BTC USD 62,633.2 Gold USD 2,383.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu lembu korban punyalah mahal, daging utk makan dgn family dapat sikit je

underscore

Legendary Member
gem
Messages
15,485
Top Poster #4
Joined
Sep 20, 2008
Messages
15,485
Reaction score
5,257
Points
486
Awards
1
Isu korban berulang lagi

Menjelang Aidiladha dan ibadah korban seperti biasa isu harga lembu mahal melebihi harga pasaran biasa diungkitkan. Serentak dengan itu bangkitlah para pengulas yang selalu allergic dengan institusi agama menuduh para penganjur ibadah korban sebagai berniaga atas nama agama.

Orang-orang masjid, imam dan ustaz sekali lagi menjadi sasaran kecaman yang hanya berasaskan pemikiran selapis.

Perkiraan mereka mudah.

Apabila menyertai ibadah korban di masjid hanya mendapat 5-6 kg daging katakan, yang sepatutnya berharga hanya RM 38.00 untuk daging paling baik seperti batang pinang atau top side.

Tetapi kenapa pihak masjid atau penganjur mengambil sehingga RM 700.00 atau 800.00 sebahagian.

Sepatutnya sekitar RM 300 sahaja. Ini sudah jadi lebih dua kali ganda!!!!

Ketahuilah bahawa jika anda menyertai program korban di masjid sebagai contohnya, lalu mendapat 5-6 kg daging itu sebenarnya adalah bahagian anda yang sudah 'bersih' untuk anda nikmati bersama-sama ahli keluarga.

Sementara itu mungkin sekitar 10 kg lagi telah diambil daripada bahagian anda keseluruhan untuk disedekahkan kepada masyarakat sekitar Qaryah anda. Bukankah tujuan utama korban itu untuk bersedekah?

Perkara kedua yang mungkin tidak ramai sedar ialah lembu atau haiwan yang hendak dikorbankan pada Aidil Adha mempunyai syarat-syarat sahnya.

Antaranya hendaklah haiwan yang telah cukup umur, tidak mempunyai kecacatan yang mengurangkan dagingnya, tidak menjelekkan pandangan walaupun ada kecacatan dan tidak terlalu kurus sehingga kekurangan dagingnya amat nyata.

Sementara itu haiwan yang hendak dijadikan makanan harian tidak mempunyai syarat-syarat sah yang ketat seperti lembu korban.

Lembu tidak cukup umur, patah kaki, kudung kaki, patah tanduk atau putus ekor sekalipun tidak menghalang ia disembelih secara sah dan halal untuk menjadi makanan harian.

Oleh itu jumlah lembu yang mencukupi syarat sebagai haiwan korban pastinya tidak cukup untuk digunakan serentak pada satu masa yang sama di seluruh negara. Terpaksalah para penganjur import lembu dari Thailand contohnya.

Maka harga menjadi lebih mahal daripada biasa. Boleh nampakkah semua urutan tersebut?

Oleh itu berusahalah untuk laksana korban, bukannya sibuk mengkritik di tepi jalan. Aidil Adha untuk laksanakan ibadah, bukan masa untuk berbual dan berbantah-bantah.

Korban hendaklah ikhlas bukan asyik kilas mengilas.
Buka minda lihat ke lapangan, bukan hanya sekadar menjadi 'keyboard warriors'.
 
Sponsored Post

Point pertama tu xleh guna.. Skiranya tanpa persetujuan org yang ambik bahagian, kita xleh pandai2 ambk bahagian dia.. Pastu agihkan.. Lain la dh bersetuju.. Nk ambk bahgian dia dn bagi kpd jong kongke pon xleh(jika niat bg upah)..

kena undi kot baru adil. Kalau tak semua nak bahagian elok2.

Nak sedap2 beli kat market lah. Macam2 pilihan daging ada. Korban ni utk sedekah je.
 
kena undi kot baru adil. Kalau tak semua nak bahagian elok2.

Nak sedap2 beli kat market lah. Macam2 pilihan daging ada. Korban ni utk sedekah je.

Tuan pernah join x ni? Baca gaya tulisan mcm x prnah je..
Semua bhgian tu di bahagi 7..ditimbang dn agih.. Bkn main pilih aku nk bhgian comey je..
Ye.. Sebaiknya sedekah..bkn utk sedekah je. Melainkan korban wajib.. Y korban wajib tu xleh mkn..
Isunya mmg lembu utk korban ni mahal ckit.. Point no 2 tu betol..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register