Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 14,914
0 Software Upgrade
Last Post: CariGold
Posted On: 09-12-2016
Replies: 1
Views: 11,444
0 New forum feature to help you manage updates of your own thread
Last Post: CariGold
Posted On: 22-02-2016
Replies: 0
Views: 36,917
More...
Reply
 
Thread Tools
  #11  
Old 17-03-2017, 11:35 PM
Xploit Machine Xploit Machine is offline
Regular

Xploit Machine's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Location: West Malaysia
Posts: 681
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 62
Dislikes (Received): 2
Active Level
Send a message via AIM to Xploit Machine Send a message via MSN to Xploit Machine Send a message via Yahoo to Xploit Machine Send a message via Skype™ to Xploit Machine
Default

lepas ujan tu, air longkang pun deras betul ..
__________________
First Information Report - https://www.facebook.com/firstinforeport
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #12  
Old 17-03-2017, 11:47 PM
agen14 agen14 is offline
Super Active

agen14's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Nov 2009
Posts: 7,817
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 3
Dislikes (Received): 0
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Alahai kesiannya.. sorang je tinggal... diorang mancing kat sungai ke longkang?
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #13  
Old 17-03-2017, 11:55 PM
GamezStar GamezStar is offline
CG Top Poster Club

GamezStar's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2008
Posts: 23,870
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 196
Likes (Received): 9
Dislikes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

ada saje tragedi kt malaysia ni... dari basikal.. la ni lemas plak
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #14  
Old 18-03-2017, 12:16 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 101,222
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 1451
Dislikes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

Update 17/3 11pm : 2 lagi mayat ditemui


SENARAI lapan kanak-kanak yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di sebatang sungai di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung jam 5 petang tadi. Dalam kejadian itu, seorang dapat menyelamatkan diri manakala empat ditemui lemas dan tiga lagi masih hilang.


BUKIT BERUNTUNG 17 Mac 2017. Dua lagi mayat kanak-kanak mangsa lemas di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung ditemui sebentar tadi. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD



DUA lagi mayat kanak-kanak lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika memancing di sebatang sungai di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung, ditemui malam ini. - Foto Syarafiq Abd Samad

BUKIT BERUNTUNG: Dua lagi mayat kanak-kanak lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika memancing di sebatang sungai di Kampung Timah SKC, di sini, ditemui malam ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Ikhwan Mohd Ridhwan, 10, ditemui pasukan penyelamat pada jam 9.47 malam dan Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, ditemui 10 minit kemudian.

Identiti kedua-dua mangsa disahkan oleh ahli keluarga mereka yang turut berada di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa akan diteruskan hingga semua mereka ditemui.

Dalam kejadian jam 5.20 petang, hanya seorang daripada kumpulan lapan murid sebuah sekolah rendah di sini, berusia antara 9-12 tahun, selamat.

Kira-kira jam 6.40 petang tadi, mayat dua murid berkenaan ditemui 50 meter dari tempat mereka memancing.


http://www.bharian.com.my/node/261231
Reply With Quote
Likes 1 Dislikes 0
 
  #15  
Old 18-03-2017, 12:28 AM
demimasa demimasa is offline
Active Member

demimasa's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 1,086
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 15
Likes (Received): 55
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by GamezStar View Post
ada saje tragedi kt malaysia ni... dari basikal.. la ni lemas plak

Maaf cakaplah kemalangan sebegini mesti anak2 melayu. Biasalah ibubapa melayu maon lepas je tanggungjawab. Kalau jadi apa2 salahkan takdir.

Daj sampai masanya undang 2 lebih ketat dibuat supaya jika apa2 kecuaian berlaku pada anak bawah 13 tahun ibubapa kena hukuman undang2. Serius kawan bosan dah baca benda yg sama berulangkali Berlaku setiap tahun.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #16  
Old 18-03-2017, 12:39 AM
myalizee83 myalizee83 is offline
Active Member

myalizee83's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jun 2008
Posts: 1,908
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 1
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Longkang kecik pun bahaya... dulu mase kawe mude2 ade budak tu main kat longkang ujan lebat... kena bawak arus kuat... mase jumpe tu jauh giler dr tmpt dia main... badan budak tu dah keras bnyk lubang2 sbb terkena kayu2 kot...
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #17  
Old 18-03-2017, 12:40 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 101,222
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 1451
Dislikes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

Timbalan Menteri Pendidikan ke lokasi kejadian



KAMALANATHAN menenangkan Mohd Ridhwan. FOTO Syarafiq Abd Samad

Bukit Beruntung: Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P Kamalanathan yang tiba di lokasi kejadian lemas 9.55 malam ini melahirkan simpati terhadap keluarga mangsa.

Kamalanathan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, beliau mengenali ibu bapa mangsa dan akan memberi bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa.

"Empat mayat sudah dijumpai dan tiga lagi masih dicari.

"Saya berharap mereka segera ditemui.

"Mereka masih kanak-kanak lagi dan cuti sekolah baru hendak bernula," katanya dalam keadaan sebak.

Beliau menasihati orang ramai terutama ibu bapa memerhatikan anak mereka supaya tidak mengunjungi kawasan berisiko pada musim hujan ketika ini.

Ketika beliau hadir dua mayat kanak-kanak lemas dijumpai iaitu Mohd Ikhwan Mohd Ridhwan, 10, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12.

Beliau memeluk dan menenangkan bapa Mohd Ikhwan, Mohd Ridhwan Abdullah, 37, dan bapa Muhammad Aiman, Md Asmadi Ibrahim, 37.


http://www.hmetro.com.my/node/214356
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #18  
Old 18-03-2017, 01:08 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 101,222
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 1451
Dislikes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

Suapan terakhir dua beradik


ANAK bongsu dan kelima Hasina (kiri) antara mangsa yang ditemui lemas. FOTO Amrullah Abd Karim

Kuala Kubu Bharu: Makan tengah hari tadi menjadi suapan terakhir dua beradik kepada ibunya Hasina Ibrahim selepas kedua-duanya ditemui lemas di Sungai SKC Bukit Beruntung, petang tadi.

Hasina, 45, berkata, anak bongsunya Shahrizwan Abdullah, 10, dan anak kelima Shahrizat Abdullah, 12, daripada tujuh beradik itu manja dengannya dan sering menyuapnya makan memandangkan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan sejak kebelakangan ini.

"Waktu makan tengah hari tadi mereka akan suap saya. Saya akan suap mereka. Kira-kira 3 petang mereka keluar bermain dan kebiasaannya mereka akan berlegar-legar di kawasan rumah sahaja memandangkan kami baru sahaja berpindah ke sini tiga bulan lalu.

"Mereka tidak pernah ke sana kerana lokasinya agak jauh dari rumah. Mereka juga tidak memaklumkan kepada saya untuk bermain di longkang berkenaan," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), di sini, malam tadi.

Shahrizwan dan Shahrizat antara tujuh kanak-kanak yang dikhuatiri lemas ketika memancing di kawasan berkenaan sebelum ditemui 6.50 petang tadi.

Menurut Hasina, kedua-dua anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya itu tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum kejadian.

"Mereka pergi beramai-ramai ke longkang berkenaan untuk menangkap ikan, dan air di kawasan itu cetek. Mungkin hujan lebat menyebabkan arus deras menghanyutkan mereka.

"Nasib baik seorang daripada mereka tidak turun ke longkang berkenaan dan terselamat sebelum dia memaklumkan kejadian kepada penduduk di kawasan rumah.

"Alhamdullillah, sekurang-kurangnya jenazah mereka ditemui. Saya redha dengan ujian ini walaupum kehilangan dua anak sekali gus," katanya sambil menahan sebak.

Kedua-dua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung.


http://www.hmetro.com.my/node/214363
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #19  
Old 18-03-2017, 01:10 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 101,222
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 1451
Dislikes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

Ops cari hingga 5km


SUPRAMANIAM (kanan) ketika sidang akhbar. FOTO Amrullah Karim

Bukit Beruntung: Operasi mencari dan menyelamat baki mangsa yang dikhuatiri lemas diperluaskan sehingga jarak lima kilometer sepanjang sungai SKC di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kawasan pencarian terpaksa dibesarkan berikutan mayat mangsa lemas yang terbaru dijumpai kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian disebabkan semua mangsa keluar untuk menangguk ikan ketika hujan lebat petang tadi sebelum dihanyutkan arus deras sungai berkenaan.

"Mereka dipercayai dihanyutkan arus deras oleh kepala air selepas hujan di sungai berkenaan,” katanya pada sidang media, malam tadi.

Supramaniam berkata, operasi mencari dam menyelamat itu membabitkan kekuatan seramai 45 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam(APM) dan RELA.


http://www.hmetro.com.my/node/214369
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #20  
Old 18-03-2017, 01:12 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 101,222
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 1451
Dislikes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

Mayat ke 5 ditemui 12.15am


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bersama anggota polis mengangkat mayat mangsa yang kelima di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung. - Foto Syarafiq Abd Samad

"Mangsa kelima, Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian jam 12.15 tengah malam tadi,"


http://www.bharian.com.my/node/261303
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 08:42 AM.


Copyright ©2000 - 2017, Jelsoft Enterprises Ltd.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you