BTC USD 64,537.1 Gold USD 2,389.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS TRW KELANTAN FC 2022 | Gomo Klate Gomo !!!

kawe tok ccaro mano sek dio nok pitah sapo pon....
mugo TRW doh buktikan bahawa kito nie melahirkan bintang...
bukey mencari bintang....
tapi keno ingat so karo jah player nie...
memey la time ore nok ni la buleh demand gaji tinggi2...
agok2 lepas nie kalu dok perform dan tak d sambung kontrak?
ado ko team lain nok offer demo nga gaji hok demo dok ado loni?
buleh ko demo hidup nga gaji lagi rendoh dari hok demo buleh dulu?
contoh ado doh lonie....
dok tengoh2 nok keno reject bunyi kabar....
ore pon doksir amik....
:D:D:D
 
Sponsored Post

Tan Sri Annuar Musa
18 hours ago near Pauh Lima, Kelantan via Mobile


Alhamdulillah..beberapa orang lagi anak klate yg beraksi di luar sudah pasti akan kembali berbakti bersama TRW..saya harap sy dapat meremajakan sedikit pasukan kita 2014..corak pasukan akan di tingkatkan lagi tahun depan...KALAU PUN KITA BUKAN YG TERBAIK TAPI KITA MAMPU MENEWASKAN YG TERBAIK!!!!
 
Merujuk kepada statement di FB YB TSAM, agak-agak siapa anak kelate yang main dgn pasukan luar musim ini yang bakal kembali menyarung jersi The Red Warriors musim 2014?

Demo cek molek

ado dua page TSAM yg serupa..

1 pic pakai kot

1 pic pakai jersi bola..

hok paka jersi tu ori..

hok tulih supo demo oyat tu hok pic pakai kot..
 
Tan Sri Annuar Musa
18 hours ago near Pauh Lima, Kelantan via Mobile


Alhamdulillah..beberapa orang lagi anak klate yg beraksi di luar sudah pasti akan kembali berbakti bersama TRW..saya harap sy dapat meremajakan sedikit pasukan kita 2014..corak pasukan akan di tingkatkan lagi tahun depan...KALAU PUN KITA BUKAN YG TERBAIK TAPI KITA MAMPU MENEWASKAN YG TERBAIK!!!!

kawe raso hok ni fake..
 
image.jpg




BENARKAH pemain sayap Negeri Sembilan, Mohd Nazrin Nawi ditawarkan gaji RM40,000 sebulan?

Khabarnya, tawaran itu menyebabkan Nazrin terpaksa berfikir dua kali dan membatalkan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan sebuah pasukan dari pantai timur.

Difahamkan, Nazrin hanya terima RM7,000 sebulan dan kontraknya dengan Negeri Sembilan akan tamat musim ini menyebabkan pemain itu terus dikejar pasukan elit.

Nazrin dikatakan mendapat tawaran gaji RM14,000 sebulan dari pasukan gergasi bola sepak tempatan dan ia dipersetujui bersama melalui MoU namun muncul pasukan kedua yang menawarkan kira-kira RM40,000 sebulan untuk mendapatkan khidmatnya.

Bagi tuan empunya diri, Nazrin menjelaskan faktor tawaran gaji lumayan bukanlah menjadi keutamaan, namun peluang beraksi adalah menjadi alasan untuknya memilih pasukan baru.

“Apa guna jika diberikan gaji lumayan, namun kurang diberi peluang beraksi,” katanya.

Mengakui menerima tawaran dari Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) untuk musim 2014, Nazrin bagaimana pun masih belum membuat keputusan.

“Saya akui menerima tawaran dari Kelantan dan JDT namun buat masa ini belum ada keputusan kerana saya perlu memikirkan aksi bersama Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia yang memulakan tirai 20 Ogos nanti.

“Kontrak saya dengan Negeri Sembilan akan tamat tahun ini atau sebaliknya, tapi tunggulah nanti kerana masih terlalu awal untuk saya membuat keputusan,” katanya pada Majlis Jamuan Berbuka Puasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama Media di Petaling Jaya, Isnin lalu.

Selepas menyerlah dalam kem latihan pusat di Australia Jun lalu, pemain berusia 25 tahun ini terus mencuri perhatian dengan meledak hatrik membantu pasukannya menewaskan Sabah 4-0 dalam aksi playoff Piala Malaysia.
 
Piya harap TRW bukan dalam kumpulan maut

Kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi berharap pasukannya tidak diundi sekali lagi dalam kumpulan maut pada kempen Piala Malaysia musim ini menjelang majlis pengundian di Menara TM, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Perit berdepan pasukan kuat seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terengganu dan Kedah pada saingan musim lalu, Mohd Badhri atau sinonim panggilan Piya berkata, seboleh-bolehnya Kelantan perlu elak bertemu lawan itu pada aksi peringkat kumpulan.

“Tetapi, kami tidak boleh menolak ketentuan kerana semua pasukan perlu melalui proses pengundian. Kita tak tahu siapa lawan kita, harap-harap Kelantan tidak terjebak dalam situasi sama seperti musim lalu.

“Kalau diundi bersama ATM atau Terengganu sekali lagi, terpaksa kita terima. Malah, pasukan Liga Premier seperti Sarawak, Sime Darby FC, Johor dan Kedah juga cukup bagus dan keupayaan mereka tidak boleh dipandang rendah," katanya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register