Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Entertainments, Interests, Lifestyle > Internet World

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 12-01-2018, 09:41 PM
kasturi kasturi is offline
Legendary Member

kasturi's Avatar
 
Trader Rating: (47)
Join Date: Jul 2006
Location: Menuju puncak
Posts: 12,507
Thanks (Received): 2301
Likes (Received): 636
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default Yes4G tewaskan Celcom dan Maxis dalam laporan OpenSignal di Malaysia

Jan 11, 2018

OpenSignal, pengumpul data dan maklumat prestasi rangkaian mudah alih sedunia, baru-baru ini memilih YES 4G sebagai rangkaian 4G LTE terbaik di Malaysia. Perkara ini berdasarkan data yang dikumpulkan melalui 75,288 pengguna telefon pintar di Malaysia, selama 3 bulan di antara 1 Jun 2017 – 31 Ogos 2017.

Rangkaian YES 4G oleh YTL Communications, boleh dikatakan agak muda dalam arena 4G LTE di Malaysia. Walaupun masih baru dalam bidang LTE apabila dilancarkan pada tahun 2016, YES sebenarnya telah lama berada dalam bidang telekomunikasi kerana telah menyediakan perkhidmatan internet mudah alih WiMax sejak tahun 2010.

Keputusan YES untuk beralih dari WiMax ke LTE nampaknya sangat tepat. Apatah lagi apabila YES memilih untuk menjadi penyedia 4G LTE sepenuhnya yang pertama di Malaysia, bersama servis panggilan VoLTE.


Dalam laporan tersebut, pengguna YES 4G dapat bersambung ke rangkaian 4G sebanyak 93.2% sepanjang masa. Ini jauh meninggalkan pesaing lain seperti Maxis pada 80.45%, Celcom 73.5%, Digi 72.87%, Webe (unifi) 65.79% dan U Mobile 62.61%.


Kelajuan muat turun 4G pula, didahului oleh Maxis dengan kepantasan 23.59Mbps. YES 4G menuruti di tangga kedua dengan 19.03Mbps manakala Celcom hanya 16.15Mbps, Digi 11.77 MBps, U Mobile 7.2Mbps dan Webe (unifi) 6.76Mbps.


Tetapi apabila kelajuan ini digabungkan secara keseluruhan antara 3G & 4G, YES mengekalkan kelajuan 19.03MBps, mengatasi Maxis dengan kepantasan 13.44Mbps. Celcom mencatat kelajuan 9.08Mbps, Digi 6.34Mbps, Webe (unifi) 4.65Mbp dan U Mobile hanya 4.23Mbps.

Menurut OpenSignal, kelajuan purata penyedia internet mudah alih sedunia adalah 16Mbps. Ini bermakna, hanya YES 4G menyediakan kelajuan keseluruhan melebihi kelajuan purata sedunia. 5 lagi telco berada di bawah paras purata dunia.

Dari laporan ini, kita dapat melihat bagaimana keputusan YES 4G untuk menjadi penyedia rangkaian LTE sepenuhnya memberi kesan yang sangat positif buat penggunanya. YES 4G mengabaikan terus rangkaian 2G & 3G dan memberi fokus kepada rangkaian 4G.


CEO YES, Wing K Lee (kiri) bersama COO YES, Ali Tabassi (kanan) menunjukkan kelajuan YES 4G di SpeedTest

Tetapi kepantasan dan sambungan dalam laporan ini sudah pasti memihak kepada YES 4G, kerana mereka tiada servis 3G langsung. Liputan 3G yang lebih meluas sudah pasti membuatkan pengguna telco lain tidak bersambung ke rangkaian 4G dalam masa tertentu, terutama di luar kawasan bandar.

Dalam hal ini, bersambung ke rangkaian 3G bermakna kurangnya masa bersambung ke rangkaian 4G. Berbeza dengan YES 4G, di mana sambungan mereka adalah 4G atau tiada langsung. Jadi yang dikira hanyalah 4G.

Di bahagian kelajuan pula, oleh kerana YES 4G hanya ada rangkaian 4G, maka purata kelajuan mereka sudah pasti jauh lebih tinggi daripada rangkaian 3G. Untuk telco lain, purata kelajuan mereka terpaksa digabungkan dengan kelajuan 3G, maka mereka mendapat purata kelajuan yang jauh lebih rendah. Berbeza dengan YES di mana purata keseluruhan adalah sama dengan purata 4G.

Tetapi ini belum mengambil kira tentang liputan rangkaian:



Perbandingan liputan YES 4G dan Celcom ini, memperlihatkan besarnya jurang kawasan yang diliputi rangkaian YES berbanding Celcom. Tetapi ini tidak bermakna YES kurang bagus, cuma ia sesuai untuk mereka yang berada di dalam kawasan liputan dan jarang keluar darinya, seperti tinggal dan bekerja di dalam bandar sahaja.

Webe (unifi) dan U Mobile pula, rangkaian 4G mereka jauh ketinggalan dari Maxis dan YES.

Untuk laporan penuh, ia boleh dimuat turun di laman web OpenSignal.


sumber

Last edited by kasturi; 12-01-2018 at 09:48 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 12-01-2018, 11:12 PM
protozuaqs protozuaqs is offline
Super Active

protozuaqs's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Oct 2007
Location: Negara Rasuah
Posts: 9,636
Thanks (Received): 22
Likes (Received): 67
Active Level
My Mood:
Default

dapat kontrak kerajaan,pasang pencawang merata tempat,
langgar kontrak pun lepas...camno internet x laju.....huhuhu
__________________
"HARI NI MENANG, ESOK TURUN"- PRESIDEN ZIMBABWE
Reply With Quote
  #3  
Old 12-01-2018, 11:18 PM
uckiller uckiller is offline
Regular

 
Trader Rating: (9)
Join Date: Feb 2008
Posts: 829
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 7
Active Level
My Mood:
Default

Bak kata artikel ni..yes ada 4g je..mana dia ada 3g..

Telco lain ada 3g..
Reply With Quote
  #4  
Old 12-01-2018, 11:19 PM
t3rdtier t3rdtier is offline
Active Plus

t3rdtier's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Oct 2010
Posts: 2,754
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 67
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by protozuaqs View Post
dapat kontrak kerajaan,pasang pencawang merata tempat,
langgar kontrak pun lepas...camno internet x laju.....huhuhu
xdak kontrak kjaan.. lingkup dahhh..
apapun aku respek dgn dg... carok2 kg dh bnyk line 4g.. xpyh tggu kontrak krajaan...
Reply With Quote
  #5  
Old 16-01-2018, 10:58 PM
ohmediafire ohmediafire is offline
Junior

ohmediafire's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2013
Posts: 69
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Katanya di mana ada sekolah di situ ada pencawang yes
Reply With Quote
  #6  
Old 16-01-2018, 11:04 PM
carlos_vinyard carlos_vinyard is offline
Active Plus

carlos_vinyard's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Jan 2008
Location: hanya Dia yg tahu
Posts: 2,791
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 9
Active Level
My Mood:
Default

klu stakat laju tp harga mahal xder org pandang laaa......
Reply With Quote
  #7  
Old 16-01-2018, 11:22 PM
tokputih tokputih is offline
CG Top Poster Club

tokputih's Avatar
 
Trader Rating: (23)
Join Date: Apr 2008
Posts: 26,244
Thanks (Received): 520
Likes (Received): 115
Blog Entries: 4
Active Level
My Mood:
Default

penggunaan data cam air.. 2gb satu hari leh abis
Reply With Quote
  #8  
Old 16-01-2018, 11:31 PM
jaws_am jaws_am is offline
Super Active

jaws_am's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Location: wherever you are
Posts: 6,968
Thanks (Received): 47
Likes (Received): 713
Active Level
Default

Yes mengarut ikat kontrak 2 tahun..
better ambil digi rm150 xda kontrak..unlimited high speed..

the best so far.. digi..

klo spe yg sempat ambil pakage rm100 pun ok jgk..
unlimited capped at 5mbps..

still digi..

ini bkn iklan berbayar digi..

aku mmg respect digi..
celcom pun x berani bg harga mcm nih..
__________________
So long, and thanks for all the fish
Reply With Quote
  #9  
Old 17-01-2018, 11:20 AM
fuhrer_69 fuhrer_69 is offline
Active Member

fuhrer_69's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2013
Posts: 1,301
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 51
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jaws_am View Post
Yes mengarut ikat kontrak 2 tahun..
better ambil digi rm150 xda kontrak..unlimited high speed..

the best so far.. digi..

klo spe yg sempat ambil pakage rm100 pun ok jgk..
unlimited capped at 5mbps..

still digi..

ini bkn iklan berbayar digi..

aku mmg respect digi..
celcom pun x berani bg harga mcm nih..
tapi tgk gak tempat, ade tempat line digi slow macam siput.

nak subscribe ape2 plan dari mana telco, better tgk dulu coverage telco kat kawasan kita tu macam mana.

jgn org cakap laju, kita pun amik. sudahnye, line lembap. try dulu, puas hati baru amik. hehe
Reply With Quote
  #10  
Old 17-01-2018, 11:43 AM
momoque momoque is offline
Super Active

momoque's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2011
Posts: 9,001
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 134
Active Level
My Mood:
Default

Say NO to YES

Telan duit mcm air
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump