Pihak pengurusan TLHT mengucapkan selamat datang kepada pemain kebangsaan, Siti Amarina, Nuraini, Hanis, Juliani, Norazlin, Siti Rahmah, Wan Norfaiezah, Fatin Naimah, dan Nur Syafikah. Juga mengalu -alukan pemain pembangunan kebangsaan, Siti Noorhafiza, Nurul Najah, dan Nur Aisyah. Tak lupa state players, Norhaliza, Nuraliana, Nurul Syafiqah, Nurain Fatihah, Syafikah Nabila, Siti Sarah, Noorul Azwani, Nur Suhaira, dan Nadia Zamri. Manakala seorang lagi pemain kebangsaan, Fazilla Sylvester akan bersama team dalam masa terdekat
Semoga senarai lengkap 22 pemain itu nanti mampu membawa cabaran TLHT dalam MHL2017 LIGA Wanita dengan kejayaan cemerlang. Selain mereka, semua penyokong dan peminat hoki Terengganu diharap juga mampu memberikan sokongan padu kepada TLHT dalam memburu kejuaraan musim ini
Persatuan Hoki Terengganu -PHT dengan berbesar hati menjemput kesemua peminat sukan hoki serta warga Terengganu ke malam bersejarah malam ini!
Majlis Pelancaran Jersi & Pasukan Hoki Wanita 2017
Terengganu Ladies Hockey Team!
31 Januari 2017 (Selasa() | 8.00 Malam
Stadium Hoki Majlis Bandaraya K.Trg
Bakal disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu,
Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman
Tahniah PHT berjaya melaksanakan majlis menandatangani kontrak pemain bersama TLHT bermula jam 6.00pm semalam. Manakala majlis memperkenalkan pemain dan jersi pasukan kepada media berjalan lancar pada jam 8.45pm
Pihak pengurusan PHT mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama Datuk Presiden PHT Dan barisan AJK yang sudi hadir. Tak lupa Datuk Bandar yang sudi turun meraikan pemain-pemain TLHT
Terima kasih juga buat penaja TLHT, terutama Mizuno, CVE Sport dan Am Transit Inn atas kerjasama tajaan untuk team tahun ini
Kepada rakan media cetak dan elektronik, kehadiran semua turut membantu kami memperkenalkan TLHT ke seantero tanahair....thanks a lot friend
Begitu juga penyokong tegar hoki Terengganu yang sanggup turun padang meraikan bersama. Tahniah semua yang terlibat secara langsung atau tidak- moga TLHT memacu kejayaan untuk Teganung Kiter...
KUALA TERENGGANU 31 Jan.- Terengganu hari ini memperkenalkan barisan penuh pasukan hoki wanitanya bagi menghadapi saingan Liga Hoki Wanita 2017 yang akan membuka tirainya lusa
Majlis itu disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd. Zulkifli Abu Bakar di Stadium Hoki Batu Burok di sini malam ini
Menerusi penyertaan kali pertama Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) musim ini, Terengganu membawa masuk lapan pemain skuad Malaysia Tigress bagi memperkuatkan lagi pasukan
Bakinya pula merupakan bakat muda dari skuad pembangunan hoki kebangsaan
Ketua Jurulatih, Mohd. Asri Abdul Aziz melahirkan keyakinan skuad kendaliannya mampu merealisasikan harapan untuk meraih dua piala iaitu Piala Liga dan Piala Vivian May Soars menerusi penampilan aksi pertama itu
"Sehubungan itu, kami akan memperkemaskan pukulan sudut penalti sebelum sesi pembuka tirai bertemu Kelab Hoki Kulim (Kulim) lusa
"Saya tidak bimbang dengan tahap kecergasan pemain selepas melihat kemenangan mereka sebagai naib juara pusingan kedua Kejohanan Liga Hoki Wanita Dunia minggu lalu," katanya
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perlawanan persahabatan TLHT menentang veteran Terengganu
Terdahulu 22 pemain menandatangani kontrak selama tiga bulan bersama pasukan TLHT dengan disaksikan oleh Presiden Hoki Terengganu, Datuk Wan Mohd. Nizam Wan Abdul Hamid