Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 5,329
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 16,046
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 21,834
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 08-07-2017, 02:26 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Super Active

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT INSTAFOREX 1.3 PIPS
Posts: 6,115
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1018
Dislikes (Received): 6
Active Level
Default [OPS NODA]Urutan sedap 'pusat kesihatan'


FOTO PDRM

SERAMAI 20 wanita warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga di enam buah premis ditahan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman, di sekitar kawasan Brickfields dan Wangsa Maju, semalam.

Mereka ditahan dalam serbuan serentak pada jam 9.30 malam semalam melalui Ops Noda di kedai kecantikan dan pusat refleksologi, yang menawarkan perkhidmatan seks oleh wanita warga asing.


Pegawai Operasi STAGG, Superintendan Mohd Shukri Abdullah, berkata pihaknya menahan 10 wanita warga Filipina, masing-masing empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China, berusia 20 hingga 38 tahun, yang bekerja sebagai tukang urut.

"Mereka dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar RM150 hingga RM200 setiap satu jam. "Perkhidmatan tukang urut ini juga boleh ditempah menggunakan aplikasi Wechat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...-asing-dicekup

Quote:
Pesawat Airbus C295 singgah Malaysia


sebahagian wanita warga asing ditahan dalam Op Noda di sekitar Brickfields dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 8 Julai – Mena*warkan tempahan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat.

Itulah modus operandi beberapa rumah urut di sekitar Lembah Klang bagi mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar selepas Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman menggempur enam buah pre*mis dalam serbuan serentak menerusi Op Noda di sekitar kawasan Brickfields dan Wangsa Maju.


Sebanyak 20 warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam premis kecantikan dan pusat refleksologi itu.
Advertisement

Pegawai Operasi STAGG, Superintenden Mohd. Shukri Abdullah berkata, kesemua ditahan berusia antara 20 tahun hingga 38 tahun yang terdiri daripada 10 wanita warga Fi*lipina, empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China.

“Mereka dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar RM150 hingga RM200 setiap satu jam. Perkhid*matan tukang urut ini juga boleh ditempah menggunakan aplikasi WeChat.

“Enam lelaki warga tempatan berusia lingkungan 35 tahun hingga 45 tahun turut ditahan kerana menjaga dan bekerja di premis terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu menurut Mohd. Shukri, premis terbabit turut menggunakan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu masuk khas yang menggunakan alat kawalan jauh bagi tujuan pengawasan kehadiran polis, selain me*nyukarkan polis ketika serbuan dibuat.

“Pihak polis turut merampas wang tunai, salinan lesen perniagaan, buku catatan perniagaan serta beberapa peralatan yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan seks seperti tuala, kondom dan tisu,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz4mTnrXOjM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote:
Kawal pintu masuk

Kuala Lumpur: Sistem sensor dan alat kawalan jauh diguna pakai bagi mengawal pintu masuk khas ke sebuah premis pusat refleksologi yang menawarkan perkhidmatan seks wanita warga asing.

Itu antara langkah keselamatan digunakan sindiket pelacuran selain memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan premis.

Taktik digunakan enam premis di Brickfields dan Wangsa Maju, di sini, bagaimanapun gagal menghalang anggota Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman menyerbu premis itu serentak jam 9.30 malam kelmarin.


Hasilnya, seramai 20 wanita warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga dicekup dalam operasi itu.

Pegawai Operasi STAGG, Superintendan Mohd Shukri Abdullah berkata, pihaknya menahan 10 wanita warga Filipina, masing-masing empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China berusia 20 hingga 38 tahun yang bekerja sebagai tukang urut.

“Mereka dipercayai menawarkan khidmat seks pada harga antara RM150 hingga RM200 sejam.

“Perkhidmatan tukang urut ini juga boleh ditempah menggunakan aplikasi WeChat,” katanya semalam.

Mohd Shukri berkata, enam lelaki tempatan berusia 35 tahun hingga 45 tahun turut ditahan kerana menjaga dan bekerja di premis maksiat itu.

“Premis terbabit menggunakan sistem CCTV dan pintu masuk khas yang menggunakan alat kawalan jauh bagi tujuan pengawasan kehadiran polis selain menyukarkan polis ketika serbuan dilakukan.

“Kami juga menemui wang tunai, salinan lesen perniagaan, buku catatan perniagaan serta beberapa peralatan yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan seks seperti tuala, kondom dan tisu,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2...al-pintu-masuk
News 13/7/2017

Quote:
STAGG selamatkan 19 hamba seks warga asing


PENGAWAI daripada Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman memeriksa bilik yang dijadikan tempat 'kurungan' wanita warga asing yang dieksploitasi menjadi pekerja seks dalam serbuan di sebuah pusat urut di bandar raya ini, malam tadi. - Foto Mohd Fahmi Mohd Yusof

JOHOR BAHRU: Seramai 19 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) diselamatkan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman, dalam serbuan serentak di tujuh premis pelacuran di bandar raya ini, malam tadi. Ketua operasi, Superintendan Mohd Shokri Abdullah, berkata dalam serbuan Op Noda bermula jam 7.50 malam itu, polis turut menahan 36 GRO warga asing dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

"Keseluruhan serbuan polis memeriksa 55 wanita warga asing terdiri daripada warga negara China, Vietnam dan Thailand, manakala kita berjaya menyelamatkan 19 wanita berusia antara 23 hingga 35 tahun. "Hasil risikan mendapati modus operandi digunakan premis adalah pelanggan boleh memilih GRO menggunakan aplikasi WeChat dengan bayaran antara RM150 hingga RM250," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Mohd Shokri berkata, operasi dijalankan STAGG Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor membabitkan kekuatan 15 pegawai dan 30 anggota. "Semua wanita yang diselamatkan sebelum ini dijanjikan pekerjaan sebagai tukang urut oleh majikan, namun dieksploitasi sebagai pekerja seks dan dikurung oleh majikan mereka.

"Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Akta Imigresen," katanya. Mohd Shokri berkata, semua yang ditahan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan untuk tindakan selanjutnya.


PENGAWAI daripada Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman memeriksa bilik yang dijadikan tempat "kurungan" wanita warga asing yang dieksploitasi menjadi pekerja seks dalam serbuan di sebuah pusat urut di bandar raya ini, malam tadi. - Foto Mohd Fahmi Mohd Yusof
Quote:
Op Noda selamatkan 19 wanita


Anggota polis memeriksa dokumen wanita asing yang ditahan dalam Op Noda di tujuh premis sekitar Johor Bahru. - Foto Ihsan POLIS JOHOR

SERAMAI 19 wanita warga asing yang digunakan untuk perkhidmatan seks atau dijadikan tukang urut, diselamatkan polis dalam operasi di tujuh buah premis yang berselindung di sebalik kedai refleksologi atau pusat kecantikan sekitar Johor Bahru, semalam.

Op Noda oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor itu berjaya menyelamatkan 19 wanita warga asing berusia antara 20 hingga 35 tahun.


Ketua Operasi, Superintendan Mohd Shokri Abdullah berkata, dalam operasi bermula 7.45 malam itu, polis turut menahan 17 penjaga premis atau pekerja berusia antara 35 hingga 45 tahun selain tiga lelaki warga asing dan 44 wanita warga asing.

"Kita menahan dua lelaki warga China dan seorang Indonesia, manakala 21 wanita warga Vietnam, 18 warga China dan lima wanita Thailand yang semuanya berusia antara 20 hingga 38 tahun turut ditahan.

“Polis turut merampas pelbagai barangan, termasuk sembilan telefon, empat mesin mengira, jadual kerja, 28 tuala mandi, 10 minyak urut, 115 kondom, lima tisu, lima buku catatan perniagaan, lima alat kawalan jauh, lesen perniagaan dan wang tunai RM11,565," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55b dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor, Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 dan 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Operasi yang dijalankan itu membabitkan 17 pegawai dan 26 anggota polis.

Sumber:hmetro

Update #7

Quote:
Originally Posted by mazri_2008 View Post

Urutan sedap 'pusat kesihatan'



Kuala Lumpur: Iklankan nama ‘pusat kesihatan keluarga’ pada papan tanda kedai bagi tujuan penyamaran.

Itu antara taktik terbaru diguna pakai dua pusat kesihatan keluarga di Puchong, Selangor, yang dikesan menawarkan pakej khidmat seks kepada orang ramai.


Pakej ‘urutan sedap’ ditawarkan itu membabitkan wanita Thailand, Vietnam dan Indonesia yang ditawarkan pada harga sekitar RM180.

Bagaimanapun, bukan semua lelaki dibenarkan melanggan wanita terbabit berikutan hanya pelanggan tetap yang dibenarkan memasuki premis itu.

Malah, siasatan mendapati premis urut haram yang berselindung di sebalik pusat penjagaan kesihatan itu hanya memulakan perniagaan seawal 3 petang kelmarin, selain menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan yang boleh dipercayai.

Kegiatan tidak bermoral berkenaan ditumpaskan Jabatan Imigresen Putrajaya diketuai Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Mohammed Yuzaiman Ahmad yang melakukan intipan dan penyamaran bagi menyusup masuk ke dalam premis berkenaan.

Hmetro
Update #6

Quote:
Originally Posted by mazri_2008 View Post

Op Noda: Wanita mengandung antara 21 wanita ditahan


Kesemua wanita yang dKesemua wanita yang dipercayai bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan Op Noda dibawa ke IPD Manjung untuk siasatan lanjut. - Foto Sinar Harianipercayai bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan Op Noda dibawa ke IPD Manjung untuk siasatan lanjut. - Foto Sinar Harian

SITIAWAN - Seramai 21 wanita warga asing termasuk seorang wanita mengandung ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah restoran dalam ladang kelapa sawit di Pekan Gurney di sini, hari ini.

Operasi kira-kira jam 6.30 petang itu dijalankan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Negeri yang diketuai Pegawai Turusnya, Deputi Superintendan V Annadurai.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, kesemua individu yang berusia 20 hingga 35 tahun itu terdiri daripada 12 warga China, lapan warga Vietnam dan seorang warga Thailand.

"Berdasarkan siasatan mendapati wanita yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) mula berada dipremis berkenaan seawal jam 5 petang bagi mengaburi mata penguatkuasa.

"Ketika serbuan dijalankan, ada wanita cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal serta bersembunyi disebalik rak minuman keras," katanya.

Menurutnya, dua wanita tempatan dipercayai penjaga premis berusia 30-an turut ditahan untuk siasatan lanjut berikutan ia serbuan kedua membabitkan premis sama tahun ini.

"Mereka semua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1963 kerana tidak memiliki dokumen sah," katanya.




Update #5

Quote:
Originally Posted by mazri_2008 View Post

Khalid pertikai laporan JB jadi syurga pelanggan seks Singapura



KUALA LUMPUR: Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mempersoalkan laporan Johor Bahru kini menjadi tumpuan rakyat Singapura mendapatkan khidmat pelacur, dengan berkata kegiatan itu tidak mudah berkembang di Malaysia.

“Kalau di Singapura aktiviti pelacuran dibenarkan, kenapa rakyat mereka nak datang Johor? Di Singapura, lagi mudah nak cari pelacur, kenapa nak cari di tempat kita yang tidak membenarkan aktiviti tersebut.

“Saya juga tidak bersetuju dengan laporan itu,” katanya ketika hadir di majlis Hari Raya anjuran Bukit Aman di Jalan Tun Razak hari ini.

Akhbar The Star baru-baru ini memetik China Press yang melaporkan rakyat Singapura berduyun-duyun memasuki Johor Bahru untuk mendapatkan perkhidmatan pelacur pada setiap hujung minggu.

Laporan itu menyebut khidmat pelacur ditawarkan kebanyakannya oleh wanita Vietnam dan China dengan harga di antara RM80-RM150.

Khalid tidak menolak aktiviti pelacuran wujud di Malaysia, tetapi berkata polis sentiasa membuat pengawasan supaya ia tidak berleluasa.

“Memang ada aktiviti pelacuran sebab mana-mana tempat di dalam dunia ini wujud aktiviti itu, jadi kita kena kawal supaya tidak berleluasa,” katanya.

freemalaysiatoday
Update #4

Quote:
Originally Posted by mazri_2008 View Post

Kejutan dinihari di spa geli-geli



Kuala Lumpur: Permintaan tinggi daripada lelaki hidung belang menyebabkan sindiket pelacuran warga asing masih tidak serik untuk meneruskan perniagaan mereka meskipun Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan operasi saban hari.

Kelmarin, bermula jam 6.30 petang hingga 2.30 pagi, seramai 17 wanita warga asing ditahan di sebuah spa yang menawarkan perkhidmatan seks dan pusat hiburan.


Ketika serbuan diketuai Timbalan Penolong Pengarah JIM Putrajaya Mohd Yuzaiman Ahmad kira-kira jam 1.40 pagi di spa yang berselindung di sebalik pusat kesihatan eksekutif di Jalan Tiong Nam, ada pelacur warga asing dari Indonesia dan Vietnam yang kononnya tukang urut kesihatan bertauliah sedang menanti pelanggan manakala beberapa lagi leka memberi urutan batin kepada pelanggan.

Seorang wanita Vietnam yang dikesan mengurut pelanggan dalam keadaan bogel terkejut sebaik menerima kunjungan ‘pelanggan’ baru iaitu pegawai JIM.

Setiap wanita yang memberikan perkhidmatan seks selepas mengurut pelanggan menawarkan perkhidmatan mereka dengan bayaran RM130 hingga RM180.

Sementara itu, ketika serbuan dijalankan pusat hiburan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pula, tiga wanita Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan leka melayan lelaki yang minum minuman keras.

Semua wanita itu ditahan mengikut Perkara 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, manakala penjaga premis pula ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) akta sama.

Mereka antara 66 warga asing yang ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam Op Mega JIM.

Semua yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih, manakala rakyat tempatan yang ditahan atas kesalahan menggajikan pekerja asing pula diserahkan kepada Unit Siasatan JIM Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Hmetro
Update #3

Quote:
Originally Posted by mazri_2008 View Post

Op Noda serbu pusat urut, pub di Johor Bahru


Antra wanita asing yang ditahan dalam Op Noda di Johor Bharu, semalam. - Foto Ihsan PDRM

POLIS menyelamatkan 10 wanita warga asing yang disyaki dieksploitasi untuk tujuan seksual bekerja sebagai tukang urut dalam Op Noda di sekitar bandar raya Johor Bahru, Johor, semalam.


Lapan wanita warga Vietnam dan dua wanita China berusia antara 16 hingga 34 tahun itu ditahan dalam lima serbuan pusat urut dan satu serbuan di sebuah pub bermula 8 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam Op Noda dianggotai 10 pegawai dan 42 anggota JSJ negeri, pihaknya turut merampas beberapa barangan termasuk wang tunai RM7,760.

"Kita menahan sembilan lelaki yang juga penjaga premis berusia antara 28 hingga 55 tahun kerana didapati menjalankan kegiatan rumah urut dan pusat hiburan tanpa lesen yang sah.

"Malah, mereka disyaki menggaji pekerja asing tanpa permit, " katanya.

Menurutnya, tangkapan juga dibuat terhadap wanita yang bekerja sebagai tukang urut iaitu tujuh warga Thailand, 20 wanita Vietnam dan tiga wanita Indonesia berusia antara 18 hingga 28 tahun yang didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, turut ditahan 11 lelaki tempatan dan enam lelaki Singapura yang juga pelanggan premis berusia antara 23 tahun hingga 41 tahun, namun mereka dibebaskan selepas dirakam percakapan bagi membantu siasatan polis.

"Kita turut merampas 77 keping kondom, 27 botol minyak urut, 20 tuala dan lapan gulung tisu sebagai bahan bukti pendakwaan," katanya.

hmetro
Update #2

Quote:
Originally Posted by mazri_2008 View Post

‘Disyaki mangsa eksploitasi seks’



JOHOR BAHRU - Polis berjaya menyelamatkan 10 wanita asing terdiri daripada lapan warga Vietnam dan dua China menerusi Ops Noda dalam enam serbuan berasingan ke atas rumah urut dan pusat hiburan di sekitar bandar raya ini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kesemua mereka yang berumur 16 hingga 34 tahun itu disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang (Atip) kerana disyaki mangsa ekploitasi seks dengan bekerja sebagai tukang urut.

Menurutnya, polis turut menahan 30 wanita warga asing terdiri daripada rakyat Thailand, Vietnam dan Indonesia berusia antara 18 hingga 28 tahun yang bekerja sebagai tukang urut dan diambil tindakan di bawah Akta Imigresen.

“Sembilan lelaki yang juga penjaga premis berumur antara 28 hingga 55 tahun turut ditahan kerana menjalankan kegiatan rumah urut dan pusat hiburan tiada lesen perniagaan yang sah serta menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah dan disiasat di bawah Enakmen Hiburan Negeri Johor dan Akta Imigresen dan Akta Kerajaan Tempatan.

“Seramai 17 pelanggan lelaki termasuk enam warga Singapura berumur antara 23 tahun hingga 41 tahun turut dibawa balik dan dibebaskan setelah diambil rakaman percakapan mereka untuk membantu siasatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Azman berkata, seramai 36 pengunjung lelaki premis berkenaan termasuk tujuh warga China berumur antara 30 hingga 52 tahun turut diperiksa dalam operasi ini.

“Polis berjaya merampas wang tunai berjumlah RM7760,77 keping kondom,27 botol minyak urut, 20 helai tuala dan lapan gulung tisu sebagai bahan bukti pendakwaan.

“Kita akan terus buat serbuan, pemantauan dan pemeriksaan berterusan untuk banteras dan membendung semua gejala tidak sihat yang mengganggu gugat ketenteraman awam negeri Johor khasnya yang menyakitkan mata dan hati masyarakat amnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi tempoh kajian Januari hingga Jun lepas, lebih 600 pemeriksaan dan serbuan di bawah Ops Noda melibatkan lebih 400 kes telah di tuduh dan dihadapkan ke mahkamah.

“Kita akan teruskan tindakan secara berterusan dan mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan,” katanya.

SumbeR : sinarharian

Update #1

Quote:
Originally Posted by mazri_2008 View Post

18 wanita warga asing antara 24 ditahan di pusat urut


Seramai 18 wanita warga asing yang sedang lena mengurut pelanggan ditahan dalam sembilan serbuan di premis pusat urut di sekitar Puchong dan Subang Jaya.

SHAH ALAM - Seramai 18 wanita warga asing yang sedang lena mengurut pelanggan ditahan dalam sembilan serbuan di premis pusat urut di sekitar Puchong dan Subang Jaya di sini malam semalam.

Dalam operasi selama 3 jam bermula pukul 11 malam itu, turut menahan enam lelaki yang dipercayai pekerja premis dan pelanggan termasuk warga tempatan.

Kesemua yang ditahan berusia 22 hingga 52 tahun.


Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor, James Lee berkata, serbuan itu hasil risikan pihaknya selama tiga bulan terhadap kegiatan tidak bermoral yang dilakukan warga asing terbabit.

Katanya, semasa pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada mereka sedang mengurut pelanggan selain cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota imigresen.

"Kita telah memeriksa seramai 40 warga asing dan hasil 24 individu telah ditahan termasuk 18 wanita.

