BTC USD 61,340.8 Gold USD 2,380.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cikgu stress hingga terpaksa ambil pil tidur, ubat penenang

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,550
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,550
Reaction score
22,869
Points
1,831
Awards
1
cikgumengajarr.jpg

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Bayangkan seorang guru terpaksa mengambil pil tidur, pil penenang dan ubat kemurungan setiap hari, malahan berdepan kerisauan dan migrain setiap kali memasuki sekolah.

Begitulah kes paling serius yang pernah dikendalikan Bendahari Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr. Ng Chong Guan.

Profesor Madya Universiti Malaya itu berkata, semakin ramai guru mendapatkan bantuan mental daripada pakar dan keadaannya sudah mencapai tahap yang serius.

"Berdasarkan pengalaman saya sejak dua tahun lalu, terdapat purata satu kes membabitkan guru pada setiap bulan.

"Guru kaunseling tidak terkecuali, mereka turut meminta bantuan pakar psikiatri," katanya kepada Sinchew Daily ketika mengulas mengenai isu stres dalam kalangan guru.

Chong Guan berkata, pemerhatiannya juga mendapati guru dari sekolah Cina lebih banyak berdepan tekanan berbanding sekolah aliran lain.

Katanya, beberapa faktor menyumbang kepada tekanan di mana salah satunya ialah guru muda gagal memahami keadaan sebenar kerjaya mereka.

Menurutnya, banyak guru berasa tertekan kerana mereka menjangkakan kedudukan mereka akan dihormati murid dan ibu bapa, tetapi apa yang berlaku adalah berlainan dengan apa yang diharapkan.

"Keadaan psikologi guru adalah penting, mereka harus mempunyai pemahaman mengenai kerja mereka sebelum menerima latihan perguruan," katanya.

Chong Guan berkata, perubahan mendadak dalam dunia pendidikan termasuk dari segi dasar dan sistem pelajaran turut menyebabkan guru gagal menyesuaikan diri.

Tambahnya, para guru pada masa yang sama menerima tekanan dan aduan daripada ibu bapa.

"Guru perlu menjaga hati murid kerana bimbang mereka akan mengadu kepada orang tua, ini juga menambah tekanan," katanya.

Para pendidik, menurut Chong Guan, sering "tersepit" antara guru besar yang mahu meningkatkan status sekolah dan ibu bapa yang juga mempunyai permintaan masing-masing.

Ujarnya lagi, komitmen terhadap keluarga turut menambahkan stres dalam kalangan guru.


http://malaysiagazette.com/ms/akhbar-cina/stresnya-jadi-cikgu
 
Darah beku dikeluarkan dari kepala cikgu 'stress'

Female.35y. Xde kncing manis / high blood. Slps serangan bp dia 150/90. Completely normal! (I didnt know if she is under description). Seorg yg ceria & cergas. Kena serangan stroke scr tiba2. Sy smpat bergurau senda dgnnya 3-4jam sblum serangan.

Punca: tdk dketahui ttp stress dkatakan pnyumbang utama. Kerjaya:guess what, GURU.

Yes she is a very productive kind. Kes kwn sy ni jd pngjran kpd kita bhw stress itu jgn dbuat2 main. Ia boleh dtg scr mndadak & perlu diurus dgn baik. Take u task moderately. Let go of something that is full in ur hands. Gambar ini ialah darah beku yg brjaya dikeluarkn drp kepalanya. On behalf of ur work colleagues. I am very sorry. If only we can see the sign, then maybe we can prevent it from getting worse. Minta kwn2 doakn kwn saya ini agar sembuh spt sedia kala..Amin.

Sumber Info Via Nurul Mukminah

DAmmejlXkAEv__8.jpg

Sponsored Post

rasanya semua kerja ada stress tersendiri

memang la...tengok carta di malaysia..paling stress no 1 polis..cikgu no. 4...sementara dalam polis paling tinggi beban kerja & stress adalah io....bayangkan tahap kestressan io...lagi pula yang service di area hardcore
 
memang la...tengok carta di malaysia..paling stress no 1 polis..cikgu no. 4...sementara dalam polis paling tinggi beban kerja & stress adalah io....bayangkan tahap kestressan io...lagi pula yang service di area hardcore

terima kasih tn pecot atas info :). kesian tuan....

area hardcore tu mcmana?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register