Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #101  
Old 18-03-2017, 10:20 AM
sekam padi sekam padi is offline
Super Active

sekam padi's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Dec 2006
Posts: 8,714
Thanks (Received): 45
Likes (Received): 122
Active Level
My Mood:
Default Jepun lancar satelit untuk perhatikan Korea Utara


Satelit yang dilepaskan semalam di kawasan barat daya Jepun. Foto AFP

TOKYO - JEPUN. Agensi Angkasa Jepun melancarkan satelit pengintip baharu bagi menggantikan satelit sedia ada.

Memetik laporan Jepun Times, satelit baharu itu menggantikan yang lama sejak 2003 lalu yang bertujuan memerhatikan Korea Utara.

Ia telah dilancarkan dari Barat Daya negara itu dua minggu lebih awal berbanding tarikh asal berikutan Korea Utara sebelum ini telah melepaskan empat peluru berpandu balistik di perairan berdekatan Jepun.

Tokyo ketika ini mengekalkan tiga satelit optik untuk pengawasan pada waktu siang dan tiga satelit radar untuk memantau waktu malam.

Tidak hanya digunakan sebagai pengumpul maklumat, tetapi satelit ini digunakan untuk memantau kerosakan berikutan bencana alam.


http://www.sinarharian.com.my/global...utara-1.645470
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #102  
Old 19-03-2017, 11:03 PM
SmileAlways SmileAlways is offline
Super Active

SmileAlways's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2014
Posts: 6,129
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 67
Active Level
My Mood:
Default

negara kita ada tak sistem pintasan peluru berpandu?
__________________
Jangan tenggelam di dalam air yang jangkat

http://KemanaArahKita.blogspot.com
Reply With Quote
  #103  
Old 19-03-2017, 11:11 PM
buta it buta it is offline
Active Member

buta it's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 1,727
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

korea utara sbb ada backup russia je sekutu kuat.. klu x sekeliling negara dh lama bedal dia.. sekeliling musuh dia kecuali rusia dan china je
Reply With Quote
  #104  
Old 19-03-2017, 11:28 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,957
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5946
Active Level
My Mood:
Default

Mengapa rakyat Korea Utara lari dari negara mereka?



SELEPAS tamatnya Perang Korea pada 1953, ratusan ribu rakyat Korea Utara telah melarikan diri kerana negara mereka diperintah secara kuku besi.


Sekitar 300,000 daripada mereka bersembunyi di China, memandangkan Beijing merupakan sekutu rapat Pyongyang. Selebihnya berada di Eropah.

Selain itu, terdapat 30,000 rakyat Korea Utara berada di negara yang dianggap ‘musuh’ mereka iaitu Korea Selatan.

Ramai juga yang melarikan diri ketika Korea Utara dilanda kemarau panjang pada era 90an di mana kira-kira dua juta rakyatnya mati kebuluran.

Mereka terpaksa merentasi beribu kilometer melalui pelbagai negara. Ada juga berjalan merentasi gurun Gobi, berenang di sungai atau bersembunyi di dalam hutan semata-mata mahukan kebebasan.

Namun, apakah mereka akhirnya menemui kebebasan yang didambakan?

Setiap pelarian ini memikul kisah duka yang tersendiri. Kesemuanya terpaksa melalui jalan sukar.

Ikuti kisah mereka dalam laporan SOROT esok di Sinar Harian.


http://www.sinarharian.com.my/nasion...ereka-1.645950
Reply With Quote
  #105  
Old 20-03-2017, 03:03 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,957
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5946
Active Level
My Mood:
Default

Rakyat Korea Utara sanggup palsukan kematian



KEPUTUSAN Dzhon Khen-mu memalsukan kematiannya dan melarikan diri dari Korea Utara bermula kerana kotak herba tempatan yang popular.


Bekerja sebagai pengurus di sebuah hotel di Pyongyang, dia antara beberapa orang yang bertuah kerana dapat berhubung dengan pelancong asing di negara yang terkenal dengan polisi tutup pintu itu.

Pada satu hari, Khen-mu menghadiahkan sekotak ginseng kepada pelancong Jepun. Sebagai balasan, pelancong itu memberinya wang RM1,000 - jumlah yang mengubah hidupnya untuk selama-lamanya.

Pada 2004, Kerajaan Korea Utara mula membuka tapak industri pertama di negara itu dan melonggarkan undang-undang bagi memberi peluang kepada rakyat mula berniaga. Melihat peluang terbuka, Khen-mu menggunakan RM1,000 itu sebagai modal.

Bermula dengan perniagaan pakaian, basikal dan barangan harian yang diimport dari China, Khen-mu mendapat keuntungan lumayan, sesuatu yang tidak pernah diimpikannya sebelum ini. Pada tahun 2005, Khen-mu mendapat keuntungan sebanyak RM450,000 dan ia amat menggusarkannya kerana ia jumlah yang sangat besar bagi pendapatan perkapita rakyat sebanyak RM4,500 setahun.

Pada pertengahan tahun 2000, Kerajaan Korea Utara sudah kurang mengagih pakaian dan makanan kepada rakyatnya, dan ia menjadikan perniagaan Khen-mu makin mendapat sambutan. Di Korea Utara, mana-mana rakyat yang dilihat kaya akan mula dipantau kerajaan.

Kerisauannya menjadi kenyataan apabila rakan perniagaannya hilang secara tiba-tiba. Khen-mu menjadi takut dan mula memikirkan cara untuk melarikan diri dari Korea Utara.

“Saat ini, saya sedar hanya masa menentukan. Tidak hari ini, esok, lusa atau seminggu dari sekarang, mereka pasti datang cari saya,” katanya.

Khen-mu akhirnya memutuskan untuk melarikan diri berseorangan kerana sedar risiko merentasi sempadan bersama keluarganya. Dia memalsukan kematiannya bagi melindungi isteri dan anak-anaknya dari tindakan kerajaan.

Dengan mengupah seorang pegawai sebanyak RM250, dia berjaya memalsukan sijil kematiannya dengan tertulis dia terbunuh dalam satu kemalangan.

“Hanya ini cara terbaik dan selamat bagi saya dan keluarga. Jika kerajaan tahu saya masih hidup dan melarikan diri, keluarga saya boleh dikenakan hukuman yang paling berat,” katanya.

Selepas memalsukan kematian, Khen-mu berjaya keluar melalui sempadan China. Di negara itu dia memohon suaka politik di kedutaan Korea Selatan. Selepas berjaya mendarat di Seoul, Khen-mu disambut mesra dan didedahkan gaya hidup moden.

“Pada mulanya amat sukar untuk saya melaraskan hidup kerana di Korea Utara, segalanya ditentukan oleh kerajaan. Sekarang saya tentukan sendiri hidup saya, ia amat sukar saya fahami,” katanya.

Khen-mu yang sudah berumur 60 tahun sekarang bekerja di Radio Perpaduan Kebangsaan. Di situ Khen-mu menyiarkan maklumat bagi menangkis propaganda Kerajaan Korea Utara.

“Saya amat rindukan keluarga saya di Korea Utara, tetapi saya tak boleh hubungi mereka. Jika Kerajaan Korea Utara tahu saya masih hidup dan berada di Seoul, sudah pasti keluarga saya akan dihukum. Selagi saya mati di sana, keluarga saya akan hidup. Inilah yang menghantui saya setiap hari,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...atian-1.645990
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #106  
Old 20-03-2017, 03:04 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,957
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5946
Active Level
My Mood:
Default






..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #107  
Old 20-03-2017, 04:26 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,957
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5946
Active Level
My Mood:
Default

Tujuh rahsia Korea Utara yang disembunyikan



KOREA UTARA sebuah negara yang sangat perahsia dalam segala hal. Tiada siapa mampu meneroka di dalamnya. Agensi media asing dilarang keras membuat liputan hingga keburukan di negara itu selamat daripada cercaan dunia luar.


Inilah antara rahsia mengerikan yang sentiasa dilindungi Korea Utara daripada dunia. 'Kebusukan' inilah yang dilindungi Kim Jong-un agar beliau terus berkuasa.

1. Penjara dalam penjara

Korea Utara adalah sebuah penjara bagi semua rakyat yang ada di dalamnya. Semua orang yang ada di negara itu harus mematuhi segala peraturan tanpa sebarang bantahan. Kim Jong-un bagaikan seorang dewa yang sentiasa betul hingga semua kelakuannya harus dipatuhi.

Korea Utara memiliki sebuah kem konsentrasi yang digunakan untuk menangkap semua orang yang tidak taat kepada pemimpin. Di dalam penjara ini mereka akan dijadikan hamba untuk melakukan pelbagai jenis kerja berat. Salah satu kem paling terkenal ialah Kem 14. Setiap tahun ribuan orang ingin melarikan diri dari negara kuku besi itu namun sering gagal dan ditangkap. Akibatnya mereka diseksa habis-habisan hingga tak boleh melakukan apa-apa, tak kurang juga yang meninggal dunia di dalam kem tersebut.

2. Kanibalisme ketika bencana

Sekitar tahun 1994-1998, Korea Utara mengalami krisis kebuluran yang sangat kritikal. Sekurang-kurangnya sekitar tiga hingga lima juta orang kelaparan dan akhirnya meninggal dunia. Korea Utara tidak melakukan apa-apa selain membiarkan jutaan penduduknya kelaparan.