"Mereka melibatkan warga China, Vietnam, Thailand, Liberia, Myanmar dan Indonesia dan seorang warga tempatan," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Jelas beliau, kesemua warga asing itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.

"Sementara, lelaki warganegara tempatan yang ditahan telah dibawa ke pejabat Penguat kuasa Shah Alam untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis" katanya. K! ONLINE

Sumber : kosmo
Update #1

Quote:
Originally Posted by mazri_2008 View Post

9 pusat urut diserbu, 24 ditahan


Sepasukan Pegawai Penguatkuasa Imigresen Jabatan Imigresen Malaysia Selangor telah menyerbu 9 buah Pusat Urut di sekitar Puchong dan Subang Jaya. seramai 40 orang warga asing telah diperiksa dan hasilnya 24 orang telah ditangkap termasuk 3 daripada mereka dari persekitaran Bandar Puteri dan seorang warga tempatan. - Foto ihsan Imigresen

KUALA LUMPUR: Seramai 23 warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan susulan serbuan ke atas sembilan premis pusat urut di sekitar Puchong dan Subang Jaya dekat sini oleh Jabatan Imigresen Selangor, malam tadi. Dalam serbuan bermula jam 11 malam dan berakhir jam 1 pagi tadi itu, seramai 40 individu diperiksa dan daripada jumlah itu, 24 orang iaitu 18 wanita dan enam lelaki, ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.


Kesemua wanita yang ditangkap terdiri daripada 10 wanita warga China, Thailand (empat), Vietnam (tiga) serta seorang wanita warga Liberia, manakala tangkapan lelaki membabitkan tiga warga Myanmar dan masing-masing seorang warga Indonesia, Nigeria serta seorang lelaki tempatan.

Kesemua yang ditahan berusia antara 22 hingga 52 tahun. Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Selangor, James Lee, berkata ketika pemeriksaan dijalankan, kesemua wanita warga asing yang ditahan itu sedang melayan pelanggan yang datang ke pusat urut terbabit.

"Tangkapan lelaki membabitkan seorang warga tempatan itu yang bertindak sebagai penjaga di pusat-pusat urut yang diserbu. Kita tahan mereka atas kesalahan imigresen dan membantu siasatan. "Ketika serbuan, ada segelintir daripada mereka cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota imigresen," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, selain serbuan ke atas sembilan pusat urut berkenaan, Imigresen turut membuat pemeriksaan ke atas warga asing di sekitar Bandar Puteri, Puchong dengan tiga tangkapan dilakukan. "Kesemua warga asing terbabit ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah ke negara ini, selain menyalahgunakan pas lawatan.

"Seramai 17 ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah manakala selebihnya ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah guna pas," katanya lagi.

bharian
__________________
OPEN ACCOUNT INSTAFOREX HERE
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT @ DUIT SETIAP HARI + WELCOME BONUS 250%
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT

REBAT MASUK DALAM AKAUN| REBAT MASUK DALAM BANK|SENARAI BONUS

Last edited by mazri_2008; Yesterday at 01:11 PM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 10-07-2017, 01:21 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Super Active

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT INSTAFOREX 1.3 PIPS
Posts: 6,115
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1018
Dislikes (Received): 6
Active Level
Default

E-Kad disalahguna untuk tujuan pelacuran


JABATAN Imigresen Putrajaya menahan warga asing yang salahguna e-kad untuk aktiviti pelacuran.

Kuala Lumpur: E-Kad disalahguna untuk tujuan pelacuran. Itu yang dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya ketika membuat serbuan ke atas sebuah hotel bajet di ibu kota yang menjadi lokasi pelacur ‘freelance’ dan pondan untuk mencari wang dengan cara mudah.

Dalam operasi itu, seramai dua pondan dan seorang wanita Vietnam yang mencari pelanggan melalui Wechat dicekup pada jam 6 petang kelmarin.


Dalam operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah JIM Putrajaya Mohd Yuzaiman Ahmad bersama sembilan anggota mengesan wanita Vietnam yang mencari pelanggan melalui media sosial didapati berdaftar dalam sektor perkhidmatan dan mempunyai E-Kad yang sah.

Bagaimanapun, kad berkenaan disalahgunakan untuk tujuan pelacuran, manakala dua pondan itu warga Thailand memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial.

Kesalahan itu disiasat mengikut Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1959/1963, manakala siasatan ke atas dua pondan berkenaan dibuat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Susulan tangkapan di hotel bajet di Bukit Bintang itu, sebuah rumah urut di Sentul pula diserbu sebelum tiga wanita Vietnam dan masing-masing seorang dari Laos dan Filipina yang berselindung di sebalik rumah urut tradisional untuk menjalankan aktiviti pelacuran dicekup.

Turut ditahan, seorang lelaki tempatan yang menjadi penjaga premis atas kesalahan menggajikan pendatang asing tanpa izin.

Semua mereka berusia 20-an hingga 40-an yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2...e-kad-menyetan
__________________
OPEN ACCOUNT INSTAFOREX HERE
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT @ DUIT SETIAP HARI + WELCOME BONUS 250%
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT

REBAT MASUK DALAM AKAUN| REBAT MASUK DALAM BANK|SENARAI BONUS

Last edited by mazri_2008; 10-07-2017 at 05:45 PM..
Reply With Quote
Likes 1 Dislikes 0
 
  #3  
Old 10-07-2017, 01:32 PM
oldtbone oldtbone is online now
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: away from civilization
Posts: 6,093
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 207
Dislikes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

RM150 x 7jam sehari...masyuk. kalo yg 5minit k.o pn dikira 1jam gak ke mcm mana ye?
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 10-07-2017, 01:33 PM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 29,509
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 304
Dislikes (Received): 6
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

kat mana pun ada

tak kene cekup lagi ja
__________________
Dapatkan Info PERCUMA RAHSIA Kenikmatan SEKS Sebenar Lelaki Wanita Terbaik Malaysia
dan Dapatkan RAHSIA Komisyen Lebih RM1,000 ke Akaun Bank Anda
di
www.rahsiafirdaus.com

Sebarang Pertanyaan Hubungi Firdaus 016-4650338
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 10-07-2017, 01:38 PM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 24,853
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 172
Dislikes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

Pelacuran berleluasa di Malaysia pun masih ada kes buang anak.

Hairan sungguh.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #6  
Old 10-07-2017, 02:15 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 20,782
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 463
Dislikes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

hantar balik la diorang kat negara masing masing
pemantauan kat seluruh pelusuk negara tu biar la ketat dan telus..


dibimbangi berulang balik kegiatan pelacuran ni kalau takde penguatkuasaan yg ketat
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #7  
Old 10-07-2017, 05:41 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Super Active

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT INSTAFOREX 1.3 PIPS
Posts: 6,115
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1018
Dislikes (Received): 6
Active Level
Default

Tawar tempahan khidmat seks melalui WeChat


sebahagian wanita warga asing ditahan dalam Op Noda di sekitar Brickfields dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 8 Julai – Mena*warkan tempahan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat.

Itulah modus operandi beberapa rumah urut di sekitar Lembah Klang bagi mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar selepas Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman menggempur enam buah pre*mis dalam serbuan serentak menerusi Op Noda di sekitar kawasan Brickfields dan Wangsa Maju.


Sebanyak 20 warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam premis kecantikan dan pusat refleksologi itu.
Advertisement

Pegawai Operasi STAGG, Superintenden Mohd. Shukri Abdullah berkata, kesemua ditahan berusia antara 20 tahun hingga 38 tahun yang terdiri daripada 10 wanita warga Fi*lipina, empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China.

“Mereka dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar RM150 hingga RM200 setiap satu jam. Perkhid*matan tukang urut ini juga boleh ditempah menggunakan aplikasi WeChat.

“Enam lelaki warga tempatan berusia lingkungan 35 tahun hingga 45 tahun turut ditahan kerana menjaga dan bekerja di premis terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu menurut Mohd. Shukri, premis terbabit turut menggunakan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu masuk khas yang menggunakan alat kawalan jauh bagi tujuan pengawasan kehadiran polis, selain me*nyukarkan polis ketika serbuan dibuat.

“Pihak polis turut merampas wang tunai, salinan lesen perniagaan, buku catatan perniagaan serta beberapa peralatan yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan seks seperti tuala, kondom dan tisu,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz4mTnrXOjM
© Utusan Melayu (M) Bhd
__________________
OPEN ACCOUNT INSTAFOREX HERE
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT @ DUIT SETIAP HARI + WELCOME BONUS 250%
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT

REBAT MASUK DALAM AKAUN| REBAT MASUK DALAM BANK|SENARAI BONUS

Last edited by mazri_2008; 10-07-2017 at 05:44 PM..
Reply With Quote
Likes 1 Dislikes 0
 
  #9  
Old 10-07-2017, 06:12 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 20,782
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 463
Dislikes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Tawar tempahan khidmat seks melalui WeChat


KUALA LUMPUR 8 Julai – Mena*warkan tempahan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat.

Itulah modus operandi beberapa rumah urut di sekitar Lembah Klang bagi mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar selepas Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman menggempur enam buah pre*mis dalam serbuan serentak menerusi Op Noda di sekitar kawasan Brickfields dan Wangsa Maju.


Sebanyak 20 warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam premis kecantikan dan pusat refleksologi itu.
digempur pun pasni beroperasi balik, mcmana lahai...
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #10  
Old 10-07-2017, 06:17 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Super Active

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT INSTAFOREX 1.3 PIPS
Posts: 6,115
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1018
Dislikes (Received): 6
Active Level
Default

Kawal pintu masuk

Kuala Lumpur: Sistem sensor dan alat kawalan jauh diguna pakai bagi mengawal pintu masuk khas ke sebuah premis pusat refleksologi yang menawarkan perkhidmatan seks wanita warga asing.

Itu antara langkah keselamatan digunakan sindiket pelacuran selain memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan premis.

Taktik digunakan enam premis di Brickfields dan Wangsa Maju, di sini, bagaimanapun gagal menghalang anggota Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman menyerbu premis itu serentak jam 9.30 malam kelmarin.


Hasilnya, seramai 20 wanita warga asing disyaki pelacur dan enam pekerja serta penjaga dicekup dalam operasi itu.

Pegawai Operasi STAGG, Superintendan Mohd Shukri Abdullah berkata, pihaknya menahan 10 wanita warga Filipina, masing-masing empat warga Vietnam dan Thailand serta dua warga China berusia 20 hingga 38 tahun yang bekerja sebagai tukang urut.

“Mereka dipercayai menawarkan khidmat seks pada harga antara RM150 hingga RM200 sejam.

“Perkhidmatan tukang urut ini juga boleh ditempah menggunakan aplikasi WeChat,” katanya semalam.

Mohd Shukri berkata, enam lelaki tempatan berusia 35 tahun hingga 45 tahun turut ditahan kerana menjaga dan bekerja di premis maksiat itu.

“Premis terbabit menggunakan sistem CCTV dan pintu masuk khas yang menggunakan alat kawalan jauh bagi tujuan pengawasan kehadiran polis selain menyukarkan polis ketika serbuan dilakukan.

“Kami juga menemui wang tunai, salinan lesen perniagaan, buku catatan perniagaan serta beberapa peralatan yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan seks seperti tuala, kondom dan tisu,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2...al-pintu-masuk
__________________
OPEN ACCOUNT INSTAFOREX HERE
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT @ DUIT SETIAP HARI + WELCOME BONUS 250%
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT

REBAT MASUK DALAM AKAUN| REBAT MASUK DALAM BANK|SENARAI BONUS
Reply With Quote
Likes 1 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 02:33 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you