BTC USD 63,372.7 Gold USD 2,379.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton SUV dari Geely,design oleh Volvo Sweden

Sponsored Post

wp-image-765719235jpg.jpg


modified-proton-suv-concept-proton-knight-geely-boyue02.jpg.jpg


modified-proton-suv-concept-proton-knight-geely-boyue01.jpg.jpg
 
Proton lancar SUV baharu September atau Oktober

SHAH ALAM - Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, bakal melancarkan kenderaan utiliti sukannya (SUV), yang akan berdasarkan kepada model terbaharu Geely Boyue, menjelang suku keempat tahun ini.


Ketua Pegawai Eksekutif cabang pembuatannya Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, Dr. Li Chunrong berkata, Proton masih belum memutuskan tarikh sebenar pelancaran model itu, yang dijangkakan pada September atau Oktober ini.

SUV itu akan diperkenalkan dalam dua fasa - bagi unit kereta siap dipasang sepenuhnya (CBU) dan unit terurai untuk dipasang (CKD).

"Unit CBU yang diimport akan tiba pada Julai dan selepas pelancarannya kami akan memantau permintaan. Sebaik sahaja kami mengukur permintaan, kami akan mula melancarkan model yang dipasang tempatan," katanya kepada pemberita pada pelancaran cawangan pengedar Proton 4S pertama yang dinaik taraf, di sini, hari ini.

Li berkata, Proton mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk mereka bentuk kenderaan yang dinanti-nantikan itu bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dengan pemanduan di sebelah kanan.

"Model Boyue di China adalah bagi pemanduan sebelah kiri. Kami mengambil masa yang lama untuk mereka bentuk semula SUV itu. Kami tidak ada masalah mengeluarkan kereta dalam negara, tetapi adakah ada permintaan? Itu yang perlu kami ketahui," katanya.

Mengenai harga SUV itu, yang disasarkan menyaingi model Honda CR-V dan Nissan X-Trail, Li berkata:"ia akan mampu milik."

Sementara itu, pusat 4S dinaik taraf yang dilancarkan hari ini, yang dikendalikan oleh Setia Gemilang Auto Sdn Bhd, menampilkan gaya baharu, menetapkan standard baharu bagi memastikan platform jualan dan servis sejajar dengan model perniagaan syarikat dan objektif untuk menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan.

Li berkata syarikat itu akan menaik taraf 109 cawangan pengedarnya di seluruh negara kepada status 3S atau 4S status menjelang Oktober tahun ini sebagai persiapan bagi pelancaran SUV itu.

"Setakat 31 Mei, 2018, 82 cawangan telah bersedia untuk dinaik taraf kepada pusat 3S atau 4S. Ini adalah pencapaian 75 peratus berbanding sasaran, satu kejayaan yang dicapai dalam tempoh lima bulan - dua bulan lebih awal daripada yang dijadualkan," katanya.

Beliau berkata susun atur baharu itu dijangka menarik lebih ramai pengunjung ke cawangan pengedar. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/terkini/proton-bakal-lancar-suv-baharu-pada-suku-keempat-2018-1.688085
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register