BTC USD 62,922.7 Gold USD 2,381.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beli Mahal Jual Mahal, Beli Murah Jual Murah. Mana Lebih Untung?

whizzkid

Fun Poster
Messages
704
Joined
Mar 31, 2009
Messages
704
Reaction score
30
Points
20
Beli mahal jual mahal, beli murah jual murah..

Mana satu lebih untung?

Sebelum saya kupas lebih lanjut, perlu difahami harga jualan (We Sell) emas sesebuah syarikat disandarkan pada harga spot dunia. Ada syarikat yang meletakkan 15% daripada harga spot, ada yang 10% dan ada juga 5%. Nilai peratus ini dinamakan premium.

Harga yang anda bayar adalah bukan harga sebenar emas, harga yang sebenar adalah pada harga spot. Jika anda membeli emas daripada syarikat yang meletakkan premium 15% daripada harga spot, maka anda telah membeli dengan harga yang 15% lebih tinggi daripada harga sebenar, dan begitu juga yang lain-lain.

Jadi, dalam kes di atas, dengan membeli emas yang lebih murah (hampir dengan harga spot), anda sebenarnya telah untung pada pembelian pertama lagi.

Dengan modal RM yang sama, anda akan mendapat berat emas yang lebih dengan membeli harga yang murah. Anda juga masih ada balance di tangan jika membeli emas yang mempunyai berat dan purity yang sama.

Semakin dekat harga jualan dengan harga spot, semakin untung yang anda perolehi. Kalau dapat harga below spot bertambah-tambah untung.

OK, habis cerita mengenai harga beli. Pembeli harga murah telah membuat untung pada pembelian pertama lagi.

Bagaimana pula semasa menjual?

Untuk memudahkan melihat keuntungan emas, ianya perlu dikira dalam peratus (%), bukannya dalam RM. Ini kerana kadar kenaikan emas dilihat dalam nilaian peratus.

Kita tidak tahu bila kita akan menjual, dan berapa lama tempoh yang kita akan simpan tersebut.

Di pihak syarikat pula, kita juga tidak tahu sampai bila premium mereka dikekalkan. Bagi yang meletakkan premium yang tinggi, kemungkinanan untuk mereka menurunkan nilai premium adalah amat tinggi bila mana ada pesaing yang menjual harga yang lebih rendah.

Jika ini terjadi, pembeli terdahulu akan terasa kerugian yang amat besar sekali. Ini kerana, harga emas yang sepatutnya mahal sudah menjadi murah kerana nilai premium dikurangkan.

Jika syarikat yang menjual harga murah menaikkan premium tidak akan menjadi masalah kepada pembeli terdahulu kerana bila ini terjadi, mereka akan bertambah-tambah untung. Kemungkinan untuk syarikat yang menjual murah menurunkan harga amat tipis kerana margin yang mereka perolehi sudah terlalu rendah, jika direndahkan lagi, kos operasi akan bermasalah.


Untuk melihat dengan lebih jelas, boleh lihat calculation dibawah:

Tarikh : 8 Ogos 2011
Harga Spot : RM160
Harga We Sell & Premium Syarikat A : RM184 (Premium 15%)
Harga We Sell & Premium Syarikat B : RM168 (Premium 5%)


Kita andaikan setelah 1 tahun seterusnya, kenaikan harga emas adalah sebanyak 25%.

Tarikh : 8 Ogos 2012
Harga Spot : RM200 (naik 25% daripada 8/8/2011)
Harga We Sell & Premium Syarikat A : RM230 (Premium 15%)
Harga We Sell & Premium Syarikat B : RM210 (Premium 5%)

Peratus keuntungan
Syarikat A : [(230-184)/184]X 100 = 25%.
Syarikat B : [(210-168)/168 X 100 = 25%.

Jika premium kedua-dua syarikat tidak berubah, keuntungan semasa menjual adalah sama iaitu 25%. Namun, pembeli syarikat B lebih untung kerana beliau untung semasa membeli dan menjual.

OK, kita lihat pula apa bila premium berubah.

Andaikata premium syarikat A direndahkan sebanyak 7% bagi menyaingi syarikat B,dan menjadi 8%. Manakala syarikat B mengekalkan premiumnya yang sememangnya sudah rendah. Kalau premium direndahkan lagi, kos operasi tak dapat nak cover.

Tarikh : 8 Ogos 2012
Harga Spot : RM200 (naik 25% daripada 8/8/2011)
Harga We Sell & Premium Syarikat A : RM216 (Premium 8%)
Harga We Sell & Premium Syarikat B : RM210 (Premium 5%)


Peratus keuntungan
Syarikat A : [(216-184)/184]X 100 = 17.4%.
Syarikat B : [(210-168)/168 X 100 = 25%.

25-17.4=7.6.

WOW! Beza 7.6%! Banyak Tuuuu!

Kalau premium syarikat B ditinggikan, tak perlu saya nak huraikan sebab lagi la untung kepada pembeli terdahulu. Kalau direndahkan pon, maximum yang direndahkan hanya 2%. Dan ini masih jauh lebih untung daripada syarikat A yang mana premiumnya direndahkan sebanyak 7%.

Kesimpulannya, beli mahal jual mahal tak bermakna anda lagi untung dari beli murah. Ini kerana, pihak syarikat berhak menaik dan menurunkan harga mereka sesuka hati.

P/S: Pos ini tidak ada kena mengena dengan mana2 individu yang masih hidup atau mati, atau bagi sayarikat yang masih beroperasi atau sudah bankrupt. Hanya sekadar penjelasan bagi yang masih pening dalam membuat pilihan.




Salam.. Ada yang tanya saya mengenai sama ada Sri Ayu Gold Bar keluaran syarikat kami tulen atau tidak..Adakah akan mendapat berat seperti yang dinyatakan dan purity 24K/999.9..

Di sini, saya attach resit salah seorang customer kami yang telah memajak Gold Bar kami di Ar-rahnu Agro Bank.

SAM_0526.jpg


SriAyu_GoldBar1.png




Anda juga boleh baca testimoni lain mengenai ketulenan emas kami di blog salah seorang pelanggan kami di bawah....

http://kijangemascoin.blogspot.com/2011/04/sri-ayu-fine-gold.html


Sedikit Latar Belakang Mengenai Syarikat Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd.

Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd. merupakan salah satu rangkaian Kedai Emas Sri Ayu yang telah bertapak hampir 20 tahun di pantai timur. Syarikat ini ditubuhkan bagi tujuan pemasaran Dinar Emas Mekah, Sri Ayu Gold Bar, dan yang terbaru Barang Kemas 999. Kedai Emas Sri Ayu mempunyai beberapa cawangan di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, dan Kedah. Dalam tempoh 20 tahun ini, barang kemas 916 menjadi produk utama Sri Ayu.






Layari website http://www.pelaburan-emas.com/ & http://sriayu.com/ untuk keterangan produk, harga terkini & senarai dealer..
 
Last edited:
Sponsored Post

Terbaik TT.. Upgrade .. Persaingan sihat ..

Thanx for support!

mantap bro.rege pn mebeles :)paid

Boleh la tambah koleksi lagi pasni bro.. hehe

ya.. Terbaik TT..

dah puas mengadap forum...last2 ini menjadi Pojaan hatiku....

Thanx coz support kami. :)cgrock


TT emas Sri Ayu ni diperoleh dari mana?kilang org islam jg ke.klu ya bagus jg makin bnyk pilihan buat pembeli utk membeli di sykt org islam sndr.

100% keluaran bumiputra Melayu Islam tuan.. :)cgrock
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register