BTC USD 62,270.0 Gold USD 2,387.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AGR Auto Trade Sdn. Bhd.(1134762-H) - www.agrautotrade.com

Sponsored Post

dr facebook

23 Okt - Kami baru sahaja menerima maklumat bahawa esok Yusuf Azmi & Abang Ali perlu serah diri di IPD Kajang & kemudian ke Kompleks Mahkamah Kajang untuk didakwa berkenaan dengan kes kereta pajak AGR Trade.

Kami difahamkan Yusuf Azmi & Abang Ali akan didakwa tanpa gagal atau mungkin direman sehingga 1 minggu. Kami dihujani pelbagai soalan - Apakah motif tindakan ini? Adakah untuk melemahkan semangat memperjuangkan hak masyarakat? Mengapa tiada dakwaan keatas Dato’ Kabi walaupun ratusan laporan polis dibuat mangsa? Mengapa tindakan diambil keatas pembela dan bukannya keatas penjenayah?

Kami memohon sokongan dan doa dari semua agar segala urusan dipermudahkan.

Kepada yang ingin memberi sokongan, sila berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang jam 7.45 pagi esok.

Sila rujuk FB YUSUF AZMI / UTK PPIM dari semasa ke semasa untuk mendapatkan perkembangan terkini.
 
07.30 AM
Berkumpul Di Hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang
IPD Kajang, (Jalan Cheras, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

08.57 AM
Bergerak Ke Kompleks Mahkamah Kajang

09.00 AM
Berkumpul Di Hadapan Kompleks Mahkamah Kajang
Kompleks Mahkamah Kajang (Jalan Cempaka Kuning, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

22688038_492781797758716_561423178089312087_n.jpg
 
Kes Yusuf Azmi, Ali ditangguh 22 Disember

yussa_1511508670.jpg


MAHKAMAH Majistret Kajang, hari ini, menangguhkan ke 22 Disember untuk sebutan semula kes Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhamad Yusof Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin.


Kedua-duanya didakwa melakukan khianat memotong kunci pagar dan menceroboh Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Julai lalu.

Ia berikutan terdapat dokumen yang masih belum lengkap untuk pihak pendakwaan menyerahkan kepada peguam kedua-dua tertuduh.

Oleh itu, Majistret Nor Afidah Idris membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Tharih Afendi untuk menangguhkan kes itu.

Yusuf, 27 dan Ali, 50, hadir diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob.

Sebelum ini, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.

Yusuf dan Ali didakwa bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalab Cheras Batu 13, Kajang pada 3.30 petang, 10 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula mereka didakwa dengan niat bersama melakukan pencerobohan jenayah di tempat yang sama, antara 3.30 petang sehingga 7.30 malam, hari sama.

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/287003/tangguh-sebutan-semula-kes-yusof-ali
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register