Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 12-11-2017, 03:58 PM
oldtbone oldtbone is offline
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 7,576
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 444
Active Level
My Mood:
Default 1,000 maut dicatatkan setiap tahun akibat HIV, AIDS


TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (empat dari kiri) merasmikan Hari Aids Sedunia 2017 peringkat negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh di sini, hari ini.
Turut kelihatan Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr. M. Sukumar (dua dari kanan).- AZMAN ASMAYATIM/UTUSAN



BALIK PULAU 12 Nov. - Kementerian Kesihatan mencatatkan 3,000 kes penyakit HIV dan AIDS baharu setiap tahun dengan 1,000 daripadanya dilaporkan meninggal dunia.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, Selangor merupakan negeri tertinggi dilaporkan mempunyai penyakit berkenaan iaitu sebanyak 26 peratus.


Kata beliau, sejak 1986 hingga tahun lalu, jumlah kumulatif kes itu adalah sebanyak 108,519 yang mana 88 peratus daripadanya disumbangkan golongan lelaki, 11 peratus wanita dan selebihnya kanak-kanak.


“Kita dapati 62.68 peratus daripadanya adalah dalam kalangan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan, hubungan seksual (27.96 peratus) dan selebihnya berpunca daripada jangkitan daripada ibu kepada anak.


“Lebih membimbangkan apabila jangkitan itu turut berpunca daripada seks rambang golongan sejenis yang melibatkan golongan profesional,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari AIDS sedunia 2017 peringkat negeri di sini hari ini.


Dalam perkembangan sama, menurutnya, di negeri ini sejak 1988 hingga Oktober tahun ini, sebanyak 4,523 kes HIV dilaporkan dan 42.8 peratus daripadanya berpunca daripada perkongsian jarum suntikan manakala jangkitan hubungan seksual menyumbang kepada 44.7 peratus.


“Kaum lelaki menyumbang 86 peratus manakala 88.1 peratus kes berumur antara 20 hingga 49 tahun yang mana menyaksikan 608 orang maut sejak 1988 hingga tahun ini,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE.




sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasi...-aids-1.550545


.
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 12-11-2017, 04:25 PM
pijoe pijoe is offline
Legendary Member

pijoe's Avatar

 
Trader Rating: (19)
Join Date: Jun 2008
Location: Office IKOFXM
Posts: 12,209
Thanks (Received): 665
Likes (Received): 36
Active Level
My Mood:
Default

aku selalu baca ni http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.my/2017/

semoga bacaan dari pesakit ini dapat memberi kita ketakutan untuk melakukan maksiat.
__________________
REGISTER AKAUN DI SINI & DAPATKAN 70% @ 0.7 PIPS REBET MINGGUAN
http://www.carigold.com/portal/forums/image.php?type=sigpic&userid=30130&dateline=126015  5484
REBET IKOFX DIBERI SEJAK 2010

(YM: alexender_pijoe) (SKYPE: pijoe.ikofx) (Phone & WhatsAPP: +60176567531)
Reply With Quote
Likes cek mek molek, dausbiz, oldtbone liked this post
  #3  
Old 12-11-2017, 05:54 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 24,539
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 969
Active Level
My Mood:
Default

lahai, banyak jugak kes HIV/AIDS kat Malaysia ni
__________________
Reply With Quote
  #4  
Old 12-11-2017, 06:02 PM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 33,949
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 523
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by pijoe View Post
aku selalu baca ni http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.my/2017/

semoga bacaan dari pesakit ini dapat memberi kita ketakutan untuk melakukan maksiat.
Say to maksiat
__________________


Komisyen Lebih RM1,000 untuk Projek Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di www.rahsiafirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
  #5  
Old 12-11-2017, 06:43 PM
percumaforex percumaforex is offline
Super Active

percumaforex's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Posts: 6,955
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 7
Active Level
My Mood:
Default

say no to maksiat..dijauhkan lah penyakit berbahaya dab maksiat daripada keluargaku
Reply With Quote
  #6  
Old 13-11-2017, 12:39 PM
a2zextra a2zextra is offline
Legendary Member

a2zextra's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Sep 2013
Posts: 14,533
Thanks (Received): 78
Likes (Received): 92
Active Level
Default

