BTC USD 63,471.5 Gold USD 2,377.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar sekolah putus kedua-dua kaki digilis lori tanah

Sponsored Post

Ecah semakin sihat bersemangat, ikuti latihan angkat berat

ecah01_1476058744.jpg


Sungai Besar: “Alhamdulillah....saya bersyukur dengan kehidupan hari ini kerana semakin sihat dan bersemangat, malah kini mengikuti latihan angkat berat,” kata Siti Nuraisyah Sahrin, 13, atau Ecah yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori dalam kejadian pada 18 Januari lalu.


Berdasarkan pemerhatian Harian Metro mendapati Ecah semakin selesa dan gembira dengan kehidupan barunya selepas tragedi yang meragut kedua-dua kakinya itu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap itu, berkata kehidupan hariannya dikelilingi keluarga serta rakan yang banyak memberi sokongan kepadanya.

Menurutnya, jadual hariannya kini dipenuhi pelbagai aktiviti menarik dan menyihatkan.

“Isnin hingga Jumaat saya ke sekolah, manakala dua kali seminggu saya mengikuti latihan angkat berat di Sungai Besar.


http://www.hmetro.com.my/node/172728
 
Najib hadiahkan dram kepada Ecah

ecah-dan-pm-500x333.png

ecah-terima-hadiah-drum.jpg


SUNGAI PANJANG – Hasrat Siti Nuraisyah Sahrin untuk memiliki set drum sendiri bukan sahaja menjadi kenyataan, tetapi lebih indah apabila ia dihadiahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Permintaan Siti Nuraisyah, 13, pelajar yang putus kedua-dua kakinya akibat digilis lori Januari lalu mendapat perhatian perdana menteri ketika mereka bertemu dalam satu majlis di Sungai Nibong, malam Jumaat lalu.

Kenapa Rakyat Malaysia mudah digula-gula
 
Ecah ceburi sukan angkat berat

ne_05.1.jpg


SABAK BERNAM – Kejayaan atlet Sukan Paralimpik negara di Rio, Brazil menjadi inspirasi kepada pelajar perempuan yang kehila*ngan kedua-dua belah kaki akibat digilis lori, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, untuk terjun dalam sukan angkat berat.


Menurut Siti Nuraisyah atau Ecah, dia mula berjinak-jinak mengangkat besi sejak pertengahan bulan lalu, bagi mengisi masa terluangnya dengan aktiviti yang menyihatkan.

“Sekarang saya mengikuti latihan asas angkat berat di Pusat Tinju Sungai Besar, dua kali seminggu pada setiap petang Khamis dan Jumaat.

“Saya mendapat bimbingan daripadal jurulatih sukarela, Mohd. Nor Arif Abdullah.

“Sukan ini masih baharu kepada saya. Saya sedang belajar asas dari aspek teknik angkatan dan senaman yang sesuai untuk membina kekuatan otot tangan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Parit 16, Sungai Panjang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4PGuEYxg9
 
Ecah ceburi sukan angkat berat

image.jpg

NURAISYAH SAHRIN menerima bimbingan Mohd. Nor Arif Abdullah semasa sesi latihan angkat berat di Pusat Tinju Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, semalam.

SABAK BERNAM 6 Nov. – Kehilangan kedua-dua belah kaki akibat kemalangan jalan raya pada awal tahun ini ternyata tidak melunturkan semangat Siti Nuraisyah Sahrin, 13, untuk terus mengharungi kehidupan seperti remaja lain seusianya.

Lebih mesra dipanggil Ecah, dia berkata, kehidupan hariannya tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti bagi memenuhi masa terluang selain aktiviti persekolahan.

Tidak mahu ketinggalan mencuba aktiviti baharu, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap itu kini berjinak-jinak dengan sukan angkat berat sejak pertengahan bulan lalu.

“Sekarang saya mengikuti latihan asas angkat berat di Pusat Tinju Sungai Besar, dua kali seminggu pada setiap petang Khamis dan Jumaat. Saya mendapat bimbingan daripada jurulatih sukarela, Mohd. Nor Arif Abdullah.

“Sukan ini masih baharu kepada saya. Sekarang saya belajar asas dari aspek teknik angkatan dan senaman yang sesuai untuk membina kekuatan otot tangan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di Parit 16, Sungai Panjang di sini.

Ecah turut mengakui kejayaan atlet negara merangkul pingat emas semasa Sukan Paralimpik di Rio, Brazil baru-baru ini menjadi pembakar semangatnya untuk menapak maju dalam sukan tersebut.

Sementara itu, bapa tiri Ecah, Mohd. Roslan Sardi dan ibunya, Maimunah Mad Razali memberitahu, sebagai ibu bapa mereka sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada Ecah untuk bergiat dalam sukan angkat berat.

“Kami berterima kasih kepada Mohd. Nor Arif yang sanggup meluangkan masa dan khidmat secara sukarela melatih Ecah.

“Malah, beliau juga yang memberi dorongan dan semangat kepada Ecah agar menceburi bidang sukan angkat berat kerana katanya Ecah mempu*nyai potensi untuk digilap sebagai atlet,” katanya.

Sebagai jurulatih, Mohd. Nor Arif berpendapat, Ecah berpotensi besar untuk maju dalam sukan angkat berat sekiranya mendapat latihan dan bimbingan secara sistematik.

“Tumpuan saya sekarang adalah membina keyakinan diri dan menanam semangat juang yang tinggi dalam diri Ecah supaya dia dapat melangkah jauh dalam sukan ini,” ujarnya.

Menurutnya, peluang Ecah terbuka luas dalam sukan itu apabila disenaraikan untuk menyertai kursus dan pertandingan pada pertengahan Disember ini di Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Beliau menambah, sekiranya terpilih nanti, Ecah akan mengikuti latihan intensif di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara.

Pada 18 Januari lalu, Ecah putus kedua-dua belah kakinya akibat digilis lori semasa membonceng motosikal untuk pulang ke rumah dari sekolah.

Sebelum ini, hasratnya untuk bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak selepas permintaannya disuarakan dalam Utusan Malaysia ditunaikan oleh Perdana Menteri walaupun mempunyai jadual yang ketat.


- See more at: https://www.utusan.com.my/berita/na...an-angkat-berat-1.404547#sthash.li46zSLA.dpuf
 
Ecah dapat pingat perak dalam acara angkat berat

image.jpg

Siti Nuraisyah Sahrin menunjukkan sijil dan pingat yang diraih pada Kejohanan Powerlifting semalam. UTUSAN/MOHD.HUSSAIRY SIDEK.

SABAK BERNAM 18 Dis. – Siti Nuraisyah Sahrin, 13, atau mesra dipanggil Ecah merangkul pingat perak dalam penyertaan sulung pada Kejohanan Powelifting Sirkit Akhir Kebangsaan 2016 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur, semalam.

Lebih membanggakan, Ecah bukan sahaja menjadi peserta termuda menyertai kejohanan itu, malah peserta wanita tunggal yang mewakili Selangor.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap itu berkata, walaupun hanya memenangi pingat perak, tetapi baginya itu adalah langkah awal dan pendorong untuknya bergerak lebih jauh dalam sukan angkat berat yang baru diceburinya kira-kira dua bulan lalu.

"Saya sangat gembira dan puas hati dengan pencapaian ini. Lagipun saya masih baru dalam sukan ini dan banyak lagi selok-belok dan teknik angkatan yang perlu saya pelajari.

"Selain itu, saya juga gembira dapat berjumpa rakan-rakan sepelatih yang senasib dengan saya, malah ada yang lebih teruk (cacat anggota) daripada saya.

"Kami saling bertukar pendapat dan pengalaman selain memberi semangat sesama sendiri untuk maju serta fokus terhadap sukan ini sekali gus membantu meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Parit 16 Sungai Panjang di sini hari ini.

Sementara itu, ibunya, Maimunah Md Razalli, 48, memberitahu, pada mulanya Ecah agak pendiam dan malu-malu, tetapi setelah mengikuti taklimat dan seminar sebelum kejohanan dan bertemu dengan peserta-peserta dari seluruh negara, akhirnya Ecah berubah menjadi lebih positif.

"Mulanya memang saya agak risau tengok dia yang agak pendiam... mungkin ini pengalaman pertama dia ikut bertanding tapi menjelang hari kejohanan, saya lihat ada perubahan pada dirinya.

"Pada saya, suasana semasa sesi latihan dan kejohanan ini yang memberi impak positif kepada Ecah sebab dia dapat lihat dan berinteraksi secara langsung dengan rakan senasib... Jadi dari situ yang memberi dia semangat dan keyakinan diri

"Saya dan suami, Roslan Sardi, 40, sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk Ecah aktif dan maju dalam sukan tersebut,” kata Maimunah.


https://www.utusan.com.my/sukan/pingat-perak-beri-ecah-harapan-baharu-1.421418
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register