Assalamualaikum w.b.t kepada semua warga Forex CG,
Salam Maulidur Rasul. Sempena hari cuti ini, saya mengambil peluang untuk memulakan jurnal pembelajaran forex saya di forum CariGold ini. Terima kasih kepada Admin CG kerana memberikan platform terbaik untuk mencari, membaca dan berkongsi ilmu-ilmu serta teknik-teknik forex.
Teknik Fx yang saya amat tertarik untuk mengkaji dan mencuba adalah teknik BBMA ala KG. Founder KG adalah dari Indonesia, Terima Kasih Kang Gun kerana berkongsi teknik yang hebat ini, tak lupa juga otai-otai lama om Ismael, bro meijin, Paktuafx dan ramai lagi yang banyak berkongsi di thread BB Trading STYLE
Untuk permulaan, saya memilih untuk fokus pada acuan MA Daily dan memilih Intraday sebagai type trader saya. Template yang saya gunakan adalah sama yang digunakan oleh om Ismael cuma saya banyak menambah sd1-3. Template
Cara analisa saya adalah memerhatikan informasi-informasi dari minimun 3 acuan MA.
Analisa MA Trigger:
Untuk buy;
8H
4H
1H
Untuk Sell;
1H
4H
8H
Analisa Market Semasa:
Untuk Buy,
Monthly
Weekly
Daily
Untuk Sell;
Daily
Weekly
Monthly
Bagi analisa Bigmap, saya kurang mahir dan history data MT4 saya sangat limited. Saya harap ada otai-otai dapat membantu saya dalam hal ini.
Analisa Bollinger Band (BB)
BB dikelaskan mengikut cycle-cycle semasa yang terjadi.
1. Abnormal Up - Price di luar Sd+1
2. Abnormal Down - Price di luar Sd-1
3. Normal - Price diantara Sd+1 ke Sd-1 dan MA masih pointing up/down
4. Flat - Price di dalam BBMA yang mendatar.
BB Cycle mengikut kefahaman saya,
Flat > Abnormal Up/Down > Normal > Flat.
Dari turutan BB cycle kita dapat membuat prediction apa yang keadaan bb yang akan berlaku seterusnya.
Standard Open Position (SOP)
Untuk permulaan,
Entry Buy,
1. MA Daily pointing Up
2. BBMA 8H/4H normal atau flat.
3. Buy di BB Sd-3 8H/4H
Entry Sell,
1. MA Daily pointing Down
2. BBMA 8H/4H normal atau flat.
3. Buy di BB Sd+3 8H/4H
Buat masa sekarang saya belum dapat rumuskan lagi SOP yang perlu saya ada/guna. In shaa Allah dari masa ke semasa pembelajaran disini, saya harap dapat membuat SOP saya yang complete.
Target
Long Term
Dapat memahami cara kerja BBMA, dapat menganalisa pergerakan market untuk semua pair menggunakan BBMA.
Short Term
1. Saya akan men'Demo' akaun 20usd dan target 100usd. Ulang step ni 10x.
2. Jika 1 berjaya, saya cuba target 20usd > 100usd > 300usd.
In shaa Allah
Personal
Dapat ke Mekah dengan Mak, ayah, isteri menunaikan Umrah.
In shaa Allah
Saya akan update #1 post ini dari masa ke semasa berkenaan teknik BBMA KG ini.
p/s:Saya mohon otai-otai untuk menegur, menghentam dan memberi tunjuk ajar.
Last edited: