Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Gossip, Celebrities

Gossip, Celebrities Right place for paparazzi :) . Share your info with our celebrities and gossip fans.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 06-03-2018, 03:13 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 130,331
Active Level
My Mood:
Default Suami Ziana Zain didakwa rotan anak, sah cerai talak satu

Quote:

Armin Zaharin (tengah) tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.


ARMIN Zaharin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu.
SHAH ALAM - Suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas tuduhan mencederakan anak lelakinya sehingga luka dengan menggunakan sebatan rotan pada 25 Februari lalu.

Tertuduh yang memakai baju-T berwarna kelabu bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Sebaik pertuduhan dibacakan juga, Armin Zaharin yang tidak diwakili peguam mendakwa melakukan perbuatan atas tujuan mengajar anak.

"Saya ajar dia (anak) mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan be.bal," katanya.

Bagaimanapun, pengakuan tersebut tidak diterima oleh Raja Noor Adilla.

Mengikut pertuduhan, Armin Zaharin yang merupakan penganggur itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas anaknya dengan menggunakan sebatan rotan.

Raja Noor Adilla kemudiannya menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, bekas pramugara itu tidak mempunyai penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi dan kes disebut semula 4 April ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.


http://www.kosmo.com.my/terkini/suam...-anak-1.621805


Quote:
Berilah saya ruang - Ziana Zain



SHAH ALAM: Penyanyi terkenal, Ziana Zain memohon diberi ruang berdepan kes suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa pagi tadi, atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka, pada 25 Februari lalu.


Memberitahu BH Online, Ziana dalam nada sebak berharap semua pihak terutama peminat faham dengan situasi yang sedang dihadapinya.

"Saya perlukan ruang seketika dan berserah kepada Allah," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi, Armin, 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, Armin yang tidak berkerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan itu dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Ziana yang mencipta populariti sejak 1991 dengan rangkaian lagu dan album hit, bagaimanapun tidak hadir pada prosiding itu.


https://www.bharian.com.my/hiburan/s...ang-ziana-zain

Update #12

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ziana, suami bercerai

SHAH ALAM 12 Julai - Penyanyi tersohor tanah air, Ziana Zain sah bercerai talak satu dengan suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri di Mahkamah Syariah Shah Alam petang ini.



http://www.utusan.com.my/berita/naha...-satu-1.707704
Update #11

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Armin diperintah tidak dekati Ziana



MAHKAMAH Majistret Shah Alam, hari ini mengekalkan syarat melarang suami penyanyi popular, Ziana Zain, menemui anak yang didakwa dicederakannya, tiga bulan lalu.


Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin memutuskan demikian kerana ia sudah tertakluk dengan syarat jaminan yang dibenarkan mahkamah sebelum ini.

Selain itu, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, diperintah supaya tidak mendekati pengadu iaitu Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, sepanjang perbicaraan kes itu.

Raja Noor Adilla bagaimanapun tidak membuat keputusan mengenai kebenaran menemui tiga anak tertuduh yang lain kerana perkara itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Terdahulu, Armin yang diwakili peguam Mohd Rizal Bahari mengemukakan permohonan itu secara lisan dengan menyatakan hasrat mahu menemui anaknya.

Turut hadir ketika prosiding itu, peguam pemerhati mewakili Ziana, Luqman Mazlan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Jun depan.

Pada 15 Mei lalu, Armin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan atas pertuduhan pindaan sengaja menyebabkan luka dan lebam pada anak lelaki mereka pada Februari lalu.

Mengikut pertuduhan pindaan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan luka dan lebam ke atas anak lelaki berusia sembilan tahun dengan menggunakan rotan di tangan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Denai Alam, Shah Alam, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam, 24 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Armin dan Ziana yang bernikah pada Mei 1998, dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018...k-dekati-ziana
Update #10

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Hidup macam neraka, dedah Ziana



SHAH ALAM - Penyanyi terkenal Ziana Zain mendedahkan kehidupannya dengan suami, Armin Zaharin selama ini ibarat hidup dalam neraka.


Masakan tidak, pelantun lagu Putus Terpaksa itu mendakwa, seawal empat bulan perkahwinan, dia sudah terpaksa menanggung penderaan mental bersendirian.

"Tiada siapa tahu kerana saya diajar ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumahtangga," katanya.

Menurutnya, setiap kali selesai bekerja, dia seolah- olah trauma untuk pulang ke rumah.

"Melihat pagar pun saya dah meraung. Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku nerakaku," katanya sambil menangis.

Menurut artis berkenaan, dia tidak menyangka penderaan mental dihadapinya itu meleret sehingga perkahwinan mereka berusia 20 tahun.

"Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima," katanya.

Ziana juga mendakwa suaminya melemparkan kata-kata kurang sopan di mana sahaja termasuk di tempat awam dan di hadapan keluarga.

"Anak- anak sampai tidak mahu keluar makan bersama Armin kerana malu sekiranya diherdik," katanya.

Ziana berkata, di usia 50 tahun dia sudah tidak mampu lagi menahan penderitaan itu.

"20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia. Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak- anak.

"Jangan dia cakap saya tidak menjalankan tanggungjawab, tanya diri dia, apa tanggungjawab dia terhadap saya dan keluarga," katanya.

Menurutnya, anak-anaknya turut menghidapi stress akibat daripada perilaku Armin.

"Salah seorang anak terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak umur 14 tahun," katanya.

Tambahnya, anak- anak juga mempersoalkan tindakan Armin.

"Mereka (anak-anak) tanya sampai bila terpaksa menanggung dan menyatakan tindakan Armin tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bergelar suami atau bapa.

"Mereka beritahu saya, Ma don't died," katanya menangis.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana berkata, sepanjang kehidupan bersama, dia sentiasa mencukupkan keperluan keluarga tanpa pernah mengungkit.

"Saya anggap ini rezeki, namun apabila dia buat saya macam ini, saya tidak akan tunggu lagi," katanya.

Menurutnya, sejak tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) tiga tahun lalu, Armin tidak mempunyai inisiatif untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

"Semuanya saya. Dia duduk rumah hisap rokok dan ambil anak sekolah sahaja," katanya.

Tambah Ziana, dia tidak percaya dirinya mampu bersabar sehingga kemuncaknya.

"Saya manusia paling sabar kalau orang lain anak pertama boleh cerai, saya boleh tunggu lagi dengan apa yang dia buat kepada saya," katanya.

Kata Ziana, ibu dan bapa saudara Armin juga seolah-olah tidak menyangka dengan tahap kesabarannya.

"Kalau mak saudara cakap, Kau boleh sabar Rozie? Sabar betul kau Rozie?

Jadi maksudnya apa?" katanya kepada media selepas sebutan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.


http://www.sinarharian.com.my/hibura...-zain-1.834745
Update #9

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ziana dedah anak-anak jalani rawatan psikiatri



PENGHIBUR versatil, Ziana Zain mengesahkan keempat-empat orang anaknya kini mengikuti rawatan psikiatri susulan kemelut rumah tangga ibu bapa mereka.


Memetik laporan portal Berita Harian, Ziana mendedahkan dia terpaksa berbuat demikian selepas mendapat nasihat doktor yang prihatin akan tekanan yang dihadapi anak-anaknya yang kini sedang meningkat remaja.

"Saya selalu bertanya keadaan mereka kerana mereka nampak diam dan tidak banyak bercakap.

"Alhamdulillah, anak-anak mahu berkongsi masalah dan daripada situ baru saya tahu mereka sebenarnya tertekan," kata Ziana seperti dipetik dalam portal itu.

Cerita Ziana lagi, hatinya remuk apabila mendengar luahan anak-anak yang takutkan bapa mereka sehingga tidak mahu lagi makan bersama di luar, kerana bimbang dimarahi dan dilempar dengan kata-kata kesat.

Ziana memberitahu, dia nekad memohon cerai selepas 20 tahun bertahan dengan perbuatan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, yang dikahwini pada tahun 1998.

Pada April lalu, Ziana memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam selepas Armin dikatakan enggan melepaskannya secara baik.

"Saya simpan semua derita dalam hati. Saya selalu dinasihatkan agar mempertahankan rumah tangga dan tidak bercerita hal rumah tangga kepada orang luar.

"Tapi selepas 20 tahun, saya sudah tidak mampu lagi, apatah lagi melihat trauma yang dialami anak-anak," katanya.

Hasil perkahwinan dengan Armin, Ziana dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19 tahun, Muhammad Ammar, 14 tahun, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.

Dalam sebutan kes di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi, Armin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan sengaja menyebabkan luka dan lebam pada anak lelaki mereka, Februari lalu.

Bekas Ketua Pramugara sebuah syarikat penerbangan itu didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Denai Alam antara jam 8 malam hingga 10.30 malam 24 Februari lalu.


http://www.astroawani.com/berita-hib...laporan-175523
Update #8

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Armin tetap mengaku tak bersalah



SHAH ALAM - Suami kepada penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa mencederakan anak lelakinya dengan sebatang rotan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.


Armin, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pindaan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan pindaan, Armin yang bekerja sendiri didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas seorang anaknya dengan menggunakan sebatang rotan.

Bekas pramugara itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Denai Alam di sini antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam, 24 Februari lalu.

Sehubungan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 323 KK yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Raja Noor Adilla kemudian mengekalkan ikat jamin yang ditawarkan sebelum ini iaitu RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 28 Mei depan sebagai tarikh sebutan kes.

Pada 8 Mac lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan bagi kes berkenaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Tertuduh diwakili peguam, Nurul Fadzlinda Ibrahim dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.


http://www.kosmo.com.my/terkini/armi...23-kk-1.673170
Update #7

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Hasrat mahu cerai tak kesampaian



HASRAT penyanyi, Ziana Zain untuk menoktahkan rumahtangganya dengan Armin Zaharin hari ini tidak berkesampaian apabila suaminya membangkitkan isu jagaan anak mereka.


Armin, memberitahu Hakim Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Mohd Nizar Mohtar, dia bersetuju untuk menceraikan pelantun Madah Berhelah itu dengan syarat ingin berjumpa dengan anak- anak.

Bagaimana pun, Ziana, 50, memaklumkan, anak- anak tidak dibenarkan berjumpa dengan Armin kerana dikhuatiri mengganggu kes jenayah yang dihadapi Armin.

"Saya diberitahu polis bahawa anak-anak akan menjadi saksi pendakwaan terhadap Armin yang mendera anak," katanya.

Mohd Nizar kemudiannya merekodkan Armin tidak bersetuju dengan penceraian dan memerintahkan Ziana dan Armin untuk proses Jawatan Kuasa Pendamai.

"Mahkamah ini tiada bidang kuasa terhadap isu jagaan anak. Sebarang tuntutan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.


http://www.sinarharian.com.my/hibura...-anak-1.834624
Update #6

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ziana Zain berdiam diri isu fail cerai



KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Ziana Zain masih mendiamkan diri berkenaan isu memfailkan cerai terhadap suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zamri pada 4 April lalu.


Ziana, 49, tidak memberi sebarang respons menerusi panggilan telefon atau WhatsApp sejak isu tersebut mula dihidu media pada petang semalam.

Sementara itu, adik yang juga pengurusnya, Alin Zain memberitahu mungkin kakaknya juga memohon ruang seketika dalam keadaan begini.

“Saya tidak boleh memberi komen bagi pihak Ziana kerana itu soal peribadi dia".

"Akan tetapi saya rasa, dia juga tidak mempunyai apa-apa untuk dikomen memandangkan ini sudah jadi kes mahkamah,” katanya ketika dihubungi Kosmo sebentar tadi.

Isu rumah tangga pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 1998 ini mula menjadi perhatian apabila Armin dihadapkan ke mahkamah kerana mencederakan seorang daripada empat anak mereka. -


http://www.kosmo.com.my/terkini/zian...cerai-1.643025
Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tarikh serah dokumen perbicaraan 15 Mei
Ziana ada failkan cerai



SUAMI Ziana Zain, Armin Zaharin hadir ke Mahkamah Majistret hari ini bagi perbicaraan kes mencederakan anaknya. - UTUSAN ONLINE

SHAH ALAM 6 April - Mahkamah Majistret menetapkan tarikh 15 Mei hadapan bagi tarikh penyerahan dokumen perbicaraan kes suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa mencederakan anak lelakinya dengan menggunakan sebatang rotan sehingga luka dan lebam, 24 Februari lalu.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi yang mengatakan pihaknya masih dalam proses menyiapkan dokumen berkaitan kes tersebut.

Armin Zaharin yang berkemeja putih dan berseluar jeans hadir ke mahkamah sambil ditemani peguamnya, Muhd Rizal.

Turut hadir ke mahkamah adalah peguam pemerhati mewakili Ziana Zain, Datuk Rosal Azimin Ahmad dan Luqman Mazlan.

Sementara itu, menurut sumber, Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zin, 50, telah menfailkan penceraian dengan suaminya itu di Mahkamah Syariah di sini, Rabu lalu.

Jelas sumber itu, pemfailan tersebut dilakukan setelah Armin dikatakan enggan melepaskan Ziana Zain atau nama sebenarya Siti Roziana Zin secara baik.

“Ya, Ziana ada failkan cerai pada 3 April yang lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz5BrTDfbNi
Update #4

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ziana, Armin dilihat di Mahkamah Syariah

“KAMI belum cakap apa-apa,” komen Ziana Zain mengenai dakwaan penyanyi itu dan suaminya dilihat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin lalu dipercayai bagi urusan kes tuntutan cerai.


Menjelaskan mengenai dakwaan terbabit, Ziana yang ditemui di sebuah majlis pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur berkata, dia dan suaminya perlu melalui beberapa proses termasuk sesi kaunseling.

Sumber mendakwa, Armin tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan meminta agar kes mereka dibawa kepada jawatankuasa pendamai.

Masalah rumah tangga penyanyi yang popular dengan lagu Madah Berhelah itu mula dihidu selepas suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, didakwa atas tuduhan memukul anaknya untuk mengajar mengaji.

Armin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada awal Mac atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di Denai Alam, Shah Alam pada 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berdepan dengan situasi itu, Ziana bagaimanapun menegaskan anak-anak dan kerjaya seni kini menjadi sumber kekuatan dirinya.

“Saya tidak bimbang, selagi bergelar artis, baik dan buruk harus juga dihadapi. Bagaimanapun, saya terharu dan berterima kasih atas kasih sayang ditunjukkan orang keliling dan peminat sepanjang berdepan dengan masalah ini.

“Saya percaya Allah Maha Kaya. Sebagai manusia kita harus menjangkakan perkara yang tidak dijangka. Saya sentiasa bersyukur atas sokongan diberikan,” katanya.

Katanya, dia seharusnya melalui kehidupannya hari ini untuk hari ini kerana apa yang berlaku pada masa hadapan tidak diketahui.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018...ruk-ziana-zain
Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Adik jamin, suami Ziana Zain dibebaskan



SHAH ALAM: Suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, dilepas selepas dijamin oleh adiknya, hari ini.


Sebelum ini, Armin, 53, meringkuk beberapa hari di Penjara Sungai Buloh kerana tidak dijamin selepas didakwa di mahkamah kelmarin atas kesalahan mencederakan anaknya pada 24 Februari lalu.

Pagi tadi, bekas pramugara itu sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan berdepan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan atas kesalahan itu yang dilakukan pada 24 Februari lalu.

Armin yang memakai baju kelabu dan berseluar jeans mengekalkan pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Armin yang bekerja sendiri, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam jam, pada 24 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, bekas ketua pramugara itu yang diwakili peguam Muhammad Zufar Elias, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin yang ditawarkan sebelum ini iaitu RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 6 April depan sebagai tarikh serahan dokumen.

Di mahkamah sama kelmarin, Armin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 KK kerana mencederakan anak lelakinya berusia sembilan tahun itu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dua dari seksaan berkenaan.

Armin dan Ziana mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19; Muhammad Ammar, 14; serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...dengan-jaminan
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pertuduhan dipinda, suami Ziana Zain berdepan hukuman lebih berat


Armin Zaharin (tengah) yang kini berkepala botak bakal berdepan hukuman lebih berat.

SHAH ALAM - Suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, berdepan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan ke atasnya yang didakwa mencederakan anak lelakinya dengan menggunakan sebatang rotan sehingga luka dan lebam, 24 Februari lalu.

Bagaimanapuan, Armin yang memakai baju-T berwarna kelabu mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi pada prosiding hari ini memaklumkan Majistret Raja Noor Adilla bahawa pihaknya ingin membuat pindaan membabitkan Seksyen dalam pertuduhan terhadap Armin.

Pindaan itu adalah daripada Seksyen 324 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 324 KK dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan.

Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dari mana-mana dua darinya.

Bagaimanapun Seksyen 324 KK yang dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan memperuntukkan dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan dibawah seksyen 324 KK.

Mengikut pertuduhan, Armin yang bekerja sendiri didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Denai Alam di sini antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam, 24 Februari lalu.

Armin diwakili peguam Muhammad Zufar Elias.

Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin yang ditawarkan sebelum ini iaitu RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 6 April depan sebagai tarikh serahan dokumen.


http://www.kosmo.com.my/terkini/pert...berat-1.623188
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Suami Ziana Zain dijangka didakwa lagi esok



SUAMI penyanyi popular Ziana Zain, Armin Zaharin dijangka sekali lagi dihadapkan ke mahkamah esok.


Menurut sumber, pihak pendakwaan akan mengemukakan tuduhan baharu kepada bekas pramugara itu dengan peruntukan seksyen yang lebih berat.

Terdahulu, Armin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, Armin berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula.

Armin, 53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.


http://www.sinarharian.com.my/hibura...-lagi-1.806391

Last edited by TT; 12-07-2018 at 03:12 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 06-03-2018, 03:20 PM
kiddd2 kiddd2 is online now
Legendary Member

kiddd2's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jun 2011
Posts: 18,477
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 1658
Active Level
My Mood:
Default

berapa umur anak dia??
__________________
NAK TAHU HARGA HANDPHONE TERKINI??? MASUK SINI

: KEDAI HANDPHONE ONLINE :
Reply With Quote
  #3  
Old 06-03-2018, 03:21 PM
DreamCatcher DreamCatcher is offline
CG Top Poster Club

DreamCatcher's Avatar
 
Trader Rating: (24)
Join Date: Jan 2008
Location: portalkini.com
Posts: 22,529
Thanks (Received): 408
Likes (Received): 289
Blog Entries: 3
Active Level
My Mood:
Default

buat drama sebelum pisah ?
__________________

JUAL FANPAGE UMPAN PATIN. MINAT PM ME
Reply With Quote
Likes m0mo~ liked this post
  #4  
Old 06-03-2018, 03:28 PM
Ran Ran is online now
Active Plus

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Oct 2007
Posts: 4,876
Thanks (Received): 19
Likes (Received): 33
Active Level
My Mood:
Default

*****..itu jer boleh cakap..nk didik anak mmg laa kena tegas..xkn nk suap KFC nk didik anak yg degil n kurang ajar..b3ngong punya undang2 manusia nih..huhhh..!!
Reply With Quote
  #5  
Old 06-03-2018, 03:35 PM
badrush badrush is online now
Super Active

badrush's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2008
Location: shah alam
Posts: 5,516
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

asal teruk sangat rupa laki dia...mcm amik dadah pun ada
Reply With Quote
  #6  
Old 06-03-2018, 03:35 PM
HelangPutih HelangPutih is online now
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2015
Posts: 2,902
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 146
Active Level
My Mood:
Default

Apa rotan anak sendiri psl memgaji pn sampai ke mahkamah. Melampaulah skrg ni.
__________________
Aku ikut arah aliran.
Reply With Quote
  #7  
Old 06-03-2018, 03:39 PM
babyblacky babyblacky is online now
Legendary Member

babyblacky's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Feb 2011
Location: |AbStracK HinGga ke|.......................★
Posts: 19,596
Thanks (Received): 106
Likes (Received): 72
Active Level
My Mood:
Default

laa tak bekerja ke laki die? ni sampai naik mahkamah ni kak ZZ ke yang report?
__________________
사랑하는 내 여자
yesterday i love u less than today
tomorrow i love u more than today
and forever my love will never be less
★『꽃미남 남자』★
Reply With Quote
  #8  
Old 06-03-2018, 03:42 PM
kinz kinz is online now
Active Member

kinz's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2012
Posts: 2,115
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 87
Active Level
Default

Dulu2 smart sj laki ziana ni.. dah tak keja pramugara lg rupanya..
Reply With Quote
  #9  
Old 06-03-2018, 03:43 PM
macellsprvive macellsprvive is offline
Regular

macellsprvive's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Mar 2013
Posts: 950
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 157
Active Level
My Mood:
Default

kantoi lagi perempuan melayu suka tanggung suami.
yang penting setia kann.
kalau perasan lagu2 cinta yg perempuan nyanyi mesti menekankan nak pasangan setia.
bukan dimintak pasangan bertanggungjawab.
hahaha kan dah dapat.

aptb.
__________________
Invest only the amount you can lose.

ASB, ETN, QSP, ADA, DGB, XRP, DRGN, WABI, ELIX, RUP.
Reply With Quote
  #10  
Old 06-03-2018, 03:47 PM
simn simn is offline
Regular

simn's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Dec 2009
Posts: 732
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 5
Active Level
My Mood:
Default

pasaipa lagu tu. merapu sungguh la. kak ZZ repot ni.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump