Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Santai, Others

Santai, Others Santai, perngkongsian info, minta pertolongan ahli lain dan semua perbincangan yang tidak bersangkutan dengan forum lain. NO OFFTOPIC.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 19-04-2018, 11:19 AM
puyol puyol is offline
Legendary Member

puyol's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Jun 2011
Posts: 16,785
Thanks (Received): 725
Likes (Received): 344
Active Level
Default Brother Ni Jual Air Kelapa Je Boleh Pakai BMW



Perkongsian daripada Hafsyam Abu menerusi laman Facebook miliknya ini sangat-sangat membuka mata kita tentang peluang. Peluang dan ruang yang Allah berikan itu sangat luas, namun ia berbalik pada kita untuk memanfaatkannya atau mensia-siakan peluang tersebut.
Meniaga tepi jalan sekalipun, jika betul kaedahnya, halal pendapatannya, rezeki itu Allah janjikan untuk mereka. Jenis pekerjaan bukan pengukurnya, tetapi bagaimana kita mengerjakan dan mengusahakan pekerjaan tersebut sehingga berjaya. Meniaga nasi lemak pun boleh kaya kalau betul caranya. Mari baca perkongsian Hafsyam yang wajar dijadikan panduan buat kita semua, khas buat para peniaga di luar sana.

NIAGA TEPI JALAN DAN BMW 5 SERIES

Alhamdulillah hari ini selesai berniaga tepi jalan dengan jual air balang sahaja. Buat pertama kalinya mencuba inilah 6 ILMU yang dapat. Mungkin boleh dikongsikan untuk mereka diluar sana.

1. BELAJAR DARI PENIAGA BANGLA/INDONESIA

Kita marah apabila ramai warga asing di negara ni. Saya juga tak puas hati. Tapi ada juga perkara yang kita perlu belajar juga dari mereka. Memanfaat kan peluang dan ringan tulang untuk saling membantu.

Hari ini hari pertama saya berniaga. Nak buka khemah pun terkial-kial. Sekilas pandang kelibat baju putih datang terus bantu dan tunjuk cara memasang khemah. Bangla kedai hujung yang datang bantu tanpa dipanggil. Mereka sangat tidak berkira. (Mungkin tidak semua tetapi ambillah yang positif)



2. JANGAN PANDANG RENDAH DENGAN ORANG

Haaa...ini lah yang selalu kebanyakan orang kita fikir. “Apa lah jual air je? Nasi lemak sahaja? Tepi jalan? Ewww no class! Takde masa depan!”

Done membawang?

Kejap....Tengok picture belakang saya tu. Brother sebelah ni siap-siap parking BMW 5 series. Jual apa? Jual pisang goreng dan air kelapa je kak. Saya juga terkejut. Bukan dia sahaja ada lagi yang jual nasi lemak pagi-pagi pun bawa Mercedes. Kau? Membawang jelah. Jadi jangan lah kita pandang rendah kepada usaha orang lain. Kita tak tahu USAHANYA HARI INI MELIMPAHKAN REZEKI DIMASA AKAN DATANG.

3. JALINAN SILATURAHIM ANTARA PENIAGA

Kata lainnya hubungan antara peniaga lain. Selepas beberapa customer datang membeli. Brother sebelah ni pun datang tegur. “Dik yang hujung tu air apa?” Saya jawab lah. “Teh Ais bang”. Di balasnya “Bagi 1”....

Saya kesan itulah jalinan silaturahim yang ingin diwujudkan dalam bentuk ‘support bisnes peniaga lain’. Jadi antara peniaga pun boleh juga support antara satu sama lain. Dan kalau orang dah beli produk kau... kau jangan kayu je tak support bisnes orang tu. Beli lah juga mungkin hari/waktu yang lain.



4. HORMAT MEMGHORMATI

Ini sangat penting. Pernah kita dengar peniaga bergaduh merebut tapak? Tidak bertegur, bermasam muka tak puas hanti sampai santau menyantau? Ini memang berlaku di mana-mana. Jadi tak salah pun kalau kita saling mengalah, hormat menghormati dengan peniaga lain. Yakin lah rezeki itu datang nya dari Allah. Jangan lah jadi Melayu yang menjatuhkan bangsanya sendiri

5. SOLAT/IBADAH

Ini sangat menyentuh hati saya. Apabila Azan berkumandang brother sebelah terus belari ke masjid belakang. Barang-barang niaga tinggal macam itu sahaja? Ya! Dan yang tolong jaga adalah peniaga bangla sebelah kedai brother tu. Bila brother tu balik ke khemah niaga, Bangla tu pula pergi menunaikan solat. Begitulah bersilih dengan peniaga lain. Inilah cara bagaimana dalam berniaga mencari KEBERKATAN REZEKI.



