BTC USD 63,300.3 Gold USD 2,380.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mari Belajar Memahami Makna 30Juz AlQuran

Sponsored Post

DID YOU KNOW?
Siri2 Surah AlFatihah


Bismillah
Dlm ayat 2 Surah AlFatihah, kalimat 'Alhamdu' itu juga adalah penafian terhadap amalan Musyrikin Mekah. Sblm AlQuran diturunkan, mereka dah biasa dgn kalimat ini, cuma bukan kpd Allah Taala, tetapi kepada perantara@wakil@pujaan@harapan mereka...lata, uzza, manat, malaikat Jibrail dll.

Dlm AlQuran, Allah beritahu kisah sekumpulan Musyrikin Mekah yg sedang belayar di laut. Ribut taufan melanda, dlm hati setiap mereka, hanya Allah disebut dan hanya Allah menjadi harapan mereka utk selamat. Allah Taala selamatkan mereka. Sampai di pantai, mereka kata 'Alhamdu lata wa uzza'.
Besar kemurkaan Allah terhadap mereka.

Take note, majoriti Musyrikin Mekah menerima ajakan Nabi SAW untuk Tauhid kpd Allah Taala.

Allahu'alam
#LaTusyrikBillah!
#JomNgajiTafsir

Relates to this story
Pak Pandir seberang sungai. Di tengah sungai, sampan bocor n tenggelam. Harapannya hanya pd Allah Taala. Bersungguh2 dia berdoa.
Lalu tong air besar di pukul ombak, dia berpaut dan sampai ke tebing.
Bila ditanya orang; nasib baik ada tong besar ni, kalo x, lemas lah aku.
Lupa dia kepada siapa dia meminta tadi!

Nasib baik u ada tadi, kalo x, habis lah i.

Nasib baik I jumpa u tempoh hari Dato Z, kalo x, melarat lah hidup kami sekeluarga.

Berjagalah kita akan perkataan2 syirik seperti ini.
Yg dah lepas, mintalah ampun pd Allah Taala. Dia Yg Maha Mengampuni.

Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali.
(Ghaafir 40:3)
 
DID YOU KNOW?
Siri Tauhid fil Asma ul Husna: Al 'Alim @ Nafi Syirik ke atas Nama Allah: Yg Maha Mengetahui

Bismillah

Scenarios on shirk:
1.tapak tangan tiba2 gatal: hati kata ada rezeki nak masuk
2.rama2 masuk rumah: ada tetamu jauh nak dtg umah
3.an owl berbunyi di atap rumah: ada keluarga terdekat akan mati soon
4.keluar umah nk ke keje/jln2, ular hitam melintas depan kita: bad omen,jadi cancel keluar
5.antara petua msk hutan
Jumpa tapak kaki harimau: jgn sebut nama dia, nanti dia tau kita ada sini..sebut Pak Belang je
6."mu jaga sikit jumpa tok guru tu..dia boleh baca hati mu..tau dia maksiat yg mu selalu buat"

Maha Suci Engkau ya Allah dari perkara yg mereka syirikkan.
Allahurobbi..rosak aqidah shekh!

Dari riwayat, Nabi SAW beritahu conversation Allah Taala dgn Malaikat Raqib & Atid semasa hisab amal.
Bila amal baik 1 org itu ditunjukkan, Allah kata buang.
Tunjuk lg, Allah kata buang.
Kali ke 3, pun sama.
Lalu malaikat berkata; Ya Allah, aku menjadi saksi akan amal baik yg org ini lakukan.
Allah berkata; kau tahu isi hatinya semasa dia lakukan amal ni?
Malaikat kata, dia xtahu.

Malaikat pencatat amal pun xtau isi hati kita..Guane tok guru boleh tahu ni!

Allahu'alam
#LaTusyrikBillah!
#JomNgajiTafsir
 
DO YOU KNOW?
Siri Shirk


Bismillah
Typical perception of the Malays on Shirk.
Syirik are:
1.sembah selain Allah yg nyata..ie sembah dewa di topekong, gereja etc
2.perkara melibatkan bomoh; menurun panglima hitam, tangkal, pelaris, sihir, tarik duit, keris etc
3.buat sembahan makanan kpd Jin/mambang/puteri gunung daik etc di sungai, laut etc
4.syirik kecil sprt riak,ujub, takabur etc

Bila belajar makna AlQuran, terbukalah mata, rupanya byk lg perkara syirik, yg kita sendiri terlibat lakukan tanpa kita ketahui.

Begitulah AlQuran, penyuluh bagi setiap diri.

