BTC USD 61,618.3 Gold USD 2,378.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak lemas di Bukit Beruntung, kesemua 7 mayat ditemui

Sponsored Post

SAR libatkan 2 bot

HULU SELANGOR 18 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi kanak-kanak yang hilang dibawa arus deras di Sungai SKC, Kampung Timah, Bukit Beruntung, di sini hari ini dipertingkatkan dengan menggunakan dua buah bot milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan berkata, pencarian hari kedua ini juga diperluaskan dan mengahala sekitar Sungai Selangor.

“Tindakan operasi terbahagi kepada empat kumpulan iaitu dua daripadanya melakukan pencarian di kawasan jambatan.

“Kumpulan 3 meneruskan pencarian di kawasan lombong pasir menggunakan bot manakala kumpulan 4 terdiri daripada Unit STORM menjalankan pencarian dari kawasan permulaan kanak-kanak berkenaan hanyut,” katanya ketika ditemui di operasi SAR di sini hari ini.

Sementara itu, kekuatan keseluruhan operasi itu melibatkan 26 pegawai daripada pelbagai agensi.

Semalam, lapan kanak-kanak lelaki berusia antara 9 hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dan merupakan murid Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dihanyutkan air pasang besar secara tiba-tiba.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, seorang daripada mereka selamat manakala lima lagi ditemukan lemas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/sar-melibatkan-dua-bot-1.458603#ixzz4bePuYwYu
 
Kepala air punca 8 sahabat dibawa arus deras

WhatsApp_Image_2017-03-18_at_7.51.28_AM.jpeg.transformed.jpg

ANGGOTA Bomba meneruskan misi mencari dua lagi mangsa yang masih belum ditemui dalam kejadian lemas di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung. Lima mayat telah ditemui semalam. - Foto Yazit Razali

HULU SELANGOR: Fenomena kepala air menjadi punca lapan kanak-kanak dihanyutkan arus deras di anak Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini, semalam.

Tragedi menyayat hati itu menyebabkan lima lemas manakala dua masih hilang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata hujan lebat kira-kira dua jam di sekitar kawasan berkenaan menyebabkan fenomena itu terbentuk apabila arus deras luar biasa mengalir dari hulu sungai.

"Pemeriksaan mendapati arus deras setinggi kira-kira lima meter melanda kawasan anak sungai tempat lapan kanak-kanak itu menangguk ikan.

"Pada hari biasa, kawasan anak sungai tempat mereka menangguk ikan itu memang cetek, namun semalam kepala air menyebabkan paras air naik mendadak dan deras," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya, kepala air yang berlaku dengan cepat menyebabkan semua mangsa tidak sempat menyelamatkan diri sebelum dihanyutkan.

Bagaimanapun, seorang mangsa, Muhammad Shahir Azman, 12, selamat apabila sempat berpaut pada batang paip di anak sungai itu.

Supramaniam berkata, usaha mencari dua lagi mangsa hilang giat dijalankan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan semula jam 8 pagi tadi.

Mangsa yang masih hilang adalah Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10, dan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12.

Sementara itu, lima mangsa yang meninggal dunia selesai dibedah siasat di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) dan punca kematian disahkan sebagai lemas.

Semua jenazah sudah dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan yang mana pasangan adik beradik Shahrizwan Abdullah, 10, dan Shahrizat, 12, serta seorang lagi mangsa, Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, dikebumikan di Bukit Beruntung.

Dua lagi mangsa iaitu Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, akan dikebumikan di Kuala Selangor, manakala Mohd Iskandar Shah Abdullah, 12, dikebumikan di Kuala Krai, Kelantan.

Supramaniam berkata, Muhammad Shahir yang terselamat dibawa pulang oleh keluarga ke kampung ibunya di Ipoh, Perak untuk rawatan kerana masih trauma akibat kejadian itu.


http://www.bharian.com.my/node/261419
 
Jenazah 2 beradik selamat dikebumikan

WhatsApp_Image_2017-03-18_at_1.04.14_PM.jpeg.transformed.jpg

JENAZAH dua beradik, Shahrizwan Abdullah 10, Shahrizat Abdullah 12, dan Amirul Hakimi Mohd Kharul Amru 10, yang mati lemas di Sungai SKC, Kampung Timah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung. - Foto Sairien Nafis

WhatsApp_Image_2017-03-18_at_1.17.13_PM.jpeg.transformed.jpg

HASINAH Ibrahim, ibu kepada dua beradik, Shahrizwan Abdullah 10, Shahrizat Abdullah 12, yang mati lemas di Sungai SKC, Kampung Timah tidak dapat menahan kesedihan ketika pengebumian anaknya.- Foto Sairien Nafis

KUALA KUBU BHARU: Jenazah dua beradik mangsa lemas, Mohd Shahrizat Abdullah, 12, dan Mohd Shahrizwan 10, serta Amirul Hakimi Mohd Kharul Amru, 10, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, jam 12 tengah hari tadi.

Bacaan talkin dan doa dipimpin Setiausaha surau Abu Bakar Ali Bashah, Rosli Abdullah.

Ibu bapa dan keluarga mangsa turut berada di tanah perkuburan.

Dua lagi mangsa, Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, akan dikebumikan di Kuala Selangor, manakala Mohd Iskandar Shah Abdullah, 12, dikebumikan di Kuala Krai, Kelantan.


http://www.bharian.com.my/node/261439
 
Cikgu turut sama cari Aiman

cikugusama_1489840114.jpg


Hulu Selangor: Dua daripada lapan murid SK Taman Bunga Raya 1 yang dihanyutkan air deras di Kampung Timah, Bukit Beruntung, di sini, semalam, adalah penyerang terbaik sekolah itu.


Gandingan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12, sememangnya menjadi pilihan utama jurulatih mereka dalam setiap kejohanan di peringkat daerah.

Jurulatih Wan Mohd Firdaus Wan Abdullah, berkata kedua-dua anak didiknya itu memang berbakat dan mempunyai potensi untuk berjaya dalam sukan itu.

“Saya gandingkan mereka sejak kedua-duanya berusia 10 tahun dan pada perlawanan persahabatan, Rabu lalu, merekalah yang menjaringkan gol.

“Saya terkejut dengan kejadian yang menimpa mereka berdua,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sedih dengan kejadian itu, Wan Mohd Firdaus membatalkan hasratnya untuk pulang ke kampung dan turut sama melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sepatutnya kedua-dua mereka ada latihan, petang semalam, tetapi disebabkan hujan, ia dibatalkan. Mereka berdua adalah budak yang baik,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, lapan kanak-kanak dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air ketika mereka menangguk ikan di Sungai Selangor itu.

Seorang daripada mereka terselamat, lima ditemui lemas manakala dua lagi masih hilang.

Operasi SAR dua lagi iaitu Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan 10, dan Muhammad Aiman masih dijalankan ketika berita ini disiarkan.


Masih dicari

Muhammad Aiman Kamarul, 12
Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10

Lemas

Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12
Amirul Hakimi Khairul Amru, 9
Shahrizwan Abdullah, 10
Shahrizat Abdullah, 12
Mohd Iskandar Shah Abdullah, 11.



http://www.hmetro.com.my/node/214527
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register