BTC USD 63,650.7 Gold USD 2,378.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)

kirana

Fun Poster
Messages
595
Joined
Mar 17, 2007
Messages
595
Reaction score
89
Points
30
Dlm bajet 2018 PM ada umumkan anak warganegara malaysia yg lahir antara Jan 2018 - Dec 2022 akan dihadiahkan unit Amanah Saham PNB yg baru sebanyak RM200

Moh bincangkan apa

-kebaikan
-keburukan
-apa rancangan korang utk unit saham ni utk anak korang samada nak keluarkan atau nak tambah & maintain gunakan akaun ni berbanding Amanah Saham Didik
 
Sponsored Post

ADAM50 dikaji semula

KERAJAAN akan mengkaji semula skim Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) berikutan bebanan kewangan yang dihadapi negara ketika ini.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dalam tempoh terdekat sama ada skim itu akan diteruskan atau sebaliknya.

“Saya akan berbincang dengan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) kerana ia membabitkan dana dan negara sedang berhadapan bebanan kewangan.

“Saya tidak boleh berjanji ia (ADAM50) diteruskan pelaksanaannya,” katanya pada sidang media selepas majlis Sambutan Hari Ibu dan Bapa peringkat Kebangsaan di Kangar, hari ini.

Sebelum ini, Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan bahawa ADAM50 bakal diteruskan mengikut perancangan asal bagi bayi yang lahir pada 1 Januari 2018 hingga lima tahun akan datang.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/352094/adam50-dikaji-semula
 
ADAM50 ditamatkan, atas alasan kurang sambutan

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Disebabkan kurang mendapat sambutan menggalakkan mendorong Permodalan Nasional Berhad (PNB) menghentikan Amanah Dana Anak Malaysia atau ADAM50 mulai 31 Disember 2018 selepas setahun ia dibuka kepada semua bayi yang lahir pada 2018.


Pengerusi PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, bagaimanapun pendaftaran dana itu untuk bayi yang dilahirkan pada 2018 dibuka sehingga 31 Mac 2019.

“Berdasarkan maklum balas, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar bagi program itu.

“Malah, peruntukkan kerajaan RM10 juta untuk program berkenaan juga sudah digunakan sepenuhnya,” katanya dalam pembentangan prestasi PNB bagi 2018 di sini hari ini.

ADAM50 diumumkan kerajaan BN sebelum ini di bawah Belanjawan 2018 khusus untuk setiap anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 sehingga 2022 dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/adam50-ditamatkan-kurang-sambutan-1.808713
 
Najib Razak
38 mins ·

Saya amat sedih dengan pengumuman kerajaan PH bahawa Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan dimansuhkan bermula tahun depan dengan menggunakan cerita dongeng PH hutang negara RM1 trilion sebagai alasan.

Di bawah ADAM50, bayi yang lahir mulai 1 Jan 2018 hingga 31 Dis 2022 akan menerima dana tabungan permulaan RM200 percuma menerusi unit ASB bagi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) utuk bukan Bumiputera.

(AS1M pun sudah dijenamakan semula kepada Amanah Saham Malaysia 3).

Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan selepas anak itu mencapai umur 18 tahun.

ADAM50 merupakan dana pertama dalam sejarah negara ini bertujuan untuk menggalakkan simpanan peribadi untuk ibu bapa muda.

Niat saya untuk mewujudkan ADAM50 ialah untuk galakkan minda rakyat supaya menyimpan untuk masa depan. Ramai orang kita yang tidak menjangka keperluan kita dan anak kita pada masa depan.

Bila dah ada akaun ASB atau AS1M, ibubapa boleh menyumbang berdikit-dikit dan lama-kelamaan ianya akan bertambah sehingga cukup untuk menampung keperluan kewangan apabila anak mereka masuk universiti,

Walaupun ibu bapa tidak tambah langsung, wang permulaan RM200 ini akan menjadi sekitar RM587, tapi kalau tambah RM10 sebulan ia akan meningkat kepada RM4,000 manakala RM50 sebulan akan jadi RM20,000 dan kalau RM100 akan jadi RM40,000 apabila umur anak ini cukup 18 tahun,

Satu lagi bantuan dan insentif yang baik untuk rakyat telah dimansuhkan oleh kerajaan PH.

Kalau tak suka nama ADAM50, boleh jenamakan semula kepada GuanEng50. Maszlee50 ke atau MatSabu50 pun boleh. Janganlah mansuh.
 
Alasan dangkal yang tak boleh diterima – KJ

KUALA LUMPUR – Inisiatif Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) yang diperkenalkan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu akan dihentikan akhir tahun ini mendapat pelbagai negatif.


Antaranya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan inisiatif itu sebenarnya memberi kesedaran masa hadapan tentang kepentingan membuat simpanan.

Kata Khairy, dengan cadangan pemansuhan kerana tidak mendapat sambutan sebenarnya sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Jelas bekas Ketua Pemuda UMNO itu, daripada memberikan alasan sedemikian, adalah lebih baik kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggunakan media khasnya dikuasai mereka untuk membuat promosi seadanya.

“Alasan pemansuhan kerana tidak mendapat sambutan tidak boleh diterima dan dangkal sungguh. Pakatan Harapan sepatutnya menggunakan media yang dikuasai mereka untuk membuat promosi. Ini satu inisiatif yang baru sahaja dilancarkan, kurang dari lapan bulan.

“Hendak kata PH tiada saluran untuk hebahan memang tidak logik. Sebenarnya kita selalu dengar tentang hebahan ADAM50 ini sebelum pilihan raya tetapi selepas kalah sudah tidak ada lagi.

“ADAM50 ada inisiatif yang memberi peluang serta kesesadaran tentang kepentingan menyimpan. Hampir 78 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai wang simpanan persaraan yang mencukupi menerusi KWSP.

“Sekurang-kurangnya melalui ADAM50, ibu bapa sudah boleh membuat perancangan buat anak-anak mereka, mengapa pula perlu dimansuhkan kerana tidak dapat sambutan,” katanya dalam laman sosial Twitter beliau sebentar tadi.

Semalam, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, keputusan menghentikan skim tersebut dibuat berikutan kurang mendapat sambutan.

Menurut Zeti, sejak dilancarkan 1 Januari lalu, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan sepanjang tahun ini mendaftar dengan program ini.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kekecewaan berhubung pemansuhan yang juga merupakan inisiatif beliau sendiri ketika masih menerajui negara.

Kata Najib dalam laman Facebook beliau semalam, skim itu yang mengambil kira kesusahan ibu bapa muda sebenarnya untuk membantu melakukan simpanan dari awal untuk anak-anak mereka.

“Satu lagi insentif untuk kebaikan dimansuhkan. Jika anda tidak suka dengan namanya, boleh dijenamakan semula.

“Boleh guna GuanEng50, Maszlee50 atau MatSabu50. Janganlah mansuh,” sindirnya.

ADAM50 merupakan program yang diperkenalkan kerajaan terdahulu dengan kerjasama PNB untuk semua bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200 untuk ADAM50, program ini bermatlamat menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru dilahirkan. -MalaysiaGazette

xMGF16112018_Bicara-Santai_07-681x454.jpg.pagespeed.ic.d_DVQa8VNs.webp
 
Ibu-ibu tanya, ADAM50 ada lagi ke?

image.jpeg

Nor Johana Johari (kiri) dan Nurul Hayati Mohd. Tohor bersama anak mereka yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN ONLINE/Mohd. Hafiz Abd. Mutalib

KANGAR 1 Jan. - Rata-rata ibu kepada bayi yang lahir pada hari pertama tahun ini tertanya-tanya sama ada insan kesayangan mereka itu masih menjadi antara penerima Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan kerajaan terdahulu.

Ibu, Nor Johana Johari, 30, berkata, dia tidak pasti sama ada bayi tahun baharu kali ini menerima ADAM50 atau sebaliknya selepas terdapat perkhabaran bahawa bantuan itu akan dimansuhkan.

Katanya, bantuan tersebut sepatutnya diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada bayi untuk simpanan masa depan mereka.

“Saya pun tak tahu, ingat ada lagi (ADAM50). Kawan-kawan saya yang melahirkan anak tahun lalu juga berpeluang menikmati bantuan simpanan sebanyak RM200 itu,” katanya yang melahirkan anak perempuan ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, hari ini.

Nor Johana Johari bersama anaknya yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis hari in

Nor Johana Johari bersama anaknya yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN ONLINE/Mohd. Hafiz Abd. Mutalib
Sebanyak empat bayi iaitu masing-masing dua lelaki dan perempuan selamat dilahirkan pada hari pertama tahun ini di HTF di sini.

Bayi pertama iaitu lelaki dilahirkan pukul 4.31 pagi diikuti seorang lagi bayi perempuan dilahirkan pada pukul 9.52 pagi dalam keadaan normal. Selepas itu, dua lagi bayi masing-masing seorang lelaki dan perempuan dilahirkan pukul 11.18 pagi dan 11.21 pagi ini.

Sementara itu, seorang lagi ibu, Nurul Hayati Mohd Tohor, 21, berkata, dia melahirkan anak sulung lelaki kira-kira pukul 4 pagi ini dalam keadaan normal.

Dia juga sependapat dengan rakan sebelah katilnya itu, bahawa ADAM50 perlu diteruskan kerana memberi manfaat besar kepada bayi baru lahir.

“Saya ingat anak pertama saya ini boleh rasa (ADAM50), tetapi tidak tahu lah masih ada atau tidak. Kalau mansuh, tidak sempat rasalah. ADAM50 baik untuk permulaan simpanan kanak-kanak,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr. Zeti Aziz memaklumkan bahawa ADAM50 dimansuh mulai 31 Disember 2018 selepas setahun ia dibuka kepada semua bayi yang lahir pada 2018.

Zeti dilaporkan berkata, berdasarkan maklum balas, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar bagi program itu dan peruntukkan kerajaan berjumlah RM10 juta untuk program berkenaan juga sudah digunakan sepenuhnya.

ADAM50 diumumkan kerajaan sebelum ini di bawah Belanjawan 2018 khusus untuk setiap anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 sehingga 2022 dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200.


http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perlis/ibu-tanya-adam50-ada-lagikah-tahun-ini-1.814023
 
Adam50 nie bagus... nanti 2050 ..anak2 dah tak perlu beegantung ptptn..

Terlintas jugak sebenarnya nak buat macam ni.

Ye la, kalau ada simpanan untuk anak2, bukan setakat boleh bayar yuran universiti; malah, dari dividen yang dijana tu, anak2 boleh guna untuk perbelanjaan harian, bayar sikit2 untuk sewa bilik, peralatan makmal dan selain nya.

Tak payah dah hutang dengan apa2 organisasi :(
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register