BTC USD 64,101.3 Gold USD 2,390.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Atikah akan ambil tindakan penyebaran foto bogel miripnya

Sponsored Post

Kontroversi penyebaran gambar separuh bogel, Idris Khan elak ganggu siasatan polis

idriskhan.jpg.transformed.jpg


PELAKON Idris Khan pada pelancaran mesin laser Picoway

KUALA LUMPUR: Pelakon, Idris Khan, 28, bukan mahu lari atau mengambil sikap berdiam diri selepas kontroversi penyebaran gambar separuh bogel seorang lelaki dan wanita yang masing-masing dikatakan mirip dirinya dan Atikah Suhaime, tular di alam maya

Sebaliknya, kata pelakon Mr Donat Kamarel ini, beliau tidak mahu kenyataannya mengganggu proses siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa

"Saya dinasihatkan oleh polis dan peguam supaya tidak membuat sebarang kenyataan kerana bimbang ia akan mengganggu proses siasatan

"Namun, apa yang boleh saya kongsi setakat ini, siasatan dilakukan sudah pun selesai 70 peratus. Jadi, saya menunggu kertas siasatan itu lengkap dan kemudian saya akan fikirkan mengenai tindakan seterusnya yang bakal diambil," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran mesin laser Picoway di sini, hari ini

Idris juga berkata, jika boleh beliau tidak lagu mahu memanjangkan isu terbabit dan seboleh-bolehnya mahu melupakan terus kontroversi itu

"Apabila kes ini membabitkan pelanggaran undang-undang, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan. Namun, seboleh-bolehnya saya tidak mahu terus memikirkan soal itu. Saya mahu fokus kepada karier seni

"Saya juga bersyukur kerana kontroversi yang berlaku tidak mengganggu perjalanan seni saya. Walaupun ada yang melihat saya agak sepi selepas kontroversi berkenaan, namun dari segi tawaran berlakon, ia tidak pernah putus," katanya yang turut bergelar penerbit dengan penubuhan produksi filem, Centro Pictures, bersama Pekin Ibrahim

Sementara itu, ditanya mengenai persahabatannya dengan pelakon Ammar Alfian yang didakwanya sebagai dalang penyebaran gambar berkenaan, Idris mengaku mereka tidak serapat dulu

"Kami ada berhubung, tetapi tidaklah sekerap dulu. Lagipun Ammar juga sudah berkahwin, jadi tentunya dia mahu meluangkan lebih masa bersama isteri," katanya

Berkongsi perkembangan seninya, aktor ini berkata beliau bakal menjalani penggambaran filem susulan, Polis Evo 2

Pada tahun ini juga, beliau akan menerbitkan dua filem baharu menerusi Centro Pictures, selain menunggu judul pertama keluaran mereka, KL Wangan, diputarkan di pawagam

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/251198
 
Atikah Suhaime, Awi Rafael bertunang

image.jpg

DYezc7YVoAAJWht.jpg

image.JPG


TIADA angin, tiada ribut, apatah lagi desas desus percintaan, dua bintang yang berasal dari Singapura Atikah Suhaime dan penyanyi, Awi Rafael telah mengikat tali pertunangan.


Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Atikah, 27, melalui akaun Instagramnya lewat petang tadi.

"Yes auntie, I said yes to the proposal. Officially engaged to Awi Rafael.

"Terima kasih kepada semua yang membantu melancarkan perjalanan majlis," tulisnya.

Kedua selebriti ini tidak pernah berkongsi apa-apa kisah percintaan mereka di media sosial.

Namun Awi ada beberapa kali memuat naik gambar bersama Atikah, namun tidak memberi bayangan apa-apa.

Manakala Atikah yang kini terpaksa menjadi pegawai pemasaran di negara kelahirannya sejak pertengahan tahun lalu, selepas enam bulan tiada tawaran berlakon, tidak pernah memuat naik apa-apa gambar bersama Awi.

Apa pun tahniah dari kami buat Atikah dan Awi.


http://www.sinarharian.com.my/hiburan/awi-rafael-atikah-suhaime-bertunang-1.810849
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register