Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 2,110
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 11,063
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 19,874
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 18-01-2016, 08:00 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 105,778
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 3380
Active Level
My Mood:
Default Pelajar sekolah putus kedua-dua kaki digilis lori tanah

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Najib hadiahkan dram kepada Ecah





SUNGAI PANJANG – Hasrat Siti Nuraisyah Sahrin untuk memiliki set drum sendiri bukan sahaja menjadi kenyataan, tetapi lebih indah apabila ia dihadiahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Permintaan Siti Nuraisyah, 13, pelajar yang putus kedua-dua kakinya akibat digilis lori Januari lalu mendapat perhatian perdana menteri ketika mereka bertemu dalam satu majlis di Sungai Nibong, malam Jumaat lalu.

Dalam pertemuan itu, Siti Nuraisyah atau lebih senang disapa sebagai Ecah telah memberitahu perdana menteri bahawa dia meminati bidang muzik dan berhasrat untuk belajar bermain alat muzik, khususnya drum.

Ecah yang terharu menerima hadiah daripada perdana menteri itu menyimpan azam untuk mencuba sedaya upaya belajar bermain drum.

“Perdana menteri tanya betul ke saya nak main drum, saya kata ‘saya nak cuba’. Saya mesti buktikan saya boleh,” katanya.

Ecah yang meminati penyanyi Korea, Apink dan aktres tempatan, Janna Nick ini berkata, beliau tertarik dengan alat muzik drum selepas kagum melihat kemahiran peserta program Ceria All Stars, Nur Amira Syahira.

Pegawai kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Khairun Aseh, Abang Mohd Hafizi Abang Bongsu yang ditugaskan menghantar set alat muzik itu berkata, sebaik sahaja mendapat tahu Ecah mahu belajar drum, perdana menteri terus mengarahkan supaya satu set drum dihantar ke rumah Ecah pada Jumaat.

“Ecah kata dia nak cuba belajar main drum dan hari ini, mewakili perdana menteri kita hantar drum ini untuk memberi sokongan dan semangat kepada minatnya itu,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Maimunah Md Razalli, 48, berkata beliau tidak menyangka dalam jadualnya yang sibuk, perdana menteri tetap mengotakan janjinya kepada Ecah untuk menghantar satu set drum ke rumahnya pada Jumaat.

“Perdana Menteri memang menepati janjinya. Beliau kata nak hantar hari Jumaat, memang hari inilah drum yang dihadiahkan olehnya sampai ke rumah kami.

“Walau pun bukan beliau sendiri yang datang, saya amat berterima kasih kepadanya kerana telah merealisasikan permintaan Ecah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, Jumaat.

Maimunah berkata, Ecah telah lama menunjukkan minat dalam bidang muzik tetapi beliau atau suaminya, Roslan Sardi, tidak dapat memenuhi permintaan anaknya itu dengan membeli sebarang alat muzik.

“Ecah memang minat muzik. Bila Datuk Seri Najib tanya permintaannya, saya ingatkan dia akan kata piano, tetapi sebaliknya dia sebut drum.

“Saya dan suami tak pernah sekat minat anak-anak. Kalau Ecah minat nak belajar main drum, kami tak ada halangan,” katanya.

Katanya, pemberian perdana menteri itu tidak akan disia-siakan, justeru beliau bercadang menghantar Ecah ke kelas belajar bermain drum atau mengupah guru muzik untuk mengajar anaknya.

Malah, suaminya juga ada menyuarakan cadangan untuk membina sebuah bilik khas untuk Ecah bermain alat muzik tanpa mengganggu ahli keluarga lain atau jiran terdekat.


http://www.suara.tv/2016/06/17/ecah-...hkan-set-drum/
Quote:
Originally Posted by TT View Post
Hasrat Ecah mahu jumpa Najib ditunaikan


SABAK BERNAM 9 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbual dengan Siti Nuraisyah Sahrin, selepas menunaikan solat sunat terawih di Masjid Al Mukmin Taliair 12, Sungai Nibong sambil diperhatikan ibunya, Maimunah Md. Razalli, di sini malam tadi. - UTUSAN/MOHD. HAZLI HASSAN

SUNGAI BESAR 9 Jun - Ekoran berita yang mengatakan Siti Nuraisyah Sahrin, 13, atau lebih mesra dipanggil Ecah yang mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini, pemimpin utama negara itu melunaskan permintaannya walaupun mempunyai jadual yang padat.

Najib yang bergegas dari Putrajaya selepas menyampaikan anugerah Usahawan Gemilang Empower ECER di Perdana Putra, berjumpa dengan Ecah dalam satu majlis ringkas di Masjid Al Mukmin Taliair 12, Sungai Nibong sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat terawih.

Kesempatan itu diambil Ecah yang sebelum ini turut menerima sumbangan peribadi Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada pemimpin negara itu.

Najib sebelum itu bebuka bersama 2,000 penduduk di Masjid Ma’muniah Sungai Nipah bersama-sama calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi.

Januari lalu, Ecah kehilangan kedua-dua belah kakinya selepas terlibat dalam kemalangan digilis lori ketika membonceng motosikal kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, untuk ke sekolah.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasi....jiFeIGnr.dpuf
Quote:
Originally Posted by TT View Post
Keluarga upah pembantu, pemandu demi masa depan Ecah


Ecah gembira dapat bertemu rakan-rakannya di SMK Bagan Terap.

PETALING JAYA 21 Mac: Dua pembantu khas telah diupah bagi memastikan Siti Nuraisyah Sahrin, pelajar yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori dalam kejadian yang menimpanya pada 18 Januari lalu dapat meneruskan pembelajaran dan kehidupannya dengan selesa.

Bapa tiri kepada pelajar berusia 13 tahun itu, Roslan Sardi, 40, berkata beliau membuat keputusan mengupah seorang pembantu dan pemandu bagi menguruskan Siti Nuraisyah atau lebih mesra disapa Ecah selepas anaknya itu dibenarkan keluar dari hospital 4 Mac lalu.

"Buat masa sekarang memang saya beri tumpuan 100 peratus kepada Ecah, tapi dalam masa sebulan dua lagi saya akan sibuk dengan projek tanaman cili.

"Saya tengok buat masa ini Ecah belum sepenuhnya dapat sesuaikan diri dan perlukan pembantu untuk uruskan dirinya di sekolah dan di rumah, isteri saya pun sibuk uruskan keluarga dan anak-anak yang lain," katanya kepada mStar Online, Isnin.

Ecah kembali ke sekolah ditemani Roslan dan ibunya Maimunah Md Razali, 48, serta pembantunya, Salbiah Shafie pada Isnin setelah hampir dua bulan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akibat kemalangan yang menimpa dirinya.



Roslan (kanan) dan isterinya Maimunah (kiri) menemani Aisyah pada hari pertama persekolahannya selepas hampir dua bulan dirawat di hospital akibat kemalangan.

Roslan berkata, keputusannya itu dibuat selepas berunding dan mendapat nasihat daripada peguamnya.

Katanya, peguamnya telah membuat pengiraan dari segi upah bulanan yang wajar dibayar kepada pembantu dan pemandu yang diupah.

"Selepas mendapat nasihat peguam, saya minta bantuan Puteri Umno di kawasan saya untuk cari pembantu. Alhamdulillah mereka berjaya dapatkan seorang ibu tunggal untuk membantu keluarga saya menguruskan Ecah.

"Dia akan tinggal dengan kami buat masa ini dan diberikan cuti bila diperlukan. Bagi pemandu pula, dia akan menghantar dan menjemput Ecah di sekolah setiap hari," katanya.



Salbiah menolak kerusi roda Ecah di kawasan sekolahnya pada hari pertama persekolahan penggal ini, Isnin.

Roslan berkata, selepas peristiwa hitam itu, beliau dan isteri tidak lagi membenarkan Ecah dan anak-anak yang lain pergi ke sekolah menaiki motosikal.

Dalam kejadian itu, Ecah yang juga anak keempat daripada tujuh adik-beradik membonceng motosikal Honda EX5 ditunggang kakak tirinya, Syahmin Amira Roslan, 14, dan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.

Mengulas lanjut mengenai keputusan mengambil pembantu, Roslan berkata, beliau tidak melihatnya sebagai beban sebaliknya sebagai satu tanggungjawab yang secara tidak langsung memberikannya semangat untuk berkerja lebih kuat demi keluarga.

"Saya tak kesal dengan apa yang berlaku. Saya melihatnya dari sudut positif.

"Sekarang ni Ecah pun sudah kembali ke sekolah dan sebagai bapa, saya perlu teruskan tanggungjawab. Saya mahu maju ke hadapan dan tingkatkan pendapatan keluarga, termasuklah untuk membayar upah pembantu Ecah," katanya.

Mengenai hari pertama anaknya di sekolah, Roslan berkata, segala-galanya berjalan lancar apabila kedatangan Ecah disambut warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap pada perhimpunan Isnin pagi.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam, Mokhtar Manijo turut hadir dan memberikan cenderahati kepada Ecah.

"Saya amat berterima kasih kepada PPD Sabak Bernam, pihak sekolah dan guru-guru yang telah berusaha menyediakan kemudahan terbaik untuk anak saya menyambung semula pembelajarannya," katanya.


http://www.mstar.com.my/berita/berit...emandu-aisyah/
Quote:
Ecah kembali ke sekolah


WAJAH ceria Siti Nuraisyah Sahrin, 13 menghadiri perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, Sungai Panjang. - Foto Muhammad Sulaiman

SABAK BERNAM: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Bagan Terap, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua belah kaki akibat digilis lori pada 18 Januari lalu, kembali ke sekolah hari ini, selepas dua bulan menjalani rawatan.

Siti Nuraisyah yang lebih mesra disapa Ecah, kelihatan bersemangat dan gembira terutama dapat bertemu rakan dan guru selepas tidak bersekolah kerana menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akibat kemalangan itu.

Walaupun keadaannya tidak seperti rakan lain, Ecah berharap dia dapat belajar dengan baik demi masa depannya.

"Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya pada masa depan. Terima kasih kepada guru, rakan dan orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135714
Quote:
Ecah gembira dapat balik rumah


Siti Nuraisyah Sahrin dibantu orang ramai mengangkat kerusi rodanya sebaik sahaja tiba di rumahnya di Sabak Bernam, Selangor, semalam.

SABAK BERNAM 4 Mac – Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap yang putus kedua-dua belah kakinya akibat digilis lori pada 18 Januari lalu akhirnya pulang ke rumahnya di Kampung Parit 16, Sungai Panjang, di sini hari ini.

Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang terlantar selama 46 hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang itu dilihat menunjukkan riak wajah ceria apabila tiba di rumahnya kira-kira pukul 5.30 petang ini sambil ditemani bapa tirinya, Roslan Sardi, 40 dan ibunya, Maimunah Md. Razalli, 48.

Dia ketika ditemui hari ini hanya mampu menyatakan rasa gembiranya apabila ditanya keadaannya selain perasannya dapat pulang semula ke rumah.

Malah, dia turut menyatakan dirinya tidak sabar-sabar untuk memulakan persekolahan selain bertemu dengan rakan-rakannya yang dijangka dapat dilakukan dalam tempoh dua minggu lagi selepas pihak sekolah selesai membuat persiapan tertentu untuk memudahkan pembelajarannya.

Sementara itu, Maimunah menyatakan dia amat bersyukur keadaan Siti Nuraisyah atau panggilan mesranya ‘Ecah’ itu semakin hari semakin baik selepas mendapat rawatan rapi daripada pihak HTAR.

“Walaupun luka di kaki Ecah belum sembuh sepenuhnya, tetapi saya tidak begitu bimbang seperti yang sama rasa sebelum ini. Namun, saya amat gembira melihat wajahnya yang ceria apabila pulang ke rumah sendiri,” ujarnya.

Selain ditemani ibu bapa serta adik-beradiknya yang lain, kepulangan Ecah itu turut diambut oleh para penduduk kampung termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi serta Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Mokhtar Manijo.

Pada Januari lalu, Siti Nuraisyah hanya mampu melihat kedua-dua belah kakinya hancur selepas digilis lori setelah terlibat dalam satu kemalangan Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam.

Kejadian berlaku apabila Siti Nuraisyah bersama kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Parit 16 dari sekolah sebelum terjatuh dari motosikalnya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasi....E1Zl4KCf.dpuf
Quote:
Originally Posted by TXT View Post
Pelajar putus kaki digilis lori dibenar keluar wad




KLANG 4 Mac: Pelajar yang putus kedua-dua belah kakinya akibat digilis lori, dibenarkan pulang petang ini selepas hampir dua bulan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini

Siti Nuraisyah Sahrin, 13, atau mesra dipanggil Ecah, ketika ditemui pemberita hanya tersenyum apabila ditanya mengenai perasaannya apabila dibenarkan keluar wad

Ibunya, Maimunah Md Razali, 48, berkata mereka sekeluarga gembira kerana Ecah semakin sembuh dan dibenarkan pulang

"Ada sedikit luka belum tertutup sepenuhnya dan doktor meminta kami membawanya untuk pemeriksaan bekas jahitan luka di kaki setiap dua minggu," katanya ketika ditemui BH di HTAR, petang tadi

Bapa tiri Siti Nuraisyah, Roslan Sardi, 40, berkata keluarganya bersyukur kerana Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) sudi menyumbang katil dan tandas khas membabitkan kos kira-kira RM20,000 bagi memudahkan pergerakan Siti Nuraisyah

"Saya dimaklumkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) beberapa laluan khas untuk memudahkan pergerakan disediakan apabila Ecah bersedia untuk ke sekolah

"Saya dan isteri tidak akan memaksanya, biarlah Ecah putuskan sendiri bila dia bersedia (untuk ke sekolah)," katanya

Dalam kejadian jam 3.30 petang 18 Januari lalu, motosikal dibonceng Siti Nuraisyah dan ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, bergesel dengan sebuah kereta dari arah sama yang cuba memintas

Berikutan pergeseran itu, Siti Nuraisyah terjatuh di jalan raya manakala kedua-dua kakinya digilis lori dari arah bertentangan

Kakak tirinya cedera ringan di badan dan terseliuh kaki kanan

Kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, untuk pulang ke rumah di Parit 16, Sungai Panjang


http://www.bharian.com.my/node/130742
Quote:
Ecah rindu kawan, sekolah


SITI Nuraisyah yang kehilangan kedua-dua belah kaki bersama ibunya, Maimunah Md Razali (kanan) yang masih menerima rawatan kini kelihatan ceria di HTAR, Klang. 11 Feb 2016

Klang: “Saya semakin rindu dengan kawan, rumah, sekolah dan cikgu malah tak sabar mahu pulang,” kata Siti Nuraisyah Sahrin, 13, atau Ecah yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori dalam kemalangan 18 Januari lalu di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam.

Ecah berkata, selepas hampir sebulan mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dekat sini, dia semakin bersemangat mahu pulang ke rumah.

Katanya, jika boleh dia mahu pulang segera menemui rakan serta menikmati suasana kampungnya.

Bagaimanapun katanya, dia perlu disahkan benar-benar sihat oleh doktor sebelum dibenarkan pulang.

“Jika pulang nanti, saya mahu berjumpa kawan terutama Natassa (Nor Natassa Shahwan) dan Fatihah (Siti Nor Fatihah Aida Abdul Halim).


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113967....u6srZnsA.dpuf
Quote:
Anak pemandu Perodua Kancil mohon henti kecam ibu

SUNGAI PANJANG - “Tolonglah jangan tuduh kami macam-macam. Hentikanlah fitnah ni! Kesian kat mak. Kami tak ada ayah, mana lagi, kami nak tumpang kasih, kalau mak pun tak ada,” luah anak sulung pemandu kereta Perodua Kancil, Mia (bukan nama sebenar), 24.


Mia meluahkan perasaan sedih selepas ibunya dikecam di media sosial selepas wanita berusia 40 tahun itu, terlibat dalam nahas di Parit 16 Sungai Panjang mengakibatkan pelajar tingkatan satu putus dua kaki.

Anak pertama daripada enam beradik itu berkata, kejadian itu memberi kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga apabila ibunya dicemuh dengan kata-kata yang mengguris perasaan.

“Buat masa sekarang, tak payahlah tuduh sesiapa. Tunggu hingga siasatan selesai baru nak hentam siapa betul, siapa salah. Hormatilah perasaan kami sekeluarga. Adik-adik saya masih kecil lagi, tak tahu apa pun yang berlaku,” katanya.

Ibunya menggalas tanggungjawab besar apabila terpaksa menyara mereka sekeluarga selepas kematian bapanya, 14 tahun lalu.

“Selama ini, maklah yang didik dan sekolahkan kami dengan baik tanpa ayah. Dia besarkan kami dengan kudrat tulang empat kerat. Bila dah jadi macam ni, takkan nak diam diri, biarkan ibu seorang,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku ketika ibunya itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil pelajar di sebuah sekolah di sini.


Komen di Facebook mengguris perasaan keluarga pemandu kereta Produa Kancil terlibat nahas di Parit 16 Sungai Panjang.

http://www.sinarharian.com.my/semasa...itnah-1.475410
Quote:
Payung Siti Nuraisyah 30 minit


SAIMIN MUKIBI menunjukkan payung pasar malam yang diguna sebagai tempat berteduh Siti Nuraisyah Sahrin yang kakinya digilis tayar lori ketika ditemui di Sabak Bernam, semalam. UTUSAN/MOHD. HUSSAIRY SIDEK

SABAK BERNAM 20 Jan. – Melihatkan keadaan ngeri yang menimpa Siti Nuraisyah Sahrin, 13, apa yang terlintas di kepala Saimin Mukibi, 63, ketika itu hanyalah mahu memberikan bantuan yang terbaik untuk mangsa.


Bagaimanapun, melihatkan kedua-dua belah kaki mangsa hancur, dia merasakan tiada apa sangat yang mampu dilakukannya melainkan mahu Siti Nuraisyah berasa selesa sehingga bantuan kecemasan tiba.

Warga emas itu lantas bergegas pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran untuk mengambil payung besar yang disimpan di dalam bangsal.

“Ketika kejadian, saya berada di dapur. Dari jauh saya dengar suara orang menjerit dan meraung meminta tolong.

“Bila saya tinjau di luar, saya lihat mangsa sudah terduduk di tengah jalan. Saya terus pergi mendapatkan mangsa. Saya lihat beberapa orang telah berada di situ. Kemudian saya balik ke rumah ambil payung besar dan buka sebab cuaca panas

“Itu sahaja yang saya boleh bantu pada masa itu. Tidak sampai hati tengok mangsa terduduk di tengah jalan dan berjemur kepanasan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.

Menceritakan semula kejadian, Saimin memberitahu, sebagai antara orang pertama tiba, dia dapat melihat sendiri semangat kental pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap itu.

Katanya, meskipun sudah hilang kedua-dua belah kaki, mangsa ternyata seorang yang tabah dan kuat semangat serta tidak sedikit pun mengalirkan air mata.

Menurutnya, mangsa begitu tenang, hanya sesekali mengadu menahan sakit.

“Sebak di dada saya hanya Allah yang tahu. Tidak dapat dibayangkan azab kesakitan yang terpaksa ditanggung mangsa ketika itu.

“Saya lakukan apa yang termampu dan pastikan mangsa tidak pengsan akibat pendarahan yang banyak selepas kaki putus digilis lori.

“Saya membaringkan mangsa di atas riba paha kiri saya. Saya bukakan tudung mangsa supaya dia tidak pengsan. Kemudian, saya lap peluh dengan anak tudung dan tudung mangsa, saya kibas-kibas supaya berangin,” ujarnya.

Saimin menambah, dia berbual dengan mangsa bagi mengalihkan perhatiannya dan memastikan mangsa terus berada dalam kea*daan sedar.

Jelasnya, dia bertanyakan beberapa soalan seperti nama, tempat tinggal dan nama bapa mangsa.

“Semua soalan saya dijawabnya dengan tenang. Hampir setengah jam saya berbual dengan mangsa sebelum ambulans tiba,” katanya.

Dia berharap Siti Nuraisyah segera pulih dan tabah serta kuat semangat.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/naha....2EwqLAWe.dpuf
Quote:
Ibu bapa mangsa boleh dikenakan tindakan

SHAH ALAM, 20 Januari: Polis tidak menolak kemungkinan ibu bapa Siti Nuraisyah Sahrin yang kehilangan kedua-dua kakinya, selepas digilis lori dalam kejadian di Sabak Bernam, Isnin lalu, akan berdepan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, tindakan itu bagaimanapun bergantung kepada hasil siasatan yang dijalankan.

Menurutnya, hasil laporan tersebut akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

“Undang-undang sedia ada membolehkan tindakan dikenakan terhadap mereka yang menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan.

“Pemilik kenderaan juga boleh dikenakan tindakan, kerana membenarkan individu menunggang motosikal tanpa kebenaran,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2...#ixzz3xmSWcRkK
Quote:
Nuraisyah dapat kaki palsu, Najib sumbang RM10,000, TH taja umrah


ABDUL Azeez melawat Siti Nuraisyah Sahrin di HTAR, Klang, hari ini. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

KLANG 20 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghulurkan sumbangan peribadi RM10,000 kepada mangsa langgar lari, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua kaki digilis lori, Isnin lalu.


Sumbangan disampaikan melalui Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sebentar tadi.

Abdul Azeez turut mengumumkan sumbangan sepasang kaki palsu daripada Biro Kebajikan UMNO untuk pelajar Tingkatan Satu itu.

"Kaki palsu ini akan diberikan kepada Siti Nuraisyah selepas dia sembuh dan kita akan terus memantau keadaannya, " katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji berkata, Siti Nuraisyah juga akan ditaja menunaikan umrah bersama ibu-bapanya selepas ini.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/116174
Quote:

Maimunah Md. Razalli bersama suaminya, Roslan Sardi, semalam melihat balutan luka kaki anak mereka, Siti Nuraisyah Sahrin yang dipotong akibat digilis tayar sebuah lori selepas terlibat dalam kemalangan di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam, petang kelmarin. Siti Nuraisyah kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. utusan/Saharuddin Abdullah

KLANG 19 Jan. - Siti Nuraisyah Sahrin, 13, hanya sedar yang kedua-dua belah kakinya sudah hancur apabila melihat kakak tirinya, Shamin Amira Roslan, 14, menangis sambil memandangnya.

Menurutnya, ketika itu, dia tidak berasa sakit sedikit pun walaupun selepas kakinya digilis lori.

“Saya lihat kakak menangis dan ketika itu barulah saya sedar yang kedua-dua kaki sudah tiada.

“Lalu saya menjerit dan kemudian orang kampung datang mengerumuni saya. Ketika itu saya lihat mereka mengutip daging-daging yang berselerakan di atas jalan raya,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam, kedua-dua belah kaki Siti Nuraisyah putus selepas digilis sebuah lori di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam.

Lebih mengerikan, cebisan daging dan tulang kakinya bertaburan di jalan raya dan difahamkan kedua-dua kaki yang hancur itu tidak dapat diselamatkan.

Menceritakan semula kejadian, Siti Nuraisyah memberitahu, ketika itu dia bersama Shamin Amira dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan.

Malang tidak berbau apabila sebuah kereta Perodua Kancil secara tiba-tiba berhenti mengejut di depan mereka sehingga motosikal ditunggangi hilang kawalan.

“Kakak terpelanting manakala saya tercampak ke jalan bertentangan. Belum sempat saya bangun menyelamatkan diri, datang sebuah lori menggilis kaki saya,” ujarnya.

Sementara itu, bapa tiri Siti Nuraisyah, Roslan Sardi, 40, berkata, ketika ini doktor telah membuat pembedahan pertama sejak anaknya dimasukkan ke hospital malam tadi.

“Kami difahamkan pihak hospital perlu melakukan pembedahan sebanyak tiga kali secara berperingkat-peringkat sebelum memastikan dia benar-benar sihat,” jelasnya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/naha....I8ndAr0q.dpuf
Quote:
Kementerian akan bantu 
Siti Nuraisyah – Rohani



KUALA LUMPUR 19 Jan. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melahirkan rasa simpati kepada pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap yang putus kedua-dua belah kaki di bawah paras lutut selepas digilis lori dalam kemalangan di Sabak Bernam, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya bersedia dan sedang mempertimbangkan jenis bantuan yang boleh dihulurkan bagi meringankan beban mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, serta keluarga.

Katanya, beliau dan beberapa pegawai serta kakitangan kementerian bercadang menziarahi mangsa yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang esok.

“Kemalangan yang berlaku itu cukup menyedihkan saya. Saya berharap Siti Nuraisyah dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini.

“Kita akan melawat mangsa esok dan melihat jenis bantuan yang boleh disalurkan bagi membantu pelajar berkenaan serta keluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia di kementeriannya di Putrajaya di sini hari ini.

Tambah Rohani, beliau berharap pihak polis dapat mengesan pemandu kereta dan lori yang terbabit dalam kemalangan tersebut dengan segera.

Jelasnya, beliau kesal dengan kejadian langgar lari itu dan berharap individu yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/naha....9Nvhqe6S.dpuf
Quote:
'Saya kena kuat untuk teruskan hidup'


Siti Nuraisyah yang kehilangan kedua-kedua kaki ditemani Maimunah di HTAR, Klang. FOTO Roslin Mat Tahir

Klang: "Saya kena kuat untuk teruskan hidup dan saya mahu kaki palsu supaya senang nak berjalan nanti," kata Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua kakinya selepas digilis lori dalam kejadian di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam, semalam.

Menceritakan kejadian itu, Siti Nuraisyah yang juga anak keempat daripada tujuh beradik berkata, dia membonceng motosikal Honda EX5 yang ditunggang kakak tirinya sebelum dilanggar kereta dari arah belakang.

Katanya, kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, cedera pada badan serta terseliuh kaki kanan dan kiri.

"Saya terjatuh di tengah jalan dan tak perasan ada lori. Kenderaan itu menggilis kaki saya dan terus beredar dari tempat kejadian.

"Waktu itu, saya macam nak pengsan sebab banyak darah keluar. Saya menjerit sekuat hati kerana saya memang takut dengan darah.

"Saya masih terkejut dan trauma dengan apa yang berlaku. Saya kena cekal dan tabah terutama untuk dapat berjalan semula seperti biasa," katanya ketika ditemui Harian Metro di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, pagi tadi.

Ibu Siti Nuraisyah, Maimunah Md Razali, 48, berkata dia mengetahui anaknya terbabit kemalangan selepas dihubungi orang awam memaklumkan anaknya kemalangan pada 3 petang, semalam.

"Saya terus ke lokasi kejadian yang terletak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Bagan Terap. Sedih melihat keadaannya ketika itu kerana banyak darah di kakinya.

"Sebagai ibu, saya tidak dapat gambarkan betapa sedihnya saya. Saya tidak dapat menerima hakikat dia (Siti Nuraisyah) terbabit kemalangan sehingga menyebabkan dua kakinya putus," katanya yang menangis.

Katanya, dia sedih melihat Siti Nuraisyah tidak dapat berjalan seperti biasa.

"Sebelum ini, dia (Siti Nuraisyah) akan menangis kalau terjatuh dan cedera sebab dia takut darah tapi masa hari kejadian, dia kuat semangat... langsung tak menitiskan air mata.

"Tapi hati ibu mana yang tidak pilu melihat anak perempuan kesayangannya tiada kaki, sebak melihat keadaannya," katanya.

Menurutnya, dia berharap akan ada pihak tampil membantu bagi meringankan beban ditanggungnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata,pemandu kereta dan lori yang terbabit dalam kemalangan berkenaan sudah membuat laporan polis kira-kira 12.45 hingga 1.30 pagi tadi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kami kini dalam proses memanggil saksi kejadian dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.


http://www.hmetro.com.my/node/108532
Quote:
Pemandu lori, Kancil serah diri

SABAK BERNAM 19 Jan. - Pemandu lori pasir dan kereta yang terlibat dalam kemalangan di Parit 16, Sungai Panjang di sini semalam hingga menyebabkan seorang pelajar putus kedua-dua belah kaki, membuat laporan polis awal pagi ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, pemandu lori terbabit tampil berbuat demikian pukul 12.45 tengah malam tadi manakala pemandu kereta jenis Perodua Kancil yang merupakan suri rumah berbuat demikian pada pukul 1.30 pagi ini.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jena....5oEsvBXH.dpuf


Gambar yang tersebar di media sosial yang mengatakan pemandu lori sudah tampil membuat laporan. - SK

SABAK BERNAM: Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, dekat sini, putus kedua-dua kakinya selepas digilis sebuah lori di Parit 16, Sungai Panjang, dekat sini, petang tadi.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Mangsa yang terjatuh ke tengah jalan tidak sempat bangun dan digilis sebuah lori yang dipercayai membawa muatan tanah.

Difahamkan, pemandu kereta dan lori itu melarikan diri selepas kejadian.

Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/115678
Quote:
Semasa kejadian, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng motosikal Honda EX5 yang ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, sebelum dipercayai dilanggar kereta dari belakang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, berikutan itu mangsa terjatuh di tengah jalan dan tidak sempat bangun sebelum kakinya digilis lori yang dipercayai membawa muatan tanah.

Katanya, kakaknya pula tercampak ke kiri jalan dan cedera pada bahagian badan serta terseliuh kaki kanan dan kiri.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108275....1XMg8aYp.dpuf
Quote:
Pemandu Perodua Kancil dan lori diminta tampil

SUNGAI PANJANG - "Walaupun itu bukan anak saya, tapi perasaan saya hiba setiap kali saya kutip cebisan daging yang berselerakan atas jalan raya," luah seorang penduduk yang mengambil masa kira-kira lima minit mengumpulkan cebisan daging kaki seorang mangsa kemalangan di sini, petang tadi.


Jamalulail Md Alias, 52, berkata, dia dimaklumkan tentang kejadian itu salah seorang anaknya menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira jam 3.15 petang.

"Anak hantar WhatsApp ada kemalangan dekat rumah. Tanpa berlengah saya terus ke tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Dia yang menetap di Parit 16 Sungai Panjang berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat pihak perubatan sedang melakukan bantuan kecemasan terhadap mangsa sambil dia terus mengutip daging bertaburan menggunakan kertas surat khabar.

"Saya masukkan daging yang dikutip ke dalam plastik. Masa tu saya tak fikir apa, melainkan dalam hati berdoa supaya dia (mangsa) selamat," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Dalam kejadian itu, Siti Nuraisyah putus kedua-dua kakinya selepas digilis sebuah lori, manakala kakak tirinya, S Shamim Amira Roslan, 14, mengalami kecederaan terseliuh kaki kanan dan kiri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kedua-dua mangsa itu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Parit 16 Sungai Panjang.

"Sebelum kejadian, sebuah Perodua Kancil dipercayai memintas motosikal mangsa dari arah sama sebelum kedua-dua mangsa tergesel lalu terjatuh.

"Pelajar tingkatan satu terbabit jatuh ke tengah jalan sebelum sebuah lori dari arah bertentangan sampai di tempat kejadian lalu menggilis kaki mangsa , manakala kakaknya tercampak di kiri jalan," katanya.

Katanya, Siti Nuraisah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta pemandu Perodua Kancil dan lori serta saksi kejadian tampil menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 0332242613 bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan kes kemalangan itu dikendalikan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...jalan-1.474189

Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bakat Ecah terus bersinar dalam sukan Paralimpik


SITI NURAISYAH SAHRIN menunjukkan pingat gangsa yang dimenanginya dalam Kejohanan Para Powerlifting Sirkit 1 Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, semalam.

SABAK BERNAM 22 Mac – Keputusan Siti Nuraisyah Sahrin, yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori, menceburi sukan Para dengan memilih acara angkat berat nyata tepat apabila bakatnya mula menyerlah secara konsisten.

Meskipun baru enam bulan berjinak-jinak dengan sukan tersebut, pelajar berusia 14 tahun yang lebih mesra dengan panggilan Ecah itu telah berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori 61 kilogram (kg) ketika Kejohanan Powerlifting Sirkit 1 Kebangsaan semalam.

Kejohanan itu merupakan pertandingan kedua disertai Ecah, selepas meraih perak dalam penyertaan sulungnya iaitu Kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan Disember tahun lalu, tetapi dalam kategori berat badan 50 hingga 60kg.

Ketika ditemui di rumahnya di Sungai Panjang di sini, Ecah berkata, dia gembira dengan pencapaiannya setakat ini dan kini bersemangat untuk me*ningkatkan prestasi bagi mencerahkan peluang me*nyarung jersi negara dalam Sukan Para ASEAN September ini.

“Saya gembira dengan pencapaian saya kali ini walaupun hanya meraih gangsa, ini cukup bermakna kepada pendatang baharu seperti saya. Pencapaian ini merupakan motivasi terbaik untuk saya meningkatkan prestasi seterusnya mewakili negara.

“Namun masih banyak yang saya perlu belajar khususnya teknik mengangkat dan bagi tujuan itu juga saya berharap dapat menimba lebih banyak pengalaman dengan menyertai lebih banyak kejohanan selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Powerlifting Para Malaysia (PPPM), Kamaruzaman Kadir ketika diminta mengulas prestasi Ecah dan peluangnya mewakili negara dalam Sukan Para ASEAN berkata, remaja tersebut menunjukkan peningkatan prestasi.

“Peluangnya untuk dipilih dalam pasukan negara tetap ada dan kita akan menilai selain terus memantau perkembangannya dalam sukan angkat berat ini,” katanya.

Beliau juga menasihatkan Ecah dan atlet lain supaya terus menggandakan latihan serta menyertai beberapa kejohanan angkat berat yang dianjurkan di peringkat kebangsaan atau negeri.

“Daripada penyertaan itulah kita dapat pantau perkembangan atlet selain mereka dapat menimba pengalaman sebagai persediaan menghadapi kejohanan lebih besar,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/ecah-...#ixzz4c4bhKMGN
Update #4

Quote:
Originally Posted by TengkuHaadi View Post


Foto: Harian Metro Online

Pelajar perempuan yang putus dua kakinya selepas digilis lori berdekatan Sungai Panjang, Sabak Bernam Januari lalu kini aktif melibatkan diri dalam sukan paralimpik.

Siti Nuraisyah Sahrin atau mesra dipanggil Ecah baru sahaja memperoleh pingat perak dalam Kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan 2016 yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan dirinya untuk menerima tawaran bersekolah dan menjalani latihan di pusat tersebut.

“Saya akan fikirkan dulu dan bincang bersama emak dan ayah. Selepas mengikuti pertandingan ini, saya semakin bersemangat untuk berlatih,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pertandingan tersebut, Ecah menyertai kategori wanita 50 kilogram (kg) dan berjaya melepasi angkatan 37kg selain menjadi peserta termuda serta wakil tunggal Selangor. -CARI
Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ecah tempat ketiga sesi pemilihan angkat berat


ECAH menjalani latihan bagi sesi pemilihan untuk bertanding dalam acara angkat berat peringkat kebangsaan.

Kuala Lumpur: Kehilangan kedua-dua belah kaki bukan penghalang buat Siti Nuraisyah Sahrin, 14, atau panggilan mesranya Ecah menyertai pemilihan Kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan 2017 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, semalam.

Kemalangan dialami pada 18 Januari tahun lalu akibat digilis lori membawa muatan tanah dan mengubah kehidupannya tidak melemahkan semangat Ecah untuk terus bergiat aktif dalam sukan angkat berat.

Pada pemilihan kali ini, Ecah mendapat tempat ketiga dalam sukan angkat berat wanita kategori 35 hingga 45 kilogram (kg) dalam kejohanan itu.

“Pemilihan hari ini akan menentukan sama ada saya layak mara ke Sukan SEA pada 19 hingga 31 Ogos depan,” katanya.

Ecah berkata, dengan sokongan jurulatihnya, Muhammad Nor Arif Abdullah, 47, yang juga bekas atlet negara, dia bersedia mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk pemilihan kejohanan ini.

“Sebelum kejohanan bermula, saya sudah menjalani latihan selama empat bulan bawah dikendalikan Muhammad Nor.

“Untuk kejohanan hari ini, saya sudah bersedia untuk bertanding dan pingat perak yang saya raih pada 17 Disember lalu turut menjadi pembakar semangat kepada saya,” katanya.

Pada tahun lalu, Ecah yang mewakili Selangor berjaya meraih pingat perak dalam Kejohanan Para Powerlifting Sirkit Ketiga bagi kategori wanita 50 kilogram (kg) selepas berjaya melepasi angkatan 37 kg.


http://www.hmetro.com.my/node/215305
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ecah dapat pingat perak dalam acara angkat berat


Siti Nuraisyah Sahrin menunjukkan sijil dan pingat yang diraih pada Kejohanan Powerlifting semalam. UTUSAN/MOHD.HUSSAIRY SIDEK.

SABAK BERNAM 18 Dis. – Siti Nuraisyah Sahrin, 13, atau mesra dipanggil Ecah merangkul pingat perak dalam penyertaan sulung pada Kejohanan Powelifting Sirkit Akhir Kebangsaan 2016 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur, semalam.

Lebih membanggakan, Ecah bukan sahaja menjadi peserta termuda menyertai kejohanan itu, malah peserta wanita tunggal yang mewakili Selangor.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap itu berkata, walaupun hanya memenangi pingat perak, tetapi baginya itu adalah langkah awal dan pendorong untuknya bergerak lebih jauh dalam sukan angkat berat yang baru diceburinya kira-kira dua bulan lalu.

"Saya sangat gembira dan puas hati dengan pencapaian ini. Lagipun saya masih baru dalam sukan ini dan banyak lagi selok-belok dan teknik angkatan yang perlu saya pelajari.

"Selain itu, saya juga gembira dapat berjumpa rakan-rakan sepelatih yang senasib dengan saya, malah ada yang lebih teruk (cacat anggota) daripada saya.

"Kami saling bertukar pendapat dan pengalaman selain memberi semangat sesama sendiri untuk maju serta fokus terhadap sukan ini sekali gus membantu meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Parit 16 Sungai Panjang di sini hari ini.

Sementara itu, ibunya, Maimunah Md Razalli, 48, memberitahu, pada mulanya Ecah agak pendiam dan malu-malu, tetapi setelah mengikuti taklimat dan seminar sebelum kejohanan dan bertemu dengan peserta-peserta dari seluruh negara, akhirnya Ecah berubah menjadi lebih positif.

"Mulanya memang saya agak risau tengok dia yang agak pendiam... mungkin ini pengalaman pertama dia ikut bertanding tapi menjelang hari kejohanan, saya lihat ada perubahan pada dirinya.

"Pada saya, suasana semasa sesi latihan dan kejohanan ini yang memberi impak positif kepada Ecah sebab dia dapat lihat dan berinteraksi secara langsung dengan rakan senasib... Jadi dari situ yang memberi dia semangat dan keyakinan diri

"Saya dan suami, Roslan Sardi, 40, sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk Ecah aktif dan maju dalam sukan tersebut,” kata Maimunah.


https://www.utusan.com.my/sukan/ping...aharu-1.421418
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Ecah ceburi sukan angkat berat



SABAK BERNAM – Kejayaan atlet Sukan Paralimpik negara di Rio, Brazil menjadi inspirasi kepada pelajar perempuan yang kehila*ngan kedua-dua belah kaki akibat digilis lori, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, untuk terjun dalam sukan angkat berat.


Menurut Siti Nuraisyah atau Ecah, dia mula berjinak-jinak mengangkat besi sejak pertengahan bulan lalu, bagi mengisi masa terluangnya dengan aktiviti yang menyihatkan.

“Sekarang saya mengikuti latihan asas angkat berat di Pusat Tinju Sungai Besar, dua kali seminggu pada setiap petang Khamis dan Jumaat.

“Saya mendapat bimbingan daripadal jurulatih sukarela, Mohd. Nor Arif Abdullah.

“Sukan ini masih baharu kepada saya. Saya sedang belajar asas dari aspek teknik angkatan dan senaman yang sesuai untuk membina kekuatan otot tangan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Parit 16, Sungai Panjang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4PGuEYxg9

Last edited by TT; 17-06-2016 at 03:33 PM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 18-01-2016, 08:03 PM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 27,147
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 215
Dislikes (Received): 5
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Allahuakhbar dapat tak no plate lori tue moga kaki dia lepas nie hancur buat kat orang
__________________
Dapatkan Info PERCUMA RAHSIA Kenikmatan SEKS Sebenar Lelaki Wanita Terbaik Malaysia
dan Dapatkan RAHSIA Komisyen Lebih RM1,000 ke Akaun Bank Anda
di
www.rahsiafirdaus.com

Sebarang Pertanyaan Hubungi Firdaus 016-4650338
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #3  
Old 18-01-2016, 08:13 PM
zahidin80 zahidin80 is offline
Active Member

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Sep 2011
Posts: 2,108
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 15
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

Innalillah... siannya adik... moga dpt la pemandu lori n kereta tu
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 18-01-2016, 08:13 PM
orangeinsider orangeinsider is offline
Active Member

orangeinsider's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2009
Posts: 1,208
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Kesian tgk adik tu..
Mcm mana la nasib dia nanti
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 18-01-2016, 08:17 PM
epozer epozer is offline
Legendary Member

epozer's Avatar
 
Trader Rating: (33)
Join Date: Aug 2010
Posts: 11,897
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 9
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

wtf jgn smpai rakyat bakar semua lori yg pkai lesen ngan roadtax agong ni.
__________________
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #6  
Old 18-01-2016, 08:18 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
Legendary Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 18,340
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 334
Dislikes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

lahai kesian sungguh budak ni, dua dua belah kaki tu...
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #7  
Old 18-01-2016, 08:23 PM
ben1970 ben1970 is offline
Active Member

ben1970's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2007
Posts: 1,755
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

moga dipermudahkan urusan adik ni.pihak yang melanggar adik ni mesti dicari sampai dapat & mendapat balasan yg setimpal..kejam sungguh
__________________
NEXGEN STARTER PACK - INTRODUCER BONUS RM30.00
http://www.nexgen139.com/jdkaya
FREE SIMKAD ONEXOX
http://www.1xoxprepaid.com/Rizqi769
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8  
Old 18-01-2016, 08:26 PM
HelangPutih HelangPutih is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2015
Posts: 1,247
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 44
Dislikes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Astaghfirullah... dah byk kes ngan lori2 jahat ni.. siannye..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #9  
Old 18-01-2016, 08:28 PM
babyblacky babyblacky is online now
Legendary Member

babyblacky's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Feb 2011
Location: |AbStracK HinGga ke|.......................★
Posts: 17,751
Thanks (Received): 106
Likes (Received): 9
Dislikes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Kesian tengok..dah start musim lori hantu
__________________
사랑하는 내 여자
yesterday i love u less than today
tomorrow i love u more than today
and forever my love will never be less
★『꽃미남 남자』★
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #10  
Old 18-01-2016, 08:29 PM
1305 1305 is offline
Super Active

1305's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2008
Posts: 9,573
Thanks (Received): 57
Likes (Received): 30
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Dikhabarkan lori dn drivernya tu bukan lari, tapi terus ke balai polis sungai besar buat report.
Dia tau, kalau dia stay mmg kena bakar hidup2 punya.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 07:21 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you