6. SABAR

Yang jenis baru nak berniaga macam saya. Sabar sangat lah penting. Takkan kau semai biji diwaktu pagi, petang kau dah boleh kunyah buah kan???

Jadi kita dah berusaha, tawakal seterusnya bersabar. Yakinlah rezeki itu ada. Alhamdulillah hari pertama niaga lepas juga target

Ehm...Dato Aliff Syukri pun bermula dengan berniaga pasar malam tau sebelum kaya.

Akhir kata “Selamat berniaga kepada semua peniaga/peniaga tepi jalan”
Siakapkeli.my
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 19-04-2018, 11:22 AM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 37,328
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 426
Active Level
My Mood:
Default

tuh kete dier ke kete customer? x penah lg tgk owg niaga tepi jalan bw bmw utk bawa brg berniaga... kih3
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #3  
Old 19-04-2018, 11:27 AM
Pizzaro Pizzaro is offline
Regular

Pizzaro's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Dec 2012
Posts: 828
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 15
Active Level
My Mood:
Default

#DoneViral
#FreeMarketting
__________________
Newbie
Reply With Quote
  #4  
Old 19-04-2018, 11:28 AM
saxxon saxxon is offline
Active Plus

saxxon's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Feb 2008
Posts: 3,928
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 22
Active Level
Default

Tak menghairankan , bapak aku pernah cite kawan dia jual goreng pisang di kl tapi rumah mewah ada banyak. Abg sepupu aku berniaga air kt pasar malam , income puluhan k sebulan
Reply With Quote
  #5  
Old 19-04-2018, 11:29 AM
hackerism_11 hackerism_11 is offline
Regular

hackerism_11's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2013
Posts: 439
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 13
Active Level
Default

ermm.. berapa sebungkus air kepala tu ye.. mungkin air kelapa cheese rm20 sebungkus...
__________________
manusia ni panjang angan-angan, sedangkan dia tak berupaya utk sampai dan MAUT sudah menjemputnya.
Reply With Quote
  #6  
Old 19-04-2018, 11:29 AM
belam belam is offline
Super Active

belam's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2013
Posts: 5,039
Thanks (Received): 22
Likes (Received): 60
Active Level
Default

sbnrnya bende ni blh buat calculation
matematik tak mnipu
2 balang air tu blh dpt brapa cup?
let say 60 cup
60Xrm2=rm120 sehari

120x30hr=3600 sbulan (amek kira untung maksima)
3600 tu pdi2 la kira ley pki keta bmw or apa nt
__________________
YNWA
يو ويلل نيۏير ولق الون
Reply With Quote
  #7  
Old 19-04-2018, 11:29 AM
jaih jaih is offline
Super Active

jaih's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2006
Location: KB-Kuantan
Posts: 8,898
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 65
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Niyang View Post
tuh kete dier ke kete customer? x penah lg tgk owg niaga tepi jalan bw bmw utk bawa brg berniaga... kih3
Mari KB tuan....
ada stall beger sebelah BMW showroom...
dia guna battery dari BMW 5siries dia tuh
utk wat peridup lampu stall beger dia...
kejam betul ahahaha..
pastu camry ada gak sebijik... dia wat camtu jugak..
__________________
~~~~~Tanah Serendah Sekebun Bunga~~~~~
N7100
ROM Standard Pekak

Trading History
Reply With Quote
  #8  
Old 19-04-2018, 11:33 AM
DDos DDos is offline
Legendary Member

 
Trader Rating: (17)
Join Date: Nov 2007
Posts: 13,848
Thanks (Received): 300
Likes (Received): 287
Blog Entries: 4
Active Level
My Mood:
Default

secara logiknya xde masalah, sebab beemer model ni blh dapat harga bawa 40k skrg, berlambak kat used car/online seller, kalu beemer 5 series model 2019 mmg aku salute la
Reply With Quote
Likes the best seller, eh? liked this post
  #9  
Old 19-04-2018, 11:33 AM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 37,328
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 426
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jaih View Post
Mari KB tuan....
ada stall beger sebelah BMW showroom...
dia guna battery dari BMW 5siries dia tuh
utk wat peridup lampu stall beger dia...
kejam betul ahahaha..
pastu camry ada gak sebijik... dia wat camtu jugak..
... tuh macam pun ade yer... mgkin marketing strategy dorang la tuh.. tp bab owg yg berjaya dlm berniaga ni... dorang sume dah lame berniaga n ada regular customer... nasihat dari member.." 5 tahun pertama adalah ujian sebenar dlm perniagaan"
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #10  
Old 19-04-2018, 11:33 AM
bijun bijun is offline
Regular

bijun's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jun 2013
Posts: 498
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 8
Active Level
Default

lhdn suka bc berita mcm ni
Reply With Quote
Likes [email protected], oldtbone liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump