BTC USD 63,090.0 Gold USD 2,381.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Cadbury: Kenyataan baharu kelirukan pengguna

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SEREMBAN - Kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kedua-dua sampel coklat Cadbury bebas Asid Deoksiribonukliek (DNA) **** (porcine), mengelirukan pengguna Islam di negara ini.

Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (PPNS), Khairudin Yunus berkata, situasi yang berlaku sekarang ini tidak sepatutnya terjadi, berikutan ia melibatkan soal haram dan halal sesuatu makanan.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengesan penggunaan DNA **** dalam coklat terbabit, dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tambahnya, sebagai pakar dalam hal ini, pihak berkenaan perlu meneliti dan memastikan fakta diperoleh benar-benar sahih sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Pengguna kini semakin keliru dengan apa yang berlaku, sekejap kata sah ada DNA ****, sekejap kata bebas.

"Jabatan berkenaan seolah-olah tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam memastikan isu berkenaan benar-benar sahih atau sebaliknya.

“Sebagai pengguna sudah tentu kita akan keliru sekiranya terdapat fakta bercanggah, sehingga menyebabkan hilang keyakinan terhadap produk berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pihak berwajib perlu memberi penjelasan dengan telus dan jujur agar pengguna Islam tidak dianiaya dengan perbuatan yang tidak sepatutnya.

"Ke mana laporan asal yang dibuat KKM sebelum ini, yang mula-mula mengenal pasti produk berkenaan mengandungi DNA ****? Halalal toiyibah itu penting dalam setiap produk makanan yang dimaka bagi memastikan jiwa umat Islam tidak dinodai dengan benda-benda haram,” katanya.

Kata Khairudin, dengan situasi sekarang, pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli produk makanan yang dirasakan was-was tahap kebersihan dan pembuatannya.

Jelasnya, pengguna mempunyai banyak pilihan lain memandangkan di pasaran semasa sekarang ini terdapat pelbagai jenama coklat lain yang disahkan halal.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-cadbury-kenyataan-baharu-kelirukan-pengguna-1.286499
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register