Ketika kebuluran terjadi, ramai budak kecil dan juga orang tua diculik. Mereka diseksa dan akhirnya dibunuh untuk diambil dagingnya. Mereka menjual daging itu kepada orang ramai untuk mendapatkan wang. Sekiranya tidak berhati-hati mungkin daging yang dimakan ialah daging manusia.

3. Kebanyakan rakyat pilih untuk melarikan diri

Hidup di Korea Utara tiada bezanya dengan hidup di neraka dunia. Setiap hari rakyat harus mendengar propaganda membenci negara barat dan juga memuja pemimpin tertingginya. Setiap hari ada saja penyeksaan tanpa pengadilan, Korea Utara ialah negara yang dijalankan dengan kehendak sendiri.

Setiap tahun ribuan rakyat memilih menyusup masuk ke Korea Selatan dan China. Mereka memilih hidup sebagai pendatang haram dan mati dalam pelarian daripada hidup di negara yang tak layak lagi disebut sebuah negara yang berdaulat.

4. Munculnya kasta tak masuk akal dan hukuman tiga generasi

Percaya atau tidak, Korea Utara membahagikan rakyatnya kepada tiga kasta berbeza dalam kehidupannya. Kasta pertama ialah core iaitu orang yang setia kepada negara. Kedua bernama wavering, golongan ini masih suka melakukan kritikan. Terakhir ialah orang dengan status kasta nostiles atau pembangkang, orang jenis ini wajib dihukum.

Pembahagian kasta ini berdasarkan peranan keluarga pada masa lalu. Jadi jika dulu datuk atau nenek pernah melakukan tindakan pembangkang, cucu akan mendapatkan hukumannya (hukuman tiga generasi). Dia terus dianggap sebagai pembangkang dan wajib masuk ke kem hamba.

5. Elektrik seperti harta karun

Boleh dikatakan elektrik di Korea Utara ibarat harta karun. Rakyatnya di kampung tidak pernah menikmati akses elektrik yang sepatutnya. Semua hanya bertumpu pada ibu kota Pyongyang, elektrik ditiadakan agar rakyatnya tidak boleh melakukan apa-apa terutamanya untuk mendapatkan maklumat dari dunia luar.

Pernah satu ketika satelit NASA menunjukkan Korea Utara sangat gelap pada waktu malam, tiada cahaya lampu kelihatan dari angkasa. Keadaan ini sangat berbeza dengan Korea Selatan yang sentiasa bercahaya setiap malam.

6. Penipuan insurans

Pemerintah Korea Utara melakukan penipuan insurans. Beberapa aset yang mereka miliki sengaja dirosakkan dan akhirnya dapat menuntut insurans. Wang daripada insurans ini digunakan untuk keperluan dalam negeri termasuk keinginan Kim Jong-un yang suka membeli kereta mewah.

7. Senjata haram nuklear

Korea Utara ialah negara yang paling ditakuti karena kekuatan ketenteraannya. Korea Utara memiliki sejumlah senjata nuklear haram. Kim Jong-un ingin membuat negaranya digeruni agar mampu menggoyahkan musuh utamanya, iaitu Amerika Syarikat.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...yikan-1.646400
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #108  
Old 21-03-2017, 12:44 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,957
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5946
Active Level
My Mood:
Default

Trump kritik perangai teruk Kim Jong-un



WEST PALM BEACH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mengkritik pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan berkata: "dia bertindak dengan sangat teruk".


Trump membuat komen itu kepada wartawan sebelum berlepas ke resort Mar-a-Lago di Florida, bagi menghabiskan cuti hujung minggunya.

Presiden AS itu berkata, pegawai pentadbirannya akan mengadakan mesyuarat hujung minggu ini bagi membincangkan pelbagai isu, termasuk mengenai Korea Utara. - Reuters


http://www.bharian.com.my/node/261985
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #109  
Old 21-03-2017, 01:18 AM
sansorrow sansorrow is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2011
Posts: 5,274
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 29
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Trump kritik perangai teruk Kim Jong-un



WEST PALM BEACH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mengkritik pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan berkata: "dia bertindak dengan sangat teruk".


Trump membuat komen itu kepada wartawan sebelum berlepas ke resort Mar-a-Lago di Florida, bagi menghabiskan cuti hujung minggunya.

Presiden AS itu berkata, pegawai pentadbirannya akan mengadakan mesyuarat hujung minggu ini bagi membincangkan pelbagai isu, termasuk mengenai Korea Utara. - Reuters


http://www.bharian.com.my/node/261985
kite tgk ape reaksi Kim jong un nanti
__________________
..................................................

https://www.myfxbook.com/members/San...rrowfx/1780210

..................................................
Reply With Quote
  #110  
Old 21-03-2017, 01:58 PM
tjkb66 tjkb66 is offline
Newbie

tjkb66's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Posts: 12
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Pyongyang ni antara negara underdog yg US kecut
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 06:59 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you