BTC USD 63,557.3 Gold USD 2,386.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skim Cepat Kaya & Matrix menggunakan syarikat berdaftar

Dann

Administrator
gem
Messages
3,461
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,461
Reaction score
2,089
Points
111
Walaupun banyak kali telah diberi amaran samada secara terus melalui amaran-amaran yang dikeluarkan disetiap sudut forum ini, tetapi kami ingin terus menyalurkan maklumat kepada semua ahli & pelawat CariGold.com supaya sentiasa berwaspada dan faham akan risiko skim-skim yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat atau program yang dibincangkan di sini.

Kami ingin memberi amaran kepada semua ahli & pelawat CariGold.com bahawa berdasarkan pemahaman kami terhadap fenomena yang berlaku sekarang, iaitu merebaknya satu kegiatan aktiviti skim-skim cepat kaya & matrix yang bertopengkan penjualan barang yang tidak berkualiti, bertopengkan skim reseller (maksud reseller yang sebenar telah dibincangkan di sini), dan sesetengah daripadanya berani membuka atau menggunakan syarikat pihak ketiga untuk kemudahan loan.

Komuniti ini cuba sedaya upaya untuk menyedarkan/menyalurkan seberapa banyak ilmu yang boleh untuk dikongsi bersama termasuklah secara tidak langsung mengkategorikan setiap topik perbincangan sesuatu program di dalam forum ini mengikut section forum yang sesuai. Walaupun ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan cara ini, tetapi sedikit sebanyak membantu secara tidak langsung kepada golongan yang tidak tahu menahu atau tidak mempunyai pengetahuan berkenaan sesuatu program. Biasanya golongan pihak yang tidak bersetuju ini terbahagi kepada beberapa kumpulan :-

1) Golongan yang masih baru dalam peluang buat duit, tidak tahu menahu atau kurang pengetahuan tentang sesuatu program, tetapi berdegil dengan pendapat mereka kerana begitu ghairah untuk mendapatkan duit. Ia dikenali sbg golongan b odoh sombong. Biasanya golongan ini tiada/kurang pengalaman join sesuatu program buat duit.

2) Golongan yang tahu bahawa skim tersebut adalah piramid dan faham akan risiko sesuatu program, tetapi 'ignore' semua ini semata-mata untuk mendapatkan wang lebih & mencari orang.

3) Golongan modus operandi itu sendiri. Biasanya modus operandi ini akan mempengaruhi keseluruhan topik perbincangan supaya pembaca akan lebih yakin untuk join sesuatu program.

Percayalah, setiap pengkategorian sesuatu topik program di dalam sesuatu forum section (walaupun tidak sesuai pada pandangan anda) adalah berdasarkan pada pengalaman, pengamatan, dan pengetahuan kita tentang sesuatu program. Seperti polisi yang tertera pada T&C forum ini, kita tidak ada kuasa untuk menjaga/memantau sesuatu topik perbincangan program, tetapi sesetengah pengkategorian di buat adalah semata-mata untuk membantu semua ahli & pelawat supaya tidak tertipu secara mudah.

Sila maklum bahawa sejak awal Mac 2008 kita tidak membenarkan pembukaan topik perbincangan yg melibatkan syarikat enterprise/trading (rujuk sini)di dalam section Non-MLM Local Registered Companies kerana 2 faktor :-

1) Kita dah sedia maklum daripada tahun 2007 bahawa bermulanya kegiatan (dari golongan yg mengambil kesempatan) pembukaan skim-skim matrix & cepat kaya menggunakan syarikat yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Untuk maklumat serba sedikit tentang penubuhan syarikat di Malaysia :-

Syarikat berdaftar di Malaysia terbahagi kepada 3 :-

i) Syarikat Enterprise/Trading - Ia tidak layak dipanggil 'syarikat', tetapi di panggil 'perniagaan'. Dikenali juga sebagai sole proprietorship dimana kos pembukaan syarikat adalah paling minium iaitu sebanyak RM60. Hak milik syarikat ini adalah pada sesuatu individu. Semua orang berumur 18 tahun ke atas bebas membuka syarikat ini.

ii) Syarikat Sdn Bhd. - Syarikat adalah milik shareholder. Mempunyai pengarah syarikat dll. Kos membuka syarikat ini adalah RM1800 ke atas.

iii) Syarikat Berhad - Adalah milik public. Segala penyata kewangan ditujukkan kepada orang ramai (sbg shareholder).

Berdasarkan maklumat di atas, kesemua jenis syarikat di atas ini telah dimanipulasi oleh penganjur program untuk mengaburi orang ramai bahawa program/perniagaan yang mereka warwarkan adalah betul di sisi undang-undang. Apa yang kita nampak sekarang ialah merebaknya penggunaaan Syarikat Enterprise/Trading memandangkan kos untuk membuka syarikat ini adalah murah. Malah ramai juga penganjur yang bermodal besar menggunakan syarikat sdn bhd malah ada juga yang menggunakan syarikat berhad. Mengapa ini berlaku? Ini kerana pada pendapat kami undang-undang membuka syarikat itu sendiri adalah longgar dan perlu dihalusi oleh pihak kerajaan supaya dapat membina satu jaringan yang telus untuk membuka sesuatu syarikat di SSM. Pengumuman tentang perkara ini telah kami beritahu pada Apr08 di sini

2) Kita dah sedia maklum bahawa telah ramai yang membuka Syarikat Enterprise/Trading untuk menjalankan skim matrix, piramid & cepat kaya. Oleh itu, larangan pembukaan topik program Syarikat Enterprise/Trading di dalam forum ini SEKURANG-KURANGNYA dapat membantu membanteras kegiatan ini.

Oleh itu, kami menyeru kepada semua ahli & pelawat CariGold.com supaya tidak terus terpengaruh dengan skim-skim atau program-program buat duit walaupun ia dijalankan oleh syarikat berdaftar. Sila fahamkan dahulu konsep sebenar apa itu bisnes (perniagaan), apa itu pelaburan, dan apa itu Multi Level Marketing. Walaupun ada juga kami akui terdapat juga syarikat berdaftar yang mempunyai lesen Jualan Langsung, tetapi masih mengamalkan skim ponzi/piramid secara asasnya. Oleh itu, pengetahuan yang mendalam tentang yang disebut di atas adalah penting untuk 'drive' wang anda ke tempat yang selamat & halal bagi orang Islam.

Sekali lagi, kami menasihatkan anda sekiranya mempunyai keraguan tentang sesuatu program, sila hubungi terus samada Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara Malaysia seperti di bawah :-

  • Suruhanjaya Sekuriti (Tel: 603 6204 8999); atau
  • Bank Negara Malaysia (Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143)

Harap Maklum.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register