Tidak mahu melaksanakan hukum Islam, tidak kisahlah penyakit ni makin menular.
__________________
Doa - Usaha - Istiqamah - Tawakkal
BIMB 080590 2004 8153 MBB 55818 100 2814 :MAAHAD TAHFIZ QIAM
MBB 55829 360 6057 :KOMPLEKS AT-TAALIM
Reply With Quote
  #7  
Old 13-11-2017, 12:41 PM
MHaffiezMNazri MHaffiezMNazri is offline
Super Active

MHaffiezMNazri's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2012
Location: Kuala Lumpur, MALAYSIA
Posts: 5,124
Thanks (Received): 676
Likes (Received): 322
Active Level
My Mood:
Default Geng tak takut HIV

Geng tak takut HIV



BERNAMA
SEBANYAK 108,519 kes jangkitan HIV dan AIDS direkodkan di negara ini sejak 1986 hingga tahun lalu, dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 26 peratus daripada jumlah kumulatif terbabit.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata aktiviti seks rambang membabitkan seks sejenis dikenal pasti punca kepada kes baru jangkitan HIV dan AIDS di negara ini.

“Dulu penyakit AIDS berjangkit majoriti menerusi perkongsian jarum. Kami dah buat program pemberian jarum percuma kepada mereka yang berisiko melalui pelbagai cara. Hari ini terbalik, banyak kes baru HIV dan AIDS akibat seks rambang.

“Seks rambang antara lelaki dan perempuan serta seks rambang antara lelaki dengan lelaki. Yang ni pun berlaku banyak.

“Apa yang mengejutkan banyak kes seks rambang antara lelaki dengan lelaki ini membabitkan mereka dalam bidang profesional," katanya selepas merasmikan sambutan Hari AIDS Sedunia 2017 peringkat negeri Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah kumulatif itu, 62.68 peratus adalah pengguna dadah yang berkongsi jarum suntikan manakala 27.96 peratus, hubungan seksual manakala selebihnya jangkitan daripada ibu kepada anak.

Dr Hilmi berkata, kaum lelaki menyumbang 88 peratus daripada keseluruhan kes, wanita (11 peratus) dan kanak-kanak (satu peratus).

“Situasi ini menunjukkan HIV dan AIDS masih menjadi antara penyakit yang mendatangkan ancaman kepada penduduk di negara ini.

“Daripada aspek transmisi pula, hubungan seks dan penagihan dadah punca utama jangkitan, maknanya kedua-dua masalah sosial ini adalah gejala sosial utama yang perlu dibendung," katanya.

Bagaimanapun, Dr Hilmi berkata kadar jangkitan HIV dan AIDS di negara ini menunjukkan penurunan tahun lalu, iaitu daripada 28 kes kepada 10.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk dengan 3,000 kes baharu direkodkan setiap tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 November 2017 @ 7:04 PM
__________________
Messenger
WhatsApp
Adult ADHD: difficulty following directions, remembering information, concentrating, organising tasks, or completing work on time.
Reply With Quote
  #8  
Old 15-11-2017, 01:36 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,406
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9295
Active Level
My Mood:
Default

hidup senang keje bagus tp jalan mengunyit jgk dipilih

“Lebih membimbangkan apabila jangkitan itu turut berpunca daripada seks rambang golongan sejenis yang melibatkan golongan profesional,”
Reply With Quote
  #9  
Old 15-11-2017, 01:38 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,406
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9295
Active Level
My Mood:
Default

Mengunyit threesome

Assalamualaikum

Saya merupakan salah seorang ustaz. Saya dijumpai oleh seseorang lelaki (gay) yang ingin bertanya tentang hukum dan Hiv/Aids..Jika bab hukum saya boleh jawab, cuma bab HIV/AIDS yang saya tidak boleh jawab.

Persaoalannya

1) Jika dia meliwat seseorang sedangkan dia tidak menghidap AIDS/HIV sebelum ini adakah dia terdedah dengan HIV Dan AIDS

2) DIa pernah melakukan sex dgn Gay 3 orang..dia orang kedua yang meliwat..adakah dia mudah dijangkiti aids.

3) Jika dia tidak membawa Aids/HIV dan pasangannya jugak tidak membawa HIV/AIDS dan mereka melakukan aktiviti meliwat...adakah mereka juga terdedah dengan penyakit AIDS/HIV

USTAZ


Salam Ustaz,

1 - Jika dia tidak ada HIV dan dia meliwat seorang yang juga tidak ada HIV tanpa kondom maka tidak boleh berlaku jangkitan HIV disitu (tetapi jangkinan penyakit kelamin mungkin ada, jika salah seorang dari mereka adalah pembawa). Sekiranya dia tidak ada HIV dan meliwat seseorang yang ada HIV tanpa kondom risiko dia dijangkiti memang ada,

2 - Sama ada dia orang pertama atau ke dua mahu pun ke tiga jika orang yang dia liwat itu positiv HIV maka risiko dia mendapat jangkitan tetap ada, apatah lagi liwat tanpa kondom. Perlu diingat HIV dan AIDS adalah 2 pekara yang berbeza.

3 - Seperti yang saya sebutkan di atas, jika kedua-dua pasangan itu tidak ada HIV AIDS maka tidak boleh berlaku sebarang jangkitan HIV. Kita hanya boleh mendapat jangkitan HIV melalui pasangan yang ada HIV sahaja.Jika tidak ada HIV disitu mana datangnya kuman itu. Kuman HIV bukannya boleh tiba-tiba muncul dalam tubuh badan manusia.

Nasihat saya kita kena pastikan betul-betul pasangan kita itu bebas HIV melalui ujian darah, bukan hanya mendengar kata dia sahaja, sebab itu kesetianan setiap pasangan itu perlu ada, sebab itu ujian saringan HIV perlu dibuat pada setiap pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga. HIV akan muncul didalam sesebuah rumah tangga sekiranya terdapat ketidaksetiaan salah seorang daripada pasangan suami isteri itu.

Bagi mereka yang suka pada aktiviti meliwat atau sebarang aktiviti berisiko yang lain, anda perlu kerap jalani ujian darah atau sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. - NAJMI


Boleh baca nasihat salah seorang pembaca dibawah ini;

Salam semua pembaca.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sedikit. Pada bulan Disember 2015 yang lalu, saya telah membuat saringan HIV dan pada masa tu keputusan adalah negatif. Pada dua hari lepas, hampir empat bulan selepas tarikh akhir saya membuat saringan, saya membuat saringan kedua dan pada kali ini, keputusan adalah positif.

Saya bersyukur kerana tergerak hati untuk membuat saringan kali kedua kerana pada asalnya saya hanya ke tempat saringan tersebut hanyalah untuk menemani kawan saya. Secara jujurnya, semasa saya sedang menunggu untuk keputusan siap, saya tidak berasa gugup langsung kerana saya tidak langsung menjangkan saya akan dijangkiti HIV pada usia semuda ini. Namun, keputusan yang keluar selepas itu membuktikan yang sebaliknya.

Jika anda seorang yang aktif dalam aktiviti berisiko, amatlah dicadangkan untuk membuat saringan setiap pada setiap 3 bulan. Mungkin keputusan negatif pada masa sekarang, tapi dalam masa beberapa bulan daripada sekarang, anda tidak tahu. Jadi, lebih baik buat saringan supaya dapat mengambil langkah pengawalan HIV lebih awal.

ANONYMOUS

http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.my/2017/
Reply With Quote
Likes oldtbone liked this post
  #10  
Old 15-11-2017, 04:43 AM
Mitokondrion Mitokondrion is offline
Legendary Member

Mitokondrion's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Nov 2008
Location: Fibonacci SnR, Kelantan
Posts: 10,207
Thanks (Received): 46
Likes (Received): 78
Active Level
My Mood:
Default

Akan terus mningkat selagi islam sekular mwmerintah. lg teruk, islam liberal merintah.. lgbt dibenarkan. hidup pandap.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump