Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #501  
Old 10-01-2018, 01:21 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 125,113
Active Level
My Mood:
Default

ARSA tiada pilihan selain berperang
Pemberontak Rohingya akan terus menentang keganasan tajaan Myanmar



AGENSI GAMBAR sorotan video yang disiarkan pada Ogos 2017 menunjukkan
GAMBAR sorotan video yang disiarkan pada Ogos 2017 menunjukkan ketua ARSA, Atta Ullah dan dua pejuang kumpulan pemberontak Rohingya tersebut di satu lokasi rahsia di Myanmar. AGENSI

YANGON – Pemberontak Islam Rohingya berkata semalam bahawa mereka tidak mempunyai pilihan melainkan menentang apa yang disifatkan sebagai keganasan tajaan Myanmar demi mempertahankan etnik minoriti berkenaan dan menuntut agar masyarakat Rohingya dirujuk berhubung semua keputusan yang akan mempengaruhi masa depan mereka.

Pemberontak berkenaan, Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan Myanmar pada 25 Ogos tahun lalu yang mencetuskan serangan balas tentera di Negeri Rakhine, utara Myanmar.

Operasi tentera Myanmar mencetuskan keganasan meluas termasuk tindakan membakar perkampungan etnik Islam tersebut sehingga memaksa kira-kira 650,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam kempen ketenteraan itu sebagai penghapusan etnik, namun ditolak oleh pentadbiran Myanmar, negara yang majoriti rakyatnya beragama Buddha.

Namun, sejak serangan pada Ogos 2017, ARSA jarang melancarkan operasi baharu sehinggalah Jumaat lalu apabila pejuang-pejuangnya menyerang hendap sebuah trak tentera, mengakibatkan beberapa anggota pasukan keselamatan Myanmar cedera.

“ARSA tiada pilihan lain melainkan memerangi ‘keganasan tajaan Myanmar’ terhadap penduduk Rohingya demi mempertahankan, menyelamat dan melindungi komuniti kami,” kata kumpulan pemberontak itu dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh pemimpinnya, Ata Ullah dan dimuat naik di laman Twitter.

“Masyarakat Rohingya mesti dirujuk dalam semua keputusan yang mempengaruhi keperluan kemanusiaan dan masa depan politik mereka,” tambahnya. 
ARSA mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan pada Jumaat lalu itu, namun tidak memberikan butiran lanjut berkaitan pertempuran tersebut.

Etnik Rohingya di Myanmar dinafikan hak kerakyatan, kebebasan bergerak dan akses kepada perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan sejak sekian lama. Yangon menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh. – REUTERS


http://www.kosmo.com.my/dunia/arsa-t...erang-1.586239
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #502  
Old 10-01-2018, 06:55 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 125,113
Active Level
My Mood:
Default

Bangladesh tingkat larangan kahwini Rohingya


Mahkamah Tinggi Bangladesh meningkatkan larangan yang tidak membenarkan penduduk negara itu berkahwin dengan pelarian etnik Rohingya. - AP

DHAKA 8 Jan. - Mahkamah Tinggi Bangladesh hari ini meningkatkan larangan perkahwinan membabitkan rakyat negara ini dengan pelarian etnik Rohingya yang mendapatkan perlindungan di kem-kem pelarian di sini.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah tersebut menolak tindakan undang-undang daripada seorang bapa yang anak lelakinya berkahwin dengan remaja perempuan Rohingya pada September lalu.

Larangan tersebut dikuatkuasakan pada 2014 sebagai langkah untuk mengelakkan pelarian Rohingya mendapat taraf kewarganegaraan Bangladesh menerusi perkahwinan dengan penduduk tempatan. - AFP


http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz53jNO5pAg
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #503  
Old 10-01-2018, 07:25 AM
asx23 asx23 is offline
Active Plus

asx23's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2016
Posts: 3,313
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 279
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post
ARSA tiada pilihan selain berperang
Pemberontak Rohingya akan terus menentang keganasan tajaan Myanmar



AGENSI GAMBAR sorotan video yang disiarkan pada Ogos 2017 menunjukkan
GAMBAR sorotan video yang disiarkan pada Ogos 2017 menunjukkan ketua ARSA, Atta Ullah dan dua pejuang kumpulan pemberontak Rohingya tersebut di satu lokasi rahsia di Myanmar. AGENSI

YANGON – Pemberontak Islam Rohingya berkata semalam bahawa mereka tidak mempunyai pilihan melainkan menentang apa yang disifatkan sebagai keganasan tajaan Myanmar demi mempertahankan etnik minoriti berkenaan dan menuntut agar masyarakat Rohingya dirujuk berhubung semua keputusan yang akan mempengaruhi masa depan mereka.

Pemberontak berkenaan, Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan Myanmar pada 25 Ogos tahun lalu yang mencetuskan serangan balas tentera di Negeri Rakhine, utara Myanmar.

Operasi tentera Myanmar mencetuskan keganasan meluas termasuk tindakan membakar perkampungan etnik Islam tersebut sehingga memaksa kira-kira 650,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam kempen ketenteraan itu sebagai penghapusan etnik, namun ditolak oleh pentadbiran Myanmar, negara yang majoriti rakyatnya beragama Buddha.

Namun, sejak serangan pada Ogos 2017, ARSA jarang melancarkan operasi baharu sehinggalah Jumaat lalu apabila pejuang-pejuangnya menyerang hendap sebuah trak tentera, mengakibatkan beberapa anggota pasukan keselamatan Myanmar cedera.

“ARSA tiada pilihan lain melainkan memerangi ‘keganasan tajaan Myanmar’ terhadap penduduk Rohingya demi mempertahankan, menyelamat dan melindungi komuniti kami,” kata kumpulan pemberontak itu dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh pemimpinnya, Ata Ullah dan dimuat naik di laman Twitter.

“Masyarakat Rohingya mesti dirujuk dalam semua keputusan yang mempengaruhi keperluan kemanusiaan dan masa depan politik mereka,” tambahnya. 
ARSA mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan pada Jumaat lalu itu, namun tidak memberikan butiran lanjut berkaitan pertempuran tersebut.

Etnik Rohingya di Myanmar dinafikan hak kerakyatan, kebebasan bergerak dan akses kepada perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan sejak sekian lama. Yangon menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh. – REUTERS


http://www.kosmo.com.my/dunia/arsa-t...erang-1.586239
siapa yg membiayai ARSA?
Reply With Quote
  #504  
Old 10-01-2018, 11:35 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 125,113
Active Level
My Mood:
Default

Tentera mengaku terlibat pembunuhan penduduk Rohingya


BEBERAPA anggota pasukan keselamatan Myanmar disahkan terlibat dengan tragedi pembunuhan 10 orang penduduk Rohingya pada bulan September tahun lepas. -GAMBAR HIASAN/AFP

YANGON 10 Jan. - Beberapa anggota pasukan keselamatan Myanmar disahkan terlibat dengan tragedi pembunuhan 10 orang penduduk Rohingya pada bulan September tahun lepas.

Perkara itu didedahkan oleh pejabat ketua tentera Myanmar dalam satu kenyataan hari ini.

“Sesetengah penduduk serta anggota keselamatan di perkampungan Inn Din (lokasi pembunuhan beramai-ramai pada 2 September 2017) mengaku bahawa mereka telah membunuh 10 orang ‘pengganas Benggali’ (istilah yang diguna pakai untuk merujuk kepada penduduk Rohingya di Myanmar),” kata kenyataan itu.

Difahamkan, ini kali pertama pengakuan tersebut dibuat selepas krisis kemanusiaan dilaporkan berlaku di Myanmar hingga memaksa ratusan ribu penduduk Rohingya melarikan diri dari kampung halaman mereka. -AFP


http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz53nR01KDS
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #505  
Old 11-01-2018, 05:14 AM
jookiba jookiba is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2016
Posts: 1,209
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 157
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by TT View Post
ARSA tiada pilihan selain berperang
Pemberontak Rohingya akan terus menentang keganasan tajaan Myanmar



AGENSI GAMBAR sorotan video yang disiarkan pada Ogos 2017 menunjukkan
GAMBAR sorotan video yang disiarkan pada Ogos 2017 menunjukkan ketua ARSA, Atta Ullah dan dua pejuang kumpulan pemberontak Rohingya tersebut di satu lokasi rahsia di Myanmar. AGENSI

YANGON – Pemberontak Islam Rohingya berkata semalam bahawa mereka tidak mempunyai pilihan melainkan menentang apa yang disifatkan sebagai keganasan tajaan Myanmar demi mempertahankan etnik minoriti berkenaan dan menuntut agar masyarakat Rohingya dirujuk berhubung semua keputusan yang akan mempengaruhi masa depan mereka.

Pemberontak berkenaan, Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan Myanmar pada 25 Ogos tahun lalu yang mencetuskan serangan balas tentera di Negeri Rakhine, utara Myanmar.

Operasi tentera Myanmar mencetuskan keganasan meluas termasuk tindakan membakar perkampungan etnik Islam tersebut sehingga memaksa kira-kira 650,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam kempen ketenteraan itu sebagai penghapusan etnik, namun ditolak oleh pentadbiran Myanmar, negara yang majoriti rakyatnya beragama Buddha.

Namun, sejak serangan pada Ogos 2017, ARSA jarang melancarkan operasi baharu sehinggalah Jumaat lalu apabila pejuang-pejuangnya menyerang hendap sebuah trak tentera, mengakibatkan beberapa anggota pasukan keselamatan Myanmar cedera.

“ARSA tiada pilihan lain melainkan memerangi ‘keganasan tajaan Myanmar’ terhadap penduduk Rohingya demi mempertahankan, menyelamat dan melindungi komuniti kami,” kata kumpulan pemberontak itu dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh pemimpinnya, Ata Ullah dan dimuat naik di laman Twitter.

“Masyarakat Rohingya mesti dirujuk dalam semua keputusan yang mempengaruhi keperluan kemanusiaan dan masa depan politik mereka,” tambahnya. 
ARSA mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan pada Jumaat lalu itu, namun tidak memberikan butiran lanjut berkaitan pertempuran tersebut.

Etnik Rohingya di Myanmar dinafikan hak kerakyatan, kebebasan bergerak dan akses kepada perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan sejak sekian lama. Yangon menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh. – REUTERS


http://www.kosmo.com.my/dunia/arsa-t...erang-1.586239
inilah sebab utama myanmar membantai org rohingya ni.. tak sedar diri... duduk leok. elok dan buat bisnes mcm org xina tak mau.. sebaliknya angkat senjata menentang kerajaan.. sebiji. mcm perangai komunis tahun 50an d malaya dulu..
Reply With Quote
  #506  
Old 11-01-2018, 07:36 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 125,113
Active Level
My Mood:
Default

Wartawan Reuters buat liputan Rohingya didakwa


WARTAWAN Reuters, Wa Lone (tengah) and Kyaw Soe Oo (kiri atas) diiringi polis selepas prosiding semalam. FOTO EPA-EFE

Yangon: Dua wartawan Reuters didakwa di mahkamah semalam kerana melanggar undang-undang kerahsiaan era penjajah yang membawa hukuman sehingga 14 tahun penjara disebabkan liputan membabitkan kempen ketenteraan terhadap Rohingya di Rakhine.

Dua wartawan warga tempatan, Wa Lone, 31, dan Kyaw Soe Oo, 27, itu ditahan sebulan lalu mengikut Akta Rahsia Rasmi kerana dikatakan diberi dokumen rahsia oleh dua anggota polis ketika makan malam.

Mereka membuat liputan mengenai kempen ketenteraan yang memaksa kira-kira 655,000 etnik Muslim Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh sejak Ogos lalu.

Isu itu amat sensitif di Myanmar, di mana pihak berkuasa menafikan melakukan salah laku dan mendakwa tentera hanya menjalankan tindakan keras terhadap militan daripada etnik itu.

Hakim daerah berkata, dua wartawan itu didakwa mengikut Akta Rahsia Rasmi yang menghukum sesiapa saja yang memperoleh, mengumpul, merekod atau menerbitkan sebarang dokumen atau maklumat rasmi yang mungkin berguna kepada musuh.

Wartawan berkenaan akan dihadapkan semula ke mahkamah 23 Januari depan untuk hujahan, sementara hakim memutuskan sama ada kes itu boleh diteruskan.

Kes terhadap wartawan Reuters itu sekali gus mengejutkan organisasi akhbar yang sedia berdepan masalah di negara itu.

Wartawan yang membuat liputan mengenai prosiding semalam berpakaian hitam sebagai bantahan terhadap penahanan rakan mereka dan membawa sepanduk mendakwa ‘Kewartawanan bukan satu jenayah.’

Peguam bela Khin Maung Zaw berkata, permohonan jaminan mereka ditolak.

Sementara itu, kumpulan hak asasi turut mengecam penahanan mereka.

“Dakwaan ini adalah tidak munasabah dan perlu dihentikan. Kedua-dua wartawan itu perlu dibebaskan segera tanpa syarat,” kata timbalan pengarah Human Rights Watch Asia.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018...putan-rohingya
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #507  
Old 13-01-2018, 06:03 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 125,113
Active Level
My Mood:
Default

Tentera Myanmar bohong, mangsa dibunuh orang awam bukan militan


KOMUNITI Rohingya menunaikan solat di sebuah kawasan lapang di kem pelarian Unchiparang dekat bandar Coxs Bazar, Bangladesh kelmarin. REUTERS

BALUKHALI, Bangladesh – Komuniti Islam Rohingya yang me*larikan diri dari sebuah kampung di mana Myanmar mengakui tenteranya membunuh 10 penduduk tempatan berkata kelmarin bahawa mangsa kesemuanya ialah orang awam dan bukan pejuang Rohingya seperti dakwaan tentera.

Pejabat komander tentera Myanmar mengesahkan pada Rabu lalu bahawa pasukan keselamatan mengambil bahagian dalam pembunuhan ‘pengganas Bengali’ pada 2 September 2017 di Kampung Inn Din, Negeri Rakhine. Istilah biadab tersebut digunakan untuk merujuk kepada etnik Rohingya.

Ini kali pertama Myanmar mengaku melakukan pencabulan semasa operasi tentera menghapuskan pemberontak Rohingya dari hujung Ogos 2017 yang mencetuskan penghijrahan beramai-ramai etnik minoriti Islam itu.

Namun, pelarian Rohingya di Bangladesh menafikan kenyataan tentera Myan*mar dengan mereka yang terselamat selepas melarikan diri dari Inn Din berkata, mangsa yang dibunuh kejam itu ialah orang awam dan bukannya pemberontak.

Seorang penduduk Kampung Inn Din, Wal Marjan, 30, berkata, mereka diserang oleh penganut Buddha yang diiringi tentera. Kumpulan penyerang kemudian ‘memilih 10 hingga 15 lelaki bagi menyertai satu mesyuarat’.

Semua mangsa tidak pernah kembali, kata Wal yang kemudian diberitahu oleh seorang lelaki bahawa suaminya dan penduduk lain telah dibunuh.

“Katanya, mayat mangsa dicampak ke dalam kubur besar bersama lelaki lain,” kata Marjan kepada di sebuah kem pela*rian di tenggara Bangladesh.

Tambah wanita itu, suaminya tiada kaitan dengan pemberontak Rohingya.

Dalam satu kenyataannya, pejabat komander tentera berkata, pasukan keselamatan menangkap 10 militan Rohingya dan membunuh mereka ketika keganasan tercetus di kampung itu dan kawasan sekitarnya.

Kenyataan di Facebook itu turut memberikan pengesahan awal mengenai kubur besar Rohingya di Rakhine.

Namun, penduduk kampung Inn Din, Hossain Ahammad berkata, mangsa yang dibunuh sebenarnya nelayan, petani, pe*nebang pokok dan ulama.

“Mereka tidak terlibat dalam apa-apa pergerakan pemberontak,” katanya.

Pada bulan lalu, kumpulan amal, Doktor Tanpa Sempadan berkata, sekurang-kurangnya 6,700 etnik Rohingya dibunuh pada bulan pertama tentera Myanmar melancarkan tindakan keras terhadap pemberontak di Rakhine, Ogos tahun lalu. – AFP


http://www.kosmo.com.my/dunia/pemboh...anmar-1.589492
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #508  
Old 15-01-2018, 08:33 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 125,113
Active Level
My Mood:
Default

Bangladesh, Myanmar mesyuarat hantar pulang pelarian Rohingya



YANGON: Satu mesyuarat diadakan hari ini bagi 'menangani masalah' penghantaran pulang pelarian Rohingya ke Myanmar.


AFP memetik pegawai dari Bangladesh, melaporkan pegawai daripada dua negara itu berjumpa di Naypyidaw bagi 'menyelesaikan masalah' berkaitan isu penghantaran pulang etnik Rohingya ke Myanmar.

Namun, pegawai yang enggan mendedahkan namanya, tidak memberikan maklumat terperinci mengenai mesyuarat itu.

Kedua-dua kerajaan menandatangani persetujuan pada November lalu bagi membuka jalan untuk menghantar pulang pelarian pada 23 Januari ini.

Perjanjian itu termaktub kepada etnik Rohingya yang melarikan dari Myanmar dalam dua insiden keganasan sejak 2016.

Ia tidak meliputi anggaran 200,000 pelarian Rohingya yang tinggal di Bangladesh sebelum tarikh terbabit.

Hujung bulan lalu, pegawai Bangladesh berkata, mereka menghantar 100,000 senarai nama ke Myanmar untuk pusingan pertama penghantaran pulang. - AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/ase...arian-rohingya
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #509  
Old 17-01-2018, 02:18 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 125,113
Active Level
My Mood:
Default

PBB bimbang kepulangan etnik Rohingya ke Myanmar tak patuhi undang-undang



NEW YORK 17 Jan. - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres melahirkan kebimbangan tentang perjanjian yang dicapai antara Bangladesh dan Myanmar berhubung kepulangan beratus-ratus ribu pelarian etnik Islam Rohingya tanpa pemantauan penuh agensi pelarian PBB.


Beliau berkata, amat penting bagi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) terlibat sepenuhnya bagi memastikan operasi itu mematuhi standard antarabangsa.

``Yang penting kepulangan mereka perlu secara sukarela dan pelarian ini dibenarkan pulang ke kediaman asal mereka bukannya ke kem-kem,’’ katanya.

Malah katanya, keadaan akan bertambah buruk jika pelarian berkenaan dipindahkan dari kem di Bangladesh ke kem di Myanmar. - AFP


http://www.utusan.com.my/berita/luar...ndang-1.591988
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #510  
Old 17-01-2018, 09:51 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 125,113
Active Level
My Mood:
Default

Bangladesh berjaya daftar lebih 1 juta pelarian Rohingya



COX'S BAZAR: Kerajaan Bangladesh berjaya mendaftar lebih satu juta pelarian etnik Rohingya di kem penempatan sementara di sempadan negara itu dan Myanmar, sejak program pendaftaran biometrik dilancarkan tahun lalu.


Jumlah itu adalah melebihi laporan awal dan anggaran pelarian yang diumumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini, iaitu seramai 962,000 etnik Rohingya kini berlindung di sempadan Myanmar serta Bangladesh.

Ia termasuk anggaran 655,000 pelarian yang diumumkan PBB yang masuk ke Bangladesh sejak 25 Ogos, susulan serangan tentera Myanmar ke atas Rakhine bagi membalas serangan pemberontak Rohingya.

Program pendaftaran itu bertujuan memudahkan usaha penghantaran semula pelarian yang bakal bermula minggu depan dan ia dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

"Setakat ini, kami berjaya mendaftar seramai 1,004,742 pelarian Rohingya. Mereka yang sudah didaftarkan diberi kad pendaftaran biometrik.

"Ribuan lagi pelarian dalam proses didaftarkan," kata pegawai tentera Bangladesh, Brigadier Jeneral Saidur Rahman yang mengetuai projek pendaftaran itu.

Sementara itu, perjanjian penghantaran pulang berkenaan hanya membabitkan pelarian yang tiba di Bangladesh sejak Oktober 2016.

Ketika ini, kem penempatan semula itu turut dihuni pelarian Rohingya yang sudah tinggal di Bangladesh selama beberapa tahun.

Pegawai Kerajaan Bangladesh ketika memberitahu AFP, kumpulan pertama yang akan dihantar pulang adalah etnik Rohingya yang kini terkandas di kawasan sempadan.

"Kami sudah mengemukakan cadangan supaya program ini akan dimulakan dengan 6,500 pelarian yang kini terkandas di kawasan sempadan," katanya. - AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/asi...arian-rohingya
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump