sama tidak berulang lagi

"Tipulah andai saya tidak meletakkan harapan tinggi sebaik diumumkan berjaya ke AJL, namun variasi genre finalis kali ini mempunyai kekuatan tersendiri menjadikan cabaran semakin sengit. Paling penting, kami merancang memberikan yang terbaik pada malam kemuncak itu nanti," kata Akim

Pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik 31 yang menyaksikan 30 karya dipertandingkan membariskan juri profesional diketuai Datuk Ramli MS, AG Coco, Habsah Hassan, Yasin Sulaiman, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Johan Nawawi dan Azlan Typewriter

Sementara itu, malam kemuncak AJL 31 bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 22 Januari 2017

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/212770
 
Anggap tiada rezeki final - Syamel

SYAMEL___AKEDEMIK_FANTASIA_2015_1479117943.jpg

Kuala Lumpur: Penyanyi Syamel menafikan dakwaan pihak tertentu dia dijadikan ‘kambing hitam’ dalam isu menciplak lagu finalis Kilauan Emas 3, Idris iaitu Ku Kejar Bayang Mu ciptaan Ayai Illusi

Syamel ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana tidak mahu isu itu dipanjangkan

“Saya tak mahu ia berpanjangan kerana mahu meredakan keadaan,” katanya

Disebabkan itu, Syamel yang juga penyanyi dan pencipta lagi Hidup Dalam Mati membuat keputusan menarik diri dari saingan separuh akhir Muzik Muzik 31, Jumaat lalu

Syamel menganggap single sulungnya itu tiada rezeki di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31

“Saya meminta maaf kepada semua pihak yang meletakkan harapan tinggi terhadap lagu Hidup Dalam Mati. Saya menganggap lagu ini tiada rezeki ke final," katanya kepada Harian Metro

Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia 2015 ini berharap peminat terus memberi sokongan dengan menerima single kedua, Lebih Sempurna yang dilancarkan, baru-baru ini

"Lagu ini dicipta bersama Edry Halim dan seorang rakan manakala lirik diilhamkan sepenuhnya oleh saya sendiri," katanya

Kata penyanyi berusia 23 tahun itu, isu dakwaan dia menciplak karya Ayai juga tidak menjejaskan sambutan terhadap Lebih Sempurna

http://www.hmetro.com.my/node/181697
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register