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
(Az-Zumar 39:65)

**Gugur amal: bermakna segala amal baik kita tidak dipandang Allah Taala, jika masih ada syirik di dalam hati, walau sebesar lubang jarum.
Bagaimana nak pastikan tiada lagi syirik bersarang dlm hati?

Allahu'alam
#LaTusyrikBillah!
#JomNgajiTafsir
 
DO YOU KNOW?
Siri Shirk


Bismillah
Typical perception of the Malays on Shirk.
Syirik are:
1.sembah selain Allah yg nyata..ie sembah dewa di topekong, gereja etc
2.perkara melibatkan bomoh; menurun panglima hitam, tangkal, pelaris, sihir, tarik duit, keris etc
3.buat sembahan makanan kpd Jin/mambang/puteri gunung daik etc di sungai, laut etc
4.syirik kecil sprt riak,ujub, takabur etc

Bila belajar makna AlQuran, terbukalah mata, rupanya byk lg perkara syirik, yg kita sendiri terlibat lakukan tanpa kita ketahui.

Begitulah AlQuran, penyuluh bagi setiap diri.

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
(Az-Zumar 39:65)

**Gugur amal: bermakna segala amal baik kita tidak dipandang Allah Taala, jika masih ada syirik di dalam hati, walau sebesar lubang jarum.
Bagaimana nak pastikan tiada lagi syirik bersarang dlm hati?

Allahu'alam
#LaTusyrikBillah!
#JomNgajiTafsir

Kerjakan ibadat wajiblah ikhlas kerana Allah S.W.T bukan kerana ingin dipandang manusia semata-mata.
 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

TazkiratulQuran
Pengenalan Surah asSajdah

Perkara penting dari segi tauhid bagi Surah ini adalah penafian Syafaat Qohriyah

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ مَا لَكُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ ۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredhaanNya)?

-Sura As-Sajdah, Ayah 4

Ayat ini mejelaskan bahawa sebenarnya tidak ada syafaat qohriyah @ syafaat terpaksa; iaitu Allah terpaksa terima drpd mana2 hamba yg memohon. Dan terima pun dengan sebab kasih sayang.
Hingga orang bersalah pun, jika dapat syafaat ini, Allah akan terima & lepaskan.

Akidah ini berlaku dalam masyarakat yang syirik kpd Allah. Seperti golongan yang seru Isa AS supaya beri syafaat kpd mereka.

Mereka percaya bahawa Isa AS akan meminta kepada Allah supaya Allah Taala lepaskan seseorang itu dari hukuman.

'Ya Allah, disebabkan dia sayangkan saya, dia selalu ingat & seru saya, rayu & pujuk kpd saya, maka ya Allah, ampunilah dia"

Disebabkan Allah sangat sayang kepada Isa AS, maka apa saja bentuk rayuan, Allah terima.

***
Cermin diri@akidah masing2 dgn AlQuran, kerana ini adalah Neraca yg benar.
***

Yang sabit di sisi ugama adalah syafaat bil izni @ syafaat dgn izin Allah Taala.
Yang mana Allah sudah pun tahu bahawa seseorang itu layak terima syafaat dariNya.

Dan orang yang dapat syafaat adalah orang yang tauhid kpd Allah Taala.

Contoh syafaat:
-diampunkan dosa
-cepat masuk syurga
-ringan azab & tempoh di neraka
-naik darjat di syurga

Syafaat Qohriyah tidak wujud dlm Islam. Dan ia berlaku secara berleluasa di seluruh dunia, lebih2 lagi di kalangan orang yg ada kitab; Taurat, Injil & AlQuran. Mereka lemas dlm kepercayaan Syafaat Qohriyah

Syafaat bil izni, rujuk AQ2:255 (ayat Qursi)

Allahua'lam
 
Last edited:
DO YOU KNOW?

Bismillah
Akan dtg satu hari di mana binatang2 buas & liar di hutan akan masuk ke bandar@penempatan manusia.
Tidak perlu risau, sbb Pak Belang & Raja Rimba tidak akan menerkam & menggigit leher manusia yg dijumpainya.
Malah binatang2 itu sendiri sedang dlm ketakutan.
Tetapi manusia ketika itu perlu risau sbb:
Ini adalah salah 1 drpd 6 peristiwa yg akan berlaku sblm tiupan sangkakala pertama, sprt diberitahu oleh Allah Taala di dlm Surah AtTakwiir ayat 5

Dlm surah ini juga, Allah Taala beritahu 6 peristiwa yg bakal berlaku sejurus selepas tiupan sangkakala ke 2.

Wallahu'alam
#LaTusyrikBillah!
#JomNgajiTafsir
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register