BTC USD 62,728.9 Gold USD 2,380.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad - bankpstn.com.my

Sponsored Post

Halatuju BP tak boleh lari VMMO ini; dah terpesongkah haluan mereka?

Visi
Untuk menjadi Bank Koperasi Nasional Islam yang unggul, maju, berketerampilan dan menjadi lambang kejayaan gerakan koperasi negara

Misi
Untuk memberikan pulangan pelaburan terbaik dan meningkatkan kebajikan serta taraf sosio ekonomi negara

Motto
"BERSAMA KE PUNCAK KECEMERLANGAN"


Objektif

Meningkatkan taraf sosio ekonomi anggota-anggota dengan menjalankan urusniaga perbankan dan pelaburan berlandaskan prinsip syariah
Menjana keuntungan yang berterusan serta dinamik bagi memberi pulangan dividen terbaik kepada anggota dan peningkatan pembayaran zakat perniagaan
Memenuhi keperluan sosial anggota dengan mewujudkan kumpulan wang kebajikan anggota daripada pembahagian keuntungan yang diperolehi untuk membiayai skim-skim kebajikan kepada anggota.


Adakah produk BP tidak mendapat sambutan? Lihat graf..
Pembiayaan%20Syariah.png

Depsoit%20Syariah.png


Adakah keuntungan BP semakin merosot? Lihat graf..
Keuntungan.png

Zakat%20Perniagaan.png


Adakah BP ni kedekut tangkai jering? Lihat graf..
Dermasiswa.png

Khairat%20Kematian.png


Warren Buffet membuat analisis Penyata Kewangan bagi mengenalpasti sykt yg berdaya maju utk jangka masa panjang, tapi kebanyakkan org kita hanya melihat pada prestasi ini shj utk membuat keputusan segera tanpa ada analisis berdasarkan fakta..
Dividen.png


Kenapa BP tak byr dividen tinggi2 melangit?

Q: What is AirAsia’s dividend policy?
A: AirAsia does not pay dividends nor do we foresee paying dividends in the near future. The business is in the early stages of development and capital is required to be reinvested for the future’s well being. We believe this will ultimately yield the most beneficial returns when viewed on a long-term basis.

Alasan BP:
1. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan di atas telah mencadangkan kadar dividen sebanyak 7.5% dan setelah merujuk berdasarkan "Arahan SKM Bilangan 1 Tahun 2011" kepada Bank Persatuan iaitu, 'Apa-apa kdar dividen yang di bayar atas syer atau yuran anggota oleh koperasi yang diiktiraf sebagai 'coopbank' adalah tertakluk kepada kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada SKM'. Berikutnya pada 12 Ogos 2011 pihak SKM telah meberikan kelulusan bayaran dividen Bank Persatuan bagi tahun kewangan 2010 sebanyak 6.5% dengan peruntukan sebanyak RM21.14 juta.Kadar dividen ini adalah setelah mengambilkira peruntukan Seksyen 57;Akta Koperasi berkaitan dengan Rizab Berkanun dan lain-lain peruntukan kumpulan wang.(15% masuk ke K/Wang ni)

2. Kepada semua anggota Bank Persatuan, kadar dividen di atas mungkin du luar jangkaan kerana sentiasa mengharapkan pulangan terbaik atas pelaburan masing-masing pada setiap tahun tetapi rasionalnya ialah walaupun keuntungan yang dicapai oleh Bank Persatuan meningkat setiap tahun tetapi kadar peningkatan jumlah modal syer oleh anggota-anggota secara nisbahnya adalah lenih tinggi berbanding dengan peningkatan jumlah keuntungan, pengawalan perbelanjaan secara berhemah dan berkesan secara pemantauan keperluan peningkatan modal syer yang lebih seimbang adalah dijangkakan kadar pulangan dividen Bank Persatuan akan lebih baik di masa hadapan.

3. Seterusnya di dalam usaha untuk meningkatkan lagi pencapaian, kini Bank Persatuan akan membuka sebuah lagi pejabat cawangannya yang ke-14 di Bandaraya Melaka tidak lama lagi pada tahun ini. Pejabat Cawangan yang baru ini merupakan yang pertama di selatan Semenanjung Malaysia dan amat diharapkan ianya akan menjadi pemangkin ke arah proses perkembangan perniagaan Bank Persatuan yang lebih berdaya saing, sebelum cawangan-cawangan berikutnya mula beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan dan Johor Bahru, Johor tahun hadapan.

4. Pada tahun ini juga, Bank Persatuan dengan sokongan SKM kini di peringkat pembangunan akhir untuk mula menawarkan produk pembiayaan yang baru iaitu Pembiayaan Perumahan Musyarakah Mutanaqisah kepada anggota-anggotanya. Turut menjadi keutamaan di dalam peningkatan perkembangan perniagaan Bank Persatuan ialah untuk meningkatkan sumber dana ataupun kecairannya melalui produk-produk pelaburan seperti Pelaburan Al-Mudharabah dan Sijil Pelaburan Pembiayaan Bank Persatuan (SPPBP) yang ditawarkan kepada anggota-anggota individu dan koperasi serta pelanggan-pelanggan (terbuka kepada orang ramai) dengan "kadar rundingan istimewa" tertakluk kepada syarat dan peraturan. Silalah menghubungi mana-mana cawangan kami untuk maklumat lanjut.


Mana ko dpt info ni.. ko ni staff bank persatuan ke ??? details nampak:):):):):) tapi baguslah. aku suka. baru clear maklumat :))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register