BTC USD 63,532.7 Gold USD 2,383.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Aku Tak Layak Kerja Kerajaan

2618918

Active+ Member
gem
Messages
4,224
Joined
Aug 8, 2012
Messages
4,224
Reaction score
2,627
Points
171
Awards
1
1. Bila orang dapat tahu aku behenti kerja kerajaan, spontan mereka tercengang macam nampak hantu. Terkelip-kelip biji mata, berkerut dahi, ada yang sampai batuk tersedak. Mungkin inilah penangan rasukan tahyul dan syirik kebergantungan rezeki pada sektor awam semata-mata.

2. Ramai juga yang skeptikal, menolak rezeki tak reti bersyukur katanya. Tak hargai jasa ibubapa, mendidik mengasuh dan hantar belajar ke serata alam.Tak kurang juga ada yang nak korek lubang bisnes, kononnya aku berhenti kerja sebab bisnes berjuta.

3. Aku berhenti sebab aku rasa aku tak layak untuk kerja dengan kerajaan. Aku rasa ramai lagi yang lebih layak dan lebih memerlukan kerja tu berbanding aku. Niat sedekah, relakan pergi, janji tuhan semat dalam hati.

4. Aku rasa tak layak kerana ada orang lain yang lebih layak dan memerlukan kerja ini. Orang ini adalah insan-insan yang akan memudharatkan diri sendiri, anak bini dan keluarga sekiranya mereka tak berjaya dapatkan pekerjaan dalam sektor awam.

5. Golongan ini mungkin berdepan risiko kebuluran atau dihambat keluar dari rumah sewa mereka kerana tak punyai punca pendapatan. Mereka juga berdepan dengan ancaman keruntuhan institusi rumahtangga di sebalik kecaman masyarakat kolot, maaf cakap Melayu khususnya.

6. Terdapat juga satu golongan yang lebih layak mendapat kerja ini, kerana apabila ketidakmampuan mereka untuk buat LOAN membuatkan mereka dipandang hina ahli keluarga yang lain serta masyarakat.

7. Situasi diskriminasi kewangan ini akan menjurus kepada “severe depression” yang sekiranya berlarutan akan menyebabkan berlakunya kes bunuh diri. Maka aku rela tempat aku diambil alih oleh mereka ini.

8. Ada pula satu golongan, andai mereka tak dapat kerja kerajaan, mereka akan cenderung mencelakakan takdir tuhan. Mereka tanpa segan silu mengungkit-ungkit ujian tuhan. Aku rasa mereka lebih berhak untuk dapatkan kerja ini.

9. Aku tak mampu mengikhlaskan diri untuk menyumbang harta dari punca pendapatan penjawat awam ke jalan yang diredhai tuhan.

10. Aku juga tak mampu bertekad memerangi kepentingan peribadi aku dalam bekerja demi menjaga kepentingan awam. Sepertimana orang lain yang lebih layak, mereka bekerja 10 kali lebih tekun dari aku.

11. Siang mereka dipenuhi dedikasi kerja tanpa henti. Malam pula mereka mengalirkan air mata memohon ampun kepada Allah agar diberkati gaji mereka.

12. Mereka gelisah dikatil memikirkan andai tersalah laku mereka menzalimi amanah yang diberikan rakyat. Maka aku relakan jawatan aku diganti oleh mereka.

13. Aku langsung tak layak untuk kerja ini jika dibandingkan dengan saudara kita yang setiap kali bonus tahunannya digunakan untuk menjamu anak yatim dan faqir miskin.

14. Mereka ini sentiasa berusaha mengelak dari membelanjakan pendapatan ke jalan yang sia-sia. Berlawan dengan aku yang ini yang nak sedekah seringgit dua pun rasa macam tapak tangan tertusuk duri.

15. Aku buat kesimpulan, aku rela berhenti untuk mendahulukan mereka-mereka yang lebih memerlukan ini.

16. Kini, walaupun bisnes aku dah hancur tunggang terbalik, kerja tak tentu arah siang malam. Tanpa jalan yang berliku dulu, aku tak akan berada di sini hari ini.

17. Aku doakan semua orang, tak kira kerja kerajaan ataupun kerja sendiri atau private company, semoga anda jumpa apa yang sebenarnya anda cari, selain dari duit. Siapalah aku.
 
Sponsored Post

gaji gomen zaman 90an dulu kalau ijazah 1500 baik kerja kilanglah.
lepas ramai orang kerja gomen walaupun gaji kecik dituduh macam-macam pulak pakai kabel lah,ada genglah.

seriusly bangsa sendirilah bangsa yang paling susah nak faham.semua salah.semua cari buruk aje:))

kerja salah.makan salah.berak salah.lepak kedai mamak salah.makan biskut salah.korek telinga salah.
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register