BTC USD 61,009.9 Gold USD 2,379.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

I’m not Malays, I’m Malaysian – Retorik Yang Mengelabui Mata Insan

2618918

Active+ Member
gem
Messages
4,224
Joined
Aug 8, 2012
Messages
4,224
Reaction score
2,627
Points
171
Awards
1
000-261.jpg


Kelihatan ramai anak muda yang teruja dengan retorik ayat acah perpaduan seperti “Im not Malays, Im Malaysian”. Tanpa disedari, ayat retorik ni sebenarnya boleh dimanipulasi demi agenda tersembunyi. Tapi manalah anak muda sedar akan bahaya ini, mungkin sebab faktor “uneducated people” bak kata Tun M. Orang Tua-Tua pernah pesan, “Menang Sorak, Kampung Tergadai”.

Pertama sekali, kita kena tahu, Malays itu kaum (race), Malaysian itu kewarganegaraan (nationality), Islam itu agama (religion). Adalah suatu perkara yg kurang cerdik apabila kita menafikan sebahagian acuan identiti peribadi ini dan hanya mengambil salah satu darinya sahaja untuk menggambarkan latar belakang kita.

Menjadi Islam tidak menghalang kita dari menjadi Malays. Menjadi Malaysian tidak menghalang kita dari menjadi Malays. Sebuah Qiyas yang tidak kena malah falasi kerana elemen kaum, agama dan kewarganegaraan tu bukan perkara yang sama untuk dianalogikan. Ianya sama juga, kita tak boleh kata “Im not Muslim, Im Malaysian”.

Racun yang tersembunyi disebalik laungan slogan retorik dambaan anak muda ini ialah, “Im not Malays/Chinese/Indian, Im Malaysian. Therefore, I want your Felda, your UiTM, Abolish Jakim, Equality in Religion, Majlis Raja-Raja perlu dikaji semula, bla bla bla. We are all Malaysian maaa”.

Habis rosak segala perikatan perlembagaan dan kontrak sosial. Perkara 153 (Hak Keistimewaan Melayu), Perkara 3 (1) (Kedudukan Islam).

Nak bersatu, tak perlu pun buang identiti setiap warganegara. Berikut merupakan konsep integrasi kaum yang ada dalam dunia sekarang.

1) SEGREGASI (A+B+C = A-B-C)
Suatu ikatan paling lemah dimana masyarakat yang bercampur ini saling menolak kaum yang lainnya. Ini boleh menimbulkan ketegangan kaum kerana ianya bersifat pengasingan (segregate).

2) AKOMODASI (A+B+C = A+B+C)
Akomodasi atau konsep pluralisme adalah ikatan yang agak rapuh dimana setiap kaum boleh hidup bersama tetapi amat tebal persempadanan antara satu sama lain dengan identiti sendiri. Mereka tidak bercampur gaul.

3) AKULTURASI (Aa+Bb+Cc = Aa+Bab+Cac)
Akulturasi atau asimilasi budaya adalah ikatan yang pertengahan dan ideal (wasatiy) dimana kaum minoriti menerima kebudayaan kaum majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. Secara peribadi, saya melihat konsep ini amat menepati Perlembagaan dan corak kehidupan masyarakat Majmuk di Malaysia. Setiap kaum bebas mengamalkan budaya masing-masing tetapi menerima kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, Hak Keistimewaan Orang Melayu sebagai kontrak sosial.

4) ASIMILASI (A+B+C = A)
Asimilasi adalah dimana kesemua kaum dalam sesebuah masyarakat majmuk itu meninggalkan budaya masing-masing dan menerima budaya kaum majoriti sebagai budaya yg dominan. Mereka seolah-olah telah masuk menjadi kaum majoriti tersebut. Ianya ikatan yang agak kuat tetapi tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana setiap kaum mempunyai hak dalam mengamalkan adat budaya masing-masing yang diwarisi sejak sekian lama. Dalam sejarah, Tamadun Yunani/Greek pernah cuba untuk adimilasikan seluruh penduduk empayarnya dengan budaya Helenisasi (Keyunanian) melalui ekspedisi Alexander The Great.

5) AMALGAMASI (A+B+C=D)
Amalgamasi ialah jenis ikatan paling kuat dimana semua kaum meninggalkan identiti tradisi budaya masing-masing lalu bercampur menjadi sebuah masyarakat baharu. Ianya kedengaran Utopia dan amat sukar tercapai. Walaupun ianya ikatan yg kuat, namun amalgamasi menghapuskan warna warni tradisi. Konsep “Im not bla bla, Im Malaysian” merupakan manifestasi amalgamasi.

Tetapi, kenapa Amalgamasi tidak sesuai di Malaysia?

1) Malaysia terdiri dari masyarakat majmuk yang kaya dengan tamadun ketimuran. Orang Melayu amat tebal dengan kebudayaan mereka. Begitu juga masing-masing dengan orang Cina dan India. Ketiga-tiga kaum ini memiliki sejarah ketamadunan yang amat panjang dalam survival mempertahankan identiti kaum.

2) Kaum di Malaysia amat terikat dengan konsep ethno-religious.

3) Masyarakat Malaysia tidak akan mampu ke arah ini kerana kita tidur berlainan bantal. Mimpi berlainan bahasa. Makan berlainan citarasa. Ekonomi berlainan darjat.

4) Ahli Parlimen sendiri tidak menguasai Bahasa Perpaduan dengan fasih.

5) Kelihatan amalgamasi yang hendak dilakukan bersifat partially (sebahagian sahaja). Yang Adat Kemelayuan sahaja dibuang. Kuasa pula minta dikongsi. Tetapi segala identiti dipihak bukan Melayu taknak pula dikorbankan. Masih lagi memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan dan sebagainya. Menuntut Keadilan (Equity) bukan bermakna Kesamarataan (Equality). Keadilan itu bermaksud “meletak sesuatu perkara di tempat yang betul”.

6) Kalau kita nak buang Kemelayuan kita, Kecinaan kita, Keindiaan kita bagi menuju Kemalaysiaan, maka apakah itu Kemalaysiaan? Bagaimana Kemalaysiaan itu? Tiada identiti spesifik yang nak gambarkan konsep Malaysian yang baharu ni. Bagaimana budayanya? Apa bahasanya?

Anak muda kena faham konsep-konsep ini dulu. Jangan seronok nak jual hak kita tapi pihak sana tak berkongsi pula dengan kita. Anak muda jangan main dengan “api” ini. Kelak, “Anak Kecil Main Api, Terbakar Hatinya Yang Sepi”. Anak mudalah watak anak kecil yang sepi itu. Sepi tanpa kesedaran. “WAHAI ANAK MUDA, JANGAN BIARKAN DARAH PANASMU MEMBAKAR KEWARASAN AKALMU”.

- The Patriots
 
Last edited:
Sponsored Post

Artikel ini bukan racism. Tak sentuh pun perkara yg dianggap penindasan kpd kaum lain. Cuma nak cerita perihal slogan sahaja. Takkan cerita pasal slogan dikira Ultra Malays? Amboi, simplistik sgt kefahaman. Kefahaman yg tersasar ini berpunca dari sikap ketaksuban politik melampau. Ini bukan posting politik.

Artikel ini BUKAN mengulas statement “Im not Chinese” oleh Yang Berhormat Saudara Lim Guan Eng. sbb itu tajuk artikel ini “im not malays” bukan “im not chinese”. Saya tidak mahu judge apa niat sebenar beliau berkata sedemikian. Itu hal beliau. Saya tak bersangka buruk padanya, dan takkan bermudah2 utk sangka baik jua. Mood memerhati sahaja. Penuh waspada.

Artikel ini adalah utk anak melayu yang terlampau teruja dalam respon mereka terhadap slogan “im not chinese” oleh YB Lim sehingga mereka turut membuat slogan Im not Malays pula. Slogan im not malays itu pula diangkat dengan kefahaman yg salah. Sampai ada yg bertindak utk jual hak-hak melayu yg diperakui perlembagaan semata2 kononnya nak realisasikan sifat “im malaysian” dia tu.

Artikel ini meminta agar kaum Melayu Cina dan India masing2 mempertahankan kebudayaan sendiri. Kita bersatu sebagai Malaysia walau dari pelbagai latar belakang kaum. Its colourfull of Malaysia. Maksud utama disini, kita tak perlu buang adat budaya kaum kita utk jadi Malaysian. Sebab tu artikel hurai segala mak nenek asimilasi akomodasi tu semua.

MALAYSIA BERSATU DALAM KEPELBAGAIAN
 
org melayu ni sbnar nye malas nk pikir...
org cine ni...strateji nye boleh makan ribu tahin...
org melayu nye strateji mungkin stakat 10-20 taun...
kalau kamu2 semua nak pertahankan melayu...
tak boleh pikir nk pertahankan melayu saje...
kene ade cara tuk kembangkan...
dari skang kalau bangsa lain nk same rate...
melayu tuntun la same rata dalam bisnes...
masalah nye..,masalahnye...masalahnye melayu ni balik pada point yg pertama...MALAS
diberi ruang niaga kat pasa...kasi warga asing niaga
kasi kontrak tuk kontraktor...sub sub sub kat cina juga
bukan semua...tapi ramai nye begitu..,
ade peluang niaga tak serius..,kene tipu dgn partner
dtg pompuan lawa...da xnak business....kasi org jage kene tipu lagi
pergi mane2 pekan / bandar..,hampir semua org cina yg berniaga...
ade melayu niaga pon...melayu jugak yg busuk hati...
bukan sbb melayu tak pandai...tapi M yg sgt besar...
susah tuk dibuang...
 
Rafidah: Sudah sampai masanya untuk ketuanan Malaysia
Annabelle Lee | Diterbitkan 2 Jun 2018, 4:54 petang | Dikemaskini 2 Jun 2018, 4:58 petang

36aff5a89956ad6f8df275982de61c33.jpeg

Selepas 61 tahun ketuanan Melayu, bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengajukan bahawa sudah tiba masanya konsep itu digantikan dengan konsep yang lebih terangkum iaitu 'ketuanan Malaysia'.

Ketuanan Melayu merupakan kontrak sosial dengan orang Melayu sebagai tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia), sementara bangsa lain dianggap terhutang budi kepada orang Melayu yang menerima mereka sebagai warganegara.

Peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan.

Jelas Rafidah, sudah sampai masanya 'merehatkan' konsep itu yang digunakan sejak perjuangan kemerdekaan daripada kolonial British.

"Ia sudah tidak sesuai digunakan dalam masyarakat kini.

"Kini, konsep yang lebih sesuai adalah ketuanan Malaysia... negara ini mesti didahulukan.

"Kenapa kita mahu bersaing sesama kita? Kita sepatutnya bersaing dengan yang terhebat di rantau ini, yang terbaik di dunia. Janganlah lagakan antara warisan Melayu dengan warisan Cina. Kita rakyat Malaysia.

"Kita mahu negara ini menjadi tuan di rantau ini," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini baru-baru ini.

Tambah Rafidah lagi, golongan muda negara ini juga perlu memainkan peranan dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.

"Golongan muda, terutamanya, perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia.

"Jika mereka mahu menjadi golongan malas dan tidak berdaya saing, bererti mereka tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia," katanya.

Konsep ketuanan Melayu sering digunakan oleh parti seperti Umno dan NGO seperti PERKASA, selain gerakan sosial seperti Gerakan Baju Merah.

Jelas Rafidah, tidak bergaul dengan bangsa lain merupakan antara sebab ramai tidak dapat menghayati kehidupan pelbagai kaum sebagai rakyat Malaysia.

"Mungkin di kawasan tertentu di mana tidak ramai yang bergaul dengan bangsa lain, mereka tidak faham bagaimana ertinya jadi rakyat Malaysia," katanya.

Namun, tambah Rafidah lagi, dengan negara yang semakin berkembang, kejiranan menjadi lebih majmuk dan semakin ramai yang bersetuju dengan ketuanan Malaysia.

"Ramai orang Melayu yang rasa seperti saya.

"Kerana bagi mereka, mereka sudah berkawan dengan bangsa lain sejak darjah satu," katanya.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register