Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #61  
Old 19-03-2017, 11:21 PM
oldtbone oldtbone is offline
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 7,524
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 426
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, sekumpulan lapan kanak-kanak berusia sembilan tahun hingga 12 tahun sedang menangguk ikan di Sungai SKC dihanyutkan arus deras akibat hujan.
logiklah kalo drg menangguk dlm longkang tu dan lemas.
mula kes ni dulu kata mancing..pelik gak mancing di tebing boleh lemas.
apapun takziah buat keluarga mangsa semoga tabah menghadapi ujian seperti ni..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #62  
Old 20-03-2017, 03:50 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,124
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9171
Active Level
My Mood:
Default

Rakan turut serta operasi SAR


Abang seorang mangsa lemas, Muhammad Afiq (duduk tiga dari kiri) bersama rakan-rakannya, berehat selepas kepenatan mencari adiknya Muhammad Aiman. - Foto AMIR ABD HAMID

Bukit Beruntung: Demi persahabatan dan rasa tanggungjawab, sekumpulan pelajar menubuhkan kumpulan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) rakan mereka, tujuh pelajar yang lemas di Sungai SKC di sini, hujung minggu lalu.

Malah ada antara mereka sanggup bermalam dalam lori Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang ditempatkan di markas SAR.

Seorang daripadanya, Muhammad Alief Aikal Khuzailan, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bunga Raya 1, berkata mereka dibahagikan kepada dibahagikan tiga kumpulan dengan 10 orang setiap kumpulan.

"Setiap kumpulan ada anggota SAR sebagai ketua dan memantau supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Menurutnya, mereka sebagai rakan, tidak menghiraukan penat dan kesukaran mengharungi tebing sungai kerana amat bersimpati dengan tragedi itu.

Lebih-lebih lagi katanya, dia secara peribadi berkawan rapat dengan Muhammad Afiq Kamarul, 21, iaitu abang seorang mangsa, Muhammad Aiman Kamarul, 12, yang mayatnya ditemui semalam.

Seorang lagi anggota kumpulan itu, Muhammad Shariman Sharum, 16, berkata ini kali kedua dia mengikuti mencari mangsa lemas di Sungai SKC.

“Januari lalu ada juga kes lemas membabitkan pemancing dewasa.

“Ketika itu saya ikut bapa, Sharum Mohd Sahan, 50, mencari mangsa yang hilang itu.

“Hanya kali ini, perasaan berbeza kerana membabitkan rakan di kejiranan saya," katanya.


http://www.hmetro.com.my/node/214955
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #63  
Old 20-03-2017, 03:53 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 24,439
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 954
Active Level
My Mood:
Default

di Sungai SKC ni rupanya dah ada kejadian org lemas sebelum ni, pada Januari dulu membabitkan pemancing dewasa...
Reply With Quote
  #64  
Old 20-03-2017, 11:55 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,124
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9171
Active Level
My Mood:
Default

Kepala air boleh dikesan awal

Kuala Lumpur: Bunyi deruan air yang kuat, sampah sarap, pasir atau batu yang hanyut dengan deras antara tanda-tanda awal berlakunya fenomena kepala air.


Ketua Pengurusan Operasi dan Menyelamat Balai Bomba Kuala Lumpur Shamsul Maarif Saibani berkata, kehadiran kepala air mampu disedari lebih awal dengan pandangan mata kasar sekiranya kedudukan seseorang itu jauh dari punca kepala air itu terbentuk.

Menurutnya, kepala air berasal daripada satu kumpulan air yang terbentuk apabila laluan air berkenaan disekat oleh mana-mana objek termasuk kayu balak, ranting kayu mahupun batu sungai.

“Namun, jika penghadang laluan ini pecah, kumpulan air ini akan turun ke bawah dengan kadar yang sangat laju. Pembentukan air inilah yang dipanggil sebagai kepala air,” katanya.

Menurutnya, terdapat tiga tanda awal yang boleh dikesan oleh orang awam ketika mandi di kawasan air terjun mahupun sungai.

“Paling awal adalah serpihan sampah sarap yang mengalir laju secara tiba-tiba. Jika kepala air ini pecah, maka sampah, daun kering ataupun ranting kayu akan terlebih dahulu ditolak oleh arus. Jika tanda-tanda ini kelihatan, segeralah melihat keadaan sekeliling,”katanya.

Menurutnya, tanda kedua adalah pasir sungai yang bergerak di dalam permukaan air.

“Jika kita sedang duduk atau menyelam, kita akan rasa pasir sungai tiba-tiba bergerak laju dan jika kepala air itu dalam skala yang besar berkemungkinan batu-batu kecil juga turut bergerak.

“Ketiga pula adalah bunyi deruan air yang kuat. Semakin dekat kepala air itu, semakin kuatlah bunyi deruan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, jika tanda-tanda sebegini muncul, maka orang awam dinasihatkan supaya menyelamatkan diri dan ahli keluarga terlebih dulu kerana kepala air ini turun dengan laju hanya dalam beberapa saat.

Ditanya berhubung tindakan pihak bomba jika berlakunya kejadian lemas membabitkan fenomena kepala air, beliau berkata, bomba terlebih dahulu akan mengenal pasti keadaan lokasi kejadian.

Menurutnya, aset seperti bot amfibia, bot besi atau jet ski akan digunakan sekiranya lokasi kejadian agak lapang dan terbuka luas.

“Namun sekiranya lokasi terbabit agak sempit dan terhad, kita akan gunakan sepenuhnya tenaga anggota bomba yang menjalankan pencarian mengikut tebing serta menyelam. Selain itu kayak juga akan diguna pakai,” katanya ketika ditemui di Balai Bomba Jalan Hang Tuah, di sini.

Menurutnya, bersempena musim cuti sekolah yang bermula hari ini, beliau turut meminta ibu bapa supaya sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak.

“Jika mahu ke bermandi manda di sungai dan laut, lihatlah dulu cuaca pada hari itu. Malah sentiasalah menyemak ramalan kaji cuaca bagi memastikan percutian itu berjalan lancar,” katanya.




http://www.hmetro.com.my/node/214999
Reply With Quote
  #65  
Old 20-03-2017, 11:59 PM
Kbyne Kbyne is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2011
Location: KL
Posts: 8,182
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 64
Active Level
My Mood:
Default

Sedih tak terhingga...
Pilu anak kesayangan hilang dgn tiba tiba...

Takziah utk semua keluarga malang...
Reply With Quote
  #66  
Old 21-03-2017, 07:09 AM
sansorrow sansorrow is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2011
Posts: 5,322
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 29
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post
a'ah, alhamdulillah
ade jugak org yg tgk dan membantu
__________________
..................................................

https://www.myfxbook.com/members/San...rrowfx/1780210

..................................................
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump