“Dari situ, saya mula menulis pada akhir tahun 2007. Namun isteri saya, Noor Malawati Awang telah sarankan saya untuk menulis ayat-ayat al-Quran menggunakan komputer agar tulisan tersebut nampak lebih cantik dan boleh dikongsi dengan orang lain.”
Pada bulan Januari 2008, Muhammad Nazir dengan kerjasama abangnya, Ustaz Mohammad Najib, guru agama dan tahfiz dari Bukit Mertajam dan adik iparnya, Kamal Rul Ariffin Awang yang mahir dalam bidang komputer serta rakannya, Mohd Azim Sardan yang mahir dalam tulisan Jawi, telah berusaha menghasilkan buku berjudul Terjemahan Muqaddam Juz Amma.
Usaha membukukan hasil penulisan tersebut mengambil masa hampir setahun, sehinggalah mendapatkan kelulusan perakuan betul pruf daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Muhammad Nazir kemudiannya menghubungi syarikat penerbitan buku Alaf 21 melalui saranan seorang rakan sekerjanya, Mohd Karimi.
Bermula dari situ, buku Terjemahan Muqaddam Juz Amma secara Lafziyah Melayu-Inggeris – Jawi berserta tajwid akhirnya berjaya diterbitkan oleh Karya Bestari pada pertengahan Jun
Bapa kepada dua anak memberitahu, niat awalnya menghasilkan buku tersebut untuk berkongsi kebaikan dengan orang ramai. Ada dua syarat untuk mengaji dengan baik, iaitu dari segi tajwid dan kaedah berhenti dan sambung bacaan ayat al-Quran tersebut.
“Bagi mereka yang kurang mahir berbahasa Arab boleh mendapatkan buku tersebut yang ada menyediakan terjemah ayat ke ayat dan perkataan ke perkataan dari tulisan Melayu, Inggeris dan Jawi.