BTC USD 64,263.1 Gold USD 2,397.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

✾Kehebatan dan Kelebihan Surah as Sajdah dan al-Mulk✾

FAUZEY_FX

Passed Away
gem
Messages
20,671
Joined
Nov 13, 2010
Messages
20,671
Reaction score
846
Points
171
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua warga carigold. Tuan-tuan dan puan-puan, jika kita amati dan fikirkan sejenak bahawa kita semua bakal menjadi penghuni kubur. Kita semua akan mati tuan-tuan dan puan-puan. Namun, apakah persediaan kita menghadapi alam disana?. Adakah kita sudah bersedia?.

Apa yang ingin saya ketengahkan disini adalah dengan mengamalkan dan membaca surah as sajdah dan al mulk. Kenapa dengan surah-surah ini?. Ini kerana kedua-dua surah ini mempunyai fadhilat yang amat besar.

Hadirin sekalian, kunci mudah untuk selamat di alam kubur adalah dengan mengamalkan dan membaca surah as sajdah dan al mulk. Apabila kita selamat di alam kubur maka alam hadapannya lebih mudah. Namun jika tidak selamat di alam kubur maka alam hadapannya lebih susah lagi.

Mari perhatikan hadis mengenai kedua-dua surah ini :

1)
Khalid bin Ma’dan ra. Berkata, “Bacalah surat Almunjiah (yang menyelamatkan) yaitu alif lam tanzil As sajdah, sebab saya mendapat keterangan bahwa ada seorang yang biasa membacanya, dan tidak membaca lain-lainnya, sedang ia banyak berdosa, tiba-tiba surat ini menghamparkan sayapnya dan berkata : Ya Rabbi ampunilah orang ini, kerana ia selalu membacaku, maka Allah menerima pembelaan (syafa’at)nya, dan berfirman: Tulislah untuk hamba-Ku itu ditempat tiap dosa dengan kebaikan dan naikkan derajatnya.” (R. Addarimi).

2)
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdul Malik bin Abu Asy Syawarib telah menceritakan kepada kami Yahya bin ‘Amru bin Malik An Nukri dari Ayahnya dari Abul Jauza` dari Ibnu Abbas, ia berkata; “Sebahagian sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat kemah di atas pemakaman, ternyata ia tidak mengira jika berada di pemakaman, tiba-tiba ada seseorang membaca surat Tabaarokalladzi bi yadihil mulk (Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan) “, sampai selesai. Kemudian dia datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata; “Wahai Rasulullah sesungguhnya, aku membuat kemahku di atas kuburan dan saya tidak mengira jika tempat tersebut adalah kuburan, kemudian ada seseorang membaca surat Tabarok (surat) Al Mulk sampai selesai, ” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dia adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari siksa kubur.” Abu Isa (At Tirmidzi) berkata; Dari jalur ini, hadits ini hasan gharib. Dan dalam bab ini, ada hadits dari Abu Hurairah. (HR. Tirmidzi no. 2890)

Sudah baca hadis-hadis di atas? Apakah sekarang tuan berasa semangat untuk membaca surah as sajdah dan al mulk?

Bila masa sesuai untuk membaca kedua-dua surah ini?. Masa yang sesuai adalah selepas solat maghrib atau sebelum tidur kerana dengan mengamalkan kedua-dua surah ini setiap malam kita telah melakukan sunnah baginda. Baginda tidak akan tidur melainkan dengan membaca kedua-dua surah ini.

Jika kalian terasa berat untuk mengamalkan kedua-dua surah ini, cukuplah amal satu surah sahaja samaada as sajdah atau al mulk. Kedua-dua surah ini mempunyai 30 ayat sahaja. Saya sudah kira, tak sampai 10 minit untuk habiskan bacaan surah as sajdah dan tak sampai 10 minit untuk habiskan bacaan surah al mulk. Mudah kan?

Moga-moga perkongsian ini menjadi manfaat buat kita semua. Terima kasih sudi membaca..
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register